Wednesday, July 31, 2013

Hanya merancang

Assalamualaikum

Tajuk cam serius bunyinya tapi sebenarnya taklah seberat mana...
Cuma itulah kan kita manusia biasa hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan samada perkara tu berjalan dengan sempurna seperti apa yang dirancangkan atau tidak.

Ingat lagi ke post berkenaan kuih cincin tu.....dalam perancangan memang nak jual kat rakan-rakan blogger tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan dan juga masa yang amat terhad, rancangan nak jual kuih cincin tu tergendala sementara. In sha Allah, perancangan itu akan diteruskan juga. Minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan yang berminat nak beli kuih tu.
Itu apa yang dirancang bulan Jun yang lalu......
Tak jadi.....

Dan baru-baru ni dapat Blogbuster Campaign daripada Nuffnang. Email dihantar oleh pihak Nuffnang pada 17hb tu tapi hanya terbaca pada 25hb yang lalu....tarikh tutup penyertaan semalam 30hb. Ikut perancangan memang nak buat video tu dengan hubby hujung minggu tu tapi sekali lagi kan, kita hanya mampu merancang. Hujung minggu tu sangat sibuk sebab seharian keluar pergi mencari barang-barang untuk raya ni. Sampai rumah dah penat, mood nak buat iklan pun dah tak ada. Harapnya en.Nuffnang tak merajuklah dengan blog ni yek. 

Tapi itulah kan, walaupun apa yang dirancang tidak menjadi, itu bukannya alasan kita untuk berputus asa......selagi ada jalan, kita kena terus berusaha....yakin boleh ! jak....





































Note : tak berkaitan dengan entri kat atas, saja nak bagi tahu mood sekarang 
telah bertukar kepada CUTI-CUTI raya......Tak sabarnya cuti minggu depan !






Tuesday, July 30, 2013

Post Popular......lah konon




Assalamualaikum

Untuk mengubat hati yang tensen ni (sendiri yang gatal tangan, ni kes terdeleted post tadi pagi), terus check post-post aku yang terdahulu....ni kira-kiranya orang yang paling suka bacalah konon. Kalau post yang kat atas tu terdeleted, mungkin bertambah2 tensenlah aku sebab kiranya post kat atas tu yang menjadi penyumbang trafik kat blog yang tak seberapanya ini.
Jumlah view tu aku ambil sepanjang post tu dipublishkan. Aku ambil contoh post tentang Nissan Almera tu, setakat ni dah ada 18,014 view. 
Ayat-Ayat Cinta (walaupun sebenarnya aku bukan seorang yang jiwang) tapi aku tetap publishkan dan setakat ni dah ada 5240 view.



Note : tadi ada juga try nak dapatkan kembali post tu semua tapi tak berjaya...terpaksalah dengan berat hati TaTa kat post-post tu semua.....huhu 

Akibat 'gatal' tangan !

Assalamualaikum

Pagi ni tak tahu apa yang kena dengan tangan aku....check blog guna hp dan tetiba tangan gatal pegi delete semua draft post dalam tu....dan akibatnya post semalam dan sebelumnya persiapan raya !, budak cengeng dan yang lain terdelete........argghhhh tensennya !!!
Pastu aku tak tahu pula cara nak dapat balik semua post tu. Hari tu pernah terdelete post dan ada kawan blogger yang ajar tapi tak berjaya.....

Sedih dan menyesal sebab tangan 'gatal' sangat. Kalau sapa2 yang tahu cara nak dapatkan balik post yang terdeleted tu, tolong bagitau yek...... :-(
Rasa sayanglah post tu semua. Baru minggu ni publish dah terpadam. Penat2 aku karang cerita dan taip, pastu tempek segala gambar. Curi masa update taip post sebab selalu sibuk......huhu
Tapi kalau tak dapat balik post tu takpalah kan. walaupun dalam hati cakap nyesalnya aku, sapa suruh tangan gatal sangat.......




Note : hilang mood nak berblog hari ni...huhu

Thursday, July 25, 2013

1st Nuffnang's Blogbuster Campaigns !

