Monday, December 31, 2012

25 Random Facts About Me

Assalamualaikum....
Dah lama tak buat TAG2 ni......sekali di TAG pula oleh ciksu untuk ceritakan 25 fakta tentang diri sendiri secara rambang gitu.....
Tapi sebelum tu ada sedikit pesanan dari penaja (di copy paste dari ciksu)
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. if I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated." 

Ok silalah ambil tahu sikit tentang seorang perempuan, isteri dan Umi yang bernama MIA KASSIM
  1. Anak ke-2 daripada 5 orang adik beradik
  2. Ada seorang kakak, 2 orang adik pompuan dan seorang adik lelaki......semua adik2 beradik perempuan nama mesti SA di depan, Salmah, Salmiah, Saniah, Salina.... tetiba lelaki nama Musri pula......
  3. Sudah berkahwin dan ada 3 orang anak ; 2 lelaki dan seorang gegirl.....
  4. Anak kepada bapa yang belajar sampai tingkatan 3 sahaja dan emak yang tidak pernah bersekolah (walaupun begitu mereka dapat membesarkan anak2nya hingga masing2 berjaya, TERIMA KASIH BAPA EMAK)
  5. Berasal dari Kota Marudu......menetap di Kota Kinabalu sejak tahun 1999 hinggalah sekarang.....
  6. Pernah sampai ke puncak Gunung Kinabalu walaupun sebenarnya gayat (fobia dengan tempat tinggi)
  7. Tidak suka makan coklat.....tapi suka makan eskrim yang ada coklat di luar dalam vanilla ala ala eskrim Magnum tu...
  8. Suka makan makanan pedas walaupun tidak tahan sebenarnya tapi rasa tak selera dan tak umpph kalau tak pedas....
  9. Cepat naik angin tapi cepat juga kool down.....
  10. Pernah keja di Restoran Makanan Segera McDonald lebih kurang 4 tahun....
  11. Seorang yang kurus semasa belajar dulu tapi start naik badan bukan pasal kahwin tapi sebab terlampau banyak makan burger masa keja di Mcdonald....
  12. Suka belek buku resepi tapi malas nak masak...
  13. Masak kek setahun sekali iaitu masa hari raya sahaja....hehe
  14. Kerjaya sekarang tidak ada kena mengena dengan course masa belajar dulu......degree Pengurusan Perhotelan sebenarnya tapi kerja sebagai eksekutif di syarikat insurans....
  15. Paling tidak suka dan anti dengan orang yang suka ambil kesempatan di atas kesenangan orang lain.......menyampah dengan orang yang kita suda bagi betis nak minta paha pula.....
  16. Kereta pertama Myvi...
  17. Paling suka makan Cheese Kek......
  18. Suka dengan bag tangan jenama Coach......walaupun mahal tapi sanggup beli sebab design dia amatlah cantik.....
  19. Seorang yang tidak pandai bergaya.....keluar rumah pegi keja ke, jalan2 ke, ala kadar jek...make up jangan tanya....sekadar bedak dan lipgloss sahaja......cuma baru2 ni rajin pula pakai maskara....
  20. Berat badan menten 61kg.....tak naik tak turun.....azam tahun depan nak turunkan berat badan...
  21. Tak boleh makan di kedai makan India.....kompom besoknya keluar masuk jamban
  22. Dulu masa belajar di sekolah rendah hinggalah masuk ke sekolah menengah, kulit punyalah gelap, macam rupa dayang senandung pun ada, kalau bagi tengo gambar mesti orang tak percaya.....tapi tetiba pula kulit cerah masa belajar kat UMS dulu.....
  23. Fobia dengan benda2 yang berbadan lembik.
  24. Teringin sebenarnya nak berniaga tapi tak tahu macam mana nak mula...
  25. Bercita2 nak jadi seorang blogger yang berjaya......doa2kanlah ye......
Ok mari kita tengo sapa yang kena TAG...............
1. mimialya 
2. mommybeep
3.  Bui 

4. Just

5. Mira



8. mazliza

9. ibulala

10. fiza

11. lilo80

12. norwidadi


14. Wina

15. babylydia

16. masrina



19. P.A


21. atie

22. yaya

23. matatajam

24. fatin

25. ciksu

Oklah kepada sapa2 yang namanya telah di tag dengan sengaja tu, rajin-rajinkanlah diri ye......bye !
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.........SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN2 YANG SEBELUMNYA......AMIN

