Thursday, January 31, 2013

Anemia dan Gejalanya

Assalamualaikum
Anemia merupakan keadaan dimana badan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu protein yang memberi warna kepada sel darah. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya wanita kerana haid (pengeluaran darah kotor) dan juga mengandung yang memerlukan banyak darah untuk bayi yang dikandungnya...lelaki pulak jarang mengalami anemia kecuali mereka yang menghidap penyakit. Berikut gejala-gejala bagi yang menghidap anemia :-
  1. Mata - berwarna kekuningan
  2. Kulit - sentiasa pucat, kekuningan dan cepat kesejukkan
  3. Pernafasan - sesak nafas
  4. Otot - sentiasa lemah
  5. Otak/Kepala - selalu rasa penat, pening dan pitam
  6. Tekanan darah yang rendah
  7. Jantung sentiasa berdegup pantas dan sakit di bahagian dada
  8. Limpa membesar dan Usus berwarna gelap (ni doktor jak yang boleh cek)
Sumber : Carian Google 

Hujung bulan dah....

Assalamualaikum...
Tak sedar hari ni dah masuk hujung bulan Jan kan.....cepat jak masa berlalu....tambah lagi satu garisan bawah mata (lepas ni terpaksa merajinkan diri suda minum kolagen dan vitamin C hehe, bukan tak terima hakikat tapi takut umur tak seiring dengan rupa gitu kuang kuang kuang)...
Sebulan ni apa dah korang buat....sapa2 yang tanam azam tu dah mulakan ke ?? saya ?? malas suda mo berazam2...takut tak tercapai...kecewa pulak nanti.....tapikan satu urusan dah selesai untuk permulaan tahun 2013 ni......alhamdulillah (sila sebut ala2 Nasir Bilal Khan) actually belum complete sepenuhnya, 90% dah siap tinggal 10% tu lagi nak tunggu....ingat kan hari tu dah saya dan hubby dah meninjau2 'kedai alat pengangkutan' tu......semuanya dah urus, dah bagi autograph dengan pihak yang sepatutnya....sekarang nak tunggu kapal berlabuh dari tanah besar sahaja....(ceehhh ayat penuh dengan maksud tersirat, malu nak bagitahu secara terang-terangan, jadi pandai-pandailah korang teka sendiri :P)
Tapi sedih juga sebab ada 'benda' yang kena dilepaskan dan diganti...dekat 7 tahun 'dia' berkhidmat dengan keluarga ni...seumur dengan si Shumi..sob sob sob sedihnya....penuh dengan sentimentel value tu.....7 tahun berkhidmat, 'dia' jarang menyusahkan puannya ni....harap2 penggantinya ni sama dengan 'dia'......
Oklah tu jak.....banyak benar ayat tersirat nanti pening pulak membacanya.....sapa2 yang tinggal kat KL, Putrajaya dan Labuan tu, selamat hari wilayah...cuti lagi esok (ada nada jelesss)

Note : Terima kasihlah kepada pengomen2 yang beri idea dalam post "lutut terkehel" tu...keperihatinan kengkawan amat2 saya hargai......(^____^)

Lutut Terkehel

Assalamualaikum
Korang pernah ke rasa lutut tergelincir daripada 'landasannya'....saya bagi contohlah kononnya masa anda sedang berlari atau berjalan dan tiba2 tersepak meja ke kerusi ke, lutut terkehel dengan sendiri dan anda dapat melihat jelas yang tulang anda sedang beralih arah.....macam tu....napa saya tiba2 buka topik ni, sebab saya mengalami masalah ni.....selalunya orang yang aktif bersukan jak yang mempunyai masalah ni kan tapi saya yang bukan dan tidak aktif bersukan pun hadapi masalah ni.....
 Saya mula hadapi masalah ni sejak 10 tahun yang lalu.....saya sedar lutut saya 'longgar' bila anak buah saya yang tidak sengaja tersepak lutut semasa saya syok2 menonton tv sambil luruskan kaki ke depan.....panik juga sebab tengok tulang betis dari aras lutut di sebelah kaki kanan saya telah beralih ke sebelah kiri...dan kaki saya tidak dapat digerakkan....sakitnya bukan kepalang, tapi tak tahu dari mana datang idea tak berapa nak pandai saya dengan meluruskan balik tulang dengan cara menekan di atas lutut......memang tulang dapat dialihkan ke tempat yang asal tapi rasa berdenyut2 tu memang mantappss.....(sakitlah tu)... Sejak hari tu saya lebih berhati2 sudah, takut orang tersepak lagi...tapi dalam pada berhati2 pun adalah juga kena 2 3 kali.....kadang2 tu dari saya sendiri, pergerakan tidur yang melampau, akibatnya lutut terkehel.....dan sendiri juga yang adjust tulang kaki.....
Sampailah sekarang ni......lutut sebelah kanan memang terasa longgar jak....kalau tunduk atau dalam keadaan rukuk, dengar bunyi tak tak daripada lutut tu.....saya pernah juga tanya adik saya yang keja nurse tu, ada apa2 kesan ke kalau dibiarkan gitu saja.....memang ada kesan bila tua nanti....emmmm memang terpikir juga nak buat rawatan tapi takut pula kena bedah lepas tu terpaksa guna tongkat untuk jalan sebab kata adik makan masa 2 3 bulan nak sembuh.....macam mana nak driving, macam mana nak urus anak2 dan rumah....banyak benda yang saya kena pikir....pikir punya pikir sampailah sekarang ni masih juga belum pegi buat rawatan......
Saya pun memang sedang cari puncanya dan satu saja yang saya ingat ialah kecederaan lutut semasa saya di zaman sekolah rendah dulu.....dulu mana ada air paip, kitaorang mandi sungai jak...dan seperti biasa dah namanya budak mesti best berkejar2an di tepi sungai tu....ntah macam mana sedang best berlari, kaki sebelah kanan terperosok dalam lubang..bayangkan lutut tiba2 terbengkok secara paksa...sakitnya tapi terpaksa tahan sebab takut dimarah oleh bapa.....lepas mandi, balik rumah masih berdiam diri juga padahal sakitnya bukan kepalang, sampailah bapa perasan saya tidak berdiri cuma mengensot saja.....ala ala suster ngensot gitu.....bapa tanya napa? barulah konon bagitahu sambil menangis (dengan harapan tidak dileter).....tapi memang kena bebel juga sambil bapa urut kaki.....lega sedikit tapi setakat itu ja lah rawatan yang saya terima.....agaknya itulah penyebabnya lutut saya senang tergelincir tu.....
Saya ada juga baca2 tentang punca dan rawatan lutut terkehel ni.....ni saya copy paste dari Harian Metro - Segmen Sihat 11/12/2011
 SELAGI tempurung lutut (patella) kekal dalam alur di lutut, anda boleh berjalan, berlari, duduk, berdiri dan bergerak dengan mudah. Namun apabila tempurung lutut mudah tergelincir daripada alurnya, berlakulah masalah dan kesakitan di bahagian depan lutut.
Tempurung lutut menghubungkan otot di depan paha ke betis (tibia). Apabila membengkok atau meluruskan kaki, tempurung lutut ditarik ke atas atau ke bawah. 
Tulang paha (femur) mempunyai takuk berbentuk V (alur femoral) pada satu hujung untuk menampung tempurung lutut ketika bergerak. Dalam lutut normal, tempurung lutut terletak elok dalam alurnya.


