Customer service..................

Hari ni sya mo kongsi sikit pasal kerja sebagai seorang customer service.............macam biasaklah untuk menjadi seorang customer service yang baik mesti pandai melayan melanggan, kaya dengan senyuman, komunikasi yang baik dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi......mesti mo sabar punya melayan pelbagai jenis perangai manusia ni.......biar macam mana pun perangai pelanggan ungkapan 'customer is always right & customer is king' terpaksa diguna pakai oleh seseorang customer service...tapi pernahkah kamu orang terpikir kadangkala kita mendapat layanan yang buruk semasa mendapatkan perkhidmatan.....orang tu macam acuh tak acuh saja melayan kita...tengo kita pun satu macam.....mungkin kisah di bawah ni membuatkan anda terpikir betul ke customer is always right ?????
.
.
Situasi 1
Seorang pelanggan wanita 25 - 30 thn, kira2 seorang businesswomanlah kono, pegang2 PDA (alah mcm hp yang cucuk2 guna pen kecik tu)
Saya : Bila kamu mo pergi renew kamu punya roadtax sebab sya mesti mo kasi sama2 date dengan kamu punya insurance ( untuk maklumam semua tarikh insurance motor mesti sama dengan tarikh roadtax...ertinya kalau pergi renew roadtax hari ni, insurance motor akan start hari ni....jadi sya mesti mo tahu bila perempuan tu pergi JPJ mo buat roadtax....mo tau apa yang dia jawab....)
Pelanggan Wanita : Kenapa mo tanya lagi.....saya ni pelanggan kamu, sepatutnya kamu mesti bagitahu kami apa yang kami perlu buat.....( dengan eksennya menjawab sambil cucuk2 PDA )
Saya : (dalam hati....gilakah orang ni....guna kuasa pelanggan pun x kena tempat.....saya tanya dia bila dia pegi JPJ takkan itu pun dia tidak paham.....)
Banyak kali saya tanya dan kasi terang kenapa sya mesti tau tarikh dia pegi JPJ, tidak juga pandai paham2.....last2 sya simpan ja tarikh hari tu...pedulilah dia pegi hari tu kah atau bisuk kah...sapa2 yang mempunyai kereta mesti tau macam mana prosedur buat roadtax kan.......
.
.
Situasi 2
Pelanggan lelaki, pekerja kerajaan, umur dalam 35 thn ke atas, mo renew insurance kereta wiranya...
Saya : Selain daripada encik sapa lagi yang drive ini kereta ?
Pelanggan lelaki : Saya tida guna pun ini kereta ni.....ampai2 sana rumah...saya ada 2 kereta bah....saya pakai Vigo sekarang ni...bla bla bla bla...
Saya : ( dalam hati....saya ada tanya kah semua tu...saya tanya semua tu...... )
.
.
Dua2 situasi ni antara pengalaman sepanjang masa saya bekerja...tapi bukan semua pelanggan itu tida bagus dan bukan semua customer service itu memberikan layanan yang baik.......ada juga customer service yang eksen mo *&#@%$^.... so kepada pelanggan2 hormatilah kerja seorang customer service dan kepada customer service sekalian tolonglah buat kerja dengan berdedikasi dan berhemah serta bertekad cemerlang ( he he)...

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post