Sunday, March 3, 2013

Insiden di Semporna

Assalamualaikum


Belum selesai di Lahad Datu, kami di Sabah dikejutkan lagi dengan berita mengenai kejadian tembak menembak di kampung Sri Jaya Siminul, Semporna yang tersebar luas di Facebook rakan-rakan. Kawan-kawan yang berada di Semporna mengatakan bunyi tembakan kedengaran di laut bermula jam 8 malam....polis mengarahkan semua penduduk kampung jangan keluar rumah....ada yang mengatakan bahawa kejadian itu berkaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu tetapi ada juga beritahu ianya operasi merampas syabu....kami di Sabah berteka teki ditambah lagi hati yang risau....dan akhirnya pihak polis mengesahkannya....


Sekarang tidak senang duduk sebab banyak khabar angin yang merisaukan. Walaupun belum sah tetapi cukup membuatkan kami tidak senang hati...kawan2 tolong doakan keselamatan kami di sini.....




14 comments:

  1. nik yg kat semenanjung pun risau bila tahu berita ni smlm. apa lagi org2 kat sana.

    hanya mampu berdoa.moga Allah melindungi semua.

    ReplyDelete
  2. yg dok jauh nie pun risau jgk..semoga keadaan dissna beransur pulih..ameen

    ReplyDelete
  3. semoga selamat semuanyer..
    baca ayat kursi banyak2.
    rumah kak yana jauh dari jiran...
    so akak baca ayat kursi banyak2.
    sekarang tinggal dengan baby danish je.
    akak baca juga ayat tu.
    buat macam zikir.insy. selamat.

    ReplyDelete
  4. KAMI KAT SARAWAK NI PUN SUSAH HATI DGR HAL NI..
    SEMOGA ALLAH MELINDUNGI SEMUA KITA YG BERGELAR RAKYAT MALAYSIA..

    ReplyDelete
  5. semoga dilindungiNYA..kami turut doakan keselamatan & kesejahteraan warga sabah

    ReplyDelete
  6. risau ya, kami d semenanjug doakan semua keadaan selamat. ..

    ReplyDelete
  7. Kami doakan keselamatan rakyat Sabah..InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. Rakyat Sabah pasti selamat kerana anggota keselamatan kita yg terbaik

    ReplyDelete
  9. Seluruh rakyat malaysia harus bersiap sedia. Jangan lupa pakat2 solat hajat mohon perlindungan dan dijauhkan bala. Cikgu doakan semoga semua ni segera selesai...amin

    ReplyDelete
  10. risau dengan keadaan ni sebenarnya...hopefully segalanya berakhir dengan segera....

    ReplyDelete
  11. Sana sini pasal berita ni sekarang ni... moga ATM menjumpai jalan yg terbaik utk menyelesaikannya

    ReplyDelete
  12. Lahad Datu berada di tengah2 antara Kunak & Semporna.. bayang kan lah betapa risau nya kami...seolah2 di kepung...Ya Allah! doakan lah keselamatan penduduk Sabah..amin!

    ReplyDelete
  13. Scarylah. Makin ramai yg terkorban. Smoga masalah ni temui jln penyelesaiannya.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!