Thursday, February 14, 2013

Jalan-Jalan dan Check in

Assalamualaikum

Saya dan hubby sebenarnya berkongsi minat yang sama.......jalan jalan cari makan.....oopppss !!!! bukan , sebenarnya jalan jalan dan check in......kitaorang memang 'satu kepala' kalau bab bab macam ni......tempat yang kitaorang pegi mesti yang dekat area pantai....resortlah tu dan juga tempat yang sejuk2 macam area Kundasang......kiranya area yang berdekatan dengan Kota Kinabalu juga lah.......senang nak pegi sebab boleh guna kereta sendiri.....memang ada planning juga nak ke luar Sabah cari tempat yang menarik (memang banyak tempat yang menarik di negara kita ni) tapi tengok keadaan dulu......nak ke luar kawasan  tu kena ada budget yang banyak dan perancangan yang rapi tambah2 lagi anak2 masih kecil, payah nak mengawal budak 3 orang ni......so simpan dulu hasrat tu.... =D

Ok, nak kongsikan resort/hotel yang pernah di check in :-

1. Kinabalu Pine Resort, Kundasang


Terletak di Pekan Kundasang, Ranau, salah satu destinasi pelancongan utama di Sabah. Saya dah 4 kali stay kat sini sebab view dia yang teramat cantik...Bangun pagi boleh tengok Puncak Gunung Kinabalu.......Bilik dia pun besar dan selesa...Harga bilik dalam lingkungan RM 200 - RM 350. Kalau nak stay resort ni nak kena tempah awal2. Sebulan awal gitu sebabnya resort ni selalu fully booked, lebih2 lagi semasa peak season (cuti sekolah dan cuti umum).
Mia & Hubby punya rating : *****

2. Mimpian Jadi Beach Resort, Tuaran


Resort ni terletak di Tuaran. Kawan yang suggest so saya dan hubby pun pergilah menginap di sana. Jalan menuju tempat ni, bagi yang tak pernah pegi sana memang susah sikit nak cari sebab terpencil sikit. Resort ni selalunya di tempah oleh pihak jabatan kerajaan yang hendak mengadakan kursus untuk staff dorang sebab jauh dari kesibukkan bandar. Bilik dia oklah juga, katil dia besar. Harga dalam RM 100 - RM 250 semalam. Cuma makanan untuk breakfast dia tak berapa nak sedap.
Mia & Hubby punya rating : **

3. Beringis Beach Resort and SPA


Terletak di Jalan menuju pekan Papar. Selain pelbagai jenis bilik yang cantik, resort ni juga menyediakan perkhidmatan SPA.....Bilik dia memanglah selesa dan luas (ikut jenis biliklah)......Kami dah 2 kali stay di sini.....rasanya nak pegi lagi....pemandangan tepi pantainya pun cantik serta swimming pool yang besar. Harga dalam lingkungan RM 250 - RM 500. 
Mia & Hubby punya rating : *****

4. Borneo Beach Paradise Resort


Juga terletak di Jalan Pekan Papar. Terletak di tepi pantai (tak sah kalau tak pegi resort yang dekat pantai kan). Harga bilik semalam dalam lingkungan RM 100 - RM 200. Bilik dia cantik dan selesalah juga. Cuma yang tak berapa nak best, swimming pool dia macam tidak diselenggara dengan baik. Air dalam kolam tu cam kotor jak. Harap-harap sekarang dorang dah perbaiki mutu kolam mandinya. 
Mia & Hubby punya rating : ***

5. Manikar Beach Resort, Labuan


Kali kedua pegi ke Labuan, kami stay di resort ni selama 2 malam. Resort ni senang sahaja nak cari, jalan terus jak ke hujung pulau Labuan.....Bilik dia teramatlah besar, saiz katil dia macam double queen size.... selesa sangat...Harga bilik dalam lingkungan RM 90 - RM 200. Semasa kami stay di sana, resort sedang dalam proses pertukaran pihak pengurusan. Mereka kekurangan pekerja masa tu dan kesannya bilik tak berapa di selenggara dengan baik. Sekarang saya ada dengar dorang dah ada pihak pengurusan yang baru.
Mia & Hubby punya rating : ***

6. Kiram's Village


Terletak di Kundasang juga. Baru tahun lepas kami stay di sana. Kawan yang suggest sebab tempat ni baru sahaja di buka. Chalet dia dibina di kelilingi oleh pokok-pokok bunga. Cantik. Owner dia pun peramah. Kalau nak stay sini pun kena book awal2 sebab chalet dia terhad. Bilik dia ok ok jak mungkin sebab kekurangan pekerja. Tapi satu yang saya suka makanan di cafe dia sangat sedap sekali.....mungkin kalau pegi Kundasang lagi, kalau tak stay sini pun kami akan singgah makan di cafenya....mantap ! teringat nasi goreng kampungnya.....nyum nyum...Harga chalet dari RM 100 - RM 350
Mia & Hubby punya rating : ***


Picture : Image from Google

42 comments:

  1. bestnya..nanti kalau diizinkan pergi bercuti sabah, boleh la minta mia tolong carikan tempat yer :)

    ReplyDelete
  2. I suka Kundasang. Baru 2 kali ke sana mmg best sangat. Sejuk mata dan nyaman.

