Tuesday, September 28, 2010

Routine as Umi aka Mother

Being mommy i think is the most toughest job in the world - for me.....




I will do the same routine almost every day....Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday & Friday...very tight schedule..... a bit change on the routine on Saturday and Sunday because my Hubby is around..




Wake up early in the morning - send my sons to playschool before go to work...lucky for me that the school just nearby my house.....around 8.00 arrived @ office...start working as efficient as possible (ceh macam minta puji pulak....tapi betul bah...keja mesti rajin dan bersungguh2 baru gaji yang kita dapat tu berkat..kan kan) until end of working hours.....exactly 5.30 packed all my stuff, rushing back to fetch up my sons....otherwise I will stuck in traffic jammed..(the result is....anak2 sya dua orang kesian menunggu2 di taska, kawan2 dorg semua suda balik....)


At home......while do my laundry....I'm preparing some simple snack for our 'tea time'...at the same time cook a simple dish for our dinner...but normally I seldom eat at night...bah suda kenyang kan minum petang....7.00 to 8.00 is my son's time...watching their favorite cartoon series...DRAGON HUNTERS, KAMPUNG BOY & ULTRAMAN COSMOS.....while me...blogging & facebooking (hehe perkataan baru)....after finished my laundry..its time for my sons having their dinner, brush their teeth and ready to sleep....around 10.00pm i will switch off the light, slow down the tv volume...and...get ready to sleep....need to refill back the energy for same routine tommorow....











Sunday, September 26, 2010

Make up & Rojak

Tukar lagi.....dalam bulan ni macam ada dua tiga kali suda sya me make up kan (perkataan baru kunu ni) site blog sya ni.....bukan apa macam tida berapa puas hati dengan 'kecantikan' dan 'keanggunan' blog sya ni.....kira ok sikit lah kunu sekarang ni......
Suda jam 1.00 pagi suda sekarang ni...tapi belum dapat tidur lagi, jadi terpikir sya mo tulis sesuatu ni...
a'a sya sekarang mo ajar bahasa sya di rumah - bukan apa bahasa sya seharian di rumah ni unik sikit...masi lagi berlandaskan bahasa Sabah tapi mungkin suda bercampur aduk sebab sya di lahirkan hasil dari pelbagai bangsa (paham kah sya punya maksud ni...) bapa sya ada campuran Dusun, Iranun dan Bajau....mamak sya pula campuran Jawa dan Sungai....jadi paham-paham ajalah kalau bercampur-campur suda jadi rojaklah namanya......ok mari kita belajar bahasa sya di rumah ;-
    1. Menotos = ni macam ertinya berhabis-habisan
    2. Melobor = buat lubang / jalan lurus saja tanpa mempedulikan apa yang ada di sekeliling...
    3. Di Pisuk-pisuk = di penjuru2 atau tempat yang sudut sekali....
    4. Bengkelanan = tercekik makanan
    5. Kececeran = makan bersepah-sepah
Ok...cukuplah 5 perkataan ja ye.....dan ini ada amaran ok - PERKATAAN-PERKATAAN DI ATAS TIDAK SESUAI DI BUAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN, bukan apa ini bahasa sya dan kluarga sya di rumah...takut ada perkataan yang tida wujud pula kan...(^_^)

Saturday, September 18, 2010

Hari Raya 2010....dan Biskut Raya Episod 3


Sedar tak sedar suda masuk hari ke-8 umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri tahun ni.....saya suda bersiap sedia untuk mula kerja kembali lusa ni setelah hampir 10 hari bercuti sakan....Hari Raya pertama memang perut kenyang tul..mana tidak lepas sembahyang raya dah jalan rumah orang dah sampailah ke malam.....Raya kedua pula terpaksa stay kat rumah sebab saudara mara nak datang beraya so dari pagi sampai ke petang masak2 jelah apa yang patut....Raya ketiga stay kat rumah je tunggu orang datang...malas dah nak berjalan...lebih seronok stay kat rumah ngan family.... best sangat.......
Biskut Raya Episod 3...
Ingat lagi hari tu saya berjaya tapi tidak seberapa membuat biskut almond london.....gembira sekejap saja...malam raya tu kira2 nak menyusun biskut rayalah kunu....terus dengan bangga mengambil biskut almond london ku itu...tapi macam semacam jek saya tengo biskut ku tu....dengan berdebar2 bukalah bekas tu kunu.......makkkkkk biskut ku berkulat................macam mana pula bole berkulat ni....gelinya saya tengo...sudalah saya bertungkus lumus membuatnya...tiba2 jak berkulat...apa sebabnya ni..takkan sebab awal seminngu saya buat biskut tu atau tempat simpan yang tida sesuai atau bahan2nya ataupun saya yang tida pandai membuatnya.....sedihnya hati ku ini...dengan berat hati dan tangan terpaksa juga malam tu saya membuang satu bekas biskut almond london ku yang berkulat itu.....nasib baiklah adikku ada menempah biskut almond london kalau tidak tak merasalah kami almond london tahun ni....huhuhu sedihnya cite malam raya saya ni.....

