Tuesday, October 1, 2013

Coklat panas di Nissan


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Gambar bawah menunjukkan dua orang budak kononnya tengah jadi good boy masa pegi servis keta hari tu.


Padahal masing-masing dah habiskan 2 gelas coklat panas kat ruang menunggu pusat servis tu. Tu sebenarnya nak minum lagi tapi aku larang, nanti pekerja sana naik heran, budak-budak ni tak pernah minum coklat panas ke kat rumah....huhu

Aku pun heran apahal budak dua orang suka sangat minum benda tu kat Nissan. Actually aku ada beli juga dan buat kat rumah tapi kan dorang cakap tak sama dengan yang kat Nissan tu.

Kuang asam betul budak dua orang ni. Padahal jenama minuman tu aku beli sama juga pun.

Tapi kan aku suspek dorang sebenarnya bukan layan sangat minuman tu tapi kerana jakun dengan mesin pembancuh minuman tu. Tak de kat rumah kan, tu yang cam kejakunan sikit. Letak cup kemudian picit butang, keluar coklat panas.

Nak juga aku ambil gambar mesin yang menjadikan budak dorang ni jakun tapi nanti orang cop lain pulak, apahal pompuan seorang ni ambik gambar mesin pembancuh minuman?? ;p



Eksen sangat kononnya sedang baca majalah.....;p







13 comments:

  1. Dah terang-terang Shamzi dan Shumi tu masih kecik, kakak ni kalau ada promo kat shopping komplex tu Mia nampak mesti macam teruja juga nak merasa. Gelihati pulak bila Mia kata macam jakun tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak, kdg2 eksaited juga bila ada promo tester kat mall tu tp segan jugalah nak test2...hehe

      Delete
  2. gelak kejap baca entry Mia ni..sama kes mcm anak2 SB tapi kat pusat servis perodua.tak cukup 2 cawan..last2 tingga yang kluar air panas je ..haha

    ReplyDelete
  3. jadi anak2 pun santai x der lah mereka bosan kan ;)

    ReplyDelete
  4. memang budak2 nie kalau yg kat luar tuh sedap aje..cam kitalah ..hehehe..
    tambah2 boleh tekan2 kuar minuman sendiri kan takyah susah2 mak depa buat..:)

    ReplyDelete
  5. ye betul tu, jakun ngan benda tu sebenarnya, kat umah sendiri mana ada....ekkekek...

    ReplyDelete
  6. Buat sendiri dgn org buat lain rase nye :)

    ReplyDelete
  7. Haahahaha manakan sama mesin dengan bancuhan sendiri. Budak2 mmg lagu ni la kan, si JJ ni kalau dapat buka fridge sendiri ambil milk, laju dia telan susu dia sebab nak refill nak buka peti lagi. Ini belum jumpa mesin picit2 lagi ni.

    ReplyDelete
  8. hahaha...comel bah gaya dorang ni Mia..ndak sama juga dgn yg umminya buat di rumah..hehe

    ReplyDelete
  9. Biasalah Mia.....bukan bebudak je, kita yg tua ni kalau minum ke makan tgn orangkan sedap kalah tangan sendiri masak! Hehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!