Projek Mural Sekolah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Selamat hari minggu semua!

Hari ni baru dapat jenguk blog. 
Semalam agak ke bz an sedikit sebab nak jaga 3 beradik tu...hehe
Hubby ke sekolah pagi dan tengahari baru balik sebab ada kerja nak dibuat di sekolah.

Dia nak siapkan lukisan mural di dinding sekolah tempat dia mengajar tu.
Projek ni nak kena siapkan dalam minggu depan kata hubby. itu yang terpaksa juga ke sekolah walaupun hari sabtu.

Kata hubby, last minute baru dia dapat tugasan ni. Dah tu terpaksa nak siapkan cepat pula.
Arahan orang atasan katanya. Walaupun agak tergesa-gesa, terpaksa jugalah terima. Dah namanya kerja kan. 




Lukisan mural yang hubby lukis kat dinding sekolahnya.
Kata hubby, kejanya cuma melukis semua gambar pemandangan tu dan rakan-rakannya yang lain tolong warnakan.
in sha Allah dalam minggu depan siaplah projek mural tu.

Nasib baik hubby cepat abiskan semua lukisan tu semua, sebab sebelah petangnya hujan dah turun.
Tengo je lah awan hitam dan bekas air di halaman sekolah tu.
Seminggu ni KK dan kawasan sekitarnya memang hujan sahaja.
Dengar berita sebab tempias taufan yang melanda negara China baru-baru ni.



Note : Lusa dah nak Raya Haji......balik kampung ke? hati-hati dalam perjalanan....semoga selamat sampai ke destinasi ye :D

9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Salam mia,
    Nampak cantik lukisan mural tuh..mmg bersenilah kan sbb hubby mia kan pandai bab2 nie kan..:)
    hujan yer kat sana..ingatkan tempias yg taufan besar kat india tuh..

    ReplyDelete
  2. cantik..:)

    selamt brcuti kak mia..:)

    ReplyDelete
  3. Cantik. Mmang ur hubby pandai kerja seni ni kan. Ha kalau ujan manjang mmg tak best nak buat krja apa pun. Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  4. cun gak mural tu. selamat hari raya haji dari BBL ya kak mia

    ReplyDelete
  5. Great job! kalau sy, mmg fail bab melukis. org lidi pun bingkuk2! hahahahah.. Selamat hari raya haji to Mia and family..

    ReplyDelete
  6. wah! cantik nya lukisan mural tu... mmg kreatif lah Mia...
    erm! kami raya di LD jak...sbb cuti 1 hari jak..huhu

    ReplyDelete
  7. tangan seni rupanya hubby mia ni..cantik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post