Sunday, March 31, 2013

Nak cantik ?

Assalamualaikum

Selamat berhari minggu....
Baru muncul selepas dua hari sunyi sepi....dua hari sedang berpergian cuti2 Sabah katanya.....nanti aku share ceritanya..... (^_^)

Nak cantik ? tipulah kalau cakap tak....semua wanita di luar sana ingin kelihatan menarik terutamanya depan encik-encik suami sekalian....bukannya aku nak jual atau promosi produk cuma nak share tips dan panduan.....sama-sama kita amalkan....

sumber : Facebook

Thursday, March 28, 2013

Lagi foto balik kampung

Assalamualaikum

Nak share lagi foto2 semasa di kampung....layannnnn


Dataran Bengkoka, Pitas.....satu jam perjalanan daripada Kota Marudu, Kampung ku....



 Pokok yang memang setia menunggu kami pulang ke kampung.....



 Pantai Tanjung Batu, opppss bukan yang di Lahad Datu tapi di Kota Marudu



 On the way balik rumah di kampung.....



 Gersang tapi indah.....



Sawah padi di waktu subuh.....kabus masih menyelaputi pandangan masa ni...



Jeti di Tanjung Batu, Kota Marudu


Misssss you my Kampung.....



Foto : Credit to Hubby

Wednesday, March 27, 2013

kejadian kereta terbakar di Kota Marudu

Assalamualaikum

Nak kongsi kejadian yang berlaku pada malam 25hb mac lebih kurang jam 8.00 malam....sebuah perodua kenari rentung terbakar berdekatan dengan jalan masuk ke rumah owner blog ni....nasib baik pemandunya sempat keluar....menurut cerita orang2 yang melihat kejadian tu, kereta tu sebenarnya sedang dibaiki di bengkel dan pekerja bengkel sedang memandu uji kereta tersebut...tetapi mungkin ada yang salah dalam pendawaian menyebabkan kereta tiba2 terbakar.....abisslah 'menangis' ownernya tu dan abisslah bengkel tu nak membayar ganti ruginya.....



keadaan kereta yang terbakar.....aku sempat nampak letupan kecil daripada enjin kereta tersebut...





Keadaan menjadi sesak sebab orang ramai takut untuk melintas, bimbang berlaku letupan lagi....termasuk kamilah tu sebab masa ni kami mo ke Pekan Goshen kiranya nak makan malam sama2 dengan family di kampung....15 minit kemudian bomba sampai untuk padamkan kebakaran.....

Sekian laporan dari aku....cehh macam beritalah pulak....


Note : Tq Nuffnang sebab bagi satu lagi BE baru walaupun aku cuti dua hari.....sudi2 kliklah iklan Olay tu yek..... Terima kasih daun keladi.... (^_^)

Tuesday, March 26, 2013

Hijau Kampung ku

Assalamualaikum


Dua hari blog sunyi sebab puannya bercuti.....balik kampung katanya nak hilangkan segala stress mress semua...hari ni mula balik keja tapi untuk dua hari sahaja sebab hari jumaat ni merupakan cuti awam untuk Negeri Sabah....yehh cuti lagi
Mungkin dua tiga hari ni n3 berkaitan dengan kampung sahaja so harapnya jangan jemu yek.....Satu perkara yang paling best bila balik rumah di kampung ialah suasananya yang masih menghijau......





Pandangan di belakang rumah....masih penuh dengan hutan kecil.....nun di sana ada 2 batang pokok langsat....kalau musimnya, buahnya memang lebat....



Pokok sukun....ada dua pokok yang besar dan juga anak2 pokok yang lain....bila berbuah, hampir sekarung boleh dipungut hasilnya....dan awal2 lagi dipajak oleh orang yang buka gerai jual kuih....



 

Pokok kelapa yang tinggi melangit....dulu masa budak2 jangan tak percaya yek...aku boleh angkat satu guni besar buah kelapa yang dipungut untuk dikeringkan dan dijual.....buat belanja sekolah.... (^_^)



 

Halaman rumah....nampak pohon bambu yang besar tu...dari aku kecil ianya memang di situ....bapa belum ada hasrat lagi untuk menebangnya sebab kalau ianya dibersihkan memang terasa 'gondol' halaman depan rumah kami...tiada tempat redup untuk berlindung selepas budak2 bermain.....


Nampak pemandangan yang mnghijau semua tu, rindu pulak di kampung walaupun baru balik semalam......(^_^)

Sunday, March 24, 2013

'Bollywood' ku...

Assalamualaikum

Salam Ahad......actually malu nak cerita sini tapi pikir 2 hingga ke 10 kalinya, aku nak tulis juga....mana tau dah tua nyanyuk nanti, bila terbaca kisah ni teringat juga zaman muda2 dulu *tu pun kalau blog ni masi wujud...