Assalamualaikum

Semalam check mail, tetiba nampak email daripada en.Nuffnang. Katanya aku terpilih untuk menyertai salah satu Blogbuster Campaigns dorang pada bulan ni iaitu Ambi Pur Home Tectonic.....Untuk layak menyertai campaign ni, aku kena buat satu video iklan pendek lebih kurang 15 saat gitu, dan hantar sebelum 30 Julai ni......kalau video aku layak, video tu akan melekat kat blog aku sepanjang campaign tersebut. Dan pihak Nuffnang akan memberi bayaran setiap kali video itu dimainkan.....:D



Macam menarik kan, tapi tak tahu dapat hantar penyertaan ke tidak sebab tarikh tutupnya minggu depan ni....aku pulak tak pandai nak buat video, apalagi video iklan...tapi pihak Nuffnang dah bagi penerangan kat dashboard Nuffnang aku, pendek kata jalan cerita iklan dah diberikan, tinggal aku sahaja yang nak kena lakonkan....tanya kat hubby, hubby kata cuba dulu, tak cuba kita tak tahu kan......emmmm kalau aku nak buat juga video ni, aku dah tahu sapa mangsa aku yang akan jadi pelakon iklan tu...hehe sambil tenung hubby



Yang aku heran, campaign ni melekat kat blog aku yang suam-suam kuku tu....alaaa blog tempat aku tempek segala karya hubby aku tu...sapa yang tak pernah jenguk, sudi-sudikanlah ke Worldsofcolours. Tapi tak kisah lah kan, sekarang masih pikir nak buat ke tak....kalau tak buat takut en.Nuffnang merajuk tak bagi campaign lagi kat blog ni pulak...huhu


Thank you Nuffnang sebab sudi pilih blog ni !!

Monday, July 22, 2013

Yeh Yeh cuti sekolah !! nak raya !!


Assalamualaikum

Selamat hari isnin !! tak sedar hampir dua minggu dah kita berpuasa kan.......mood nak beraya suda datang, lebih-lebih lagi kali ni cuti sekolah bulan Ogos 2 minggu disebabkan bersambung dengan cuti raya...
Dorang Shumi dan Shamzi dah eksaited nak beraya padahal uminya pun sama.. Sabtu hari tu bawa dorang shopping baju, actually awal bulan lagi baju dorang dah beli tinggal nak cari samping dan songkok lagi. Bukan main Shumi dan Shamzi memilih samping dan songkok....Damia tumpang tengo saja sebab masih belum faham kan.....apasallah abang2 aku ni happy semacam....agaknyalah Damia cakap dalam hati kan....persiapan raya dah hampir 70% siap....sambung minggu ni lagi bershopping sebab khamis ni kan hari mendapat duit...hehe

Oklah cukuplah tu cerita pasal shopping raya.....selamat bekerja di hari isnin !!!


Ni gambaran kanak-kanak ribena yang riang gembira tu...hehe

Sunday, July 21, 2013

Khasiat Buah Kurma

Assalamualaikum

Yusuf Taiyoooob.....................Yusuf Taiyoooob.................
Bila nak masuk bulan puasa, iklan buah kurma jenama ni wajib ada tersiar di tv dan radio.....
Tapi bukan iklan tu atau si en.Yusuf Taiyoob yang aku nak cerita tapi nak kongsikan sedikit tentang khasiat buah kurma ni...

Dalam Al-Quran juga, ALLAH ada menyebut tentang kisah Siti Maryam yang hanya memakan buah kurma kering ketika melahirkan Nabi Isa a.s. 

Antara khasiat dan kelebihan buah kurma :-


  1. Merupakan makanan yang tahan lama dan tidak mudah rosak.
  2. Makanan yang mengenyangkan dan baik untuk pencernaan kerana mengandungi serat yang tinggi.
  3. Baik untuk daya ingatan, pertumbuhan badan dan menyembuhkan penyakit.
  4. Buah kurma merupakan sarapan yang baik untuk kita disebabkan kandungannya yang mengenyangkan dan membekalkan tenaga yang banyak.
  5. Jus buah kurma mengandungi khasiat yang mudah diserap oleh badan.

* Pada bulan Ramadhan ni adalah elok mengikut sunnah Rasul kita, Nabi Muhammad saw dengan memakan buah kurma semasa berbuka puasa.


Image from Google



Sumber bacaan : Buku Rahsia Minda Hebat

Friday, July 19, 2013

Baju Sekolah Baru !