Friday, December 28, 2012

Post Terdelete

Assalamualaikum
Tadi tengah2 nak arrange semua post dalam blog tiba2 tangan secara tak tersengaja terdelete semalam punya post....post tentang Durian Crepe tu.....macam mana boleh terdelete pun tak tahu...benci betul....sapa2 yang boleh tolong ke, dalam blog tu kalau terdelete kita punya post boleh restore balik ke tu....macam dalam email kita tu ada dia punya trash bin kan...dalam blog ada ke benda camtu ?

Post semalam....tinggal kenangan lah nampaknya....huhu

*
*
*
*
*
*
*
*
*
JUMAAT terakhir kita pada tahun ni......cepatnya masa berlalu.....
Sumber : Facebook


Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday # 17

Assalamualaikum
Gelagat Damia berjumpa dengan Den Den
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
hehe....sebenarnya tidak tahu pun apa yang dorang bualkan......bahasa baby manalah kita paham....cuma bila tengok reaksi mereka dalam gambar tu ianya sungguh mencuit hati saya....cute je 

Tuesday, December 25, 2012

Worldsofcolours: Black N White

Worldsofcolours: Black N White: Assalamualaikum     Kriteria untuk foto Hitam Putih :- Foto mesti menitikberatkan KONTRAS, TEXTURE, HIGHLIGHT, SHA...
*
*
*
*
*
*
*
Blog yang Satu Lagi.........

Monday, December 24, 2012

Reunion HE08 yang ke-5

Assalamualaikum
Hari selasa minggu lalu, saya dan teman2 satu course masa belajar di UMS dulu berreunion secara kecil2an.....kecil-kecilan sebab tahun ni 4 orang saja yang boleh datang.....yang lain bukan tak nak datang tapi sebab masa dan jarak yang tidak mengizinkan.....bukan semuanya tinggal di KK ni....
Tapi walaupun kami berempat saja tetap juga meriah......tambah2 lagi saya bawa Damia ikut sama dan kawan saya si Uzoeiy bawa anak lelakinya si Den Den yang sebaya dengan Damia....bertambah meriahlah reunion kami dengan gelagat dorang.....selain si Uzoeiy, si Stella dan si Nancy pun ada.....

Hot Mama dari kiri Uzoiey, Stella dan Nancy.......
 Dua Mummy cute dan anak2nya......cute ke ????? =P
 Serius perbincangan si Uzoiey dan si Nancy ni........
 Setiap kali reunion memang kami akan bertukar2 gift......untuk kenang-kenangan katanya.....saya sempat singgah di Body Shop saja hari tu untuk beli gift......dan hari tu saya dapat hadiah yang paling 'besar' dari si Uzoiey, kotak yellow pink tu....
 Bergambar berempat sebelum balik.......tahun depan, panjang umur, murah rezeki, kita bereunion lagi :D

Boleh juga baca Memory Reunion di sini

Friday, December 21, 2012

Nissan Almera Impul

Assalamualaikum....
Sabtu yang lepas kami ke Nissan Showroom...hubby dah janji dengan kawannya (keja dealer kat Nissan) nak test drive model terbaru Nissan tu, Nissan Almera nama dia....ala yang selalu keluar iklan di tv tu konon.....napa nak test drive ?? saja2 jak hehe.......malu nak bagitahu...sebenarnya kalau ada rezeki terlebih tahun depan kira2 saya nak upgrade ketalah konon (kalau adalah).....anak dah 3 orang jadi nak keta yang lebih selesa dan sesuai untuk kegunaan keluarga (memang hubby dah beli mpv jadi saya beli yang sedanlah konon).... =P Sekarang ni masih dalam proses survey harga dan model keta....sekarang saya guna Myvi pegi keja, dah 7 tahun Myvi ni berkhidmat untuk puannya..Myvi adalah 1st keta yang saya beli sendiri tau....
Memperkenalkan Nissan Almera Impul.......cantik kan ?? ni yang full accessories....tak payah nak 'make up'2 lagi.....
 ni bahagian belakang keta.....
 Bahagian dashboard dan stereng dia....maca Myvi juga sebab meter dia belakang stereng........ada keta meter dia kat tengah2 kan tapi saya dah terbiasa tengo meter depan2 mata macam tu...
 luas kan dalamnya.....tempat duduk belakang dan depan pun jarak dia jauh.....selesa kaki penumpang kat belakang tu....
 Umi, Damia dan Shumi yang sedang testing duduk kat bahagian belakang....memang selesa untuk sebuah kereta jenis sedan....