Aku sebenarnya peminat tegar filem2 Shah Rukh Khan......ni masa aku umur 20-an dulu, masi muda jelita , time belajar2 dulu....masa sekolah menengah tak berapa nak minat tengo filem hindi ni sebab fed up sikit2 nak nyanyi sikit2 nak nyanyi.....tapi berubah sama sekali pandangan aku kat filem bollywood ni selepas aku tengo Kuch Kuch Hota Hai tu.....jatuh bedebuk cinta pandang pertama kat SRK *SRK saja ok, yang lain tak mo....siap termimpi2 lagi, perasan jadi Kajol menari2 di tengah2 padang bukit bukau segala.....akibat penangan SRK ni, sanggup cari VCD filem SRK yang dulu2 cam Duplicate, Dil To Pagal Hai, Dilwale Dulhania La Jayenge (berbelit lidah aku), Yes Boss......banyak lagilah konon.....lepas tu semua filem SRK yang baru akan ditunggu VCD nya....

Geng2 aku masa belajar dulu sebenarnya tak berapa minat Bollywood, dorang lebih kepada Hollywood....aku dua2 pun tengo sebenarnya.....so kalau masuk bab2 bollywood aku terpaksa cover line sikit sebab takut dorang ketawa sebab aku sebenarnya minah bollywood....hehe
Nasib baik roomate aku satu jiwa dengan aku, ada jugalah kawan ketawa dan menangis nonton filem SRK....

Part ni aku malu sikit nak cerita.........jangan termuntah sudalah yek....
Aku dengan hubby masa mula2 nak bercinta cintun dulu, filem SRK Mohabattein tu tengah hangat di pasaran...cehh....so paham2 sajalah, feeling sekejap jadi Aiswarya Rai *betul ke aku eja ni .... terngam2 lagi tu hubby aku suka dengar lagu2 dari filem SRK......betul2 bertemu jodoh ala ala bollywood lah kami ni....kah kah kah.......ok sekarang boleh ambik baldi dan sila muntah...

Napa tiba2 cerita pasal SRK ni......bukan apa sebenarnya...ni gara2 tengo filem Kal Ho Na Ho di Tv 3 semalam....tu yang datang idea nak nulis....tapi satu yang aku panas cerita banyak kena potong terutamanya bab nyanyi2 supaya boleh jadikan tayangan untuk 2 jam...tak bestlah kalau cerita bollywood ni kalau takda sejam nyanyian berguling2 berlari-larian di atas gunung ganang tu semua kan....hehe




Cerita yang aku buat 'angau' dengan SRK




Note : Yeh Yeh balik kampung !!!! nanti kalau sempat petang sikit baru jengah 'rumah' kengkawan yek...... (^_^)



Saturday, March 23, 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Assalamualaikum


Mostly para bloggers telah menyertai GA yang dianjurkan oleh si blogger pemes bicaramakdara ....memang best dan banyak hadiah yang disediakan untuk para bloggers yang bertuah.....syarat2 menyertainya pun senang sahaja...tq untuk cik suriaamanda sebab tag saya ok..... (^_^)

Syarat-syaratnya :-

1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk 
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini 
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.
5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. Dan mereka yang bertuah yang ditag...hehe

6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen segmen bicaramakdara tu.....

Tarikh tutup : 31hb Mac 2013

Satu Giveaway, 30 Penaja, 
58 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara


Friday, March 22, 2013

Yang best di kampung

Assalamualaikum

Yeh yeh cuti sekolah.....cam aku pulak yang bercuti......uminya ni nak tumpang hepi untuk anak2nya sebab minggu depan dah cuti sekolah seminggu.....Shumi semalam awal2 dah book main games sebab katanya lusa dah cuti maknanya besoklah tu....aku memang tak bagi dorang Shumi dan Shamzi main games masa waktu persekolahan.....meaning hari isnin sampai jumaat NO GAMES.....tegas tak aku.....hehe

Dan seperti biasa setiap cuti sekolah aku memang akan ambil 2 atau 3 hari cuti tahunan....hubby cakap tak best cuti kalau aku keja.....kan dia cikgu sekolah...hehe So aku ambil cuti 2 hari minggu depan sebab kami nak balik kampung kat Kota Marudu....dah lama tak balik...rindu sudah suasana di kampung.....dekat jak sebenarnya, 2 jam perjalanan dari KK....

Apa yang best di kampung ? semua pun best.....mak bapa kan di kampung, pastu suasananya yang di kelilingi oleh pokok2 menghijau betul2 tenangkan pikiran.....bunyi cengkerik waktu malam.....tenang jiwa dan pikiran....jauh dari kesibukkan sana KK......tambah lagi kalau kami balik kampung mak mesti masak yang best2...sedap tak terkata walaupun simple....masakan ibu tiada yang sapa2 boleh challenge kan.....emmm tak sabarnya nak balik.....

