HE08 Reunion 2013

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Tahun ni sekali lagi, aku dan rakan-rakan coursemate di UMS dulu buat reunion kecil-kecilan. Kecil-kecilan sebab bukan semua yang dapat datang. Ada yang dah balik ke semenanjung, ada yang keja di luar KK. 

Tahun ni hanya 6 orang sahaja yang dapat hadir. Aku, Nancy, Cath, Teng, Stella dan Jacky, rakan kami yang datang jauh dari Singapore semata-mata nak jumpa rakan-rakan wanitanya ini.....hehe cam lain pula sebut wanita.

Kami berjanji jumpa kat Promenade Cafe di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Sambil borak, kita orang nak menikmati hidangan High Tea Bufet yang sangat pemes di KK ni. Seriously if korang nak makan bufet style kat KK ni, pegi je kat Hotel Promenade. Memang sedap dan berbaloi.....

Lebih kurang 2 jam kami di situ, bercerita perkembangan masing2. Buat apa sekarang, anak dah berapa? bila nak tamatkan zaman bujang? Cath dan Jacky actually belum lagi menamatkan zaman bujang masing2. Agak rushing juga kami sebenarnya tapi tu lah, masing2 punya masa yang terhad untuk berjumpa dan berborak. Walaupun sekejap je pertemuan kami tapi amat bermakna sebab rasanya setahun sekali baru dapat berjumpa.

Aku takde pulak ambik banyak gambar reunion kami kali ni, sebab kawan aku yang sorang ni si Nancy yang jadi Photographer secara tidak rasmi so tunggu gambar daripada dia sajalah. Nanti aku kongsikan kat sini ye.....tu pun kalau rupa aku comel ketika makan...hehe  ;p

Aku, macam biasa, gambar makanan wajib ambik.....wajib kongsikan kat sini. Oh ya, High Tea Bufet kat Hotel Promenade ni harga dia RM65 nett seorang. Budak umur 6 tahun ke bawah FOC. Ada potongan harga jika jadi member kat hotel ni.
Nampak cam mahal kan, tapi sebenarnya memang harga standard kat hotel camni. Tapi harga dia memang berbaloi dengan semua makanan yang dihidangkan. 




Bahagian ni memang wajib aku terjah......semua kek dia memang terbaikkkk


Dan bawah ni antara makanan yang sempat aku ngappp hari tu.....








Note : HE08 tu sebenarnya kod program kami semasa belajar di UMS dulu.

24 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. nyumsss..next year bleh la tido sini :D

    ReplyDelete
  2. ambui kemain lg harga tp mmg standart hotel laa tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg standard hg hotel kan.....tp yg ni berbaloi....

      Delete
  3. lama tidak reunion owh.. dulu perna hi-tea d promenade.. mmg nyum2!

    ReplyDelete
  4. wah semuanya sedap2 mia..dok 2 jam pun tak cukup tuh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak cukup sebenarnya Ummu....byk pilihan. Nanti nak bawa family mkn kat sini... :-)

      Delete
  5. wahhh..meriahnya makanan Mia...bestt bah dpt jumpa kawan2 lama....mesti byk cerita yg dikongsi....:)

    ReplyDelete
  6. dapat jumpa rakan...dapat makan yang sedap-sedap juga Mia...seronoknya

    ReplyDelete
  7. Bertemu teman belajar gembiranya lain Mia. Mengenang kembali masa belajar sambil tu cerita bila dah kerja. Masalah kerja. Yg belum kawin tu duduk S'pore ke Mia? Kat S'pore ramai yg tak menikah walau sudah berusia... macam trendlah kakak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 hari 1 mlm pun klu ikut2 x abis cerita tu semua kak...hehe
      Yg belum kahwin tu sorg lelaki sorg perempuan. Yg lelaki keja kat Singapore....agaknyalah kak mmg trend kat sana :-)

      Delete
  8. Best nye reunion.... mesti bnyk cerita bila dh lama tak berjumpa tu kan? hehe

    ReplyDelete
  9. klu ada yg uruskan reunion ni memang besh, pastu dibuat pulak semua bley join...

    ReplyDelete
  10. Terjawab sudah .....
    Sedapnya dumpling ngan seafood tu Mia...tetiba memalam ni teringin hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post