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri........

Tinggal 2 hari lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri...jadi di kesempatan ini saya dengan seisi keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua rakan-rakan blog walau di mana jua.......

Monday, September 6, 2010

Miscarriage...ooh no...!!!!!

Miscarriage atau dalam bahasa melayunya keguguran adalah benda yang paling di takuti oleh ibu2 mengandung terutamanya mengandung anak pertama..terfikir tulis entri sebab kenapa...pertamanya saya sendiri pernah keguguran anak ke-2 pada usia kandungan mencecah sebulan lebih. Yang keduanya adik saya baru sahaja keguguran pada 3hb sept lepas....sedih memang sedih tetapi mungkin belum rezeki adik saya barangkali....ok mari kita berkongsi sedikit info mengenai keguguran ini (penting untuk bakal2 ibu (^_^) ;-
.
.
Tanda - Tanda Keguguran
1. Pendarahan pada faraj sedikit ataupun banyak....tetapi kadang kala pendarahan ini boleh juga berlaku kepada kandungan yang normal dan tidak semestinya tanda keguguran....tetapi nasihat saya cepat2 berjumpa doktor jika ada pendarahan berlaku untuk memastikan samada ianya tanda keguguran ataupun pendarahan normal.
2. Sakit pada bawah perut atau di bawah belakang....sakit berterusan selepas berlakunya pendarahan.
3. Darah ketul ataupun tisu daging keluar daripada faraj.
.
.
Faktor Berlakunya Keguguran
1. Wanita yang berusia 35 tahun ke atas
2. Jangkitan kuman pada faraj.
3. Hentakan yang kuat akibat jatuh ataupun kemalangan
4. Gaya hidup wanita yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras.
Di harap sedikit info dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat untuk para bakal2 ibu untuk dalam menjaga kandungan masing2. Tetapi kalau berlaku keguguran anggap sahaja bukan rezeki kita....terus berusaha lagi...hehehe
.
.
p/s : semua maklumat di perolehi daripada pelbagai website yang bole di perolehi dalam Google...

Wednesday, September 1, 2010

Biskut Raya episod 2

cehhh...macam drama pula ada episod 2......bukan apa ini kesinambungan post saya yang lalu...percubaan membuat biskut almond london yang pertama kali.....eeemmm...kira menjadi jugalah...tapi paham2 lah kalu suda namanya percubaan kali pertama mesti ada yang tidak perfect...kacang badam macam tak berapa nak rangup/masak...nama pun buat masa bulan puasa so masa goreng badam tu tak dapat jangka suda masak ke belum...mo try test terbatal puasa pula...suruh orang test adapun cuma orang yang berumur 5 tahun ke bawah saja yang tak puasa di rumah tu....apa bole buatlah yang penting kira menjadi jugalah almond london ku itu...setelah bertungkus lumus selama 2 hari kira siap jugalah 3 jenis biskut raya - Tat Nenas (gemuk kali ni tat nenas ku pasal silap acuan, acuan besar yang terguna, patutlah lain macam saja saiznya selepas di bakar....gemuk gila), biskut Almond London dgn Biskut Badam ( terlebih beli kacang badam untuk almond london tu, jadi daripada terbuang begitu sahaja baik buat biskut kan...)
Takde masa nak buat lagi jadi nak tambah lagi 3 jenis biskut tunjuk untuk raya tahun ni...hehe...malas mo buat suda sebab minggu depan kan dah raya dah....hehehe