Dan ada satu lagi yang ada di kampung aku, tempat lain belum tentu ada....hehe

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|


betul kan....tempat lain tiada 'heri poter' ni...... :P

P Ramlee

Assalamualaikum

Sapa sini yang minat dengan P Ramlee.......aku ? Memang dari kecil lagi dah suka tengok filem2 dan dengar lagu P Ramlee ni....lebih2 lagi filem2 lucu lakonan beliau....Kenapa tiba2 cerita pasal P Ramlee ? sebab hari ni, jika beliau masih hidup merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke-84 tahun... terima kasih lah kepada hotfm kerana menyiarkan lagu2 P Ramlee start dari jam 7 tadi pagi.....sampai aku terbuai2 pulak sebab dengar lagu2 nostalgik semua tu.....tak sedar dah sampai opis....hehe

Banyak dialog, babak dan watak dalam filem P Ramlee yang aku ingat sampai sekarang.....antaranya ;-

Babak yang aku rasa paling lucu
Babak Aziz Satar dan S Shamsuddin sedang mengira duit hasil rompakan dalam gua tu....walaupun dah berpuluh kali tengo filem Nujum Pak Belalang, scene ni jugaklah yang aku tunggu......lawak gilak

Watak P Ramlee yang aku rasa paling macho
Ketika dia melakonkan watak Aduka dalam filem Semerah padi......memang terasa dia macho masa tu...tak tahu napa...hehe

Babak filem P Ramlee yang aku rasa paling ganas
Semasa scene Normadiah dan A Rahim kena sula dalam filem Semerah Padi....dulu scene ni tak dipotong so nampaklah seolah2 pengawal tu sedang menyula tuuuuuut.......memang ganas aku rasa...tapi sekarang kalau sapa2 yang perasan scene ni dah dipotong, rasanya memang agak ganas untuk ditayangkan di Tv....

Dialog filem P Ramlee yang paling hubby aku nyampah bila aku ulang semula
Dialog Saadiah ketika bangunkan P Ramlee yang masa tu pengsan sebab kena tumbuk oleh abang Saadiah lakonan Kuswadinata dalam filem Antara Dua Darjat....."Ghazali, bangun Ghazali"..... Kira camtu lah lebih kurang dialognya....Kalau aku yang cakap dialog tu, mesti hubby rasa nak hentak kepalanya kat dinding sebab dengar suara bininya yang gedik tak hengat......hahaha

Babak dalam filem P Ramlee yang buat aku sakit leher dan pinggang
Babak semasa Sarimah dan P Ramlee terpaksa menyewa bilik di bawah kolong tu sebab dah abis duit dalam filem Ibu Mertuaku...Sakit leher dan pinggang aku tengo dorang terbongkok2 dalam bilik di bawah kolong tu

Dialog P Ramlee yang hubby aku suka cakap
Dalam filem Bujang Lapok semasa P Ramlee, Aziz Satar dan S Shamsuddin bersiap sedia nak makan masakan ayam dorang tu....P Ramlee nak test kuah sambil cakap "ini dia kuahnya, berminyakkkk"...pastu P Ramlee termuntah sebab masin sangat....kah kah kah 

Babak yang dorang Shumi dan Shamzi suka tengok dalam filem P Ramlee
Babak semasa Labu dan Labi kena denda ketuk ketampi oleh Haji Bakhil dalam filem Labu Labi....Dorang Shumi mesti tersenyum2 tengo gelagat dorang..

Banyak lagi sebenarnya babak2 dan dialog dalam P Ramlee yang aku ingat sampai sekarang ni....dan aku masih tetap tonton filem2 lakonannya.....(^__^) Al-Fatihah untuk beliau....


Thursday, March 21, 2013

-------------------

Assalamualaikum

Hari ni sampai awal pegi opis.....Shumi dan Shamzi tak liat bangun cam kebiasaannya....selalunya masa bangun pagi cam orang bergaduh saja..............*apa lagi nak tulis ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sunyi....
|
|
|
|
|
|
|
-----Bunyi cengkerik-----

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Otak tiba2 jammed pagi ni ..... tiada idea nak tulis sampai tajuk pun tak tahu nak letak apa......bayangkan dan layan jak lah bunyi cengkerik tu...best apa......hehe




Note : Bunyi cengkerik diinspirasikan oleh Ibu Garang ......Sumber foto dari Encik Google

Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday # 22

Assalamualaikum

Dah namanya Wordless kan.....layan ja lah gaya 3 beradik ni...
Hepi Wednesday !!!!



Nampak UFO katanya.....



Sian Shamzi kena buli abangnya....



Cuba teka apa Damia tengok tu.....



