Beranak dalam kubur

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Korang ada tengo cite semalam ke di Astro Prima 105 jam 10.00 malam. Telefilem arahan Michael Ang, dilakonkan oleh si anak dara Rohana Jalil, Khilafairy dan Dira Abu Zahar...
Baca tajuk cite tu memang seram kan tapi hantu tak banyak muncul dalam cite ni.
Kisah cite ni tentang seorang perempuan yang sarat mengandung si Diba yang hidup bahagia dengan suaminya (pelakon lelaki tu tak kenal le).
Kebahagian mereka terganggu apabila si Diba terkena santau. Dan yang lebih mengejutkan santau tu semua adalah angkara kakak kandung si Diba, Salmah lakonan Dira Abu Zahar.

Salmah cemburu dengan Diba sebab berkahwin dengan lelaki yang sebenarnya telah lama menaruh hati tetapi lelaki tu berkahwin pulak dengan adiknya...
Sampailah satu insiden tu dimana Salmah menolak Diba sehingga Diba terhantuk kepalanya di dinding dan pengsan. Salmah ingatkan Diba dah mati dan meminta pertolongan seorang lelaki di kampung tu kuburkan mayat Diba.

Bab ni yang sedih sebab Diba cuma pengsan dan dia tersedar setelah dia dikuburkan hidup2 oleh kakaknya. Dan masa tu jugalah sakit nak bersalin dan melahirkan anak.........cerita selepas tu semua pun boleh jangka kan....
Diba meninggal dengan anaknya dalam kubur tu dan muncul sebagai pontianak. Tapi scene yang melibatkan hantu tu sekejap je, lelaki yang membantu Salmah buat keja jahat tu telah membongkar rahsia Salmah.
Salmah telah di tangkap dan Diba telah selamat dikubur bersama anaknya....


Note : Disebabkan seorang lelaki, hubungan adik beradik boleh musnah sekelip mata kan..... 

21 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kalau citer seram...akak xkan tgk punya..hahah

    ReplyDelete
  2. semalam ada tertengok pas tue cepat2 tukar sebab duk seorang takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak pun tengo sorang2, hubby dan anak2 dah tidur......huhu

      Delete
  3. seram jgk drp penceritaan mia nie..

    ReplyDelete
  4. Rumah kakak dah bertahun abang tak bagi tengok cerita macam ini dah Mia..
    Lagipun kakak memang tak pasang pun astro di rumah. Tunggu anak dah boleh belajar tanpa pemantuan dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kadang2 je tonton cite camni kak....semalam mata tak ngantuk so layan je lah....hehe

      Hubby pun tegas bab2 tv ni kak.....anak2 ada jadual kalau nak tengo tv

      Delete
  5. Mcm seram saja kan...cite nya..hehe

    ReplyDelete
  6. Rugilah pulak tak tengok Mia.... macam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe OKje....confirm ada siaran ulangan.....kan tonton di Astro....ulang tayang drama lebih 10 kali....hehehe

      Delete
  7. nak tgk sgt..tp takut. so mmg x tgk lah

    ReplyDelete
  8. sy tak tgk pun kak...sy penakut.hahaha

    ReplyDelete
  9. Tengah tengok citer ni sorang2. Gilalaah menangis kita tengok dia beranak sorang2 dalam kubur.

    ReplyDelete
  10. Tgk separuh je, hujung2. Jalan cerita macam malas. Cerita seram, tapi dah 60-70% movie baru ada hantu. Tak tahu lah kenapa dia nk hantui satu kampung, tak tgk dari awal. Dalam kubur yg sempit, boleh pula dia tarik anak dia keatas. Lepastu bila Salmah tu korek kubur, xde lah nampak dalam pun. Bini baru hilang 7 hari laki macam dah pasrah. Saya assume dia dah report polis. Orang Kampung pun yakin je Dibah dah mati. Kalau dah mati, mana mayat? Pergi lah cari sekampung. Dia tu orang situ, mak dia kat Kampung tu. Mana dia nk lari? Mesti lah ada yg tak kenapa. Besar kemungkinan ada kait jenayah. Terakhir sekali, yg Salmah tu berlagak sangat kenapa? Dah kecoh sekampung Dibah jadi hantu, (percaya ke tak terpulang lah) dia boleh gali kubur malam2 seorang. Lepastu maki2 pula. Kalau dia bawa pendinding ke, tangkal ke atau gi jumpa bomoh, masuk akal lah. Khurafat, tapi cerita lebih logik. Ending credit rupa movie Michael Ang. Aku bukan racist nk kata director Cina xleh arah cite melayu, tapi bila kita nk bawa cite yg berkait budaya, walaupun pun budaya tahyul, takkan boleh menjadi kalau skrip dan pengarah dari budaya lain. Hebat2 arwah Mamat Khalid pun dia tak buat cerita orang Sabah. Cite dia kebanyakkan fokus masyarakat di perak dan negeri sekelilingnya. P.Ramlee pun x buat cerita masyarakat Cina, walaupun bos studio dia Cina.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post