Saturday, December 28, 2013

Facebook Badge!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam petang sabtu semua...
Korang tengah buat apa tu soalan sangat klise huhu

Aku bukannya nak report apa aku buat hari ni...
Just nak stroy-story sikit tentang Facebook Badge aku tu..



Nampak normal jak semuanya kan tapi yang aku nak cerita tentang statusnya tu....
Ni status tahun 2008 yang lalu.....dah lama kan
Nak tukar juga status tu tapi tak ingat dah nak masuk bahagian mana di Facebook Setting tu...huhu

Kenapa boleh ter update nya status camtu?
Ni kes suami isteri dan anak tinggal berjauhan lah ni....
Tahun 2008 tu, hubby dapat offer KPLI masuk maktab perguruan....tapi hubby di tempatkan kat Maktab Perguruan Tawau, selama setahun...
Tinggal aku dan Shumi kat KK yang masa tu baru jak masuk umur 2 tahun.....
Hubby dapat balik juga tapi tak selalu sebab maktab kan ikut cuti sekolah.....
Masa ni aku mengandungkan Shamzi........dan yang sedihnya masa bersalinkan Shamzi, hubby tak dapat cuti sebab dia tengah parktikal untuk last examnya di Maktab.....huhu

Habis kat Maktab, tahun 2009 tu hubby terus dapat tawaran mengajar......tapi bukan kat KK. Hubby dapat tawaran mengajar kat Kudat.....berjauhan lagi....
Shamzi masa tu belum pun masuk setahun umurnya......aku terpaksa suruh mak jaga di kampung dan Shumi aku jaga sorang kat KK.....huhu
Setiap hujung minggu, hubby akan balik ke KK bersama2 dengan Shamzi...
Gitulah rutin kami sepanjang tahun 2009 tu...huhu

Alhamdulillah, permohonan hubby untuk pindah telah diluluskan tahun 2010 tu.....happy sangat masa tu sebab aku, hubby, Shumi dan Shamzi dapat berkumpul semula.... :D
Lebih happy lagi tahun 2011, keluarga kami bertambah dengan kelahiran satu2nya puteri aku dan hubby, Siti Damia.....







9 comments:

  1. seyes lama sangat dah status tu, ni dah nak masuk 2014 pulak :)

    ReplyDelete
  2. BUI X PERNAH LAGI BERJAUHAN DGN SUAMI
    KALAU KENA BERJAUHAN JUGAK,MMG SETIAP HARI 'HUJAN'..HEHE

    ReplyDelete
  3. Saya juga pernah melaui perkahwinan jarak jauh yg sejarahnya sangat panjang. Mula2 saya di KL keluarga di Alor Setar. Kemudian saya bertukar ke Perlis, KL semula dan kemudian ke Taiping, isteri masih di Alor Setar. Akhirnya saya balik ke Alor Setar, tapi lepas itu isteri pula bertukar ke Pulau Pinang selama beberapa tahun, kemudian ke Langkawi pula. Bila dicampur2 perkahwinan jarak jauh ini berlangsung berbelas tahun juga....Tapi sekarang kami dah serumah semula....

    ReplyDelete
  4. sedihnya...i can feel that. sya dulu pun pernah berjauh dgn suami selama 4 tahun..

    ReplyDelete
  5. Perkahwinan jarak jauh mmg menuntut kesabaran kan..
    Awak mmg asal org Sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang anak jati Sabah doc.....yang berjauhan tu sebab keja...huhu

      Delete
  6. fb badge aida pun gitu. mcm nak buang aje badge tu!
    aida pernah 9 bulan pjj dgn asben. tak nak ia berulang lagi... sentiasa doa kat Allah jgn la jauhkan kami sekeluarga...

    ReplyDelete
  7. Salam ,,perit kan bejauhan dengan suami..alhamdulilah da dapat berkumpul semua sekali..tumpang gembira..

    ReplyDelete
  8. Godek baliklah Mia...senang je tu...tp kena duk lama depan lappy le...
    mmg tak keruanlah kalau PJJ ni....cost pun banyak gunakan...rindu satu hal!

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!