Namun jika alur tidak sekata atau terlalu cetek, tempurung lutut boleh tergelincir, mengakibatkan tulang tempurung terkehel separa atau keseluruhannya. 

Tamparan atau hentakan tepat kepada permukaan tempurung lutut, seperti ketika terjatuh, boleh menyebabkan tempurung lutut tergelincir keluar daripada alurnya. 
Gejala tempurung lutut tergelincir atau terkehel adalah seperti berikut: lutut seperti terkunci dan tidak boleh menyokong berat badan anda, tempurung lutut terletak di sisi sendi lutut, lutut menangkap ketika pergerakan, sakit di bahagian depan lutut yang meningkat dengan aktiviti, sakit ketika duduk, lutut kaku, lutut berbunyi atau bunyi retakan ketika pergerakan dan bengkak. 


Dignosis 


Ketika pemeriksaan fizikal, doktor akan meminta anda berjalan atau meluruskan serta membengkokkan lutut. Doktor juga akan berhati-hati memeriksa kawasan sekitar tempurung lutut dan mengambil ukuran bagi menentukan sama ada tulang tempurung terkeluar daripada alur tulang paha atau jika ada otot paha yang lemah atau mengecut. 


Sinar-X akan disyorkan untuk melihat kedudukan tempurung lutut dalam alur tulang paha. Doktor juga akan menentukan jika ada sebab lain kepada kesakitan lutut berkenaan, seperti kecederaan pada tulang rawan atau ligamen lutut. 



Rawatan 


Jika permukaan tempurung lutut terkehel sepenuhnya daripada alur tulang paha, langkah pertama ialah mengembalikan tempurung lutut ke tempat betul. Proses ini dikenali sebagai manipulasi kembali secara tertutup. 


Kadangkala, tempurung lutut yang tergelincir boleh masuk kembali ke kedudukan asalnya secara spontan. Jika tempurung lutut masih terkehel, doktor akan menolaknya secara perlahan kembali di tempatnya. 


Tempurung lutut terkehel sering merosakkan tulang rawan pada tempat sama dan alur tulang paha yang akan menyebabkan bertambah sakit pada lutut dan arthritis. 


Jika tempurung lutut hanya terkehel sebahagian, doktor mungkin mencadangkan rawatan tanpa pembedahan, seperti latihan dan penyokong lutut. 


Latihan membantu menguatkan otot di paha supaya tempurung lutut kembali bergerak dalam alur paha dengan sejajar. Berbasikal sering disyorkan sebagai sebahagian daripada terapi fizikal. Pendakap lutut juga boleh digunakan. 
Matlamat rawatan adalah membolehkan anda kembali kepada aktiviti harian seperti biasa dalam masa satu hingga tiga bulan. 


Dalam keadaan kronik, lutut menjadi tidak stabil, namun selalunya ia boleh dibetulkan dengan pembedahan. Sebagai contoh, pembedahan boleh dilakukan untuk menyelaraskan semula dan mengetatkan tendon bagi mengekalkan tempurung lutut di landasan betul, atau untuk melepaskan tisu yang menarik permukaan tempurung lutut keluar daripada alur tulang paha. 


Kesimpulannya, tempurung lutut yang mudah tergelincir atau terkehel boleh menyebabkan kesakitan hingga aktiviti harian menjadi terhad. Rawatan diberi bergantung dengan darjah ketidakstabilan tempurung lutut. 


Matlamat setiap rawatan, sama ada secara tanpa pembedahan atau dengan pembedahan, adalah untuk menstabilkan pergerakan tempurung lutut di dalam alur tulang paha.




Note : Panjang pula N3 kali ni.....harap jangan bosan membacanya :P 

Wednesday, January 30, 2013

"PCL , tolong review blog saya (http://shumie-dz.blogspot.com)"

Assalamualaikum
Ni Segmen pertama untuk Tahun 2013 yang saya join....konon2nya nak minta di review blog yang tidak seberapa ni....bolehlah lepas direview nanti akan ditambahbaikkan blog ni...
Segmen dianjurkan oleh P.C.L dan syarat2 nak ikut senang jak.....mula-mula bubuh tajuk cam di atas tu...kemudian tempek banner dari P.C.L cam di bawah ni..


dan cakap dengan P.C.L cam ni "PCL , tolong review blog saya"....

Senang jak....tarikh tutup nanti dia akan bagitahu kemudian...mari sama2 kita join... (^_^)

Wordless Wednesday # 20

Assalamualaikum


 
Gambar di ambil semasa perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja (masa berhenti lampu merah yekk.....). Awan tu nampak cam pasir di pantai kan....ada alunan tersusun gitu..... (^_^)

Tuesday, January 29, 2013

Tanda-Tanda Badan Kurang Air

Assalamualaikum
AIR merupakan elemen kedua terpenting untuk badan kita selepas oksigen...Badan manusia mesti mempunyai sekurang-kurangnya 70% air untuk mengawal suhu badan, menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, perkumuhan dan melindungi sendi dan organ. jika sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah ini maknanya anda kekurangan air.......
  1. Dahaga
  2. Badan cepat letih
  3. Mudah mengantuk
  4. Ketegangan otot
  5. Mulut dan bibir kering
  6. Air kencing yang sedikit dan berwarna kuning pekat
  7. Sakit kepala atau migrain
  8. Kulit kering dan kurang kenyal
  9. Sembelit
Jadi kalau rasa-rasa tergolong dalam kategori di atas macam sayalah tu, cepat bertindak dengan mulakan rutin minum 2 gelas besar air kosong setiap hari... 
Sumber : Facebook

Instagram bibir oren

Assalamualaikum

Semalam tengah check2 keywords untuk carian blog ni.....tiba2 ternampak keyword yang paling atas tu......INstagRam biBir oReN......macam nak terketawa pun ada.....ada juga rupanya orang mencari foto bibir oren di instagram......ni sebab saya post gambar bibir 'seksi' dalam post Melaram Di Instagram hari tu.....