Note : sila abaikan keadaan rumah yang berselerakan...ini 'kerja' 3 beradik bukan Uminya...Sori Shumi agak seksi sedikit..hehe

Tuesday, March 19, 2013

Alasan tapi hormat

Assalamualaikum

Sapa2 yang dengar HotFM tadi pagi, mesti tersenyum sorang sebab mendengarkan alasan lelaki yang tidak mo membeli insurans yang ditawarkan oleh wakil penjual insurans pompuan tu.....pompuan tu telepon lelaki tu dari wakil insurans nak jual insurans kemalangan diri...tetapi lelaki tu menolak dengan alasan dia tidak akan tercedera oleh apa-apa sekalipun sebab dia ada menuntut ilmu yang menyebabkan dia kebal.....last sekali dia cakap kononnya masa pompuan tu telepon dia sedang terapung2 di rumah sampai penjual insurans tu pulak yang seram dan nak letak telepon.......Punyalah tak logik alasan semata2 nak elak daripada penjual insurans...hahaha harap2 lelaki tu main2 jak sebab tak elok tahu menuntut2 ilmu2 kebal ni....huhu

Aku pun pernah jugalah bagi alasan kalau tetiba dapat kol dari mana2 syarikat yang ingin jual produknya.....kalau dapat kol, cakap jak masa tu tengah driving ke, tengah meeting ke, padahal masa tu tengah santai jak pun....hehe, bukannya tak nak layan kol dorang tapi malas kalau dah layan meleret2 pulak perbualan non stop.....kalau aku offkan terus pon tu cam kuang ajo pulak kan....jadi lebih baik terus bagi alasan yang munasabah, bukannya alasan tak logik cam lelaki tu...

Memang aku faham kerja dorang ni...dorang kena cari makan juga, cam kita kan cuma berlainan caranya....dorang terpaksa tebalkan muka, bermulut manis kol orang ramai untuk jual produk mereka....Sama juga dengan adik2 kita yang jalan2 jual2 buku dan CD tu...sebenarnya aku tabik dengan dorang sebab berani tegur orang dan promosi produk yang dijual....kalau aku, memang bukan orang Marketing , tak berani nak sapa2 orang yang aku tak kenal.....hehe...kadang2 tu aku beli jugalah apa yang dorang jual tu, terutamanya buku kanak2....

Memang tukang2 jual produk ni kadangkala memang merimaskan kita tapi apa boleh buat kan, dah itu kerja dorang....just bagi alasan yang sopan gitu untuk reject dan pada masa yang sama hormat kerja dorang...barulah orang respect kita...tak gitu......

Monday, March 18, 2013

Bulan Mac punya CPUV

Assalamualaikum

Tadi pagi dah hint2 kat Encik Nuffnang, bilalah nak dapat BE baru ni...buka blog after lunch tadi nampak satu iklan baru, then terasa pulak nak check account Nuffnang, adakah ini BE baru....hehe....dan jawapannya, ya.....yehhh rezeki bulan Mac, alhamdulillah.....terima kasih lah bebanyak kat Encik Nuffnang kita....


Kleenex Share the soffness kononnya tajuk iklan tu....



Rupa iklan tu.....sudi2kanlah mengklik tengok apa di dalamnya ya....hehe...Kalau susah nak klik atas tu, just klik di sini



Ok TaTa....*mood hepi

Menjawab soalan....katanya

Assalamualaikum

Selamat hari isnin semua !!! hari tu saya pernah postkan cerita insurans kereta serba sedikit...sapa2 yang belum baca boleh lah klik di sini ... Hari sabtu tu check komen, ternampaklah satu komen dari seorang blogger.... saya tak kenal tapi tolong jawabkan jugalah soalan dia tu....cehh macam terrer ..tolong2 kan, apa salahnya...hehe
Soalan dia :-


Jawapan :-
Dalam kes langgar lari camni, kira bernasib baik kalau anda dapat mencatit no plate kenderaan tersebut....apa yang perlu anda buat jika ingin membuat tuntutan insurans, laporkan kepada polis kemalangan tu..beri no plate yang melanggar kepada pihak polis....kemudian sila rujuk kepada pihak insurans masing2 tentang kemalangan tu....sekarang ni, selalunya pihak insurans boleh mengenal pasti di mana kereta yang melanggar itu menginsuranskan keretanya...Jika syarikat insurans yang satu lagi dikenal pasti, anda boleh membuat tuntutan insurans dengan mereka *pihak insurans anda akan menerangkan prosudernya ... Tetapi jika kereta yang melanggar tu tidak diinsuranskan di mana2 syarikat *tiada roadtax lah tu, anda tidak dapat berbuat apa2 selain membuat tuntutan di syarikat insurans anda sendiri, ini bermakna diskaun non claim bonus anda akan hilang untuk tahun yang berikutnya....memang sakit hati sebab bukan salah ko, tapi terpaksa guna insurans sendiri kan....huhu

Diharap jawapan ni serba sedikit menjawab persoalan kawan kita tu yek.....kalau ingin yang lebih detail, sila rujuk kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang ni *saya baru setahun jagung dalam bidang ni



Note : Dah abiss kredit semua BE....bilalah agaknya Encik Nuffnang nak bagi BE baru agaknya....emmmm

Sunday, March 17, 2013

Supaya anak suka makan

Assalamualaikum

Mesti semua mak2 diluar sana tu mengeluh bila anaknya tak mo makan kan....samalah dengan aku tu......payah benar mo kasi makan si Damia ni.....susu kuat pula dia minum tapi umurnya sekarang ni tak boleh bergantung sepenuhnya dengan nutrien susu semata2......apatah lagi si Damia dah lama tak bf dengan uminya ni.....

