Friday, October 25, 2013

Doa Keselamatan

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Minggu ni pelbagai berita buruk yang kita dengar dan membimbangkan kita.

Kejadian remaja perempuan mati dibunuh dan disumbat dalam beg pakaian, pegawai bank wanita yang dibunuh dalam kes rompakan kelmarin dan kejadian amuk seorang lelaki yang menyebabkan 2 maut dan dua parah semalam.

Perasaaan bercampur baur bila mendengar berita sebegitu....sedih, simpati, marah dengan pelakunya, takut dan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kita.

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ni sentiasa berhati-hati dan waspada serta berdoa kepadaNya agar dijauhkan dari segala kejahatan dan bala bencana.

~Al-Fatihah dan Takziah untuk keluarga mangsa~



Image : From Google


Amin.................




7 comments:

  1. Kepada Allah kita berlindung dari segala bala bencana dan malapetaka yang melanda hidup di zaman sekarang ini.

    Zaman ini, zaman yang penuh dugaan. Moga kita senantiasa dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  2. erm tu lah kan Mia..minggu ni jak berapa kes yg menakutkan terjadi..apa nak jadi dgn negara kita ni?? isk! risau bila berada di luar rmh bah..
    apapun thanks sharing doa ni Mia..insyaAllah boleh diamalkan...

    ReplyDelete
  3. Amin...in shaa allah.

    Malaysia dah tak aman. Sebelum keluar rumah kena beringat. Baca doa² yang boleh melindungi diri kita & family. Itu yg aku selalu amalkan.

    ReplyDelete
  4. Amin... semoga allah melindungi kite dari segala kejahatan..
    Takziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  5. Semoga kita dilindungiNya...Amin

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!