Bibir oren anak beranak......kah kah kah....

Monday, January 28, 2013

Hari Ahad # 2

Assalamualaikum
Ni cerita hari ahad episod ke-2.......selain hari untuk bermalas-malasan, ianya hari untuk menambahkan lemakss.......layan ja lah pict di bawah ni.... :P



 
Mee Sizling Panas Panas......

 

Sup Bebola Ikan yang Mantoppsss



 
Feveret sepanjang zaman....(^___^)

Note : Header blog telah diubah suai....sekarang ni sedang pilih warna kulit untuk blog supaya boleh matching dengan kaler header....

Sunday, January 27, 2013

Hari Ahad

Assalamualaikum...
.
Hari Ahad hari untuk bermalas-malasan....esok mula rutin seperti biasa konon untuk 5 hari....jadi ambil kesempatan hari ni untuk rehat secukupnya gitu....
.
Saya memang rehat sekarang ni...(rehatlah konon.. :p) padahal sebenarnya sedang bersiar-siar dengan santai sambil sedang mengurangkan kekembungan poket dengan cara mengurangkan liabiliti bulanan (ayat ubahsuai sedikit supaya tidak sakit hati hehe)....
.
Tapi walau apa pun yang anda buat sekarang....saya just mo cakap...Selamat Berhujung Minggu.....bye !!!
.

Friday, January 25, 2013

Penting Menghargai


Assalamualaikum...

Sekarang sedang menikmati dinner di Shangri La Tanjung Aru Hotel.... ( wow !!! makan malam di hotel ?? company punya eventlah...kalau sendiri, tak mampu lagi... Huhu)... sedang baca2 status fb kawan2..ternampak kata-kata ni....

.
Sumber : Facebook

Re Publish - Henpon

Assalamualaikum
Salam Jumaat......belum terlewat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul yang kita raikan semalam.....Semalam Puan blog bercuti so tida ada n3 di publishkan...... (^____^) dah tengo tajuk di atas kan, so paham2lah konon sendiri yek.....saya mempublishkan balik n3 saya tahun 2007 (lama kan suda tapi blog masi suam2 kuku jugak, manakan tidak update bulan ni, pastu senyap, update lagi 3 bulan kemudian, senyap lagi, macam mana mo maju...hehe) ...masa tu baru jak berkecimpung dalam dunia blogger.......
Kalau saya ingat masa mula-mula handphone atau telefon mudah alih ini keluar..bukan macam sekarang dia punya bentuk..ada macam beg yang diangkat lepas tu adalah telefonnya..tiada wayarlah konon..selalunya orang-orang kaya saja yang gunalah sebab harga masa tu mo fikir 2 3 kali kalau mo beli...lepas tu baru keluar handphone yang tida dia punya beg2...hanya telefon sajalah...kira upgrade sikitlah....kalau tidak ingat rupa handphone tu..ingat saja ayat ni..."ini handphone ni kalau bikin baling anjing, mati terus bah anjing tu"...hah !!!..mesti ingat suda macam mana besar dan berat handphone tu...... 
Yang saya ingat (yang saya taulah) model handphone yang first2 orang tau ialah model Nokia...barulah keluar model2 yang lain macam Motorola, Siemens dll.....semua handphone masa ni mesti ada antena..kalau mo bercakap mesti tarik antena dulu...semakin panjang antena ditarik semakin jelas siaran.... 
Saya pun tidak mahu ketinggalan untuk merasa ada handphone...lupa plak nak bagi tahu..handphone ni semakin lama semakin mudah untuk dibeli pasal harganya pandai jatuh..tapi ikut model jugalah..Handphone saya yang pertama model Nokia..kira yang terkinilah pada masa tu..dalam RM 600 lebih saya beli..no handphone 018-XXXXXXX..tak ingat suda..lepas tu tukar handphone lagi..pakai model Siemens dalam RM 300 lebihlah harganya..Handphone ketiga saya guna, Model Nokia gak tapi yang kecil sikit tu..masa tu dah pakai sim card sudah...ini saya tak beli sendiri.....Encik hubby yang belikan.... 
dan handphone yang last sekali saya guna...juga Model Nokia (pengguna setia)..mesti orang tau kalau saya cakap 'handphone sabun'...sebab bentuk handphone tu macam sabun..gemuk2 bujur2 gitu..he he..masa beli model ni baru keluar..so paham2 ajalah harganya...ada kamera..boleh dengar lagu...macam2 lagilah...dalam RM 1000 lebih gitu....tapi sekali lagi hubby juga yang kasi beli....saya guna jak....sekarang harga handphone jenis yang saya guna tu dah jatuh dia punya harga....dalam RM 400 lebih lagi....sampai sekarang saya masih guna handphone tu...beli tahun 2005..so dekat 2 tahun lebih sudahkan dia punya umur..walaupun banyak model handphone yang canggih2 dipasaran, saya tetap setia juga dengan handphone saya sekarang....belum rosak kan..yang penting dapat bertelefon.....JANGAN MEMBAZIR.......
Itu n3 saya pada tahun 2007......telah di modifiedkan sedikit bahasanya agar lebih mudah di fahami.....sebenarnya saya tukar lagi henpon tahun 2010 tu jadi sila abaikan ayat JANGAN MEMBAZIR tu.  tak ssessuaii...ni kali Model Sonny Erricson yang slide kaler maroon tu, model lupa dah....harga dia masa tu dekat seribu juga....masa tu henpon ala-ala iphone belum wujud lagi.....hinggalah tahun 2011 tu (baru setahun guna Sonny Erricson) dah tukar henpon baru lagi.....Samsung Galaxy S Plus.....bukan apa, nak juga merasa tekan keypad guna jari telunjuk....hehehe selalu kan guna ibu jari..... 
 Note : baca di sini untuk original N3.....