Assalamualaikum

Ada budak eksaited pakai baju hari ni....baju actually dah dapat kemarin dulu tapi aku tak sempat basuh....semalam Shamzi dah tanya baju sebab dia nak pakai.....kecewa sangat dia sebab aku cakap belum boleh pakai sebab Umi tak sempat basuh....Shamzi dengan muka monyok, siap ingatkan aku jangan lupa cuci baju tu. Dan semalam, sampai jak kat rumah lepas keja, perkara pertama yang Shamzi cakap kat aku, Umi jangan lupa basuh baju tu......
Eksaited tul Shamzi mo pakai baju sekolah barunya sebab kawan-kawannya yang lain dah ramai yang pakai.....
Dan akhirnya pagi ni dengan semangat berkobar2 pegi sekolah dengan baju baru....hehe




Note : Dulu baju sekolah Shamzi kaler hijau, sekarang kaler maroon..






Thursday, July 18, 2013

Bila ketandusan idea

Assalamualaikum

Jadi seorang blogger ni (blogger keee ?? nak muntah aku pulak), kena sentiasa ada idea nak menulis.
Tak kisahlah ko nak tulis pasal family ko ke, anak2 ko ke, kucing ko ke, kalau yang belum kahwin tu cerita tentang boipren dan gepren........asalkan tak menganggu ketenteraman orang lain....cehh ketenteraman gitu

Kalau sekiranya tiba-tiba kehilangan idea yang melampau, maknanya nak taip pun tetiba tak tahu nak tulis apa hinggakan eja pun tak pandai (ni ketandusan idea tahap gaban), apa yang korang nak buat ??
Aku ?? Kalau sekiranya tak tahu apa benda nak tulis, selalunya aku akan buat ni :- (siap senarai ni)
  1. Tempek gambar banyak2. Selalu aku tempek gambar dari instagram aku, gambar anak2, gambar makanan, pemandangan......tapi selalu aku curi gambar yang hubby aku dah touch up tu lah.....hehehe curi dengan berizin gitu.
  2. Update BE dari Nuffnang - ni bukannya riak tapi nak ingin berkongsi kegembiraan. dan juga sebab tiada idea nak tulis kan.
  3. Tempek kata2 semangat, nasihat dan panduan. Sumber kebanyakkan dari Facebook.
  4. Kongsi berita2 semasa. Ni selalu aku olah sendirilah konon.
  5. Tempek banner iklan......tengah2 takda idea bagus jana sedikit pendapatan kan.
Tapi tak kisahlah apa yang korang nak buat dan tulis kan......asalkan ianya tidak menganggu sensitiviti orang lain. Lagipun menjadi seorang blogger ni, kena berhati-hati dengan apa yang ingin dipublishkan. Takut nanti tanpa kita sedari ianya boleh menyakiti orang lain.

Ok tu jak....TaTa !


Image from Google


Note : eehhh banyak pulak aku tulis, kata takda idea... :P

Layan gambar ja

Assalamualaikum

Hari ni tetiba dilanda ketandusan idea so cam biasa layan jak lah gambar di bawah.....


 
Anak-anak nelayan sedang bekerja...lokasi di pelabuhan Kudat



 
Salah seorang anak murid hubby....sedang merenung masa hadapan agaknya....




Note : idea idea idea...mana nak cari....huhu

Wednesday, July 17, 2013

Angin kencang di Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Minggu ni keadaan cuaca tak menentu di KK...petang memang hujan akan turun dengan lebat disertai dengan angin kencang....

Semalam rasanya angin agak bertiup kencang menyebabkan pokok tumbang dan banyak kerosakan berlaku di bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya. Angin yang kuat juga menyebabkan beberapa kemalangan kereta berlaku. Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan oleh angin lintang yang kuat. Bayangkan papan tanda iklan yang besar tu pun boleh rebah dan terkopak. Memang sangat kencang, kelajuan antara 40-50 ksmj. Menurut Jabatan Meteorologi, angin kencang ni akan berterusan sehingga 21hb ni, jadi sebarang aktiviti laut adalah sangat tidak bersesuaian dilakukan pada masa ni.

Masa angin kencang tu berlaku, aku kat opis. Jenguk kat luar, nampak jugalah, papan dan kayu berterbangan jatuh dari atas di bangunan sebelah tu. Actually bangunan sebelah tu dalam proses pembinaan. Nasib baik takda orang di bawah masa papan2 tu jatuh. Anak-anak pula semua kat sekolah. Shamzi ada bagitahu juga, dorang semua takut sebab angin terlampau kuat. Nasib baik tak ada apa2. Gambar dua ni, aku dapat dari kawan. Simpati dengan tuan punya kereta ni tapi itulah pepatah ada berkata kan, Malang tidak berbau...


