Ya Hanana !

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Ada kurang 3 minggu lagi Shumi dan Shamzi bersekolah. Lepas tu dah cuti panjang sebulan sebelum mula bersekolah semula tahun hadapan.

Hari ni Shumi memulangkan balik semula semua buku teks darjah satunya. Tahun depan nak masuk darjah 2 dah. Kejap ja masa berlalu.

Shamzi pula sekarang ni sedang sibuk membuat latihan. Maklumlah tadika dorang ada majlis penyampaian hadiah. Majlis tu nanti dorang ada buat persembahan, macam tahun lalu tu. Tahun lalu dorang menyanyikan lagu Bahtera Nabi Nuh. Tahun ni pula kata Shamzi, dorang akan mempersembahkan Ya Hanana!

Dah pernah dengar Qasidah Ya Hanana? bukan main bersemangat lagi si Shamzi berlatih alunkan qasidah ni. Ketika main, Ya Hanana..... sedang mandi, Ya Hanana.....keluar rumah, Ya Hanana.....dalam kereta, Ya Hanana......kat kedai makan pun, Ya Hanana.......ish ish ish

Bangun pagi, bersiap pegi tadika, tanya aku, Umi hari ni saya buat persembahan kah? belum lagilah Shamzi, 16hb ni kan.....
Besoknya, tanya lagi. Hari ni Shamzi buat persembahan kah Umi? Belum lagi, nanti 16hb.

Tak sabar pula aku tengok persembahan Shamzi 16hb ni...hehehe :D



Note : Hari ni keja setengah hari je, company kita orang bagi half day cuti sempena Deepavali.....:D

9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Heheh..bersemangat shamzi nak nyanyi lagu ya hanana..tak pernah dengar lagu tuh..nanti update yer mia shamzi ngan konsertnya nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dan selamat pagi

    ReplyDelete
  3. Dah tak sabar nak naik pentas buat persembahan tu Mia. Mesti best sebab Yahaha memang alunan dia bersemangat. Kakak pun suka.

    ReplyDelete
  4. sama la..anak izwa pun tgh gigih praktis utk majlis gruaduasi taska :)

    ReplyDelete
  5. hihihi...semangat shamzi nyanyi....:)

    ReplyDelete
  6. mesti besh jan lupa rakam moment terindah tu

    ReplyDelete
  7. Sy suka gak qasidah ya hanana..x jemu dnga byk kali

    ReplyDelete
  8. Ya hanana nikan tgh femes sekarang ni Mia...ofkos le okje tau hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post