Wednesday, January 23, 2013

Sesat

Assalamualaikum
Korang pernah sesat ke? sesat dalam hutan ke, sesat kat bandar ke.....sesat bila ko masuk bangunan ni keluar bangunan lain pulak.....sesat yang camtu....saya ?? teramatlah mudah sesat (bukan sesat yang lain ok)....dalam shopping complex pun boleh sesat.....masuk pintu ni, lepas tu tak tahu suda di mana nak keluar....pastu terus panik....padahal dalam shopping complex jak pun......Tahun 1999 pertama kali pegi Kota Kinabalu sorang2 sebab study kan....(sian anak kampung kluar ke bandar)..masa nak cari stesen bas untuk balik ke kampung, punyalah payah, siap minta lukiskan map lagi dengan kakak cara nak pegi stesen bas tu....punyalah skema menuju ke stesen bas, orang boleh jalan yang short cut gitu saya terpaksa pusing jauh sebab takut sesat tak dapat balik kampung....huhu
Percaya atau tidak.....saya pandu kereta hanya untuk pergi ke tempat keja dan balik rumah lepas keja....kalau melencong sikit dari jalan yang biasa saya lalui memang kompem sesat...hehe Pandu kereta dah dekat 4 tahun tapi jalan KK belum hafal2 lagi...kalau keluar berjalan memang hubby yang drive...pernah juga drive balik ke Kota Marudu sendiri tapi hubby escort di belakang...kita orang bawa 2 kereta...sendiri balik belum pernah lagi....
Tempat letak kereta di shopping mall satu hal lagi....saya tak pernah parking sendiri kecuali di Centre Point KK tu....itupun kerana TERPAKSA dan sebelum pegi sana berapa kali minta tunjuk hubby cara2 masuk dan cara2 keluar....tahun 2006 bulan 10 pernah tinggal sebulan di KL sebab training....punyalah nak nangis sebab sebenarnya itu kali kedua pegi KL...yang pertama kali pun sekejap jak singgah sebab pegi Terengganu....betul2 berdikari ni sorang diri...tapi nasib baik company bagi hotel yang dekat dengan tempat kerja...belakang Sungei Wang kat Jalan Bukit Bintang tu saja....masuk Sungei Wang sesat sebab masuk pintu lain keluar pintu lain padahal ko bole pusing bangunan tu saja pun kalau nak balik hotel...ini tidak, masuk balik Sungei Wang nak cari pintu mula2 masuk tu....panik sebab sesat....
Memang banyak kali kena bebel oleh hubby sebab "kelemahan" ni....tapi apa boleh buat, bab2 hafal jalan ni memang saya FAILED..... :P

Tuesday, January 22, 2013

Gambar Lama

Assalamualaikum
Tengah bongkar2 post2 yang dulu2 tiba-tiba ternampak pulak gambar ni....betul2 nostalgik mengamit memori.......
UMS 1999-2002

Ni gambar feveret ni.....pose ala ala model henpon gitu...padahal henpon jenis yang baling anjing terus mati .... 2 orang blogger di situ... si Kay Masingan dan Nancy....si Uzoeiy pernah ada blog tapi dia x aktif dah, bzzzz...biasalah lecturer kan....hehe


Ni gambar lepas abis tutorial...muka tensen...nampak ke kesliman saya dulu...masih muda remaja kan...masa ni tak pakai spek lagi....mata masi muda....sekarang dah rabun...mata dah tua....hehehe

Note : Gambar agak kabur sebab scanned kan....dulu mana ada memory card...ni gambar filem Konica gulung 24 katik cuci di kedai apek.... :P 

'Tertangkap' sudah

Assalamualaikum.....
Selamat pagi !!!!! Hari tu heran napa baby wiper selalu cepat abiss....sapa yang guna ?? Jadi saya pun menyiasat sapa punya angkara ni.....
jeng jeng jeng
^
^
^
^
^
^

Oooooo di sudut2 rumah dia buat kerja ni.....

Tengo tu, siap lap2 muka lagi......


Ha'ah !!!!! kan tertangkap sudah !!!! buat muka tidak bersalah lagi tu....
*
*
*
*
*
Sekadar hiburan di pagi hari......happy blogging !!!!

Monday, January 21, 2013

Coklat Ding Dang

Assalamualaikum
Selamat Hari isnin.....2 hari tak jengah blog disebabkan line internet yang amat bermasalah......semua keja pun terbantut (kejalah sangat, padahal nak update blog dan blogwalking je pun)...nyampah betul....
Ha'a...tipulah kalau sapa2 yang tak kenal benda di bawah ni.....dulu saya bukan main teruja lagi kalau dapat kotak cap kucing ala-ala rupa Doraemon ni....berdebar2 nak buka dalam dia, apalah konon hadiah mainan dalam dia tu....padahal mainan dalam dia bukannya ada apa pun...kecik jak...tapi eksaited yang lebih.....pastu coklat dia tak makan pun sebab dah lemau.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tapi kotak ni tetap jadi kegilaan anak2 saya...pegi kedai mesti nak kotak ni...saya dah bagitahu dorang dalam dia bukannya best pun (sebab ada pengalaman...hehe) tapi disebabkan tahap keterujaan dorang nak tahu apa benda dalam kotak tu, saya belikan jugalah....siann...dan seperti Uminya juga, suda buka, tengo dalam...belek2 sekejap pastu tinggalkan gitu saja...
Hari tu beli Coklat Ding Dang, tengo2 bungkusan dia dah tukar baru....kalau dulu kaler kotak dia biru dan kotak dia kecik sikit....sekarang dah tukar kaler merah dan besar sikit....tapi muka kucing tu tetap ada....


Bestnya zaman kanak2 dulu kan...(^___^).....(sedang ambik mood untuk keja di pagi isnin ni)


Friday, January 18, 2013

Belajar - Insurans Kereta

Assalamualaikum
Hari ni 'Cikgu' nak ajar sikit pasal insurans ni (wah tetiba jadi cikgu pulak....) :P Bukannya apa, semalam kawan ngadu sebab dia kena marah dengan customernya insurans dan cukai jalan keretanya terlampau mahal.......sila ambil perhatian yek......semakin mahal dan besar kapasiti kereta anda, maka semakin mahallah juga insurans dan cukai jalannya...So sapa2 yang terpikir nak beli kereta yang agak mewah tu, sediakanlah wang untuk maintenance dan lain2 juga yek....Ok sedikit tips dan info mengenai insurans kenderaan :-
  1. Jumlah bayaran insurans adalah berdasarkan kapasiti enjin kereta anda...tak tahu apa itu kapasiti ?...cuba check dalam kad pendaftaran kereta yang dari JPJ tu, kan ada capacity tertulis sana tu...kalau keta kancil ada yang 660cc, ada yang 850cc....ni insurans dia murah jak, kalau yang cc dia sampai 4000cc tu macam toyota land cruiser tu, paham2 jaklah berapa bayarannya yek...
  2. Jumlah bayaran insurans juga ditentukan berdasarkan jumlah yang anda insuranskan atau dalam bahasa insuransnya 'Sum Insured'...lepas ni check polisi insurans anda, berapa amaun yang telah anda insuranskan....sebab kenapa mesti check ? orang selalu salah sangka, kononnya jika dorang suda membeli insurans kereta, apa2 yang berlaku nanti akan ditanggung oleh pihak insurans.....jawapannya TIDAK....pihak insurans hanya akan menanggung berdasarkan jenis perlindungan insurans anda dan berapa jumlah yang anda insuranskan.....
  3. Jenis perlindungan insurans yang selalu ada dalam pasaran ialah perlindungan comprehensive (keseluruhan termasuk kecurian, kemalangan dan kebakaran) dan perlindungan Third Party (orang ketiga)...Yang Third Party ni pemes sikit sebab murah dan mereka2 yang tiada budget nak beli insurans masa tu tapi harus ingat sebab perlindungan ini hanya akan melindungi pihak ketiga yang anda langgar....kereta sendiri kalau rosak akibat kemalangan tu, sendiri tanggunglah jawabnya.....sebab tu nama dia Third Party aka Orang Ketiga...
  4. Ni yang selalu orang tak paham......jumlah yang ingin kita insuranskan adalah berdasarkan kepada harga pasaran kereta masa tu....nak tentukan harga pasaran ni memang payah sebenarnya, tapi saya bagi tips sikit....Contohnya kalau tahun ni ko baru jak beli keta dan jumlah diinsuranskan adalah sebanyak RM50,000....tahun yang kedua ko kurangkan sebanyak 5% atau 10% bergantung kepada model kereta....ada sesetengah model macam Toyota penurunan harga kereta dia lambat sedikit jadi dalam 5% tu kira ok la untuk kurangkan jumlah yang diinsuranskan tu....
Sebenarnya banyak lagi yang boleh bagitahu tentang insurans kereta ni.....satu hari satu malam memang tak abis cerita....moga2 sedikit tips ni boleh membantu kawan2 semua yek......

