Angin kencang di Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Minggu ni keadaan cuaca tak menentu di KK...petang memang hujan akan turun dengan lebat disertai dengan angin kencang....

Semalam rasanya angin agak bertiup kencang menyebabkan pokok tumbang dan banyak kerosakan berlaku di bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya. Angin yang kuat juga menyebabkan beberapa kemalangan kereta berlaku. Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan oleh angin lintang yang kuat. Bayangkan papan tanda iklan yang besar tu pun boleh rebah dan terkopak. Memang sangat kencang, kelajuan antara 40-50 ksmj. Menurut Jabatan Meteorologi, angin kencang ni akan berterusan sehingga 21hb ni, jadi sebarang aktiviti laut adalah sangat tidak bersesuaian dilakukan pada masa ni.

Masa angin kencang tu berlaku, aku kat opis. Jenguk kat luar, nampak jugalah, papan dan kayu berterbangan jatuh dari atas di bangunan sebelah tu. Actually bangunan sebelah tu dalam proses pembinaan. Nasib baik takda orang di bawah masa papan2 tu jatuh. Anak-anak pula semua kat sekolah. Shamzi ada bagitahu juga, dorang semua takut sebab angin terlampau kuat. Nasib baik tak ada apa2. Gambar dua ni, aku dapat dari kawan. Simpati dengan tuan punya kereta ni tapi itulah pepatah ada berkata kan, Malang tidak berbau...


 



 



Note : Sedikit info tentang Insurans. Jika berlaku kejadian kemalangan seperti di atas, anda boleh membuat tuntutan dengan pihak insurans TETAPI dengan syarat semasa anda membeli insurans kereta anda, anda kena membeli faedah tambahan untuk perlindungan bencana semulajadi contoh banjir, taufan, ribut petir dan lain-lain.

12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Memang kira dahsyat jugalah Mia kalau sampai pokok pun tumbang. Kesiannya tuan punya kereta tu bila nak balik kerja tengok keadaan dah jadi macam tu..

    ReplyDelete
  2. tengok gambar tu pun saya dah boleh bayangkan macam mana kencangnya angin tu... scary...moga2 tak ada apa2 yang tak eloklah yang berlaku...

    ReplyDelete
  3. Teruk gak angin kencang kat sana!!

    ReplyDelete
  4. kuatlah gitu anginnya sampai tumbang pokok gitu sekali..sian tuannyer keta2 tuh..

    ReplyDelete
  5. dashyat sampai pokok besar boleh tumbang..FYI, kat Kch sebentar tadi pon hujan lebat berserta angin kencang..sue kena pelahan kereta dok jln mcm siput tadi.

    ReplyDelete
  6. Hish..hish kesiannya yg empunya kereta tu....
    Tulah hari Sabtu lepas kat KL ni pun ribut jugak...nasib sekejap je

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post