Bulan Bayar Cukai

Assalamualaikum


Masuk jak 1hb Mac setiap tahun mesti laman di atas tu yang akan selalu dikunjungi bagi mereka2 termasuk sayalah tu yang ingin mengdeclare pendapatan tahun sebelumnya.....tahun ni, tahun 2013 maknanya declare tahun 2012 punya pendapatan....tengo kena cukai ke tidak.....Saya memang selalunya akan buat awal2 dan telah selamat di hantar e-filing semalam hubby punya pun saya yang tolong buatkan, katanya tak reti isi2 e-filing ni....bukan apa, sengaja buat awal sebab senang nanti kalau ada apa2 yang tak puas hati, kita boleh berurusan dengan pihak LHDN sebelum tarikh tamat penghantaran borang pada 30 April ni....tak lah kelam kabut kan....mana tahu ko terlebih bayar cukai ke apa ke senanglah nak 'bertekak' dengan pihak LHDN...hehe

Tentang cukai yang kena bayar tu, ada orang yang declare dulu pendapatan, kemudian tengo samada pendapatan tahunan dorang dikenakan cukai ataupun tidak...jika ada, mesti dibayar sebelum 30 April atau akan dikenakan penalti lewat pembayaran.....kalau saya pula, saya request kat company remitkan cukai setiap bulan ke LHDN ikut PCB (potongan cukai berjadual), maknanya dari bulan Jan 2012 hinggan Dec 2012....so jumlah keseluruhan potongan cukai boleh check di borang EA kita tu....Masa isi e-filing tu boleh lah letak jumlah cukai yang kita sudah bayar tu dan tengo samaada kita terlebih bayar atau pun ada baki lagi yang kena bayar....tak lah menyusahkan sebab kita dah awal2 bayar cukai kan....

Untuk yang ingin membayar cukai, saya kongsikan beberapa perkara yang layak untuk mendapat pelepasan cukai :-
1. Pembelian buku2 dan majalah (yang berteraskan pendidikan dan ilmiah sahaja yek, majalah2 hiburan tak boleh) Sila simpan resit pembelian.
2. Pembelian komputer.
3. Pembayaran Zakat.
4. Simpanan SSPN.
5. EPF dan Insurans Nyawa.
6. Faedah pinjaman untuk pembelian rumah.
7. Tanggungan anak-anak di bawah 18 tahun.

Ok itu jak serba sedikit yang boleh dikongsi, selebihnya kena tanya sendiri di LHDN (^_^)






35 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. jgn lupe... maternity cost pon boleh dapat pelepasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke....tak tahu pulak....dah anak 3 ni br tau....tq bagitahu

      Delete
  2. akak tak kerja dik..tpi selalu tgk suami akak tergaru garu kepala bila tgk jumlah kena bayar setiap tahun meningkat...boleh wat down pyment kereta baru...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu lah kak saya potong bulan2 cukai tu jd x lah saya tergaruk2 kepala masa nak byr cukai..... kdg2 jumlahnya tu tak terjangka...huhu

      Delete
  3. bab cukai Mr.Sawo yang uruskan..nda keja..duduk keja d rumah jak urus anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sioknya di rumah saja urus anak2....mo juga gitu tp itulah kunun suda biasa keja....

      Delete
  4. Replies
    1. Kena check juga.....sbb setau kakak wlu pendapatan x kena cukai kena declare juga sbb kwn kakak pernah ignore jak psl declare cukai ni tup2 dpt surat penalti dr lhdn sbb x declare pendptan....

      Delete
  5. Good sharing Mia. Cukai kat Malaysia tak semahal kat sini, see, how lucky Malaysians.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..lucky to be Malaysians.....ni sikit2 nak komplen...huhu
      *kdg2 aku pun komplen juga..hehe

      Delete
  6. EA form pun x dpt lagi cane nak bayar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya dah ada tu sbb skg bln 3 dah.....tak check kat hr ke.....mana tau dorg terlepas pandang... :-)

      Delete
    2. Cek dah. Akauntan blm buat lg. boley x camtu.

      Delete
  7. alamak..sy belum buat lagi e-filling...
    tiba2 bah kena cukai thn lalu...ndak pernah2 sblm ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus bah tu sbb menunjukkan pendptan meningkat.... :-)

      Delete
  8. selalu ignore benda ni.. sdh few years rugi! huhuhuhuh

    ReplyDelete
  9. baru jer dapat EA form hari ni... huwaaaaa.... cukaiiii.... e-filing bla bla bla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati kan buat tu...hehe tp apa boleh buat kewajipan rakyat malaysia...

      Delete
  10. MV tak pernah buat e filing..gaji sikit jak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah tu...nda payah mo pening2 byr cukai..hehe
      tapi setau sya kan even pendptan blum dikenakan cukai mcm mo kena declare juga....

      Delete
  11. Masa Okje keje pun...hubby yg buatkan... mmg tak tau buat heheh

    ReplyDelete
  12. nuffnang dh hantar notice..tp pdapatan msih x tetap. kene bayar cukai jugak eh? 1st time dpt notis, x reti :p

    ReplyDelete
  13. Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya menjual medical card coverage 100% & tidak perlu membayar deposit hospital (pakej tambahan, klinik swasta pun percuma seluruh malaysia)..selain itu boleh mengelak cukai pendapatan disamping dijadikan simpanan jangka panjang..saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post