Merdeka ?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Dah sabtu rupanya, tak sedar masa berlalu begitu pantas. Dah abis minggu pertama kita di bulan September kan.
Baru minggu lalu kita menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-56. Tetapi adakah kita telah betul-betul merdeka ??
Soalan yang serius ni ;p

Bukannya apa, sebenarnya ni tentang anak-anak kita yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 3 hari bermula selasa ni.
Dorang belum merdeka dari exam ni.

Anak-anak korang macam mana ? sedang tekun mengulang kaji pelajaran di rumah ke sekarang ni ?? Anak aku ?? sedang asyik menonton kartun, hujung minggu jak benarkan dorang menonton semua rancangan kartun tu. Isnin hingga Jumaat NO CARTOON ! macam mana ? garangkan uminya ni...hehe Sebenarnya ni Babanya yang bagi jadual. Maklumlah tugasnya sebagai cikgu sekolah yang garang terbawa-bawa ke rumah. Kena ada jadual dan disiplin masa katanya. Kalau aku, memang kesian bila anak-anak minta izin nak tengo kartun sekejap semasa hari persekolahan....cair terus bila dorang rayu aku dengan mata yang bersinar-sinar. 

Berbalik tentang anak-anak yang akan hadapi UPSR isnin ni, walaupun periksa dah abis, belum bermakna suda merdeka ye......masih jauh perjalanan yang kena ditempuhi. Tugas kita sebagai ibu bapa adalah mendidik dan membimbing anak untuk terus maju dan berjaya di masa hadapan nanti. :D








Model : Salah seorang murid Tahun 6 di sekolah tempat Hubby mengajar




Note : Anak aku ada 5 tahun lagi nak duduki UPSR. Belum cukup umur katanya. Tak tahu masa dia nanti masih ada ke exam ni lagi......




4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Nampak gaya kalau 5 tahun lagi tak adalah peluang anak Mia nak duduk UPSR sebab tahun depan last UPSR. Lepas tu tak tahulah periksa apa pulak. Biasalah M'sia suka tukar-tukar. KBSR last tahun depan. Budak yg tahun 3 tahun ini dah KSSR...

    ReplyDelete
  2. Bila direnung balik, tak tahu apa nasib anak2 kita masa akan datang. Dunia makin mencabar :)

    ReplyDelete
  3. Legalah awak Mia tak yah nak seram mengenangkan anak nak pereksa hehe

    ReplyDelete
  4. Samalah ngan anak aku tu, cartoon jer lah kerjanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post