 



 



Note : Sedikit info tentang Insurans. Jika berlaku kejadian kemalangan seperti di atas, anda boleh membuat tuntutan dengan pihak insurans TETAPI dengan syarat semasa anda membeli insurans kereta anda, anda kena membeli faedah tambahan untuk perlindungan bencana semulajadi contoh banjir, taufan, ribut petir dan lain-lain.

Wordless Wednesday # 30




Assalamualaikum

Hari ke 8 berpuasa.....budak pompuan ni selalu jadi peneman Umi dan Baba bersahur sebab abang2nya liat sikit nak bangun....muka pun dah masam minum jus oren.....

Akibat bangun sahur, Damia hari2 terlentok kat baby seat setiap kali hantar dia pegi taska...ngantuk....samalah apa yang Uminya rasa sekarang ni.....kejap lagi mata rasa cam ada batu kat atasnya, berat sangat.....emmm dugaan di bulan puasa...sabar..huhu





Note : Nak tengo gambar lagi, jom follow ig @miakassim


Tuesday, July 16, 2013

Qaira Hijab



Assalamualaikum


Pernah beli tudung online ke ? aku memang beli online sebab rasanya harga dia lebih murah berbanding beli kat kedai tudung di luar......selalu beli online dekat Qaira Hijab.....tudungnya menepati citarasa aku gitu....simple, jenis kain yang tak mudah kusut dan tak berserabut sangat dengan segala fesyen tudung yang ada sekarang ni.....aku paling tak suka pakai tudung yang ada ropol-ropol tu, sorry buat yang menggemarinya hehe....

Minggu lalu dah order, semalam tudung dah sampai...setakat ni dah 3 kali aku berurusan dengan Qaira Hijab ni....perkhidmatannya memuaskan gitu...
Kadang-kadang dorang ada juga buat sale online....kalau nak menjenguk-jenguk tudung, mana tau ada yang berkenan boleh jak pergi Facebook dorang Qaira Hijab 




Note : Sedar tak sedar, dah seminggu kita berpuasa kan.... (^_^)


Monday, July 15, 2013

Lawak di pagi Isnin


Assalamualaikum

Salam isnin....aiikk takkan dah besar panjang, beranak pinak masih tak tahan lapar lagi kot....

hehe...sekadar gurauan di pagi hari.
Selamat berpuasa hari ke 6 dan Selamat bekerja !!

Sumber : Facebook

Saturday, July 13, 2013

Biskut Raya !!

Assalamualaikum

Hujung2 minggu ni mesti terpikir nak buat sesuatu kan.....puasa dah masuk hari yang ke-4, dalam kepala mesti dah terpikir nak buat biskut raya ke tahun ni atau nak buat biskut resepi tunjuk jak.....hehe

Aku tiap2 tahun mesti beli buku resepi biskut raya, hehe....padahal semua biskut sama jak pun resepinya tapi aku memang gemar belek buku resepi yang berwarna warni tu.....buat biskut tak seberapa pun....tapi satu jenis biskut yang aku wajib buat tiap2 tahun, biskut tat nenas......feveret kan, haruss buat walaupun rasa tak sesedap mana....

Korang suka ke beli buku resepi ni.....emmmm malas nak ke kedai buku, tu bukan alasan sebenarnya, kan sekarang ni semua mudah, bak kata orang semuanya di hujung jari sahaja.




Kan senang sahaja.....cuma klik dan boleh belajar teknik yang mudah untuk membuat biskut raya yang sedap !





Note : Sedang terpikir nak buat kek kukus coklat yang moist itu....harap2 menjadi....kekadang jeles juga tengo orang yang pandai buat kek segala.....aku ? harap pandai makan jaklah.....hehe

Thursday, July 11, 2013

eQurban

Assalamualaikum

Memperkenalkan eQurban yang diterajui syarikat milik bumiputera 100%. Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat eQurban Resources Sdn Bhd memudahkan orang ramai membuat tempahan dan bayaran untuk Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja. Semua urusan boleh dibuat di laman web mereka di eQurban.com 

Setelah selesai urusan tempahan dan pembelian, pihak eQurban juga akan menyediakan sijil pengesahan untuk diberikan kepada pembeli. 




1 Bahagian Lembu
Harga untuk 1 bahagian lembu adalah RM 250.00
Anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda.

1 Ekor Lembu
Harga untuk seekor lembu adalah RM 1750.00
Seekor lembu mempunyai 7 bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.