'Rumah' kita

Assalamualaikum

Peringatan untuk diri sendiri dan semua....ingat setinggi mana pun darjat kita, sebanyak mana pun harta kekayaan kita, sebesar mana pun rumah kita....INGAT ada satu tempat yang pasti dan SAMA untuk setiap manusia di dunia ni....

Sumber : Facebook/www.rindok.com

Thursday, January 17, 2013

'Melaram' di Instagram

 Assalamualaikum
 Minggu ni tak sempat nak post n3 panjang2 sebab line di rumah tak berapa nak bagus....tak dapat nak connect internet langsung....tapi DiGi dah sms awal2 bagitahu dorang ada buat kerja2 penaiktarafan di area kami tinggal tu sampai awal Februari.....tu yang terpaksa update blog dengan kelam kabut di opis jak.....so hari ni layan jak photo2 yang pernah saya upload di instagram @miakassim




Sempat lagi snap gambar dicermin sambil dukung anak.......

Ni Umi dan 2 anak terunanya....



Jangan terpedaya dengan bibir yang 'seksi' itu...Instagram semata2...hehe




Anak-anak Umi.....Orang selalu tersilap dengan Shumi dan Shamzi ni...kata dorang kembar padahal adik dan abang beza 2 tahun....Damia dalam gambar ni umur dia 11 bulan....rambut fesyen antena radio....hehehe

P/S : sapa2 nak tengok gambar lagi, boleh follow saya di instagram @miakassim (wah sempat promote lagi cam budget artis....hehehe)

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday # 19

Assalamualaikum
Selamat hari rabu.....hujan berhenti, muncul pelangi senja.....(cehhh macam tajuk lagulah pulak)


HAPPY WORKING !!!

Tuesday, January 15, 2013

Merlin si Ahli Sihir

Assalamualaikum

Mesti sapa2 peminat tegar series ni tengo ending dia semalam di Tv3. Saya pun apalagi tidak ketinggalan, nak tahu juga apa jadi dengan si Merlin aka Emrys, si King Arthur, si Morgana tu.....sorang2 ni melayan tv tapi tangan tetap tip tap tip tap juga mengetuk keyboard laptop menaip n3....hehe
Si Morgana suda tahu sapa Merlin yang sebenarnya.....begitu juga King Arthur....tapi ending dia semalam cam tak berapa nak best...dorang macam nak terlampaukan ringkaskan cerita...tiba2 perang, pastu Morgana mati gitu saja....tak sempat nak berlawan dengan Merlin guna power2 dorang tu...King Arthur pun sama juga...mati gitu jak...kira misi si Merlin nak menyelamatkan si Arthur tu gagal lah konon yek..yang last sekali tu pulak tetiba ada lori besar lalu kat jalan tepi tasik tempat si Arthur disemadikan.....dan si Merlin sedang berjalan kaki sambil membawa beg....panjangnya umur si Merlin yek sampai juga ke Zaman moden....hehe Tapi rasanya mungkin ada series baru, sebabnya ending dia cam blur jak, pastu naga tu cakap si Arthur akan muncul kembali jadi New Arthur (kononlah naga yang cakap) dan tangan sapa pulak yang sambut pedang di tengah-tengah tasik tu......???

Angin sepoi itu

Assalamualaikum
Rasanya dah basi cerita pasal kisah yang menyeramkan masa duduk kat asrama atau hostel tapi saya nak juga tulis n3 ni...dulu masa sekolah menengah, selalu juga dengar kisah asrama berhantu lagi2 kalau asramanya bertempat di bangunan tua...mesti kompim kawasan tu 'keras' (memanglah keras dah bangunan dia dibina dari batu dan konkrit kan)....tapi sepanjang saya bersekolah menengah pulak tak pernahlah duduk asrama, macam mana nak tinggal asrama kalau jarak rumah dengan sekolah 20 minit jalan kaki jak.....jadi cerita-cerita seram ni cuma dengar dari mulut kawan2 jak....tak pernah pulak ada pengalaman sendiri pun (tapi tak mo lah pulak nak harung pengalaman tu....hehe)
Pelbagai versi cerita yang saya dengar dari rakan-rakan...ada yang dengar bunyi tapak kaki di tengah malamlah, ada yang dengar orang sedang membasuh kain di bilik airlah padahal orang lain semua dah tido, ada yang dengar orang ketawa2lah.....eeeee meremang bulu roma saya, tu baru dengar cerita, belum lagi alaminya....Tapi kadang2 tu macam tak berapa nak percayalah pulak :P sehinggalah....................
Masa belajar di Ums dulu......terpaksa tinggal di hostel kan....tapi kiranya macam bukan hostellah, lebih kepada rumah (kawasan perumahan Indah Permai di Jalan Sepanggar tu, ada beberapa lot UMS sewa untuk jadikan hostel pelajar). Satu rumah ada 5 pelajar yang boleh tinggal...Nak dipendekkan cerita, adalah satu malam tu lebih kurang dalam jam 10 gitu, lepas study (studylah konon) tetiba perut berkeroncong, terus ambil maggi sebungkus, rendam dalam air panas, 3 minit pastu dah boleh makan (macam iklan maggilah pulak).....Ok sambung cerita balik.......
Tengah basuh pinggan di dapur, ok nak bagitahu situasi masa tu.....kawan yang lain semua kat atas.....ada seorang kawan tengah study di ruang tamu, kipas syiling ada satu jak di ruang tamu dan dipasang dengan kelajuan No 2 sahaja......memang perlahan saja, anginnya tak sampai pun di dapur.....suasana masa tu pelik sikit, cam sunyi semacam, tapi tak pikir apa2 lagilah.....tengah best cuci pinggan, tiba2 terasa ada angin sejuk bertiup di belakang tengkuk, cam sepoi gitu seperti ada seseorang melintas di belakang saya dengan dekat sekali......saya automatik toleh belakang, kawan saya masih siok study di ruang tamu.....dan dengan automatiknya bulu roma saya tegak berdiri masa tu.....jantung dup dap2, memang betul saya terasa angin lalu dibelakang saya.......apalagi terus naik ke atas, masuk bilik, kunci dan masuk dalam selimut (kira paling selamatlah tu konon).....Tak mo pikir lagi sapa yang melintas dibelakang saya tadi....seram semacam......
 Itu baru angin, kalau ternampak yang camni, bukan bulu roma saja yang berdiri ni.......hihihihi
Mode : masih slow version sebab hari ni pun hujan.....