Bagi makan bubur, 2 3 suap jak yang dia nak......samalah dengan nasi....selalu aku kasi juga Damia makan nasi yang lembik tu, pun dia tak mo....walaupun dah di tambah lauk ke sayur ke......tengolah badannya kecik jak dibandingkan dengan umur yang dah masuk 1 tahun 5 bulan tu......nasib baik budak pompuan, boleh lah dijadikan alasan bila ditanya kononnya mengapa badannya kecik jak.....huhu

Pernah juga korek2 buku dan internet macam mana nak bagi anak suka makan....dan ini yang pernah aku baca :-


  1. Jangan bagi anak minum susu dekat dengan waktu nak makan.....cam 10 minit lagi makan tengahari kita bagi minum susu, memang tak mo lah dia makan sebab dah kenyang.....
  2. Samalah dengan yang no 1, jangan bagi makanan sampingan cam biskut dekat dengan waktu makan.
  3. Kalau nak bagi makanan sampingan cam biskut tu, jangan bagi yang terlalu manis atau masin kerana ia boleh menghilangkan selera anak untuk makan.
  4. Bagi makanan dalam bentuk yang kreatif atau yang kalerful.....anak2 mungkin akan tertarik dengan hidangan makanan yang berwarna warni....
  5. Biar anak2 kecil ikut makan bersama2 dengan ibu bapa dan adik beradik yang lain......suasana makan bersama sedikit sebanyak akan mendorong anak2 kecil ikut makan..
  6. Kalau anak2 kecil yang boleh memegang sudu sudah, cuba biarkan mereka makan sendiri....walaupun bersepah tapi sekurang2nya ada juga yang masuk ke dalam mulut.....cam Damia ni.....masa kami brekpes, aku bagi dia mee goreng yang sudah dipotong2 dalam mangkuk dan sudu yang khas untuk budak2 tu....memang dia makan tapi separuh lagi abis berselerakan di atas lantai.....huhu



Damia selera makan, siap duduk bersimpuh lagi.....sopan anak umi ni yek....hehe

Friday, March 15, 2013

Karya dari Tuan Rumah

Assalamualaikum

Nak cerita sikit hobi hubby aku ni....katanya dia memang suka snap snap gambar ni semua....hobi suda di peram dari zaman sekolah lagi hinggalah dah bergelar baba....hinggalah dia membuat keputusan untuk beli sebuah kamera DSLR jenama Nikon model D7000 tahun 2011 yang lalu....tutup mata jak bayar harga kamera tu konon demi hobinya.....takpe wifenya restu....hehe

Mula-mula tu memang hubby tidak tahu langsung menggunakan kamera jenis ni, tetapi satu yang aku kagum dengan dia, hubby seorang yang sangat rajin belajar....bila dia minat sesuatu memang dia akan berusaha mempelajarinya, samada dari buku, internet atau daripada kawan2 yang lebih berpengalaman....dan hasil usaha gigihnya, dari zero rasanya aku sendiri kagum dengan hasil2 fotonya.....memang cantik (puji bukan sebab aku bini dia yek) untuk seorang yang masih baru dalam dunia fotografi....

Sapa2 yang ingin lagi melihat foto2 yang tidak seberapa itu, boleh klik di sini


 

Sunset @ Tanjung Aru Beach




Seakan lukisan @ Sea Side Travellers Inn


Note : Sekali sekala memuji suami sendiri tak salah kan... (^_^)
Pagi tadi hubby dapat panggilan telepon dari seorang kawan, bagitahu namanya tersenarai untuk mengikuti kursus fotografi yang di anjurkan oleh seorang Fotografi terkenal Indonesia Rarindra Prakarsa di Jakarta, Indonesia..tetapi Hubby terpaksa menolak dengan baik atas sebab2 tertentu.... 

Jangan berlagak !

Assalamualaikum

Renungan bersama di hari jumaat...sama-sama kita bermuhasabah diri....


 

Sumber : Facebook

Thursday, March 14, 2013

Pejalan kaki....sila berhati-hati

Assalamualaikum

On the way pegi keja tadi, sikit lagi tak terlanggar orang......sipi lagi nak kena so terpaksa brek mengejut....betul2 nak gugur jantung masa tu.....Nasib baik Shamzi dan Damia tak apa2....cuma bubur yang aku simpan dalam bakul nursery Damia terpelanting dan tertumpah separuh....ni gara2 nak elak orang tu yang dah nampak kereta dah dekat tapi tetap nak lalu......lepas tu boleh boleh dia senyum2 nampak muka kita ni yang terkejut gara2 tindakan dia yang melintas sesuka hati.....

