Thursday, November 11, 2010

Kerajaan atau Swasta...........atau Sdn Bhd

Entri ditulis khusus untuk adik2 yang bakal menempuh alam pekerjaan.....bukan untuk menbanding-bandingkan hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman...mana tau boleh dapat serba sedikit tip dalam memilih pekerjaan...............

^

^

Tamat sahaja belajar...tidak kira tahap SPM ke, STPM ke atau pun IJAZAH.....mesti orang2 di sekeliling kita terutamanya saudara mara (yang amat prihatin aka suka jaga tepi kain orang) akan bertanyakan soalan, kerja di mana sekarang?? apa kerja kau??......(soalan wajib ni)...kalau kita jawab, dapat kerja government...dapat jadi pembantu tadbir.....bah baguslah bah tu dapat kerja kerajaan sambil ketawa2.....itu baru jadi pembantu tadbir aka kerani cuba kalu jawapan kita >>jadi pegawai...reaksi orang yang bertanya tadi ->kembang kempis hidung tanda bangga (anak buah aku jadi pegawai) sambil seolah2 macam kita mahu di lambung2 dan di laungkan satu kampung ...anak buah aku jadi pegawai!!!!!!.......tapi lain pula reaksinya kalau jawapan kita.....kerja swasta jadi officer (pegawai juga)......reaksi orang yang bertanya, sambil berkerut sedikit dahi bertanya lagi, company apa? kita menjawab, company ABC (contoh saja).....orang bertanya menjawab sambil mengangguk2 sedikt kepala, ooo company tu (pura2 tahu padahal tida2 pun pernah dengar nama company tu), bah baguslah bah daripada tida kerja kan......(bikin panas punya jawapan)

^

^

oooppsss....jangan buat kesimpulan dulu....situasi begitu sudah biasa kita alami....bukan hendak mengatakan kerja dalam sektor kerajaan sangat bagus dan juga bukan ingin memburukkan orang yang berkerja di sektor swasta...masing2 punya kelebihan dan kekurangan sendiri....memang tidak dapat di nafikan banyak kemudahan yang kita perolehi jika bekerja dalam sektor kerajaan, elaun yang banyak (sara dirilah, elaun rumahlah, elaun hidup susahlah, banyak lagilah), kemudahan pinjaman bank terutamanya jika ingin membuat pinjaman perumahan, masa bekerja yang fleksible (kalau datang kerja awal boleh balik awal, 4.30 ptg boleh balik rumah suda), cuti tahunan yang banyak, dan jarang2 di kenakan cukai pendapatan (ini kepada siapa2 yang berkerja di Lembaga Hasil tu sila betulkan kalau tersilap yek)......kenapa saya katakan jarang2 di kenakan cukai ; contoh Gred 41 (pegawailah tu) gaji asas adalah dalam RM 1900.00 + elaun2 = adalah dalam RM 3,000.00. Kalau di tengo tahap gaji ni macam suda kena cukai pendapatan (Gaji RM 2,500 ke atas selalunya suda di kenakan cukai pendapatan) tetapi tidak kena bah..sebab gaji asas cuma RM 1,900.00 ( padahal kalau campur2 elaun suda mo dekat 3000) nda kah siuknya tu.....tidak macam sektor Swasta....mana ada elaun2 ni jadi gaji yang di terima bulat2, kalau ngam2 gaji RM 2,500.00 suda kena cukai sebab itulah gaji asas....isk isk kalau di teliti macam tidak ngam sajakan RM 2,500 kena cukai, RM 3,000 tidak kena cukai.........tapi apa2hal pun itu salah satu keistimewaan kerja di sektor kerajaan....tapi jangan lupa kerja di sektor Swasta juga ada kelebihan sendiri......ini merujuk kepada company2 besar saja....yang suda establish bilang orang.....masa kerja hampir sama dengan kerajaan juga...5 hari seminggu....tahap gaji juga di tentukan berdasarkan kelayakan yang ada...walaupun d sektor swasta dia cuma kerja kerani sahaja tetapi mempunyai Ijazah...gaji tetap berdasarkan Ijazah sama seperti Gred 41 dalam sektor kerajaan....BONUS?? paham2 sajalah bagi berkerja di swasta...hampir setiap tahun dapat.....(tetapi ikut jugalah keuntungan syarikat tersebut...tetapi jaranglah kita dengar syarikat yang besar2 ni mengalami kerugian melainkan ada masalah dalaman.....) BONUS pula terbahagi kepada 2...Bonus keuntungan dan Bonus tetap...Bonus keuntungan macam biasa ikut keuntungan bersih syarikat...manakala Bonus tetap apa yang telah di minta oleh Persatuan Pekerja syarikat tersebut....jadi confirm dapat setiap tahun la tu....tetapi bukannya sektor kerajaan tidak ada kemudahan BONUS ni...ada tetapi tidak setiap tahun.....sudah kita sedia maklum kerajaan bukan berasaskan kepada keuntungan...tengo kalau negara dapat pendapatan lebih adalah Bonus untuk kakitangannya......

