Sunday, March 3, 2013

Tolong.........ini bukan hal politik

Assalamualaikum


Hari ni keja cam biasa walaupun ada sedikit bimbang mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu....walaupun Kota Kinabalu jauh jaraknya dengan bandar Lahad Datu tetapi mendengar berita penceroboh suda berada di Semporna dan Kunak, kami harus mengambil langkah berwaspada agar tidak berlaku kejadian yang tidak dingini....pelbagai versi kabar angin yang saya baca di Facebook dan Twitter mengenai berita penceroboh kurang ajar ni.....memang menakutkan dan risau akan keselamatan diri dan keluarga tetapi saya percaya 100% dengan kewibawaan pihak keselamatan negara....mereka tidak akan mensia-siakan penduduk Sabah....pada masa yang sama sangat sedih bila 8 orang telah terkorban akibat kes pencerobohan ini....takziah kepada keluarga mereka, diharap mereka tabah menghadapi dugaan ini...


Yang paling terkilan bila isu sebegini dijadikan bahan untuk dipolitikkan....saling tuduh menuduh, menuding jari menyalahkan antara satu sama lain semata2 untuk meraih undi....Tidak pernah rasanya saya menulis hal2 berkaitan politik tetapi rasanya kali ini terasa ingin menyuarakan rasa ketidakpuasan hati kepada mereka yang mempolitikkan hal sebegini...kalau mempunyai akal fikiran yang waras tentunya mereka tahu ini melibatkan negara...dan kalau benar ingin memimpin negara bukankah lebih baik pada waktu ini berganding bahu sementara untuk mengusir anasir2 jahat itu daripada menuding antara satu sama lain.....!!! tolonglah jangan politikkan kes ini....sila bantu rakyat Sabah mengusir penceroboh2 durjana itu sebelum lebih ramai nyawa terkorban...barulah rakyat akan percaya dan yakin bahawa 'anda' layak jadi pemimpin.....


Bukan memihak kepada sesiapa, hanya menyuarakan rasa tidak puas hati sebagai rakyat biasa yang sedang risau dengan keadaan sekarang ni.....dan kepada Pasukan Polis dan ATM......kami doakan semoga semuanya selamat sentiasa dan berjaya mengusir 'mereka' yang tidak diundang itu......ingat ALLAH tetap bersama kita......amin

34 comments:

  1. Exactly, even kami yang jauh ni pun geram dan kecewa with situation over there, inikan u guys yang kat sana.
    Always doakan Sabah kembali aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kecewa bila kes gini pun hendak dipolitikkan....terima kasih doakan keamanan kami di sini... (^__^)

      Delete
  2. Itulah yg tak patutnya..sedang rakyat sabah kebimbangan dan pihak tentera bertarung nyawa.pihak lain plak saling menuding jari..apakahe kepentingan yg hendak mrk cari disaat genting begini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi kepentingan diri sendiri, rakyat yang tersepit....betul2 kecewa...

      Delete
  3. sy pon tk paham kenape org kaitkan isu ni dgn politik.. adakah derang rase disebbkan peristiwa kesultanan sulu di lahad datu tu agenda kerajaan nak lambat kan pilihanraya.. saat ni pon derang nak kaitkan dengan itu.. yg penting doakan semoga rakyat di sabab selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu itu taktik nak pancing undi, rakyat pun meluat nak undi....

      Delete
  4. AJ pun tak berpuas hati bila isu yang melibatkan nyawa ni dipolitikkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ini melibatkan nyawalah saya tersangat kecewa dan x puas hati....

      Delete
  5. Betul tu.... tak masuk akal langsung... dah tak de idea kot...

    ReplyDelete
  6. MEREKA TU SENGAJA NAK MEMPORAK PORANDA KAN KEADAAN :(
    SEMOGA ALLAH MELINDUNGI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA ORG2 DI SABAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah psl..dahlah mmg bingung skg ni...dorg lg mo tambahkan masalah....

      Delete
  7. Betul tu Mia...geram dengan sesetengah ahli politik yang suka2 pandang remeh dengan situasi di Sabah ni. Kami yg tinggal di Lahad Datu siang malam tak senang duduk, asyik memikir kan pelbagai kemungkinan..sentiasa berjaga2.. tolong lah! doakan jak perwira2 kita selamat dlm mempertahan kan bumi Sabah ini..amin!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah .....bukankah elok doakan mereka yg sdg bertungkus lumus mempertahankan negara....

      Delete
  8. ya Allah . bella bimbang sangat dengan keadaan ni . macam dah tak selamat negara kita . time ni jugak la isu politik nak mencelah . bukankah bersatu dan selesaikan masalah ni bersama sama lebih baik ? haih . moga Allah lindungi negara kita

    ReplyDelete
  9. skrg nie dah x tahu mana betul atau salah
    ada kata org nie .. ada kata org tuu
    siap ada org tukang bawa
    come on lah .. nie semua melibatkan nyawa
    kenapa nak pertaruhkan nyawa manusia !
    apa2 punn fikir secara rasional dan cepat2 bertindak
    agar tiada lagi nyawa jadi taruhannya !
    huhu memang emo bila cakap bab nie .. erghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saling tuduh menuduh.....akhirnya rakyat merana....bukankah rugi tu.....

      Delete
  10. skrg ni bila mcm2 berita tersebar kat FB/blog/twitter, rakyat jadi makin keliru dan risau.. tapi mmg x sepatutnya dikaitkan dengan siu politik..

    harap semuanya dipermudahkan Allah..

    salam kenal dari zana.. nice blog sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga.....
      Byk kabar angin kedengaran menambahkan lg risau kami di sini....

      Delete
  11. Kakak punya perseepsi sama. Kenapa nak dipolitikan. Isu ini tiba waktu nak PRU tambah menyesakkan. Tapi siapa yg jadi mangsa? Kesian pada yg terkorban..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah untuk.yg terkorban dan takziah utk keluarga mereka...

      Delete
  12. Betul mia,frust bila baca paper,portal berita,fb sebar benda bukan bukan.Apapun,kami doakan semoga krisis ni cepat selesai.Amin

    ReplyDelete
  13. hal serius mcm ini harusnya jgn diplolitikkan..jalan selesai harus diutamakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...cari dahulu cara utk menyelesaikannya....

      Delete
  14. AKu pon tak puas hati bila benda ni dikaitakan dgn politik. Cuma aku nak tau jawapan sebenar apa punca pencerobohan nih. Dah macam2 cerita. Tak tau mana satu yg betul nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puncanya beberapa ekar tanah di Sabah yg dulunya dikurniakan sultan brunei kepd sultan sulu tp lepas tu sultan sulu pajak secara kekal kepd british...meaning sulu x hak lg tp dorang still perjuangkan kononnya tanah tu milik sultan sulu....itu yg kami tahu di Sabah ni....

      Delete
  15. bila terjadi sesuatu yg tak baik macam ni cepat jer kaitkan dengan pihak yang satu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benci tengo bila saling salah menyalahkan....

      Delete
  16. Org tengah sibuk bergadai nyawa...ahli politik sibuk tuding jari..
    Kan baik kalau masakini mereka bersatu..sedih lihat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...sedih tengo bila saling tuding jari demi kepentingan politik...

      Delete
  17. semoga benda ni x melarat ler hendaknya...sekarang ni tengah study salasilah dan sejarah sebenar perkara2 yang berkaitan ni...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!