Friday, June 7, 2013

Ayam Masak Halia versi Umi

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.....hari ni kongsi resepi kononlah walaupun sebenarnya tak berapa nak terror masak
Tapi layan jaklah kan resepi ni walaupun simple jak....mungkin kalau Ummu Aidan yang masak, kata orang kat hujung jari dia, 5 minit pun siap.... kan Ummu jangan marah sebab ko memang terror masak.

Resepi diberi nama Ayam Masak Halia versi Umi

Bahan-Bahan :-
Isi Ayam dipotong dadu
Cendawan Putih dicarik2
Capsicum aka Lada Benggala
Tomato
Halia
Bawang Merah
Bawang Putih
Sos Tiram
Garam
Serbuk Perasa

Cara Masak :-
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik baunya..masukkan ayam dan gaul sekejap...kemudian masukkan cendawan. Tutup dan reneh sekejap. kemudian rasa-rasa ayam dah nak masak, masukkan capsicum, tomato, sos tiram, garam dan serbuk perasa. Berhati2 simpan garam yek sebab sos tiram dah masin dah kan....biar sekejap dan tutuplah api...sedia untuk dihidang...simple kan...
Sesetengah orang suka campur tepung jagung sikit untuk memekatkan kuahnya tapi aku tak berapa nak suka...sengaja biarkan kuahnya cair sikit sebab senang nak campurkan kat nasi... :D



13 comments:

  1. Yesss!... memang sedap, tengok gambar jadilah kakak Mia. Kalau nak kena buat sendiri ikut je resepi Mia dan bagi kan:)

    ReplyDelete
  2. sedap gini kak mia..x pedas ala style china kan..budak2 pun suka..

    ReplyDelete
  3. Makan macam tu saja pun sedap tu. :)

    ReplyDelete
  4. Wah mia...ini mmg power nie..aku sendiri pun blom pernah masak yg cenggini nyer terer..nak kena belajar ngan mia nie..
    actually takut berbau halia sgt sbb tuh tak pernah cuba resepi nie..:)

    ReplyDelete
  5. tang cili tu Nampak tertariktu.. boleh join master chefni...

    ReplyDelete
  6. saya kalu buat ni suker tumbuk cili api, kasik pedas. dasar peminat tegar cili hapi cenggini le. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Boleh hidu ni bau nya..sedap ni Mia.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya bah... lapar terus ku tgk...:)

    ReplyDelete
  9. WOW..MMG NAMPAK MENYELERAKAN LAH..

    ReplyDelete
  10. Anak anak mesti suka ni Mia sebab tak pedaskan!

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!