Selalu kita dengar dan baca peringatan, berhati-berhati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat, biar lambat asal selamat.....peringatan ni selalunya ditujukan untuk pemandu kereta atau penunggang motorsikal tetapi bagaimana pulak pejalan2 kaki....Mereka suka hati melintas jalan raya macam rasanya diri mereka dah kebal, tak lut kalau dilanggar kereta...walaupun bukan semua begitu tapi sebahagian daripada  mereka yang jenis tak sayang nyawa ni sebenarnya menyusahkan orang lain ..Ni berdasarkan pengalaman aku sendiri, tak tahu kalau pandangan yang orang lain.....Tahun lalu, kami sekeluarga kemalangan gara-gara pejalan kaki juga (aku pernah postkan cerita ni dulu), gara-gara nak elak dia yang berdiri di tengah2 jalan, hubby terpaksa brek dan elak....akibatnya kami terlanggar kereta di hadapan....walaupun semuanya tak ada apa-apa tapi melayang jugalah duit dalam seribu lebih sebab tepi kereta rosak....

Sapa2 yang tinggal area 1 Borneo dan Alamesra di Jalan Sulaman tu memang sedar ada sebuah jejantas telah dibina untuk memudahkan pejalan kaki melintas jalan raya....dulu sebelum ada jejantas tu, bukan main komplen kat DBKK siap masuk suratkhabar lagi kononnya kenapa tak dibina jejantas sebab dorang terpaksa bergadai nyawa melintas jalan dari Alamesra ke 1 Borneo tetapi bila jejantas dah dibina boleh dikira beberapa orang jak yang menggunakan jejantas tu...yang lain tetap melintas jalan kat 'bawah' jejantas......pemandu2 kereta pulak yang terpaksa lebih berhati2 semasa melalui kawasan ni....

Kepada pejalan-pejalan kaki semua, walaupun anda tak 'sayangkan' nyawa anda, tetapi sekurang-kurangnya tolong prihatin dengan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.....Kalau semua berhati2 dan alert antara satu sama lain, kejadian kemalangan yang tidak diingini mungkin boleh dielakkan.....sekian bebelan dipagi hari.....




Wednesday, March 13, 2013

Trauma kaki seribu

Assalamualaikum



 
Pagi2 tempek gambar ni, ngeri tengo kan.........aku paling takut 'benda' kat dalam gambar tu.....even nak bubuh gambar dia dalam blog ni pun nak pikir 2 3 kali, takut mengigau malam.....tapi tu lah tak best pulak cerita kalau tak perkenalkan 'watak' utamanya kan.....

Masa budak2 dulu, rumah aku banyak binatang ni aiikk binatang ke sebab rumah kampung sajakan, dinding guna atap nipah tu saja....so banyaklah benda ni menyisip2 kat celah2 atap tu.....Kalau tiba-tiba jak benda ni keluar, aku dan adik beradik yang lain jerit kat bapa, 'pakkkkk, ada lipan !!! kira camtulah jeritan kami. Bapa pun ala ala seorang hero memusnahkan lipan tersebut ayat skema tul dan bangkainya dikerat2 bagi ayam makan....sadis kedengaran bunyinya kan tapi tu lah, kena hapuskan juga sebab mak cakap, gigitan lipan ni berbisa.....sakit teramat sangat.....jadi aku pun sentiasa berhati2, takut digigit lipan.....sudahlah tengo rupanya pun bengis semacam, betul2 menakutkan...

Tapi dalam pada berhati2 tu, terkena juga.......ingat lagi masa tu masih anak dara...cehh anak dara malam sabtu, ingat lagi ni sebab kira2 nak pegi ke pasar malam.....bersiap2lah ni nak masuk dalam keta, paham2lah rumah kampung, halaman masa tu takda lampu so redah sajalah....masa berjalan dengan ayu nak masuk dalam keta sambil terbayang2 murtabak jawa, karipap, rojak kat pasar malam tu tetiba terasa seperti digigit sesuatu, tapi tak terasa sakit cuma masih terasa benda yang mengigit tu masih tersangkut di kaki....tak lah pulak terpikir apa2 masa tu, terus angkat kaki tengo apa bendanya tu, memang terkejut tahap gaban sebab rupanya seekor lipan yang agak besar lebih kurang panjang 20cm, tergantung dengan sepitnya masih terlekat kat kaki aku.....apalagi jerit sekuat hati sambil berabis ni goyang2kan kaki supaya lipan tu terlepas......Memang terlepas tapi tak sempat nak balas dendam sebab lipan tu dah menyusup laju masuk kat dalam semak.....dup dap dup dap ni sebab benda tu yang paling aku takut dan seram tapi benda tu jugalah yang terlekat kat kaki aku.....