    ReplyDelete
  3. Best nya Jalan2 Check In.. hehe.. klu ada hobi yg sama dgn hubby mmg seronok kan Mia?..
    indah dan nyaman tempat2 diatas tu.. boleh jadikan panduan klu mo check in nti..:)

    ReplyDelete
  4. @Nastyna: best kan kundasang.... saya dah berapa kali pegi sana tetap tak jemu....

    ReplyDelete
  5. @aTieYusof Family: betul tu atie...klu minat yg sama senang nak rancang sesuatu.... :-)

    ReplyDelete
  6. adoiii bilelah nak jejakkan kaki di sabah ni? :)

    ReplyDelete
  7. Kundasang memang menjadi impian SA...harap2 suatu hari nanti cik abg boleh bawak honeymoon kat sini...amin...

    ReplyDelete
  8. cantiknye tmpt nie dikk
    aduhh bilelahh boleh sampai nie ! huhu

    ReplyDelete
  9. @♥ Wina ♥: insyaallah nanti ada rezeki datang sini tu... :-)

    ReplyDelete
  10. @ieda immi: cantik kan kak...insyaallah nanti sampai juga tu :-)

    ReplyDelete
  11. Mia orang sabah yea...cantik2 resort yang dikunjungi th...harga pun not bad...bilalah nak samapi sabah lak nie.

    ReplyDelete
  12. Bestnya. Macam2 tempat dah gi. Bilalah bley kesana ni.

    ReplyDelete
  13. Betul Mia masa anak-anak kecik pergi tempat berdekatan lebih selesa. Tapi macam Sabah baaaanyak tempat boleh pergi dan cantik-cantik..

    ReplyDelete
  14. cantik pemandangannyer...tentu enjoy kan bawa family juga anak2..

    ReplyDelete
  15. semua tempat tue nd apernah check in...hehe

    ReplyDelete
  16. @Kakzakie: Tu lah tu kak, klu anak2 masih kecil susah sikit nak bawa yang jauh sikit... =D

    ReplyDelete
  17. @Mrs Velentine: bah lepas ni ko trylah check in kunu...hehe

    ReplyDelete
  18. MIA,BUI MMG DLM PLAN NAK KE SABAH THN NI..BOLEH LA KITA JUMPA NNT YER

    KINABALU PINE RESORT TU MMG DLM LIST SBB LEPAS TENGOK DEJAVU DI KINABALU..HEHE

    CUMA YG BUI RISAUKAN,MCM MANA NK DRIVE KAT SANA NNT..

    ReplyDelete
  19. wah.. best giler ada hobi gitu...

    ReplyDelete
  20. @Bui Junaidi: boleh bah.....hehe pine resort mmg puas hati....

    ReplyDelete
  21. Bestnya... bila agknya sia dpt smpai d sana.. :D

    ReplyDelete
  22. bestnya...kundasang..sejuk je...x pernah sampai lagi

    ReplyDelete
  23. @intanfirdaus247: mmg sejuk sebab dkt kaki gunung kinabalu kan.. :D

    ReplyDelete
  24. Bestnya gi bercuti kan.Ntt nak pergi Sabah jugak.

    ReplyDelete
  25. taun lepas ada pi ke sabah 2 3 kali tapi sampai kat bandar kk jerk atas urusan kerja.. teringin nak ke sana bercuti tapi belum berkesempatan... tingin nak pi pulau dia, cantikkk

    ReplyDelete
  26. @maszmadi: Klu pulau yg cantik dekat area kk Pulau Manukan tapi yg paling best kat pulau sipadan, tapi saya sendiri pun belum pernah pegi ke sana :D

    ReplyDelete
  27. Asben cikgu teringin sgt nak stay kat pine resort tu...

    ReplyDelete
  28. dah lama sungguh akak x kesini..dulu aelalu ikut hubby bawak budak2 pengakap daki gunung Kinabalu...seronok,dapat jadi tukang masak tuk budak2 tu pun dah kira bangga sangat dah...nostalgia tu..

    ReplyDelete
  29. @CeqGu: Kalau ada kesempatan cubalah stay sini....mmg puas hati... :D

    ReplyDelete
  30. Belum pernah cek in semua tmpt kamu tu. Kazen sy keja d beringgis resort tu. Buli dpt staf rate tp blm ada kesempatan lg p stay sana. Huhhu.. Kalau p labuan, stay rmh kazen. Hmm..

    ReplyDelete
  31. Mia ..OKje pun suka jugak...jalan2 dan check in..kalau ada modalnya hehe...

    ReplyDelete
  32. @Just: Trylah Just di beringis tu...ok bah tempat dia...

    ReplyDelete
  33. @hainom OKje: ya betul tu...yang penting ada modal... :D

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!