Friday, February 15, 2013

Red Tide (Laut Merah)

Assalamualaikum

Dulu masa zaman budak2 kalau tiba2 bapa balik dari kerja dan cakap "ada laut merah sudah, nda boleh makan ikan", memang kami tidak makan ikanlah tu sehinggalah pihak Jabatan Perikanan sahkan laut merah dah tiada.....kalau laut merah ada, semua jenis hidupan laut seperti ikan, kerang-kerangan dan sewaktunya dengannya terutamanya di bahagian pesisir pantai memang tidak boleh dimakan....masa budak2 memang tidak tahu apa itu laut merah, yang kami tahu asal laut merah jak, ikan tidak boleh dimakan, bikin mati boleh membawa maut....

Sehinggalah sekarang ni, dah dewasa beranak pinak, fenomena laut merah ni masih berlaku di perairan Sabah......kalau dulu tidak berminat ambil tahu apa sebenarnya laut merah, sekarang saya memang ingin tahu apa cerita disebalik laut merah itu sampai segala ikan dan sedara maranya tidak boleh dimakan......

Fenomena Laut Merah atau dalam bahasa orang putihnya Red Tide merupakan kehadiran sejenis plankton merbahaya yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.....kalau tengo gitu2 sahaja memang langsung tak nampak.....tetapi apabila plankton ini membiak sehingga menjadi jumlah yang besar, kehadirannya boleh kita sedari dengan timbulnya tompok2 merah di laut terutamanya di persisiran pantai....rasanya plankton2 ni tidak berbahaya kepada hidupan laut sebab tu ianya menjadi makanan kepada ikan2 dan kerang2an tetapi amat berbahaya kepada manusia jika ianya termakan dan ianya boleh membawa maut....sebab tu lah kenapa bila ada laut merah, kita tak boleh makan ikan dan hidupan laut yang lain...sebabnya dikhuatiri termakan plankton beracun tersebut.....

Tanda-tanda mereka yang terkena racun plankton ini akan timbul selepas 5 hingga 30 minit memakan ikan atau hidupan laut yang tercemar dengan plankton tersebut.....mangsa akan berasa kebas di muka, kerongkong, jari kaki dan tangan.....kemudian menjalar ke otot2 seluruh badan terutamanya saluran pernafasan.....dalam kes yang teruk mangsa akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan akhirnya akan membawa maut......tidak ada penawar yang khusus untuk racun daripada plankton ni......oleh itu kalau ada amaran daripada jabatan perikanan, laut merah dah datang, janganlah mengada-ngada nak makan ikan.....boleh makan kalau teringin betul tapi pilih ikan laut dalam dan basuh bersih2 perut ikan tu tapi bagi saya lebih baik elak sebelum terkena....

Image from Google
Untuk bacaan lebih lanjut tentang laut merah ni boleh pegi ke sini dan sini juga


Note : Sekarang kat KK masih tak boleh makan ikan dan sewaktu dengannya sebab dah ada amaran 'laut merah' daripada Jabatan Perikanan dan yang paling saya tak suka bila ada fenomena red tide, masa tu lah juga terbayang2 nak makan ikan bakarlah, sotong goreng tepunglah, siput sedut masak lemak, kerang bakar, ketam cili.....arggggghhhh....tak sukanya........

23 comments:

  1. whoaaa ade dengar pasal red tide tapi baru faham hari nie :)

    ReplyDelete
  2. @Bui Junaidi: Memang bahaya klu termakan jd klu boleh elakkan...

    ReplyDelete
  3. Owh...baru tahu. Pernah juga dgr fenomena laut merah. Selalunya berapa lama ni mia?

    ReplyDelete
  4. makan ayam saja masa fenomena ni berlaku..takut mau makan ikan wlpn boleh mkan lepas basuh betul2

    ReplyDelete
  5. alahaiiiii....ruginyaaaaaa x leh makan seafood..

    ReplyDelete
  6. @Fiza Rahman: Kalau kat Sabah selalu jadi awal tahun dan penghujung tahun.....itu yang saya baca.. :D

    ReplyDelete
  7. @MaMa Rey: Tu lah tu...klu musim red tide jak, ayam jak lah pengganti lauk...sampai nak muntah hijau dah makan ayam...jemu

    ReplyDelete
  8. @Amanda Suria: Klu musim red tide masa tu lah nak ngidam makan seafood...huwaaaa.....

    ReplyDelete
  9. Eee takutnya...risauu pulak sbb cikgu pun ada simptom2 cenggitu.....tp rasanya cikgu xder plak mkn hasil laut sabah

    ReplyDelete
  10. @CeqGu:Harap2 bukan pasal ni lah...lebih baik jumpa doktor dan check..

    ReplyDelete
  11. Baru nk tanya mia sbb ada terbaca kat paper dah 3 org maut akibat mkn lokan/kerang kat Sabah ni.Biasanya,berapa lama jadi fenomena ni?

    ReplyDelete
  12. alamak... pure marine collagen selamat di makan tak..?!.. tetiba...

    ade dengar pasal ni... bahaya kan... memang ada yg meninggal...

    ReplyDelete
  13. owh gitu, so bahaya. tapi kalau ke sabah tak makan seafood mmg tak cukup syarat. I teringat pulak seafood kat pasar filipin huhu best nya udang bakar sotong bakar.

    ReplyDelete
  14. @Rafhani: yang saya tahu fenomena ni selalu jadi awal dan hujung tahun....

    ReplyDelete
  15. @CiKPuaNLawA: Tak berapa pasti kalau rumpai tu...huhu

    ReplyDelete
  16. @Nastyna: Memang bahaya......ikan bakar kat pasar filipin tu mmg terbaik...sedap dan murah....

    ReplyDelete
  17. Memang bahaya kan Mia..dengar2 ada sdh konon org meninggal gara2 makan seafood di area2 sana.. isk! kena lebih hati2.. bah, makan ikan masin jak kita sementara:)

    ReplyDelete
  18. @aTieYusof Family: Memang ada suda yg jadi mangsa sebab dorang makan lokan yang dikutip tepi pantai tu.....ikan masin pun sedap bah, klu teringin juga makan ikan, cari ikan air tawar....ikan koruk...hehe

    ReplyDelete
  19. tq mia...sebab mmg explainkan...kalau tak baca ni ...okje mcm tau tau aje tp sebenarnya kurang tahu....hehe
    Wah rupanya dari dulu lagi eh mia

    ReplyDelete
  20. @hainom OKje: Sama2.....mmg benda dah lama jadi dah...huhu

    ReplyDelete
  21. tq for info..tp nak tanya sampai bila ye fenomena ni akan habis? saya nak g sabah minggu depan ni...baru dok terbayang2 seafood fresh kat sana...apa perkembangan? masih x boleh makan ke?

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!