Mak cakap bisa kalau digigit kan.....mula2 tu memang tak terasa, tapi lama kelamaan memang dapat rasa sakit berdenyut yang kuat dan bisanya memang terasa mengalir dari tempat gigitan tu naik ke atas.....betul2 sakit sambil tekan2 paha kononnya supaya bisa tu tak naik lagi ke atas....tak pasal2 malam tu masuk emergency wad, inject kat punggung, nasib baik tak kena tahan.....musnah harapan nak jalan jalan cari makan kat pasar malam.....huhu ni kes kempunan agaknyalah kan....malam tu memang aku tak dapat tidur.....kaki dah bengkak, sakit berdenyut2....nasib baik mak tolong tempekkan daun mengkudu yang dilayukan kat bengkak tu, kurang sikit denyutnya.....doktor bagi mc 2 hari sebab masa tu aku dah kerja....

Mo sebulan juga sakit digigit lipan tu hilang.....bila bengkak tu dah surut, jelas nampak ada 2 lubang kecil kat tepi kaki ala ala digigit dracula dalam filem gitu......napa lama benar hilang sakit tu sebab bila bengkak tu dah surut, lubang gigitan tu terkenalah pula jangkitan kuman, bengkak lagi + demam, tu yang ambik sebulan nak hilang bisa gigitan lipan tu....betul2 berbisa.....betul mak aku cakap....

Sedikit petua nak hilangkan bisa gigitan lipan :-
1. Ambik tembakau, kunyah dan tempekkan kan gigitan tu.
2. Ambil beberapa biji lada putih, gaulkan dengan minyak masak kemudian lumurkan kat kesan gigitan tu.
3. Letak ais pada tempat sengatan untuk menghalang sebaran toxin.
* Namun begitu segeralah mendapatkan rawatan doktor sebab bisa lipan juga boleh membawa maut walaupun jarang berlaku.

Sedikit fakta tentang sengatan lipan
Bisa lipan jenis tertentu boleh menyebabkan mangsa koma atau meninggal dunia jika berlaku kejutan 'anaphylaxis' iaitu alahan atau 'sepsis' iaitu jangkitan kuman serius dalam darah. Kejutan 'anaphylaxis' boleh berlaku selepas 30 minit disengat lipan, manakala 'sepsis' berlaku selepas 3 4 hari dimana mangsa mengalami demam kuat.

Bila baca fakta2 tu seram dan trauma pulak sebab semua tanda tu berlaku kat aku....Syukur kepada ALLAH kerana masih panjangkan umur hambaMu ini.....


Note : tetiba guna ganti diri 'aku', tak pe kan......Harap tak boring membacanya

Tuesday, March 12, 2013

Bulan Bayar Cukai

Assalamualaikum


Masuk jak 1hb Mac setiap tahun mesti laman di atas tu yang akan selalu dikunjungi bagi mereka2 termasuk sayalah tu yang ingin mengdeclare pendapatan tahun sebelumnya.....tahun ni, tahun 2013 maknanya declare tahun 2012 punya pendapatan....tengo kena cukai ke tidak.....Saya memang selalunya akan buat awal2 dan telah selamat di hantar e-filing semalam hubby punya pun saya yang tolong buatkan, katanya tak reti isi2 e-filing ni....bukan apa, sengaja buat awal sebab senang nanti kalau ada apa2 yang tak puas hati, kita boleh berurusan dengan pihak LHDN sebelum tarikh tamat penghantaran borang pada 30 April ni....tak lah kelam kabut kan....mana tahu ko terlebih bayar cukai ke apa ke senanglah nak 'bertekak' dengan pihak LHDN...hehe

Tentang cukai yang kena bayar tu, ada orang yang declare dulu pendapatan, kemudian tengo samada pendapatan tahunan dorang dikenakan cukai ataupun tidak...jika ada, mesti dibayar sebelum 30 April atau akan dikenakan penalti lewat pembayaran.....kalau saya pula, saya request kat company remitkan cukai setiap bulan ke LHDN ikut PCB (potongan cukai berjadual), maknanya dari bulan Jan 2012 hinggan Dec 2012....so jumlah keseluruhan potongan cukai boleh check di borang EA kita tu....Masa isi e-filing tu boleh lah letak jumlah cukai yang kita sudah bayar tu dan tengo samaada kita terlebih bayar atau pun ada baki lagi yang kena bayar....tak lah menyusahkan sebab kita dah awal2 bayar cukai kan....

Untuk yang ingin membayar cukai, saya kongsikan beberapa perkara yang layak untuk mendapat pelepasan cukai :-
1. Pembelian buku2 dan majalah (yang berteraskan pendidikan dan ilmiah sahaja yek, majalah2 hiburan tak boleh) Sila simpan resit pembelian.
2. Pembelian komputer.
3. Pembayaran Zakat.
4. Simpanan SSPN.
5. EPF dan Insurans Nyawa.
6. Faedah pinjaman untuk pembelian rumah.
7. Tanggungan anak-anak di bawah 18 tahun.