Ruang bonet yang besar dan luas sampai Shumi dan Shamzi pun muat kat dalamnya....


*
*
*
Secara keseluruhannya memang puas hati.....tapi masih mo buat perbandingan dengan model keta yang lain.....minggu ni nak pegi showroom Toyota pula sebab nak tengo model Vios.....
^
^
^
^
^

Note : boleh bagi pandangan ke, mana yang lebih ok, Nissan ke Toyota ?






************************************************************************

Nak tahu bagaimana jimatkan penggunaan minyak petrol kereta anda ??

Klik link di bawah


atau klik di sini

Thursday, December 20, 2012

Minggu makan

Assalamualaikum
*
*
Perasan ke post minggu ni semua tentang makan....agaknya minggu ni khas untuk minggu menternak lemaksss...hari selasa hubby belanja makan spaghetti.....semalam reunion dengan coursemate di UMS dulu....makan di Secret Recipe....hari ni ada party hujung tahun untuk agent di opis....makan lagi......esok ada staff lunch pulak.....konfimmmm minggu ni naik 2 3 kilo berat.....

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday # 16 - Groupon

Assalamualaikum....

Pernah membeli belah di Groupon ? saya pernah jenguk2 ja, tapi belum pernah beli lagi.....voucher Groupon yang bawah ni kawan yang bagi....dia bermurah hati belanja saya makan Steamboat Buffet Dinner di Gaya Centre Hotel.....mudah2an murahlah rezeki kawan saya seorang tu....




Makan memang sedap dan best tambah2 lagi yang FOC.....hehe

Tuesday, December 18, 2012

Mangga Epal

Assalamualaikum....
Pernah makan buah mangga epal? mesti pernah kan.....hari tu dapat dua biji mangga epal dari kawan....napa ianya digelar mangga epal mungkin sebab rupa bentuk dan warnanya yang seakan-akan buah epal....kalau masa budak2 dulu selalu makan mangga ni masa buah dia masih muda lagi...sedap rangup dan ada rasa masam sedikit.....cuma yang payahnya getahnya tu...lepas makan mesti rasa gatal2 dibibir dan lidah...huhu
Kawan saya yang bagi ni orang chinese....dia ada pesan kalau makan buah ni jangan makan dengan sambal belacan...kalau makan juga, nanti buah pada musim akan datang mesti berulat dan tak cantik....betul ke tu sebab saya baru pertama kali dengar pantang macam ni.....






Rupa buah mangga epal tu.....yang kecik dah masak, yang besar tu masih nak kena peram lagi....


buah yang telah dipotong (sila abaikan potongan yang tidak kemas tu...hehe)....rasa dia memang manis dan sedap (^_^)

Monday, December 17, 2012

Pagi Isnin

Assalamualaikum...
*
*
Hari ni macam hari isnin2 yang seperti biasa...penyakit malas hujung minggu tu masih belum hilang.....
Perasan ke, tinggal 2 minggu lagi kita akan meninggalkan tahun 2012....azam2 yang ditanam untuk tahun ni suda tercapai ke? saya??? ada yang belum ada yang suda.....yang belum boleh tunda ke tahun depan...hehe...
Salah satu azam, tahun ni mo kurangkan lelemaks tapi tak tahu suda capai ke ni belum....rasa2 tak tercapailah tahun ni, tengo je breakfast hari ni... hehehe
*
*
*
*

Sunday, December 16, 2012

Hujung minggu yang malas

Assalamualaikum...
*
*
*
Hujung minggu saya cam biasa saja...bangun pagi, buatkan sarapan untuk hubby dan anak2...Shumi request nak makan jemput2...jemput2 versi saya yang paling simple, tepung gandum diuli dengan sedikit garam dan air secukupnya....kemudian bentukkannya bulat2 guna sudu dan goreng.....makan masa ianya masih panas-panas cicah dengan sos cili. Terbaik!!!! itu yang hubby dan anak2 cakap, sampai pic pun tak sempat snap sebab sekejap je licin...