Monday, January 14, 2013

Kambing Penyet

Assalamualaikum
Tengahari camni wajib n3 pasal makanan....hehe
Pernah dengar kambing penyet ?? selalu kita makan nasi ayam penyet jak kan....cuti sekolah hari tu kami singgah makan di sebuah restoran yang menyediakan makanan ala-ala Jawa gitu....memandangkan mak ada di rumah masa tu, bawalah dia sama2 makan di restoran tu, mak kan berketurunan Jawa haruslah makan makanan ala ala Jawa (tetiba pula, takda kena mengena langsung)...selalunya kalau dah kedai makanan berkonsepkan Jawa, wajib ada Ayam Penyet......dan yang paling menarik perhatian hubby ialah Kambing Penyet, saya tak tertarik pun sebab tak makan kambing....

Antara menu yang ada dijual di sini....ambik ko semua dalam bahasa Jawa....nasib baik ada translatenya....

Hidangan yang kami order, ayam penyet, kambing penyet, ayam pukul dan kangkung belacan.....makan sini nasi dia bagi free jak....so boleh tambah sapa2 yang bukan dalam program diet....

Ni pula minuman yang kita order, saya dan mak order orange juice, hubby order cendol dan Shumi Shamzi order milo panas.....

Sapa-sapa yang tinggal area KK, ni boleh cuba makan menu kambing penyet di Koki Bandung....restoran dia dekat Alamesra, Jalan Sulaman bersebelahan dengan bangunan Binapuri....(^_^)  

ATM

Assalamualaikum
Bukan cerita Angkatan Tentera Malaysia tapi Automatic Teller Machine.....tadi dengar cerita di radio HotFM tentang artis Lisa Surihani yang kehilangan duit RM50 ribu dari accountnya...check2 kat bank, kata pihak bank kad ATM dorang baru jak di tukar yang baru.....sapa yang tukar ? masih dalam siasatan lagi....sian Puan Lisa kita ni...
Saya pun pernah ada pengalaman yang sama....tapi bukanlah duit hilang dari akaun, tapi duit terlebih lah pulak....hari tu check akaun, tengok gaji dah masuk ke belum....tiba2 nampak amount dia lebih daripada yang biasa....company bagi bonus ke ? (bonus apa tengah2 tahun)....saya dapat saguhati ke daripada company ? macam2 lah tekaan konon.....kira2 nak keluarkan duit, terus cancel sebab tak senang hati dari mana datangnya duit yang terlebih tu...esoknya sampai opis terus kol HR....HR tolong checkkan, rupa2nya pihak bank yang ada masalah semasa kreditkan gaji ke akaun pekerja....tu yang jadi terlebih tu...HR bagi 2 penyelesaian, pertama just pulangkan balik duit terlebih tu ke akaun company atau cara dua, guna jak duit tu, bulan depan gaji masuk kuranglah konon....saya ambik penyelesaian yang pertama tu.....tak mo lah guna duit tu sebab takut bulan depan nanti abis lari budget....
Kalau saya ada niat yang jahat, memang nak diamkan saja dan guna duit tu sebabnya bukannya sikit yang terlebih tu, 1000.... boleh shopping sakan, tapi tak baik tau ambil duit yang belum tentu hak kita kan....(^_^)
P/S : Amount dalam account Nuffnang berkurang lagi....bermasalah betul ke Nuffnang punya sistem ni sampai amount dalam tu sekejap ada sekejap takda ( macam biskut chipsmore pulak ) .... mood  - slow version ( bukan pasal Nuffnang tapi sebab hujan sejak pagi lagi, rasa malas nak pegi keja, macam best jak 'berkubang' dalam selimut...hehe )

Sunday, January 13, 2013

Jambu suka...Markisa suka

Assalamualaikum
Tengok anak-anak berlari2 bermain di ruang tamu, teringat zaman budak2 dulu.....sian anak2 sekarang, nak berlari bermain berguling pun dalam rumah jak.....kalau nak yang luas tunggulah mak bapanya bawa pegi taman permainan....tu pun nak kena awasi selalu sebab tak berapa nak selamat.....
Tak macam zaman saya budak2 dulu.....dalam tahun 80-an gitu....tinggal di kampung kan.....halaman rumah, kebun orang, semua jadi taman permainan...balik sekolah jak, lepas makan tengahari dah merayap bawah kolong rumah....nak main masaklah, nak main biji getah,  kalau ada geng, boleh main zero point.....best gilak....tapi apa kena mengena dengan tajuk di atas ???? (ada kena mengena sikit jak).....
Ni saya nak cerita ni......masa budak dulu, saya sangat suka makan buah jambu yang kecik2 tu....jambu batu yang kecik tu, kalau masak, biji dalam dia akan rasa manis....jambu ni tumbuh meliar dengan banyak zaman dulu.....pokok dia tinggi tapi banyak dahan jadi senang sikit nak panjat.....saya terer panjat pokok tau masa budak dulu....biar digigit semut yang penting dapat makan buah jambu.....sakit belakang kira....hahaha port yang paling kami suka cari buah jambu ni dalam satu kebun tu, owner dia orang cina......sebab dalam kebun dia banyak sangat pokok jambu ni.....kami ambik jak sebab bukan dia yang tanam tapi tumbuh meliar, kira bukan mencurilah tu kan, ceroboh jak..... uncle soli a'a.....hehe
Pokok Jambu yang saya suka makan......ooopppss buahnya bukan pokoknya
Sumber : Image dari Google