Ok itu jak serba sedikit yang boleh dikongsi, selebihnya kena tanya sendiri di LHDN (^_^)






Blog Review by P.C.L

Assalamualaikum

Hari tu saya ada join satu segmen yang dianjurkan oleh pakciklie kita......dimana dalam segmen ini pakciklie akan mereview satu persatu blog yang join segmen ni....dan giliran saya semalam.....berdebar2 pulak nak tunggu kritikan dan komen daripada pakciklie kita sebab ini pertama kalinya blog Mia - Memories of Mine di review oleh blogger yang lain.....



Hehe segan pulak dapat komen yang positif.....tak sangka P.C.L suka juga baca cerita2 'dongeng zaman dahulu kala' saya tu....sapa yang selalu berkunjung ke blog saya selalu ke? mesti perasan cerita yang saya tulis semua berkisarkan kehidupan saya semasa zaman budak, remaja hinggalah beranak pinak....Cerita anak2 saya, Shumi, Shamzi dan Damia.....Kadang2 tu kongsi-kongsi sikit tips dan ilmu agama (saya sendiri masih tidak cukup ilmunya)...kalau ada mood memasak, akan dikongsikan resepinya walaupun tak sesedap mana....hehe
Nak tanya sikit jawab ikhlas tau , komen bila baca blog saya ??

Monday, March 11, 2013

Beriadah katanya....

Assalamualaikum

Semalam hari minggu sempatlah bawa anak-anak pegi beriadah konon....sekali sekala keluar ke taman menghirup udara segar sebenarnya baik untuk anak-anak...sekurang-kurangnya hilang juga kebosanan dorang duduk 24 jam kat rumah...hehe. Kita orang pegi ke sebuah taman yang menjadi tumpuan orang ramai awam di KK ni untuk beriadah dan jogging....depan dengan Wisma Pertanian Kota Kinabalu tu sahaja....Nasib baik cuaca pun elok jak....Shumi dan Shamzi siap bawa skuter (yang guna kaki tu...hehe) lagi, kata dorang nak main2 sana....Damia bila sampai sana punyalah eksaited, jalan pun konon nak lepas tangan....eksen....



 

Rupa budak pompuan umur setahun yang eksaited tu...tak pernah pun posing depan kamera, tetiba pulak bagi pose ala ala model



 

Bersiap sedia konon ni nak beraksi....




Shumi bagi senyuman malu-malu kucing konon....



 

Ni budak sorang ni memang tak pandai 'tunggang' skuter...dah macam orang tengah mesin rumput pun ada....di heretnya skuter tu ke mana-mana.....



Budak pompuan kecik jakun tak pernah nampak daun...




Si abang tolong hilangkan kejakunannya....ni namanya daun pokok kaler hijau (agaknyalah si Shamzi bagitahu Damia....hehe)



Ok tu jak....TaTa....(sambung keja balik)

Membuka pintu rezeki

Assalamualaikum


Selamat hari isnin dan mulakan hari bekerja anda dengan bismillah....mudah2an kerja menjadi berkat....Mo kongsi '8 cara membuka pintu rezeki' :-

1. Jangan menderhaka dengan kedua ibu bapa.
2. Jangan bergaduh dengan saudara mara.
3. Tidak akan papa kedana bila menunaikan haji.
4. Sentiasa menunaikan sembahyang sunat dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak-anak.


Sama-sama kita amalkan.....insyaAllah rezeki bertambah (^_^).....Tak mo malas-malas di hari isnin....

Sunday, March 10, 2013

Makan buah dengan cara yang baik

Assalamualaikum

Selamat hari minggu.......nak kongsikan sesuatu yang telah saya baca......sebelum ni kita makan buah ikut cara yang kita suka sahaja kan.....bila terasa nak makan, kita makan....ambil buah, cuci, pastu makan.....tapi sebenarnya baru tahu ada cara yang lebih baik makan buah-buahan ni agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat daripada buah-buahan ni....

  1. Makanlah buah limau kerana ia mampu mengemaskan bebenang jantung dan menambahkan daya fikiran.
  2. Makan buah anggur sebiji demi sebiji kerana cara ini lebih berkhasiat.
  3. Makan buah terung, sesiapa yang memakannya sebagai penyakit, maka ia menjadi penyakit. Dan sesiapa yang memakannya sebagai ubat ia menjadi ubat.
  4. Makan buah peria, sesungguhnya ALLAH menciptakannya untuk Nabi Nuh a.s. kerana ianya baik untuk kencing manis dan darah tinggi.
  5. Jika ingin memasak sup, masukkan buah labu kerana ianya boleh menambahkan akal dan fikiran.
  6. Makan buah-buahan pada awal musim kerana ianya menjana kesihatan dan menghindar penyakit. Sebaliknya hindari buah-buahan pada hujung musim kerana ianya membawa penyakit pada badan.
  7. Jangan mengambil makanan yang masam seperti epal hijau kerana ia boleh melemahkan ingatan.

Kredit : Buku Rahsia Minda Hebat