Thursday, April 11, 2013

Apa yang boleh diinsuranskan

Assalamualaikum

Ok hari ni nak kongsi lagi sedikit info mengenai insurans......APA BENDA yang boleh diinsuranskan ?

1. KERETA - ini semua pun tahu kan sebab wajib ambil insurans jika ingin memperbaharui cukai jalan..

2. RUMAH - bagi mereka yang membeli rumah menggunakan pinjaman bank, selalunya bank yang akan menguruskan insurans rumah mereka....tapi dinasihatkan agar masing2 check balik insurans rumah masing2 sebab bank selalunya hanya akan menginsuranskan nilai pinjaman rumah bukannya nilai pasaran rumah tersebut...Kalau berlaku apa2 kita yang akan rugi tau.....
Bagi yang buat rumah sendiri maknanya no loan langsung sila pastikan ada menginsuranskan rumah anda....kalau berlaku apa2 seperti kebakaran, sekurang2nya ada jugalah wang tuntutan untuk membina semula rumah...

3. NYAWA - Insurans ni selalunya orang akan ambil untuk 'diserahkan' kepada warisnya bila dia meninggal dunia....sebagai bekalan kecemasan kiranya....sebab tu ada yang menjadi jutawan segera bila si pengambil insurans ni meninggal dunia apabila dia mewariskan insurans nyawa yang bernilai 1 juta ringgit.....so jangan heran kalau ada dengar kes yang memalsukan kematian semata2 nak tuntut insurans ni.....jangan buat yekkk, sudahlah salah disisi undang-undang, duit tak berkat tau....

4. TUBUH BADAN - maksudnya jika ditimpa sebarang kemalangan, tak kira kemalangan di mana, jalan raya, di rumah, di tempat kerja....segala perbelanjaan perubatan boleh dituntut jika anda membeli insurans....malahan jika anda hilang satu jari akibat kemalangan pun akan dibayar mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak insurans.....

5. ISI RUMAH - maksudnya segala perabot, pinggan mangkuk arkopal, pakaian, kasut2 segala, peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya yang ada dalam rumah boleh diinsuranskan tetapi syarikat insurans akan membayar sebarang tuntutan mengikut harga susut nilai barang tersebut.

6. BARANGAN PERIBADI - barang2 peribadi yang agak tinggi nilainya kononlah contohnya kamera dslr, beg tangan Loius Vutton, jam tangan lolex.....semua tu ribu2 nak beli beb ! mahal tu.....nangis meraung kalau dicuri......sekurang2nya kalau ada insurans bolehlah claim dan beli balik kan.....huhu

7. MULUT ? - selalu dengar orang cakap....ehhhh mulut ko ada insurans ke cakap camtu ?? setakat yang aku suda check dan selidik2 belum ada lagi syarikat insurans yang offer produk macam mana ni.......maknanya ko berani cakap camtu tu ko tanggunglah sendiri akibatnya......ada faham.....hehe

20 comments:

  1. bagus jugak klu ada insuran mulot... sbb org melayu kan suker bedebat. hehehe

    ReplyDelete
  2. Banyak tul leh insurance kan..kalo tak terkelim..duit tuh jd milik sykt insurance setengahnya kan..mulut pun elok dibuat insurance hehehe..sakit2 ati kena kutuk bolh kelim..heheh

    ReplyDelete
  3. betul jangan sebab mulut badan binasa

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya ada insuran mulut ni Mia tapi kiraannya hanya di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  5. ingatkan memang ada insurans mulut..he..he..

    ReplyDelete
  6. hehehehe..ttg insurans mulut tu, ada pernah dgr kt panggilan hangit. kelakar giler!

    ReplyDelete
  7. bab insuran rmh tu.. snnt sy cek blk.. hmm..

    ReplyDelete
  8. Hahhahahahhahahah.....
    Tang insurans mulut tu tak boleh tahan AJ....
    Aah belum ade lagi...
    So tak boleh nak melaser sangat...
    Kihkihkih...
    Kang kene cepuk....

    ReplyDelete
  9. bagus jgk info psl nie... :D Tq Mia...

    ReplyDelete
  10. mulut memang kena ada insurans, walaupun tak berbayar wajib ada heee

    ReplyDelete
  11. oh! barangan peribadi pun boleh insuran kan? baru plak sa tau Mia.. wah bagus ni..new info for me...:)

    ReplyDelete
  12. Dahlah tak keje.....banyak pulak nk kena bayau insurance acamne ni Mia hehe....

    ReplyDelete
  13. Baru nak tanya pasal insuran mulut hehe, what about insuran jari yang menaip puk pak puk pak. some people seem to need it to be insured. Btw in Jerman hp cikai pun orang insuranskan. Langsir pun ada kes kuar tv hihi.

    ReplyDelete
  14. tq share, bab insuran mulut tu yg x boleh nak blah hehehe

    ReplyDelete
  15. insurans mulut untuk perkataan, insurans tangan untuk perbuatan, insurans hati untuk apa yang disimpan dalam hati, insurans otak apa yang tersimpan di otak...he he he...semuanya ada insurans tapi bayaran di sana nanti...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!