Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Assalamualaikum....

Macam mana dengan sambutan tahun baru semalam ??? saya ??  di rumah saja dengan hubby dan anak2 .. rehat2 sebab besok sekolah akan mula seperti biasa dan Shumi akan masuk darjah satu tahun ni....sekejap jak besar anak Umi seorang ni.....
Tahun ni Shumi akan mula bersekolah sehari....pagi sekolah agama, petang sekolah rendah...mesti dia penat tapi apa orang bilang, lama2 dia akan membiasakan diri juga dengan jadual belajar macam tu....Shamzi pula akan mula belajar tadika dengan 'serius' tahun ni....bukan saya nak kata tahun2 sebelumnya ni dia tidak belajar dengan 'serius' tapi mula tahun ni dia akan menduduki exam untuk menentukan tahap pembelajarannya selama ni....Damia masih di hantar di nursery yang sama.....cuma bezanya tahun ni yurannya naik lagi.....emmmmm apa boleh buat kan, susah cari nursery yang mengenakan yuran yang murah masa ni....kalau ada pun belum tentu perkhidmatannya bagus.....
Minggu ni saya ambik cuti sebab nak menemankan si Shumi....nak tunjuk dia mana kelasnya, macam mana nak beli makanan di kantin, di mana nak tunggu babanya lepas abis sekolah.....risau juga sebenarnya nak biarkan Shumi seorang2 tapi kalau asyik nak 'berkepit' jak dengan Uminya ni macam mana dia nak berdikari kan.......

N3 pertama saya untuk tahun 2013 ni....Sama2lah kita berdoa denganNya semoga tahun ni kita dilimpahkan dengan rezeki yang banyak, dikurniakan dengan kesihatan yang baik, semoga kita terus dipanjangkan umur, bahagia dan selamat selalu di sisi keluarga dan moga tahun ni lebih baik untuk kita dari tahun2 yang sebelumnya.....amin

7 comments:

  1. ANAK KITA 2,2 SEBAYA..ANAK BUJANG BUI PUN TAHUN 1 THN 2013 NI DAN ANAK DARA BUI PULAK AKAN SECARA 'SERIUS' MASUK PRA..KEKE

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru,hehehe.Sama lah kita,new year plg busy sbb anak dh masuk sekolah rendah.Byk bende nk kene belajar,bkn dia saja,ibunya pon.hehehe

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru and selamat sekolahkan anak2. saya lambat lagi hihi.

    ReplyDelete
  4. yuran tadika bulanan my son pun naik jg. setiap tahun akan naik sbb sylibus makin susah kunun. hmm..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!