^

^

Kesimpulannya, masing2 ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.....kerja sektor kerajaan ke atau sektor swasta sama sahaja..tiada apa2 beza pun yang penting rezeki yang kita dapat tu HALAL dan BERKAT.......bagi mereka yang tidak mahu untuk memohon kerja dalam dua2 sektor tu tidak mengapa....ada satu 'sektor' lagi yang boleh dijadikan sebagai kerjaya tetap....sektor SDN BHD aka bekerja sendiri.....kita jadi boss kita juga jadi kuli.....untung kita makan seorang2, rugi paham2lah tanggung sendiri (adat berniaga ada untung ada rugi)....mana tahu daripada perniagaan kecil2an yang kita usahakan itu menjadi sebuah syarikat yang besar dan terkenal......dan membuka peluang pekerjaan kepada generasi masa depan yang berminat bekerja di sektor swasta....(oopss macam berpusing2 saja kan)......
^
^
p/s : saja nak kongsi pengalaman sendiri.....(^_^)

Monday, November 8, 2010

Hari Esok...............

Melihat foto anak seakan sedang merenung masa depannya.....terasa seakan sayu di hati.....rasa sebak, rasa gembira, rasa takut........
Sebak melihat keindahan matahari terbenam....sungguh agung ciptaanNya.....
Gembira kerana masih dapat melihat matahari terbenam........masih dapat menikmati alam ciptaanNya bersama orang-orang yang disayangi...........
Takut apabila memikirkan apa yang akan berlaku pada esok hari.....semoga aku dapat menempuh dugaan yang mungkin menimpa....semoga aku terus bersyukur dengan segala kebahagian dan kenikmatan yang akan di perolehi............

Thursday, October 21, 2010

A Key to better life..............

Yehaaaaaaa.....at last........for the past 8 or 7 years working so hard with a very big help from my love one - thanks hubby......finally i've got my KEY to my little simple cute home sweet home.......syukur.......alhamdulillah.......










My hubby as part time model presenting our new house....( dia klu di suru bergambar ok jak...macam2 gaya bleh buat...lg pun sya suka tengu bah hubby sya bergambar...cumil jak mukanya.....cam teddy bear.... )



Even my 2 little hero also very excited with their new home







a view from my house (gambar di ambil dari 'siring2' rumah.....

and now.....i got a temporary hobby....goggle out all the house decoration photo....hehehe...want to find idea bah.........(^_^)

Tuesday, October 5, 2010

Happy Birthday to My Love...............


The sweetest Memories will never forget......06 Oct 1978

Thanks to be my friend

Thanks to be my love

Thanks to be my hubby

Thanks to be baba...


Selamat Menyambut Hari Lahir Yang ke 32...semoga sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi seorang suami dan baba yang baik.......Amin




Saturday, October 2, 2010

Rojak Bahagian 2

A''aaa ini ada lagi beberapa perkataan seharian yang digunakan oleh keluarga sya.....
  1. Serungan - rakus / gelojoh
  2. Kepirakan - lidah/mulut rasa terbakar sebab minum/makan sesuatu yang panas ( ini kes 'serungan'lah ni)
  3. Guar - Gaul
  4. Muras - Kegembiraan yang melampau
  5. Ganyal2 - Sebarang jenis ubi tidak kisah ubi kayu, ubi manis, keledek.......apabila tidak masak rasanya macam tidak berapa sedap macam tidak empuk saja....
  6. Melotot - mata terbeliak
  7. Domol2 - Baju yang di jemur tapi nda berapa kering...masi lembab

P/s : TIDAK SESUAI DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN....

Rileks Sekejap Bah......

Budak ni kalau di bawa pegi makan di luar mimang nda rugi......sampai tempat2 sambal pun di jilat...itu pun mo di gigitnya lagi...bleh makan kah ni tida....

Stailoo kah sya..kih...kih..kih..


bersama dengan hero pujaan.....pelbagai jenis Ultraman......



Ragam sya punya anak yang nombor-2 si samzi aka ceceng









Tuesday, September 28, 2010

Routine as Umi aka Mother

Being mommy i think is the most toughest job in the world - for me.....




I will do the same routine almost every day....Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday & Friday...very tight schedule..... a bit change on the routine on Saturday and Sunday because my Hubby is around..




