Thursday, March 7, 2013

Perempuan lebih cekap ??

Assalamualaikum

Untuk pembaca kaum adam jangan sentap dulu bila tengo tajuk di atas....sapa2 yang ada dengar hotchat hotfm jam 7 pagi tadi memang tahu topik ni yang dorang tengah bualkan....wah bukan main lain pemanggil2 wanita dan lelaki menegakkan pendirian masing2...yang si pompuan bukan main berkobar2 cakap dia cekap inilah, cekap itulah....manakala selelaki sedapnya mengata pompuan ni cemerkap dan terlalu emosi....dan ada seorang pemanggil lelaki ni yang saya kurang berkenan sikit dengan pandangannya menggunakan ungkapan "lelaki ada 9 akal 1 nafsu manakala perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu".....bukankah ungkapan ini masih dibincangkan kerana tidak dapat disahihkan kebenarannya, waallahualam.....(sila betulkan saya kalau salah)...

Pendapat saya ?? ya memang benar perempuan cekap....cekap menguruskan rumah tangga, cekap menguruskan anak, cekap menguruskan suami......lelaki kehilangan stokin pun si isteri jugalah yang dicari (^__^) TETAPI para lelaki juga memang cekap....walaupun dorang tidak pandai mengurus rumah tangga, tidak tahu mengurus anak......tetapi banyak benda yang mereka buat dan cekap menguruskannya daripada perempuan.....saya mengakuinya.....saya bagi satu contoh yang senang dan mudah......berapa peratusnya perempuan akan menukar sendiri tayar keretanya yang pancit ? hehe mungkin hanya 10% dan selebihnya akan meminta pertolongan daripada sang lelaki...termasuk sayalah tu....hehe Laptop tetiba padam, tak dapat nak update blog, perempuan panik on off on offkan tak dapat, sapa yang kena panggil, lelaki juga....

Bukannya nak memihak kepada sesiapa......tapi bagi saya baik lelaki atau perempuan masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2....saling lengkap melengkapi antara satu sama lain....lelaki diciptakan menjadi seorang yang gagah, cekal hati dan ego yang tinggi bagi melindungi kaum perempuan yang lemah (tapi kadang2 boleh menjadi cekal dan kuat) yang mempunyai jiwa yang halus dan mudah tersentuh.....betulkan.....tak baik gaduh2 yek.....

36 comments:

  1. betul tu ... masing2 ada klebihan n kelemahan . adil . hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....masing2 ada kelemahan dan kelebihan.....

      Delete
  2. betul tu..sy cuma cekap di rumah jak..hehe

    ReplyDelete
  3. sama-sama sama rat aje sebenar nyer..ade lelaki yg tak cekap ade juga perempuan yg tak cekap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan...x payah nak bagi aku cekap ko x cekap...hehd

      Delete
  4. Betol tu... Sy sokong 100%... Tuhan ciptakan hawa dan adam untuk saling menglenkapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus ingat novel adam dan hawa... :-)

      Delete
  5. Cekap atau x cekap bukan terletak pada jantina tapi terletak pada individu sendiri.. :)

    ReplyDelete
  6. BUI MMG SGT SETUJU
    ADA PART MMG POMPUAN CEKAP
    ADA MASA PULAK LELAKI LEBIH CEKAP
    MASING2 ADA KELEMAHAN DAN KELEBIHAN TERSENDIRI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saling tolong menolonglah katakan...hehe

      Delete
  7. sy rskan mmg kita boleh buat bbrp perkara dlm 1 ms..lelaki mungkin tak blh buat cam kita,kerana mrk lebih fokus..bila buat sst, jd lebih baik..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Senyum bersimpul simpul pun x pa....hehe

      Delete
  9. Kita di ciptakan dr Tulang rusuk Adam agar saling melengkapi...masing2 ada kelebihan dan kekurangan...:)

    ReplyDelete
  10. lengkap melengkapi di antara satu sama lain... masing2 ada peranan masing2 kan?

    ReplyDelete
  11. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan :D

    ReplyDelete
  12. Allah ciptakan manusia ada tugas dan peranan msing dan ada kelebihan dan kelemahan masing2 .. jadi saling menghargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...menghargai antara satu sama lain..... :D

      Delete
  13. Sebab itulah Allah ciptakan kita berpasang-pasangan
    Utk saling lengkap-melengkapi.
    Kalau tak macamana umat manusia nak berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak......tak payah ckp lelaki ke atau pompuan ke yg lebih cekap...masing2 memerlukan...

      Delete
  14. Betul,setuju dgn mia.Bab cekap ni,takyah diperdebatkan pun ikut gender.Lelaki cekap yg ini,pompuan cekap yg itu.Masing2 ada kelemahan dan kekuatan sendiri.Buat per lah nak gaduh kan?

    ReplyDelete
  15. ya betul...masing2 ada kelemahan & kelebihan...sebab itu la perempuan kene kahwin dgn lelaki...saling melengkapi mana yg kurang...hehe

    ReplyDelete
  16. Betul tu. masing ada kelebihan dan kekurangan. Tu lah tujuan perkahwinan. Itu la yang selalu sy pk kalau tak mau bergaduh berpanjangan.

    ReplyDelete
  17. ada dengar d hot fm..hehehe..tp mmg perempuan lebih cekap bah tp tgk situasi

    ReplyDelete
  18. Perempuan ada 9 nafsu banyak cabang, nafsu makan, nafsu nak melawa bla bla bla. Nafsu lelaki yg 1 tu, untuk satu benda sajer and habisan depa pulun yg itu. hahaha (Ustaz saya cakap bukan saya).

    ReplyDelete
  19. Setuju tu Mia lelaki dan perempuan compliment each other..masing missing cekap dlm kepakaran masing masing!

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!