 Ada satu buah lagi yang saya suka makan masa zaman budak dulu.....rasa dia masam masam manis tapi banyak sangat bijinya.....tapi saya suka juga.....masa sekolah rendah dulu selalu order dengan kawan sekelas sebab bapa dia ada kebun buah ni.....sebiji dia jual seposen....kadang2 dia bagi extra juga.....kawan2 kan....memang sedap makan buah ni......nak tahu apa jenis buah tu.....ni dia
Buah Markisa........
Sumber : Image dari Google
 Memang bestlah makan buah ni....tapi sekarang susah sangat nak cari buah ni.....orang tak tanam suda ke ?? dulu siap ada air kotak perisa buah Markisa lagi....sekarang payah betul cari.....langsung tiada kelibatnya di gerai-gerai buah......hinggalah masa mengandung si Shumi dulu.....ngidam nak minum air markisa dalam kotak tu....punyalah payah hubby nak carinya....memang langsung tiada jual dah masa tu....hubby mengadu dengan kawan2nya, last2 dapatlah juga merasa markisa masa tu...itu pun bukan dapat minum jusnya tapi dapat sebiji buah markisa yang belum berapa nak masak.....hubby cakap rasa ja lah, takut 'berliur' pula anak bila kuar nanti...kan mengidam....sian hubby sampai masuk kampung orang nak cari orang yang tanam buah markisa ni.....nampak kan, payah benar nak cari buah ni.....
Selain markisa yang rasanya macam nak 'pupus' jak, buah jambu yang kecik2 tu pun payah benar dah nak jumpa di kampung.....dulu tak payah tanam, buang jak bijinya, dia akan tumbuh sendiri, sekarang kalau nak merasa buahnya kenalah rajin berkebun.....
Kesimpulan dari cerita ni, rajin-rajinlah turun berkebun.......(^_^)
apa ??? tak sesuai ??? Kalau gitu pandai2lah korang simpul sendiri yek.....hehe

Saturday, January 12, 2013

Nuffnang

Assalamualaikum
Kelmarin tengah cek acc Nuffnang terkejut sebab amount dalam dia dah berkurang......saya tak puas hati, mungkin ada masalah dengan line ke apa, log out sekejap dan log in balik.....masih lagi jumlah yang sama....dah kurang.... :-( sedihlah pulak nengok sebab sebelumnya dah happy sangat sebab hasil iklan Nutrilite Amway sangat memberangsangkan bagi blog yang suam2 kuku ni saja :D....takpalah mungkin bukan rezeki saya, agaknya Nuffnang tersilap  kira......(pikir positif jak).......tapi semalam bila baca blog Fiza, dia pun ada masalah yang sama, begitu juga blogger intanberlian pun camtu.....tapi amount dah kembali kepada yang sebelumnya semalam, Nuffnang dah selesaikan masalah teknikal dorang.....syukur alhamdulillah....yalah sebenarnya amount dalam acc Nuffnang saya tu sikit lagi dah boleh cash out.....hehe ni pun setelah saya start berblog kembali secara serius (ayat.....cam skema tul) pada bulan October tahun lalu.....ambil masa 4 bulan nak kumpul amount tu....
Thank you Nuffnang

 TAPI tujuan utama saya berblog ni bukannya sebenarnya nak dapatkan pendapatan dari si Nuffnang tu semata-mata......sebab saya memang minat.....minat tulis2 cerita, nak kongsi2 dengan rakan2......saya ni actually suka nak karang2 cerita, cam cerpen tu ke, novel ke....tapi macam bakat tak berapa nak ada.....jadi adanya blog ni dapatlah juga saya lepaskan gian nak tulis2 cerita ceriti tu.....:P sambil2 tu paling best ada yang baca post2 yang saya publishkan tu.....dan paling suka bila ada orang komen cerita saya......terima kasih kepada pengomen2 saya yang the best AnumKayMazlizaAtieSueFiza dan lain2......korang semua memang the Best !!!!!

Ok tu ja.......Happy Blogging !!! 
 

Friday, January 11, 2013

Bunga....Bunga

Assalamualaikum
Cerita bungalah pulak....hari tu dah cerita pasal buah...on the way pegi keja tadi, sedang termenung tengok jalan jammed, tiba2 terpikir nak tulis entri ni.....(dasar blogger)...Orang kata pompuan tak boleh dipisahkan dengan bunga....memang betul, buktinya mak saya....teramatlah suka dengan bunga....rumah kami di kampung tu, halaman dia penuh dengan bunga....siap mak tanam benih pokok bunga lagi untuk dijual di pasar minggu....
Kalau yang sedang dilamun cinta tu konon, of coz lah si pompuannya mesti selalu menginginkan hadiah bunga dari si lelaki....bunga pula bukan yang main antam jak bagi...demand minta bunga ros kaler merah yang segar (bukan yang plastik), bunga tahi ayam tak mainlah....tak mo yang 3 kuntum, mo yang sejambak terus gitu...kalau boifrennya yang jenis poket penuh takpalah juga....tapi kalau yang cukup2 makan jak, mau menangis boifrennya, 1 kuntum bunga ros dah berapa harganya....kalau sejambak ada 50 kuntum, ertinya puasalah si boifren selama sebulan demi kekasih tercinta.....
Yang ko nak mengata orang (bukan mengata, kenyataan bah kan...eee terkluar slang Sabah), macamlah ko tu bukan pompuan....Memanglah saya pompuan tapi ni pengakuan berani gitu....SAYA TIDAK SUKA BUNGA.....suka tengok jak tapi kalau nak tanam2, hias2 rumah ke bilik ke dengan bunga memang takdalah....janganlah pulak yang lain marah sebab saya tak suka bunga....tapi memang tak berapa nak minat dari dulu lagi...masa muda belia dulu, sedang bercinta2 dengan si hubby, memang dah bagitahu dia awal2 lagi, kalau nak bagi hadiah ke apa, jangan bagi bunga...bagilah benda lain selain bunga...hehe tapi kadang2 tu hubby ada juga belikan bunga......ambik ja lah, takut hubby kecik hati pulak...dia pun nak juga merasa bagi2 bunga dengan buah hatinya ni....(uweekkk....sila jangan termuntah)...lepas ambik bunga dari hubby, tenung jak bunga tu tak tahu nak buat apa...hehe
Sampailah dah beranak pinak ni...tetap tak berapa nak minat bunga....rumah pun langsung tiada hiasan pokok bunga....bunga hidup ke, bunga pelastik ke.....memang takda....cuma raya tahun lalu ada beli bunga hiasan sepasu jak...sepasu saja ok...khas untuk hiasan rumah di hari raya...sampai mak dan adik beradik yang lain pun tegur rumah ni kosong jak, takda hiasan kah ???
Gambar ni pernah post dulu.....tapi upload balik mo kasi tengo sepasu bunga hiasan tu..nampak ke sanaaaa ujung tu.....hehehe (sila abaikan keadaan rumah yang kecil tapi comel tu :P)
Ok tu jak cerita pasal bunga....kepada peminat bunga tu, teruskanlah minat anda....sila abaikan bebelan di atas......bye

Kita hanya hamba ALLAH

Assalamualaikum


Sumber : Facebook/Kitacumahamba





Untuk PERINGATAN bersama dan diri sendiri di pagi Jumaat yang mulia ini......kata-kata yang betul-betul membuatkan saya terkedu tiba2.....kita sebagai hambaNya memang kadang-kadang lalai dengan 'kemanisan' dunia......
 

