Buah Bambangan

Assalamualaikum
Selamat hari selasa !!!! Hari tu dah cerita pasal Buah Tarap....ni nak cerita lagi tentang sejenis buah yang juga popular di Sabah.......memperkenalkan Buah Bambangan
Sumber : Image from Google
 Tak pasti kalau buah ni ada di semenanjung dan apa nama dia di sana....yang pasti buah ni memang banyak kat Sabah......isi buah ni berwarna kekuningan dan mempunyai serabut.....kulit dia di luar bewarna coklat cam di atas tu.....cara nak potong macam kopek buah kelapa tu sebab kulit luar dia tebal.....buah ni boleh makan begitu sahaja tapi tahanlah kemasaman dia.....Orang2 di Sabah lebih suka makan buah ni bila sudah dibuat jeruk......Jeruk Bambangan memang best makan dengan nasi panas.......(macam nak terkeluar air liur sya bila taip n3 ni pulak....) orang bilang betul2 bikin buka selera....

Jeruk Bambangan. Sumber : Image from Google
 Jeruk ni banyak dijual di tamu2 sekitar Sabah dengan harga RM5 dalam bekas seperti di atas atau RM3 dalam bungkusan plastik. Yang warna putih2 tu sebenarnya biji buah bambangan yang diparut dicampurkan bersama-sama dengan isi buah bambangan tu.....Kalau mo buat sendiri pun boleh sebab simple jak cara penyediaan dia.....
Resepi Jeruk Bambangan 
Bahan-Bahan :-
  • 5 biji isi buah bambangan yang telah dihiris
  • 4 biji buah bambangan (bijinya sahaja ya) diparut
  • Garam secukup rasa
Cara-Cara buat :-
  • Isi dan biji yang telah diparut tadi digaul bersama dengan garam tadi.
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan biarkan.
  • Dalam beberapa hari kemudian ianya boleh suda dimakan....masa nak makan tu, gaulkan dengan beberapa biji cili padi yang telah ditumbuk kasar.....untuk menambahkan umpphhh katanya......

21 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. rsenye buah ni kt sbh srwk je..kt smnjg xde..huhu...

    ReplyDelete
  2. Kakak tak pernah jumpa pun buah ini. Tetiba kakak terliur nak merasa.

    ReplyDelete
  3. kalau jeruk, sy nda mkn ni. hihihi..

    ReplyDelete
  4. cakap jeruk terus kembang pipi, sedapnyerrr

    ReplyDelete
  5. @Anum: Kalau datang sabah mesti try makan jeruk dia...

    ReplyDelete
  6. @Mira Adzlia: rasanyalah ada kat Sabah/sarawak jak...

    ReplyDelete
  7. @Kakzakie: Nanti kalau datang Ke Sabah, wajib try makan jeruk ni... :D

    ReplyDelete
  8. @Just: Sedap bah ni Just...mo kluar air liur sya...hehe

    ReplyDelete
  9. @NM03: Saya yang sedang menaip pun macam mo meleleh air liur...hehe

    ReplyDelete
  10. uish ..x penah makan lagi ni..pertama kali juga dengar

    ReplyDelete
  11. tak pernah la dengan nama buah bambangan nih

    ReplyDelete
  12. as-salam kak:D

    pertama kali tengok dan dengar;)
    mana nak cari ni

    ReplyDelete
  13. X pernah nampak dan makan buah ni. Kalau masan lagi la x suke..

    ReplyDelete
  14. ingtkan buah ciku td.. huhhuh.. 1st time dgr nama buah ni.. :)

    ReplyDelete
  15. First time tgk. Dri luar nmpk mcm ciku..

    ReplyDelete
  16. Kejap lagi mau buat jeruk bambangan.kalau d campur dgn nasi panas dan cili padi mmg terangkattt.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post