Wake up early in the morning - send my sons to playschool before go to work...lucky for me that the school just nearby my house.....around 8.00 arrived @ office...start working as efficient as possible (ceh macam minta puji pulak....tapi betul bah...keja mesti rajin dan bersungguh2 baru gaji yang kita dapat tu berkat..kan kan) until end of working hours.....exactly 5.30 packed all my stuff, rushing back to fetch up my sons....otherwise I will stuck in traffic jammed..(the result is....anak2 sya dua orang kesian menunggu2 di taska, kawan2 dorg semua suda balik....)


At home......while do my laundry....I'm preparing some simple snack for our 'tea time'...at the same time cook a simple dish for our dinner...but normally I seldom eat at night...bah suda kenyang kan minum petang....7.00 to 8.00 is my son's time...watching their favorite cartoon series...DRAGON HUNTERS, KAMPUNG BOY & ULTRAMAN COSMOS.....while me...blogging & facebooking (hehe perkataan baru)....after finished my laundry..its time for my sons having their dinner, brush their teeth and ready to sleep....around 10.00pm i will switch off the light, slow down the tv volume...and...get ready to sleep....need to refill back the energy for same routine tommorow....











Sunday, September 26, 2010

Make up & Rojak

Tukar lagi.....dalam bulan ni macam ada dua tiga kali suda sya me make up kan (perkataan baru kunu ni) site blog sya ni.....bukan apa macam tida berapa puas hati dengan 'kecantikan' dan 'keanggunan' blog sya ni.....kira ok sikit lah kunu sekarang ni......
Suda jam 1.00 pagi suda sekarang ni...tapi belum dapat tidur lagi, jadi terpikir sya mo tulis sesuatu ni...
a'a sya sekarang mo ajar bahasa sya di rumah - bukan apa bahasa sya seharian di rumah ni unik sikit...masi lagi berlandaskan bahasa Sabah tapi mungkin suda bercampur aduk sebab sya di lahirkan hasil dari pelbagai bangsa (paham kah sya punya maksud ni...) bapa sya ada campuran Dusun, Iranun dan Bajau....mamak sya pula campuran Jawa dan Sungai....jadi paham-paham ajalah kalau bercampur-campur suda jadi rojaklah namanya......ok mari kita belajar bahasa sya di rumah ;-
    1. Menotos = ni macam ertinya berhabis-habisan
    2. Melobor = buat lubang / jalan lurus saja tanpa mempedulikan apa yang ada di sekeliling...
    3. Di Pisuk-pisuk = di penjuru2 atau tempat yang sudut sekali....
    4. Bengkelanan = tercekik makanan
    5. Kececeran = makan bersepah-sepah
Ok...cukuplah 5 perkataan ja ye.....dan ini ada amaran ok - PERKATAAN-PERKATAAN DI ATAS TIDAK SESUAI DI BUAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN, bukan apa ini bahasa sya dan kluarga sya di rumah...takut ada perkataan yang tida wujud pula kan...(^_^)

Saturday, September 18, 2010

Hari Raya 2010....dan Biskut Raya Episod 3


Sedar tak sedar suda masuk hari ke-8 umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri tahun ni.....saya suda bersiap sedia untuk mula kerja kembali lusa ni setelah hampir 10 hari bercuti sakan....Hari Raya pertama memang perut kenyang tul..mana tidak lepas sembahyang raya dah jalan rumah orang dah sampailah ke malam.....Raya kedua pula terpaksa stay kat rumah sebab saudara mara nak datang beraya so dari pagi sampai ke petang masak2 jelah apa yang patut....Raya ketiga stay kat rumah je tunggu orang datang...malas dah nak berjalan...lebih seronok stay kat rumah ngan family.... best sangat.......
Biskut Raya Episod 3...
Ingat lagi hari tu saya berjaya tapi tidak seberapa membuat biskut almond london.....gembira sekejap saja...malam raya tu kira2 nak menyusun biskut rayalah kunu....terus dengan bangga mengambil biskut almond london ku itu...tapi macam semacam jek saya tengo biskut ku tu....dengan berdebar2 bukalah bekas tu kunu.......makkkkkk biskut ku berkulat................macam mana pula bole berkulat ni....gelinya saya tengo...sudalah saya bertungkus lumus membuatnya...tiba2 jak berkulat...apa sebabnya ni..takkan sebab awal seminngu saya buat biskut tu atau tempat simpan yang tida sesuai atau bahan2nya ataupun saya yang tida pandai membuatnya.....sedihnya hati ku ini...dengan berat hati dan tangan terpaksa juga malam tu saya membuang satu bekas biskut almond london ku yang berkulat itu.....nasib baiklah adikku ada menempah biskut almond london kalau tidak tak merasalah kami almond london tahun ni....huhuhu sedihnya cite malam raya saya ni.....

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri........

Tinggal 2 hari lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri...jadi di kesempatan ini saya dengan seisi keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua rakan-rakan blog walau di mana jua.......