Thursday, January 10, 2013

SEO

Assalamualaikum

Apakah benda tajuk post hari ni Mia ? Mungkin ramai yang dah tahu terutamanya blogger yang 'kaki' IT tu dan mungkin juga yang hampir2 nak tahu tapi masih kurang jelas apa sebenarnya SEO......saya pun masih belajar lagi mengenai SEO ni.....
Ok mari kita tengok apa sebenarnya maksud SEO ni.....(ni berdasarkan maklumat yang telah saya godek2 di Mr.Google).....SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Ianya merupakan proses dimana meningkatkan keupayaan sesuatu laman web itu 'memunculkan dirinya' dalam search engine seperti Google, Yahoo dan lain2.....faham ke ? saya sendiri pun susah nak terangkannya.....tapi kalau dalam dunia blogger, ertinya kita cuba memaparkan post2 yang menarik agar blog kita tersenarai di search engine tadi.....bila blog kita sentiasa berada di dalam senarai utama search engine tadi, ianya akan menjadi pendorong pembaca menerjah ke blog anda.....dan hasilnya ialah trafik yang tinggi........sebab itulah kenapa blogger2 yang top bagi tips untuk naikkan trafik, mereka akan sentuh tentang 'permainan' SEO ni....rasanya fahamlah kan..... :D
Untuk selalu berada dalam senarai tersebut tajuk post mestilah bersesuaian dengan kehendak pembaca......pembaca selalulah akan pergi ke search engine seperti Google, Yahoo dan sebagainya dan akan menaip tajuk yang ringkas sahaja......rasanya tiada orang yang taip panjang2 dalam ruangan search tu kan......bila dah baca2 tentang SEO ni, saya pun cubalah search di Google, post2 yang telah saya buat samada tersenarai ke tidak......dan hasilnya
 Rupa-rupanya ramai yang baca post ni......hehehe resepi simple pun orang suka juga.....yang pertama dari 41,400 results......
  Masih tersenarai dalam top 3 di search engine.....
 Tersenarai juga......baru jak publish n3 ni.....
 Rasa-rasanya ada yang dah faham mengenai SEO ni kan.....kalau maklumat di atas tidak berapa tepat, boleh komen juga dan beri tunjuk ajar sebab saya pun masih belajar bab2 ni.....
Ok tu jak.....selamat berblogging !!!! 

Wednesday, January 9, 2013

Tak suka bukannya benci

Assalamualaikum
Saya tak sukalah bukannya benci pun....tak baik benci2 orang ni tau...banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak menyukai perbuatan atau perangai seseorang itu....mari kita tengo perangai atau perbuatan yang boleh membuatkan orang tak suka ko.... (ek eleh macamlah perangai ok sangat nak senarai2kan segala......bukannya apa.... senarai jak, pastu ambik iktibar jadikan pengajaran dan teladan untuk memperbaiki diri sendiri.... :P)
  • Orang yang suka potong que (betul ke saya eja ni, suka hati jak spell Q cam tu) terutamanya di jalan raya.....ko ingat ko saja yang nak cepat, keta lain siap beratur panjang ko boleh 'sisip2' di tepi jalan......
  • Masih di jalan raya lagi.......tidak suka dengan orang yang pandu keta di belakang macam nak sondol bontot keta di depannya.....kalau yang sebelah kanan takpalah juga, mungkin dia nak bagi signal orang depan sila memandu sebelah kiri jika tidak memotong.....tapi kalau sebelah kiri pun dia buat gitu, apa ke hal !! (selalu kena camni.....benci !!! oopsss)
  • Masa di kedai pakaian yang kira brandedlah konon, salesgirlnya pilih2 orang bila nak layan......mentang2 saya dress selekeh jak masa nak beli pakaian, dia boleh pura-pura tidak dengar masa kita panggil nak minta saiz........bila orang lain masuk yang dressing ala ala datin laju jak dia melayan.....kurang pengajaran betul.....Takkanlah setiap kali nak masuk kedai branded mesti nak make up dan dressing ala ala artis untuk mendapat layanan 5 bintang.....rimaslah weii....
  • Orang yang sikit2 nak buang air liur.......kalau dalam tandas takpalah juga.....ni di tempat2 umum......siap berbunyi lagi.......aaaarrrrggghhhh tuiiiiiiiiii................kembang anak tekak mendengarnya......
  • Tak suka bila tengo orang bercakap di telepon guna handsfree semasa berjalan kaki......????? ni pun tak suka, memanglah tau hak dia, tapi kalau sedang berjalan kaki dan tangan berlenggang tak pegang apa2 pun, macam ada sesuatu yang pelik disitu......
  • Tak suka orang merokok masa dikedai makan.....taulah tempat tu khas untuk orang merokok tapi hormat2lah sikit orang di tepi yang tersedut asap berkepul2 dari mulut ko tu......
  • Tak suka orang yang update status FB setiap 1 minit.....ada jak yang nak diupdatenya.....kalau maklumat yang boleh dikongsi bersama takpalah jugak.....ni sikit2 update, -> sarapan mee goreng...kenyang.... pastu update lagi -> kenyang rasa nak tido pulak....update lagi -> pasni nak kluar jumpa yang tersayang..rindulah (contoh jak, tida ada kena mengena dengan saya yek, saya jenis orang yang jarang update status...tak percaya?? jenguklah FB saya, wahh sempat promote lagi)....memang tak sukalah orang camni.....
  • Orang yang kuat merokok sampai gusi pun dah jadi kaler itam...tapi yang itu hak dia nak merokok, kita tak boleh halang tapi yang tak sanggupnya bila dia bercakap dengan orang lain dekat sampai terhidu haruman 'tembakau' tu.....tak tahannya dengan orang camni.....
Bukannya nak mengutuk orang ke apa, sekadar mo kongsi beberapa perangai yang sepatutnya tidak ada pada diri kita kan.....apa yang penting silalah hormati orang lain sebelum ko nak buat sesuatu Ok....