Wednesday, July 31, 2013

Hanya merancang

Assalamualaikum

Tajuk cam serius bunyinya tapi sebenarnya taklah seberat mana...
Cuma itulah kan kita manusia biasa hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan samada perkara tu berjalan dengan sempurna seperti apa yang dirancangkan atau tidak.

Ingat lagi ke post berkenaan kuih cincin tu.....dalam perancangan memang nak jual kat rakan-rakan blogger tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan dan juga masa yang amat terhad, rancangan nak jual kuih cincin tu tergendala sementara. In sha Allah, perancangan itu akan diteruskan juga. Minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan yang berminat nak beli kuih tu.
Itu apa yang dirancang bulan Jun yang lalu......
Tak jadi.....

Dan baru-baru ni dapat Blogbuster Campaign daripada Nuffnang. Email dihantar oleh pihak Nuffnang pada 17hb tu tapi hanya terbaca pada 25hb yang lalu....tarikh tutup penyertaan semalam 30hb. Ikut perancangan memang nak buat video tu dengan hubby hujung minggu tu tapi sekali lagi kan, kita hanya mampu merancang. Hujung minggu tu sangat sibuk sebab seharian keluar pergi mencari barang-barang untuk raya ni. Sampai rumah dah penat, mood nak buat iklan pun dah tak ada. Harapnya en.Nuffnang tak merajuklah dengan blog ni yek. 

Tapi itulah kan, walaupun apa yang dirancang tidak menjadi, itu bukannya alasan kita untuk berputus asa......selagi ada jalan, kita kena terus berusaha....yakin boleh ! jak....





































Note : tak berkaitan dengan entri kat atas, saja nak bagi tahu mood sekarang 
telah bertukar kepada CUTI-CUTI raya......Tak sabarnya cuti minggu depan !






11 comments:

  1. Memang betul tuh..kdg biarlah sst itu berlaku secara natural tanpa dirancang...
    btw..gambar tayang tuh mmg menggoda tuk bercuti2 tuh...:)

    ReplyDelete
  2. Betul Mia dalam keadaan bulan ramadhan lagi rasanya kalau nak buat video tu kalau tak betul-betul baik tangguhkan dulu. Kadang memang dah rancang tapi ada yg lebih penting tu yg tergendala

    Dah tak sabar nak cuti ye Mia:)

    ReplyDelete
  3. xsabar sgt nak cuti... nak rehatkan minda yg penat ;)

    ReplyDelete
  4. sama la kite. x de mood dah nak buat keje. tunggu nak cuti je.

    ReplyDelete
  5. semua sekarang ni badan je kat opis fikiran dah melayang kat kampung dah pikir cuti je hahahaha

    ReplyDelete
  6. saya tak sempat nak join..igt hari nie dateline dia..huhu

    ReplyDelete
  7. Kta hanya mampu merancang.. yang menentukan DIA..
    sama lah kita Mia..ada plan konon mo jual amplang raya ni, last ndak jadi jugak..huhu

    ReplyDelete
  8. Tak per. Klo ko bukak order aku nak beli tau ☺☺

    Byk kali dapat BBC ni. Tapi tak reti nak buat...huhuhu...

    ReplyDelete
  9. kalau bukan rezeki sekarang mungkin esok lusa ada lagi Mia jangan risau!

    ReplyDelete
  10. betul lah tu kita hanya mampu menrancang aje kan !

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!