Monday, September 6, 2010

Miscarriage...ooh no...!!!!!

Miscarriage atau dalam bahasa melayunya keguguran adalah benda yang paling di takuti oleh ibu2 mengandung terutamanya mengandung anak pertama..terfikir tulis entri sebab kenapa...pertamanya saya sendiri pernah keguguran anak ke-2 pada usia kandungan mencecah sebulan lebih. Yang keduanya adik saya baru sahaja keguguran pada 3hb sept lepas....sedih memang sedih tetapi mungkin belum rezeki adik saya barangkali....ok mari kita berkongsi sedikit info mengenai keguguran ini (penting untuk bakal2 ibu (^_^) ;-
.
.
Tanda - Tanda Keguguran
1. Pendarahan pada faraj sedikit ataupun banyak....tetapi kadang kala pendarahan ini boleh juga berlaku kepada kandungan yang normal dan tidak semestinya tanda keguguran....tetapi nasihat saya cepat2 berjumpa doktor jika ada pendarahan berlaku untuk memastikan samada ianya tanda keguguran ataupun pendarahan normal.
2. Sakit pada bawah perut atau di bawah belakang....sakit berterusan selepas berlakunya pendarahan.
3. Darah ketul ataupun tisu daging keluar daripada faraj.
.
.
Faktor Berlakunya Keguguran
1. Wanita yang berusia 35 tahun ke atas
2. Jangkitan kuman pada faraj.
3. Hentakan yang kuat akibat jatuh ataupun kemalangan
4. Gaya hidup wanita yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras.
Di harap sedikit info dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat untuk para bakal2 ibu untuk dalam menjaga kandungan masing2. Tetapi kalau berlaku keguguran anggap sahaja bukan rezeki kita....terus berusaha lagi...hehehe
.
.
p/s : semua maklumat di perolehi daripada pelbagai website yang bole di perolehi dalam Google...

Wednesday, September 1, 2010

Biskut Raya episod 2

cehhh...macam drama pula ada episod 2......bukan apa ini kesinambungan post saya yang lalu...percubaan membuat biskut almond london yang pertama kali.....eeemmm...kira menjadi jugalah...tapi paham2 lah kalu suda namanya percubaan kali pertama mesti ada yang tidak perfect...kacang badam macam tak berapa nak rangup/masak...nama pun buat masa bulan puasa so masa goreng badam tu tak dapat jangka suda masak ke belum...mo try test terbatal puasa pula...suruh orang test adapun cuma orang yang berumur 5 tahun ke bawah saja yang tak puasa di rumah tu....apa bole buatlah yang penting kira menjadi jugalah almond london ku itu...setelah bertungkus lumus selama 2 hari kira siap jugalah 3 jenis biskut raya - Tat Nenas (gemuk kali ni tat nenas ku pasal silap acuan, acuan besar yang terguna, patutlah lain macam saja saiznya selepas di bakar....gemuk gila), biskut Almond London dgn Biskut Badam ( terlebih beli kacang badam untuk almond london tu, jadi daripada terbuang begitu sahaja baik buat biskut kan...)
Takde masa nak buat lagi jadi nak tambah lagi 3 jenis biskut tunjuk untuk raya tahun ni...hehe...malas mo buat suda sebab minggu depan kan dah raya dah....hehehe

Friday, August 27, 2010

Biskut Raya.......

emmmm...hari ni last keja...sebab hari JUMAAT dan sya ambil cuti hari isnin sambung terus public holiday hari selasa......jadi sya ada 4 hari cuti bersambung...yeah yeah...bukan apa...tahun ni sya kira2 mo buat biskut raya sendiri...itu yang ambil cuti lama sikit sebelum hari raya ni...almaklumlah semenjak 3 tahun yang lepas sya buat 'biskut tunjuk' jak.....tiba2 tahun ni terasa mo buat biskut sendiri..
Resepi biskut dalam perancangan semestinya tat nenas, paling simple, mudah dan sedap....pastu tahun ni kira2 dalam sejarah sya mo buat biskut almond london sya sendiri...sebelum ni main tempah jak...x tahu mo membuatnya...doa2kanlah sya punya almond london menjadi yek...so sekejap lagi ni nak senarai bahan2 yang nak di beli di giant kolombong petang ni...untuk kawan2 blog jgn risau kalau menjadi biskut sya tahun ni sya kasi test kamu orang terutamanya si nc sama si uzoi....he he

Friday, August 6, 2010

its been so long i didn't updated my personal blog.....BUSY............to busy with my 2 little prince...busy with my job at office....i have to go to KL twice to attend training....emmmm tired...hope my husband transfer application will approved this year.....so tired to manage all by my self...