Sunday, October 7, 2012

Perkara orang suka buat pada hujung minggu

Assalamualaikum......
*
*
*
Hari sabtu dan ahad merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, tidak kira budak2 kah, orang2 muda kah, orang2 tua kah, yang kerja, yang tidak berkerja.....bukan apa, kan 2 hari ni sahaja peluang untuk menghilangkan tensen, rehat2 dan lupakan sekejap kerja-kerja yang menimbun di opis.....(tolak public holiday dan cuti sekolahlah)....
Oklah, kita tengo apa orang suka buat pada hujung minggu
^
^
^

  • Bagi yang sudah berkeluarga tu, pegi piknik2 di tepi pantai.....bawa makanan dari rumah, makan ramai-ramai sambil tengo laut yang luas tu....kalau di area Kota Kinabalu ni selalu lihat orang piknik di Tanjung Lipat dan Pantai Tanjung Aru.....siap ada yang bawa buaian anak lagi.....
  • budak-budak sekolah, yang tahap2 sekolah rendah tu pujuk mak bapa jalan-jalan pegi playground, jalan-jalan pegi shopping kompleks.....bawa mak bapa makan kfc, mcdonald dll....tapi itu kalau yang duduk dekat bandar...kalau yang dekat kampung tu, pakat2 dengan kawan pegi mandi sungai, pegi lastik burung, kail ikan di sungai......(macam lagi best aktiviti dikampung kan)
  • Golongan remaja pula kalau hujung2 minggu ni, aktiviti utama, lepak2 dengan kawan2 di shopping2 kompleks....kalau anak2 orang berada tu bolehlah lepak2 di kfc ke, Burger King ke.....yang kurang berduit tu, beli air segelas, beli jeruk sebungkus, pastu lepak ramai2 di tangga atau kaki lima shopping mall tu.....
  • yang muda mudi sedang dilamun cinta tu konon.....hujung minggulah peluang untuk pegi dating......awal pagi sudak keluar, pegi breakfast sama2, pastu tunggu shopping kompleks buka sebab mo jalan2 disana, tengahari makan sama2, petang sikit pegi tepi pantai, cerita2, malamnya pegi tengo wayang........kira lengkaplah sehari tu aktiviti berdating.....(hehehe dulu2 pun buat begini juga, tidak salah kan asalkan tahu batasan)
  • Bagi yang warga emas tu pulak, lebih suka duduk dirumah waktu hujung2 minggu ni.....sebabnya diaorang sedang menunggu mana tahu anak2 dan cucu mereka datang menjenguk di hujung2 minggu ni....macam sedih pula kan.......so yang rasa2 tiada apa2 mo buat pada hujung minggu tu, rajin2lah jenguk orang tua di kampung....bagi yang tinggal jauh tu jangan pula dijadikan alasan tidak dapat nengok orang tua di kampung....sekali sekala ambillah cuti khas untuk lawat orang tua selagi mereka masih ada.....(teringat pula mak bapa di kampung, baru minggu lalu lawat diaorang isk isk)
*
*
*
itu cuma apa yang saya nampak dan alamilah.....walau apa pun aktiviti yang dibuat dihujung minggu biarlah ianya berfaedah dan menggembirakan semua pihak (maksudnya, anak2, ibu bapa, kawan2, sedara mara dan semualah yang sewaktu dengannya).....bye


Peringatan : Besok kerja.....jangan buat2 lupa pula 

3 comments:

  1. ya mia yg akhir tu bikin sedih..nah kalo ada masa rajin2 kamu balik lawat ibu bapa ah..hehe
    happy kerja besok mia..:)

    ReplyDelete
  2. sabtu dan ahad adalah hari tido sedunia. hehehe

    singgah serang balas... hehehe

    ReplyDelete
  3. NM02....tengkiu sebab datang berkunjung ke sini.....

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!