Monday, December 23, 2013

Steamboat di Restoran Kg Nelayan

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia!

Hari sabtu tekak aku tetiba nak terasa nak makan yang bersup, tak berminyak, makanan boleh rendam2 kat dalam air gitu....hehe jawabnya nak makan steamboatlah tu. So aku pun mencarilah mana-mana restoran yang menghidangkan steamboat. Kat KK ni memang kurang sikit restoran steamboat halal, yang banyak pun kat restoran non halal. huhu

Aku sebelum dah beberapa kali makan steamboat kat Restoran Kampung Nelayan di Taman Tun Fuad, Bukit Padang tu. Tapi kononnya nak mencari tempat yang baru......cari punya cari akhirnya destinasi kami tetap menuju ke restoran yang sama.

Restoran ni memang terkenal dan selalunya dikunjungi oleh para pelancong tempatan dan luar negeri. Harganya memang agak mahal sedikit sebab demand yang tinggi kan. Kalau nak makan steamboat kat sini boleh pilih yang bufet atau pun set. Kalau nak makan bufet, harga dewasa RM 35.00++ dan kanak2 dicaj separuh. Yang set pun seorang dewasa dicaj RM25.00++
Selain steamboat, restoran ni juga menghidangkan makanan laut yang segar. 


Hari tu makan, kami pilih steamboat yang set. Makan untuk 2 orang dewasa dorang hidangkan set makanan untuk steamboat sepinggan besar cam gambar di atas tu. Banyak tau isi dia, ada ayam, isi ikan, udang, ketam, sotong, bebola ikan, kek ikan dan sayur-sayuran. Di samping tu ada mee kuning, bihun dan telur. Sup kami pilih sup ayam sebab anak2 nak makan juga kan....kami cuba tambah nasi putih saja malam tu untuk dimakan bersama steamboat. Alhamdulillah memang berbaloi dan kenyang.
  


Yang uniknya restoran ni, semasa para pengunjung menikmati hidangan, dorang akan mempersembahkan tarian daripada pelbagai etnik yang ada di Sabah ni. Malam tu siap ada persembahan orang sembur2 api lagi. Damia lah yang paling seronok malam tu. Tak sedar nasi habis, matanya asyik tertumpu kat pentas saja. Sangat good girl si Damia malam tu. Shumi dan Shamzi pun seronok, siap bawa makan hari-hari kat situ. Amboi....manalah nak mampu makan hari2 kat situ nak oooii...



Yang ni feveret pengunjunglah. Aku pun nak juga makan ni tapi kalau ada sesiapa yang sudi belanja....hehe Nak beli sendiri macam tak tertelan rasanya. Mahal bebenor. Seekor mungkin harga dah mencecah ratusan ringgit. huhu 

13 comments:

  1. aduhh! sedappnya Mia...
    sama lah di sini pun susah mo cari yg halal.. telan liur jak lah tgk org makan... mo makan was2 baik ndak payah kan...hehe
    Lebih kurang harga steamboat di Tawau jg tu Mia..:)

    ReplyDelete
  2. Menarik siap ada tarian lagi.. sambil makan terhibur la jugak kan.. =D

    ReplyDelete
  3. memang sedap-sedap ni.. nak jugak, kalau ada yang nak belanja :) hihihi

    ReplyDelete
  4. Nampak ramai pengunjung kat situ kan mia..memang ternyata bestlah kalau gitu..:)..
    kalau seafood gitu nak makan sll mmg tak mampu kang..mmg kena tunggu org belanjer jgk..hehe

    ReplyDelete
  5. wah..lamanya tak mkn steamboat..:)

    ReplyDelete
  6. Kalau steamboat yg dekat rumah kakak ni Mia tak ada nasi tapi mee-mee adalah. Sesekali pekena makan memang sedap Mia.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Aku tak pernah makan lobster.

    ReplyDelete
  8. wahh mcm sedap aje..tetibe tekak teringin ;(

    ReplyDelete
  9. dah nampak kat sini steamboat...alahai teringin la pulak ! sedap ...udg kara tu pon steam jugak ea ? :)

    ReplyDelete
  10. Udang ni mmg mahalkan Mia....besar ke udang tu.....nampak mcm kecik je....si TLBD mmg penggemar steamboat ni....kitaorg gi Johnny aje le...itu yg paling murah!

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!