*
Mo blogwalking, malas pula mo on laptop......duduk sekejap ja mata dah mula mengantuk....rasa nak tidur saja, padahal baru saja bangun.....mungkin minda dah set, hujung minggu adalah hari untuk bermalasan setelah penat bekerja selama 5 hari....nak keluar berjalan2 pun kaki berat ja....malaslah tu.....nasib baik anak2 tak request berjalan2 keluar....dorang lebih suka menghadap tv menonton rancangan kartun dari pagi ke petang....paham2 ja lah hujung2 minggu kan banyak rancangan kartun disiarkan....lebih2 lagi sapa2 yang ambik pakej disney di Astro tu.....24 jam rancangan kartun....
*
*
Actually hari ni ada majlis reunion bekas pelajar UMS sesi 1999/2002.......memang teringin nak pegi tapi disebabkan anak2 tiada orang jaga terpaksa batalkan sajalah.....acara dari pagi hingga ke makan malam......memang best jumpa kawan2 lama ni tapi apa boleh buat kan......takpe minggu depan ada reunion dengan course mate masa belajar dulu......tiap tahun kami buat, memang best jumpa dengan geng2 keras ni......
*
*
*
Tak tahu nak taip apa lagi......rasa2 mo sambung tido balik..... ok bye (memang dasar pemalas...hehe)
.

Friday, December 14, 2012

Usaha tangga kejayaan (Harimau Malaya)

Assalamualaikum



Kalau tidak berusaha macam mana mo berjaya kan.....kalau tidak bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu, bagaimana kita boleh mendapatkan hasil dengannya dengan senang hati.....

 insyaallah.....setiap usaha yang diiringi dengan doa pasti akan membuahkan kejayaan.......
*
*
*
*
*
*
*
tapi kalau suda berusaha berhabisan tapi tidak juga mendatangkan hasil, itu bukan rezeki namanya....jangan putus asa, cuba lagi...
*
*
*
*
Go Go 'Harimau Malaya' !!!
*
*

Sumber : Image from Google



Semalam sedang tengo bola, dikejutkan oleh panggilan dari bapa di kampung....kakak kemalangan, keretanya dilanggar oleh pemandu mabuk semasa dia memandu seorang diri balik ke rumah...habis kemek kereta kakak dibahagian pemandu tu tapi syukur alhamdulillah kakak tidak apa2 cuma sakit dibahagian dada sahaja akibat hentakan kuat di stereng kereta tu....suda x-ray dan doktor benarkan pulang.........


Thursday, December 13, 2012

Nasib baik dia pelanggan...

