Friday, February 1, 2013

Siapa di bawah kolong ?

Assalamualaikum
Kisah yang saya nak ceritakan ni agak misteri juga dan betul2 terjadi (bukan rekaan yek sebab adik pun mengalaminya)......kejadian berlaku semasa saya bersekolah rendah umur dalam 8 9 tahun gitu....masa tu air paip takda lagi, kita orang kalau nak mandi ke basuh kain ke pegi ke sungai saja......jauh dia dengan rumah kira2 20 minit berjalan kaki gitu...jalan nak pegi sungai tu kena lalu kebun orang dan kawasan pohon bambu...kan tepi2 sungai selalu banyak pokok bambu tumbuh, ahhh tak tahu pokok bambu....pokok buluhlah....
Ok, nak dipendekkan cerita, satu petang tu lepas abis mandi di sungai saya, adik dan mak pun baliklah ke rumah....waktu tu kira dah masuk maghrib...suasana pun dah gelap sedikit....sampailah satu pokok bambu tu, saya dan adik terpandang banyak benda kecil yang bercahaya kehijauan di sekitar pokok bambu tu...masa tu budak lagi jadi rasa ingin tahu apa benda tu memang kuat....tengok punya tengok...rupa-rupanya benda tu adalah cendawan kecil yang bercahaya hijau dalam gelap....saya dan adik rasa cendawan tu cantik dan gatallah tangan memetiknya untuk dibawa pulang....sepanjang jalan balik ke rumah memang cendawan tu bercahaya sahaja...
Nak dipendekkan cerita lagi, sesampai di rumah cendawan tu kami simpan dalam bilik...ia tetap bercahaya hijau kalau simpan di tempat yang gelap...saya dan adik pun buka buku mahu membuat kerja sekolah...kedudukan kami masa tu, duduk berdepan dan buku sekolah kami simpan di tengah2...kami duduk atas lantai jak, mana ada meja untuk belajar masa tu...lantai rumah masa tu papan dia ada yang jarang2 (maksudnya ada ruang di antara papan tu), maklumlah rumah kampung buat sendiri....lepas tu lantai dilapik tikar getah sahaja....ok sedang siok2 ni buat kerja rumah tiba2 nampak buku sekolah di tengah2 kami tu bergerak ke atas sendiri, seolah2 ada yang menolaknya dari bawah....adalah dalam 2 3 kali buku tu tertolak ke atas....saya dan adik berpandangan sesama sendiri, heran campur takut...tapi cepat pulak tangan adik alihkan buku tu sebab nak tahu apa benda dibawanya....kami nampak pula tikar getah tu tertolak2 ke atas...seolah2 ada orang di bawah yang sedang menjolok ke atas guna kayu yang lurus....lupa pula bagitahu rumah kami ni bertiang, maksudnya ada bawah kolong....semakin lama semakin tinggi pula tikar tu tertolak ke atas tapi kami masih tak nampak apa benda di bawahnya tu...saya dan adik mula takut terus berlari keluar bagitahu mak yang sedang menjemur kain di beranda rumah...saya, adik dan mak hanya memerhati tikar getah tu tertolak2 ke atas...semua pun tak berani buka untuk tengok apa sebenarnya di bawah tu...bapa masa tu tiada di rumah sebab ada perayaan hari Kebangsaan di pekan...dia terlibat sama..adalah lebih kurang 15 minit tikar tu tertolak2 ke atas seolah2 ada orang di bawah kolong sedang menjolok guna kayu runcing yang panjang...lepas tu berhenti gitu sahaja....
 Setengah jam kemudian bapa balik.......kami ceritakan apa yang berlaku....kata bapa, mungkin ada orang yang cuba takut-takutkan kami.....tapi siapa dan untuk tujuan apa ??? tiba2 saya dan adik teringat cendawan bercahaya hijau yang kami petik dalam perjalanan balik ke rumah tadi....jangan2 ada 'orang' marah tanamannya dikacau.....saya dan adik bergegas ke bilik dan buang cendawan tu keluar.....Sampailah sekarang ni saya dan adik dah beranak pinak ni masih terpikir dan tertanya-tanya siapa sebenarnya berada di bawah kolong rumah masa tu.......??????
Note : ini memang kisah benar, bukan dongeng tau.....

10 comments:

  1. goose bumps... seriau dan takut pulak membacanya...

    ReplyDelete
  2. eee...seram jugak camtuh kan..kalo sy dah takleh tido dah tuh...

    ReplyDelete
  3. huuu seram jugak ni . lepas akak buang cendawan tu , dah takde la gangguan macam tu ?

    ReplyDelete
  4. uinaaaa... ngeri pula kisah ko ni mia.. sa baca time magrib nie. hadooi!

    ReplyDelete
  5. mia, time kecil kami pun mengalami perkara yg sama tapi kami nampak lidi/kayu kena cucuk2 p atas dari celah2 papan lantai rumah. bikin takut oh.

    ReplyDelete
  6. sy biasa mengalami lbh kurang sama ceritanya...hantu saloma dan p ramlee, tu masa tgk cerita seniman tu di tayang di TV...haha time tu penakot !

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!