Monday, November 18, 2013

Majlis Anugerah & Khatam Al-Quran, Tadika Intensif Cahayaku dan SAR Annur

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari tu dah attend majlis penyampaian hadiah kat sekolah Shumi. Sabtu yang lalu pula pegi ke Majlis Anugerah & Khatam Al-Quran tadika tempat Shamzi belajar dan Shumi bersekolah agama. 

Bukan main bersemangat lagi Shamzi dan Shumi pagi-pagi tu sebab dorang nak buat persembahan kan. Dah hari-hari berlatih Ya Hanana, mestilah semangat berkobar-kobar.
Sesampai jak kat sana, Shumi dan Shamzi terus ke belakang pentas bersiap2 dan kami pegi mencari tempat duduk. Kami sampai lewat so tempat duduk banyak yang dah dipenuhi oleh ibu bapa. Nasib baik dapat tempat duduk yang agak strategik kedudukannya. 

Dengan sabar terus menunggu persembahan dorang Shumi dan Shamzi. 
Shumi dan rakan-rakan sekelasnya membuat persembahan nasyid dalam bahasa Inggeris, tajuk aku agak jak, You bring the light....lebih kuranglah sebab ayat ni disebut berulang kali. 


Persembahan Shumi. Nampak kecik jak Shumi yang berbaju melayu purple tu kan, lebih-lebih lagi berdiri di sebelah budak perempuan yang berbadan comel tu. hehe


Kemudian giliran Shamzi dan rakan-rakan kelasnya pula membuat persembahan. Dorang membuat persembahan nyanyian sambil melakonkan watak2 yang ada dalam lagu tu. Lagu Tanya sama pokok dan dari ulat jadi kepompong aku tak tahu apa tajuk dia, tapi memang semua tahu kan aku bubuh lirik lagu tu...hehe



Shamzi memegang watak ulat. hehe Semua penonton terhibur bila melihat 'ulat' tu bergerak-gerak cam di atas tu. 


Habis jak semua persembahan tu semua, acara penyampaian hadiah pun dimulakan. Aku sebenarnya tak tahu keputusan peperiksaan Shamzi tapi hari tu cikgu tadika Shamzi pesan banyak kali, jangan lupa datang sebab Shamzi akan naik pentas terima hadiah. 
So tunggu jak lah nama Shamzi dipanggil........dan tak sangka pula aku, Shamzi dapat tempat pertama dalam kelasnya. Alhamdulillah, tahniah Shamzi!


Semoga Shamzi terus kekalkan prestasi!


Shumi pula cuma mendapat tempat ke-4 dalam kelas di sekolah agama. Dapat hadiah saguhati juga, tetapi dia sedih sikit hari tu. Dah bagitahu dia, tak berjaya kali ni, tahun depan kena usaha lebih lagi. Gagal sekali tak bererti gagal untuk selama-lamanya. :D


Tahniah untuk Shumi juga!


Aku tertunggu-tunggu juga bila pula persembahan qasidah Ya Hanana dorang Shumi dan Shamzi ni...... Rupa-rupanya Ya Hanana tu untuk persembahan penutup, dinyanyikan beramai-ramai oleh semua pelajar.
Tapi kan, semasa persembahan ni, aku kat luar dewan bersama Damia. Damia dah mula buat perangai, bosan dia duduk lama dalam dewan tu. Takde rezeki aku tengok Shumi dan Shamzi ber Ya Hanana. huhu




Note : Aku sebenarnya nak upload video ulat persembahan Shamzi tu tapi tak boleh pulak. asyik error jak...huhu korang bayangkan jaklah ulat comel sedang bergerak-gerak ye....hehehe






9 comments:

  1. wahhh...tahniah Shamzi ..bijak nya dia kan...Alhamdulillah...
    comel2 jak dorang pkai mcm tu...mesti meriah ni...:)

    ReplyDelete
  2. seronok tgk budak2 buat persembahan...happening

    ReplyDelete
  3. Salam mia,
    mesti seronok kan tengok anak2 buat persembahan..comel jer yg ulat tuh..heheh..
    tahniah tuk both of them..umminyer mesti sangat hepi kan sbb taksangka..:)

    ReplyDelete
  4. aloh..aloh..aloh..comelnya dia..tengok event nie teringat plak kat event tadika anak buah saya..lebih kurang macam nie jugak laa..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Tahniah shamzi & shumi. Comel tgk dorang buat persembahan ☺☺

    ReplyDelete
  6. Hai emak borek tentulah anaknya rintikkan mia....Mama dulu ambik hadiah sekarang giliran anak le pulak...tahniah Mia...
    Okje dah dapat bayangkan macamana ulat bulu tu gerak hehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!