Thursday, December 5, 2013

Burger Bakar di KK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Selalu terbaca post kawan2 blogger dari semenanjung mengenai burger bakar yang amat mengoda kalbu tu......yang paling menarik aku baca, burger bakar Abang Burn tu. Membuatkan aku meneteskan air liur bila terpandang image-image burger kat Google tu......

Tercari-cari juga bilalah ada gerai atau restoran burger bakar kat KK ni. Tanya kawan-kawan dan searchlah konon kat Google. kalau makanan memang rajin search hehehe
Dan akhirnya terjumpalah satu gerai burger bakar yang baru buka kat KK ni. Itu pun nampak kat instagram kawan-kawan.

So ahad tu, kami pun memulakan misi mencari gerai burger bakar tu. Senang jak nak cari lokasinya.....pegi jak ke Plaza Tanjung Aru (satu jalan dengan Airport Air Asia tu) dan cari kat gerai pasar malamnya.

Sesampai kami di sana, teruslah belek menu dan tanya kat pelayan tu, burger mana satu yang orang selalu order. menu tak sempat gambar
Gambar2 burger dalam menu tu semua memang gempak habis tapi tak tahu lagi taste dia macam mana.



 

Dah order, kami pun setia menunggu. Lama jugalah sampai burger kami, lebih kurang 20 minit gitu. Agaknya dia lama nak masak daging burger tu...huhu


Dan akhirnya yang dinanti dah sampai. Burger bakar yang pertama aku makan.....


Aku tak ingat dah apa nama burger ni.....burger daging yang dilapisi keju dan juga daging panggang.
Taste taste.......emmmmmm ok ok lah rasa dia. Patties dorang buat sendiri kan, so taste dia beza dengan burger2 yang aku makan sebelum ini. Ada rasa pedas2 lada hitam cuma agak kekeringan sedikit....aku lebih suka kalau burger tu a little bit juicy

Aku boleh bagi 3 daripada 5 bintang. Sedap jugalah dan tercapai juga hajat nak makan burger bakar kat KK ni..... :D 

12 comments:

  1. biasanya kalau kt tpt kami ada dijual di pasar tani..
    kering juga tak juicy


    boleh la :)

    ReplyDelete
  2. woww...sedapppnya Mia..sini belum ada lagi bah burger bakar ni..teringin juga mo makan...hehe

    ReplyDelete
  3. Rasa mcm dah lama plak tak makan burger.

    ReplyDelete
  4. yang di semenanjung ni pun tak pernah makan burger bakar heeee

    ReplyDelete
  5. Kiranya dah rasa oklah Mia.
    Lepaskan hajat yg teringin sangat:)

    ReplyDelete
  6. I pun duk nampak orang cerita pasla burger bakar ni semua kan, dalam imaginasi I rasa dia mesti lebih kurang sama dengan meatball bosnia sebab dorang bakar meatball tu, smokey taste tu yg buat lain. takpa, soon i can try also laaa heheh.

    ReplyDelete
  7. taaapun..trus sya lapar oh.. sya pun suka yg juicy..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya burger bakar KK. Sampai KK kena cari juga nanti burger ni.

    ReplyDelete
  9. aku pun terngin mia burger burn tuh..nantilah blk nanti selamatlah...hehe

    ReplyDelete
  10. Ramai dah org cite berger bakar ni tp sampai sudah tk pernah try...
    Mcm teringin je ni gayanya...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!