Wednesday, December 25, 2013

Worldsofcolours: Foto di hujung tahun

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Awal pagi dah update blog....
Konon rajin di hari cuti ni. Kiranya nak keluar berjalan tapi rancangan terpaksa ditunda tengahari sikit sebab ada orang datang nak baiki sinki dapur yang tersumbat.
Bukan sinki kami yang tersumbat tapi sinki orang atas. Kat tingkat satu, kan kami duduk ground floor.

Paham2 jak lah suda namanya duduk apartment, yang duduk paling bawah memang akan kena tempias bila orang atas ada masalah...huhu
Dorang nak korek benda2 menyumbatkan sinki tu melalui saluran yang ada kat atas dapur rumah kami tu. Harapnya cepat2lah dorang buat semua keja tu, kalau lambat alamatnya memang tak keluarlah kami hari ni...huhu

Lupakan sebentar pasal sinki tersumbat tu, semalam si Daddyziyyad ada bertanyakan tentang blog atau instagram hubby.......katanya nak tengok foto-foto gitu.
Hubby aku tu bukan minat insta-insta atau blog ni. Dia minat baca blog tapi nak berblog dia tak berapa nak ada bakat menulis katanya....
Selalunya foto-foto yang hubby snap, dia akan kongsikan di laman facebooknya. Tapi sebenarnya aku ada juga buatkan satu blog khas untuk foto-foto si hubby. 
So sudi-sudilah berkunjung ke Worldsofcolours ye....:D


Untuk foto terbaru boleh klik link di bawah ni

Worldsofcolours: Foto di hujung tahun



Ok, happy holiday !


7 comments:

  1. okeh,,,,akan terjah blog worldsofcolours tu...

    ReplyDelete
  2. mmg cantik2 bah Mia gambar2 yg di ambil hubby mu tu.. mmg tertarik mo tengok..hehe.
    Mia, ndak cuba hantar pic2 tu di majalah kah? hehe..mcm Wak Gelas tu..:)

    ReplyDelete
  3. Inshaallah akan terjah tengok foto2 yg kreatif n menarik hubby mia tuh..:)
    selamat bercuti yea..

    ReplyDelete
  4. Wah..suami isteri sama minat menulis dan bergambar.. bagusnya.. saling menyokong..

    ReplyDelete
  5. ada kesempatan tb sergah blog tuh hehe

    ReplyDelete
  6. Ada peminat tu Mia....suh hubby buat bloglah...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!