Friday, August 10, 2012

Tahniah Pandelela Rinong !!!

Assalamualaikum dan Morning semua....
.
Hari ni mungkin ramai yang post tentang cerita si ratu terjun negara kita Pandelela Rinong...saya pun tidak ketinggalan juga mo mengucapkan setinggi2 tahniah kepadanya kerana telah menyumbangkan satu lagi pingat dari sukan Olimpik kepada negara....tidak sia2 saya bangun jam 2 tadi tengo si Pandelela beraksi...mula2 tu macam tida harapan kunun sebab round pertama dia berada di kedudukan 10 daripada 12 orang peserta....tapi mungkin si Pandelela tidak putus asa....3 round yang terakhir dia dapat terjun dengan baik dan dapat markah yang tinggi...daripada kedudukan tempat ke 10 dia terus naik ke kedudukan no 3 dan melayakkan dia untuk mendapat pingat gangsa.....betul2 sangat gembira dan bangga untuk si Pandelela......susah oo mo dapat kedudukan 3 terbaik dunia.....
.

sumber : Facebook
 .
Apa-apa pun tahniah sekali lagi kepada Pandelela Rinong dan juga tidak lupa kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei kita........SYABAS !!!
.
p/s : agak2 kalau sukan squash tersenarai dalam acara Olimpik, mungkin kita akan merasa pingat emas dari jaguh squash kita Datuk Nicol David kan........(^_^)

1 comment:

  1. tahniah pandelela, saya pun bangun jg tu mia, round 3 tu memang x ada harapan tapi round 4 dia dpt markan around 81. terus naik ni.. betul2 happy..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!