Saturday, November 2, 2013

Susu Kacang Soya!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Selamat berhujung minggu semua! Sebenarnya nak cite kan satu kisah ni. Taklah menarik sangat tapi terasa nak kongsi di sini juga.....

Kisahnya hari tu, lepas balik sekolah, aku mesti periksa beg anak-anak aku si Shumi dan Shamzi. Mesti nak kena periksa sebab dorang suka simpan makanan dalam beg kalau tak habis makan. Kadang2 jumpa karipap sebiji, mee goreng yang di makan separuh.....memang dah ingatkan dorang tapi paham-paham je lah budak-budak kadang2 tak ingat semua tu....Uminya ni juga yang tukang periksa beg. 

So tiba giliran beg Shumi. Cek2 terjumpa sekotak susu kacang soya. Heran juga sebab Shumi memang tak minum jenis minuman camni. Tanya dia dari mana dia dapat. Shumi bagitahu kawannya ada buat majlis hari jadi di kelas, so dorang dapat seorang sekotak. 

Aku tahu Shumi memang tak minum kacang soya ni, Aku baru je nak buka mulut tanya Shumi, Shumi dah cakap, Umi, kacang soya tu bagi dengan Shamzi, dia suka minum tu susu kacang soya. 
A'a yalah baru teringat, Shamzi suka juga minum ni. Ingat juga Shumi kat adiknya, padahal dalam sehari tak sah dorang bergaduh bergusti menangis 2 3 kali.
Rasa tersentuh pula aku dengan si Shumi........

Hari-hari bergaduh pun Shumi tetap ingat adiknya juga......betul kata pepatah kan air dicincang, takkan putus



2 orang budak yang kejanya hari-hari main gaduh main gaduh main gaduh dan seterusnyalah.....

7 comments:

  1. Itu lah kasih abang kepada adiknya..
    Bergusti setiap hari, tu adat...menambah kasih sayang..biasalah,boys..:) Anak saya pun macam tu

    ReplyDelete
  2. ada masa jadi kwn gaduh....ada masa baik sgt pulak berkawan kan....

    ReplyDelete
  3. Samalah dgn bambam n kakak ni..gaduh baik gaduh baik..tp klau mkn minum mesti ingatdiorg saling ingat mengingati..

    ReplyDelete
  4. Adik bradik memang begitu..bergaduh berbaik bergaduh..tp baguslah shamzi kecik2 lagi dah ingatkan kegemaran adiknya..sayg tuh..:)

    ReplyDelete
  5. haha...perangai sama lebih kurang anak CiM. dlm beg kadangkala jumpa stokin yg tah hari bila dipakai, padanlah bila pagi mama cati stoking sumer dh habis. next year taknak beli beg yg byk compactment.
    ank CiM yg besar tu kalau tak buli adik sehari mmg tak sah. tapi...bila adik takde, mulalah meroyan taktau nk buat apa. main game pown mcm tak syok.

    ReplyDelete
  6. Sama yeh muka dia Mia...hensem dan putih mcm umi dia...budak budak tk heranlah kalau gaduh main gaduh main...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!