Assalamualaikum...
Sekadar ingin berkongsi pengalaman semasa berhadapan dengan pelbagai pe'el pelanggan...kerjaya saya dari dulu hingga sekarang memang berdepan dengan pelanggan....dulu abis periksa STPM, saya pernah keja di kedai menjual pakaian dan kasut lebih kurang 2 bulan....macam2 pelanggan yang saya jumpa.....tapi tidaklah begitu mencabar....mungkin sebab hanya orang2 kampung yang bertandang di kedai tu yakni tempat kelahiran saya sendiri, Kota Marudu....orang kampung biasalah, rasa rendah diri dan hormat dengan orang lain tu masih tebal dalam diri mereka (termasuk sayalah tu :P) 
 Lain pula semasa duduk di Kota Kinabalu ni.....tahun 2002 abis ja pengajian di UMS saya terus keja di McDonalds sebagai Customer Care Representative....keja saya handle birthday party dan large order yang diadakan di outlet Mcdonald dan rumah2 customer.....sepanjang 3 tahun keja di McDonald, pelbagai gaya dan ragam pelanggan yang saya jumpa dan terpaksa hadapi....kalau kena dengan pelanggan yang baik hati dan hormat dengan kita kira bertuahlah tu.....tapi kalau kena dengan pelanggan yang anggap kita ni kuli dorang, betul2 akan menghilangkan mood kita satu hari tu....huhu... ada pelanggan yang sombong gila yakni hidungnya terlampau tinggi ke langit sampai cakap dengan kita pun guna ekor mata ja.....(sila bayangkan sendiri keadaan tu, memang sakit hati)...disebabkan keja terpaksa terima dengan senyuman ja (^_^)..ada sekali tu ada seorang pelanggan datang nak booking birthday party buat kat rumah dia.....sambil2 ambil detail dia, dengarlah apa yang dia cakap......"saya sebenarnya mo buat party tu dihalaman rumah saja tapi takut pula bila budak2 tu berlari2 bermain, tercalar keta Mercedes Benz yang parking depan rumah tu" saya mula dah rasa meluat dia cakap macam tu....tapi dia masih lagi dengan selamba bercakap "kalau buat dalam rumah, nanti rosak pula piano yang harga RM 10,000 tu" betul2 menyampah tahap gaban suda,  rasa2 mo lempang saja mukanya masa tu bagi kesedaran sikit, harta dunia saja tu, bukannya boleh bawa mati pun.....ntah apa motif dia bagitahu semua benda tu..........nasib baik dia seorang pelanggan, tetap bagi dia senyuman (^_^)
Tahun 2005 saya berhenti keja di McDonald sebab dapat offer dari sebuah syarikat Insurans....walaupun keja duduk di opis tapi masih juga berdepan dengan pelanggan....kena marah oleh pelanggan tu amat biasa kalau bekerja di company insurans terutamanya semasa membuat tuntutan insurans.....tapi saya tak nafikan hak pelanggan tu sebab CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.....tapi tidak salahkan gunakan sikit nilai2 murni tu sikit....janganlah suka hati maki orang, cakap bodoh dan sebagainya.....saya bernasib baik sikit sebab bukan di bahagian tuntutan, tapi kawan sekerja saya yang seorang tu kesian.....tiap kali kena marah dan maki oleh pelanggan terpaksa berdiam diri ja.....saya nak nasihatkan kepada sapa2 yang ada mengambil insurans, sila baca kontrak yang diberikan kepada anda sebelum ditandatangani kerana semua tuntutan akan dibuat berdasarkan kontrak tersebut......kalau masih tidak berpuashati juga, kan boleh buat aduan di tribunal pengguna tu....tak payahlah nak maki2 orang..........hari tu, ada seorang pelanggan marah2 dan tak puas hati sebab nama dalam polisi insuransnya tidak ada TITLE aka PANGKATnya......betul2 rasa terkejut, disebabkan pangkatnya, hilang segala ilmu dan pendidikannya.....ish ish ish....kan setiap borang rasmi yang kita isi, nama adalah seperti tertera dalam kad pengenalan.......sebab itu sahaja yang boleh diterima pakai dari segi undang2 jika berlaku apa2 nanti.....dalam kad pengenalan tu ada simpan DATUK ke? ada simpan TAN SRI ke? ada simpan PUAN SRI ke? (maaf kalau ayat agak pedas sedikit)
tapi bukannya semua pelanggan jenis macam tu....memang masih ada hormat dengan kerja orang lain, masih ada yang mempunyai budi bahasa yang tinggi dan saya amat berterima kasih dengan pelanggan yang macam ni.....sekali lagi mohon maaf jika ada yang terkecil hati dengan n3 saya hari ni....sekadar ingin berkongsi pengalaman......(^______^) peace !!!!!!

Wednesday, December 12, 2012

Tuesday, December 11, 2012

BE tambah lagi !!!!

Assalamualaikum....
Check acc Nuffnang tadi pagi....yehhh BE bertambah lagi....rezeki2...
Semakin menaikkan semangat untuk terus berblog (^____^)
Jadi seperti biasa, sudi2kanlah mengklik iklan di bawah ini dan tinjau2 apa didalamnya...mana tahu berkenan kan...hehe
atau boleh juga klik di sini
Sekian terima kasih.....bye !!!!

Monday, December 10, 2012

Format + jalan2

Assalamualaikum....
.
Selamat hari isnin....testing post n3 guna android....bukan apa, hari sabtu tu bawa hp ke service centre untuk di format balik...hp ada problem...segala apps tak dapat update...error memanjang...
Lepas format segala isi2 dalam hp hilang..nasib baik suda transfer ke memory card....semua apps kena upload balik..tapi ok sebab hp laju jek macam beli yang baru ..dapat download apps untuk blogger, itu yang testing post n3 sekarang ni...:D
.
.
Lepas format hp hari tu, bawa anak2 pegi centre point...jalan2 cuci mata jek..dorang shumi dan shamzi menyinggah naik 'kuda2'...Damia pula rambang mata tengo teddy bear yang tersusun rapi...cute sangat....lupa pula snap rupa Damia yang eksaited menengok segala teddy bear yang kalerful tu....
.
Ok tu je...

Friday, December 7, 2012

My Hepi Family

Assalamualaikum..
*
*
*
*
*
*
suka tengo gambar yang ni....macam ambil dalam studio kan?...tapi sebenarnya pemandangan yang di belakang tu adalah original view yang telah di touch up sikit oleh si hubby....tabik dengan si hubby !!! :P

Doa untuk Suami...

Assalamualaikum.....
Untuk mereka yang bergelar isteri (termasuklah sayalah tu....) jangan lupa berdoa untuk encik suami yang tercinta....(^__^)


Sumber : Facebook


Thursday, December 6, 2012

Damia masi demam...

Assalamualaikum.....
.
.
ni sambungan post tengah malam semalam.....Damia tiba2 demam....nasib baik dia dapat tido semalam lepas minum ubat...terpaksa tidokan Damia tak pakai baju, pakaikan dia pampers jek, sebab takut suhu dia naik balik masa sedang tido....
Tadi pagi dia bangun, terus minum susu sebotol.........cek suhu dia dalam 37.8'c...masih panas lagi....baba tolong2 lap2kan badannya dengan air.....
Terpaksa hantar dia ke nursery juga hari ni sebab saya tak boleh cuti dah (cuti tahunan dah abis...:-(, kalau sapa2 yang ada anak2 kecil mesti paham kenapa cuti cepat abis kan, huhu)...
bukan hubby tak pandai jaga, tapi dia kalau budak sekecil Damia susah sikit....dia tak pandai mandikan dan suap bubur....emmm setakat tukar pampers, buatkan susu dan basuh o o tu dia tahu, yang lain dia surrender.....
Masa hantar Damia di nursery tadi, pesan kat cikgunya selalu cek suhu dan telepon kalau demam dia tinggi.....emmmm sepanjang perjalanan pegi tempat keja terpikir pasal Damia jek, risau takut suhu dia naik lagi....satu hari ni mesti tak senang keja lah nampaknya....
Mood : ingat Damia.....mudah2an dia ok......sayang Umi...

Wednesday, December 5, 2012

Damia demam....:-(

Assalamualaikum.....

Tiba2 update blog tengah malam....mata memang mengantuk tapi risau sebab Damia tiba2 jak demam.......petang tadi ok jek tapi balik rumah dalam jam 8.30 gitu, rasa dahi dia macam suam2 semacam.....ambil penyukat suhu, dah 38.4'c....sah memang demam....emmm mungkin cuaca agaknya sebab memang agak berangin sikit.......lepas bagi dia makan ubat, setengah jam kemudian suhu dah turun tapi masi risau lagi sebab budak umur cam Damia ni kalau demam mesti suhu cepat turun dan cepat naik juga......harap2 dia ok esok, kalau tidak memang tak lalu nak pegi keja.......:-(
Mood : Ngantuk dan risau...... 

Wordless Wednesday # 14

Assalamualaikum....

Selamat hari rabu....hari ni bz sikit so kongsi sikit foto hasil kreativiti si hubby......(^_^)



Lokasi : Tasik Kompleks Sukan Likas

Tuesday, December 4, 2012

Bila si Abang jadi cikgu

Assalamualaikum....

Semalam dalam kereta, perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja, Shumi dan Shamzi yang duduk belakang mula bercerita2......mula-mula cerita2 biasa saja tapi lepas tu si Shamzi yang kuat bertanya mula menyoal si abang (Shumi) perkataan melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya
Shamzi : apa epal dalam bahasa inggeris ?
Shumi : apple...
Shamzi : Nenas
Shumi : Pinaipel (sebutan si Shumi)
Saya menyampuk untuk betulkan : Pineapple
Shamzi : Ketam
Shumi : crab
Shamzi : Udang 
Shumi : Prawn

Semuanya ok saja.....sehinggalah

Shamzi : cat tu apa ? 
Shumi : selamba saja shumi jawab, cat tu kawan Umi.....(eeehh boleh pula ke situ, sebenarnya cat yang dimaksudkan oleh shumi tu ialah rakan saya dari sekolah menengah hinggalah sekarang ni si Cath @ Kay Masingan..dia pun aktif berblog juga...boleh jenguk blognya di sini )
Shamzi : ikan yang ada lampu di kepalanya tu apa dalam bahasa inggeris (ni kes tengo ikan laut dalam di discovery channel tu)
Shumi : the dark fish (tanya napa dia jawab macam tu, katanya ikan di dalam gelap)
Shamzi tidak jemu menyoal : Nasi lemak apa dalam bahasa inggeris ?
Shumi : Jawab dengan gaya paling konpiden..... Fat Rice
Umi dan Baba : ???? secara direct translationnya memang betul tapi kalau untuk dijawab dalam exam konpem salah.....hehe

Sedang dalam perbincangan serius......
 Muka Shamzi yang penuh dengan persoalan dan si Abang, Shumi setia memberi jawapan.....(^_^)



Monday, December 3, 2012

Model ke ??

Assalamualaikum......
Hari jumaat yang lalu, hubby bawa Shumi & Shamzi ke taman permainan di Stadium Likas......maklumlah si hubby sejak 2 minggu bercuti terasa boring di rumah.....jadi lepas hantar saya ke tempat keja dan Damia ke nursery, dorang pun menyinggahlah di sana......dorang Shumi & Shamzi apalagi keseronokan yang tidak terhingga.....nampak taman permainan macam lupa segala2 di sekeliling.....dan sebagai upah sebab baba bawa pegi situ, dorang jadi model terjun untuk baba tambah koleksi fotonya.....
 Dan inilah hasilnya........rasa2nya kalau sapa2 yang nak jadikan Shumi dan Shamzi jadi model memang berbaloi.....hehehe




Sunday, December 2, 2012

Harimau vs Garuda

Assalamualaikum
N3 ditulis khas untuk Harimau Malaya kita.....satu Malaysia sedang meraihkan kejayaan pasukan bola sepak kita di atas kejayaan mereka mengalahkan sang Garuda semalam dengan 2 gol berbalas 0.....mula-mula memang cuak juga tengok sebab asyik2 pasukan Indonesia sahaja yang membuat serangan pada awal permainan....bola jarang sampai ke kaki pasukan kita.....tapi nasib baik pasukan kita masih kental dengan semangat juang mereka, masuk minit ke 20 mereka mula membuat serangan dan hasilnya tidak sia2 apabila mereka menjaringkan gol yang pertama untuk Malaysia......dan 10 minit kemudian jaringan kedua pula dihasilkan.......memang betul2 tidak diduga....tapi syukur sampai ke akhir perlawanan pasukan kita masih membuat serangan dan pada masa yang sama bertahan daripada serangan yang dibuat oleh pasukan Garuda.......dan akhirnya wisel tamat dibunyikan menandakan tamat permainan dan sah pasukan Harimau Malaya menang !!!!
 eehhhh macam jadi pengulas sukan pula saya.....padahal bukannya tahu pun pasal bola....setakat tengo 2 3 perlawanan sahaja.....kadang2 peraturan perlawanan bola sepak pun tidak tahu....off side tu sampai sekarang saya tidak faham....setiap kali tengo perlawanan bola sepak benda itulah yang saya tanya kat hubby.....apa bendalah off side tu.....kalau hand ball tu tahulah...sah2 bola tidak boleh kena tangan, suda namanya bola sepak, mesti disepak bukan ditampar....kadang2 heran juga napalah orang suka betul tengo perlawanan bola sepak ni....sebiji bola yang mula2 diletakkan di tengah padang, pastu ditendang disana sini dan cuba dimasukkan kedalam pintu gol....emmm penat saya menengoknya....tapi sebab hubby dah minat saya mesti hormat dengan aktiviti kegemarannya tu......tak dapat main bola di padang, PS2 tu lah yang dihentamnya, sampai saya rasa nipis dah cd game yang memang sedia nipis tu....berbalik kepada cerita Harimau Malaya kita tu, TAHNIAH kepada mereka dan semoga terus berjaya dan berjaya.....(lepas ni dorang lawan pasukan Thailand pula)













Saturday, December 1, 2012