1 Ekor Kambing
Harga untuk seekor kambing adalah RM 550.00
Seekor kambing adalah untuk satu nama sahaja.




Note : Update blog guna laptop di rumah...ok pulak...agaknya pc kat office yang bermasalah

Wednesday, July 10, 2013

Blogspot o Blogspot !

Assalamualaikum

Blogspot aku dari semalam macam bermasalah. Aku tak dapat taip n3 macam biasa kat ruangan compose tu, kalau guna ruangan html boleh pula....tapi tak kemas lah....hasilnya post semalam, sangatlah tidak kemas.....semua ayat pun bersambung dengan picture sekali huhu

Tadi pagi cuba lagi, tetap tak dapat. Blog memang ada masalah ke aku ke yang salah tekan kat mana mana.....ni sekarang taip n3 pun guna hp. Belum abiss taip dah tertekan published, macam mana tu...hehe so jangan terheran kalau ternampak perkataan dan ayat yang tidak lengkap muncul di blog mia-memories of mine pagi ni.....itu semua gara2 update guna hp....
Tapi sebab semangat nak update blog tetap juga teruskan taip guna hp....krem jari telunjuk aku tau....huhu.

Tadi pagi sahur apa ? tetiba lari topik. Aku makan roti dan buah jak, rasa2nya cukuplah untuk bekalan sehari... Bukan diet, belum selera makan nasi awal pagi. Hubby pun sama. Mungkin pertengahan puasa nanti baru ada selera kot. Hehe.

Nak kejutkan Shumi, kesian pulak tengo dia tido nyenyak. Sekali yang bangun ikut sahur umi dan baba, si Damia.....sedap jak dia makan di awal pagi....
Tapi jam 7.30 pagi tadi dah berbuka dengan susu dugro :p



Ok nak rehatkan jari dulu, krem dah ni huhu
Selamat Berpuasa !

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa !

Assalamualaikum 

In sha Allah, esok semua umat Islam akan mula berpuasa.....semoga puasa dan segala amalan kita pada bulan Ramadhan tahun ini akan di terima dan diberkati olehNya.........amin



Monday, July 8, 2013

BE - Rezeki awal bulan Julai

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah abiss 6 bulan kita di tahun 2013
Aku masih ada semangat berblog sampai sekarang....chaiyo chaiyo
En.Nuffnang pulak masih bermurah hati tempekkan iklan di blog yang tak seberapa ini.....syukur alhamdulillah, rezeki nak masuk bulan Ramadhan...
Hasil BE tu semua, tinggal nak tunggu di cash out lagi....tapi masih dapat bersabar...hehe (tergugat juga iman nampak cek nuffnang si fiza hari tu di Facebook)...





Note : Nuffnang cuma sampingan, apa yang penting aku amat gembira bila berblog, dapat ramai kawan walaupun belum pernah bersua muka... (^_^)


Belajar dari yang BERJAYA !

Assalamualaikum


Adakah anda bercita-cita untuk menjalankan perniagaan Internet?

Namun terbantut kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakannya?

Adakah anda juga telah banyak membaca ebook, belanja habis-habisan membeli berbagai-bagai panduan tapi masih tak berjaya menghasilkan 
perniagaan Internet anda sendiri?

Belajarlah dari guru yang sedia membimbing anda dari mula sampai akhir.

BUKANnya Guru Yahya!

Klik di sini => [Bengkel Website]

Dengan belajar dari guru anda mampu membina perniagaan Internet dengan tangan anda sendiri!
Sebenarnya anda perlu mencari seorang guru. Selagi anda belum menjumpai guru... maka selagi itulah masalah anda tidak akan selesai.

Tapi... pastikan guru yang anda cari benar-benar berpengalaman dan betul-betul menjalankan perniagaan Internet sebenar.








Note : Bole klik dan jenguk2 di dalamnya.....kalau berminat, panduan cara pembelian ada di sertakan .....TQ (^_^)

Friday, July 5, 2013

Jangan bersedih...

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah, aku masih dapat menghirup udara segar di pagi jumaat.....

Sumber : Facebook

Thursday, July 4, 2013

Perkhidmatan cemerlang !

Assalamualaikum

Alkisahnya semalam, masa lunch jam 12.30 tu pegilah ke satu bank ni sebab ada urusan sikit....nak buka akaun kat bank tu....
10 minit jak dari opis perjalanan pegi ke bank tu....sampai sana ambik nombor dan duduk menunggu giliran....nampak satu kaunter jak yang dibuka...mungkin masa rehat kot, yang lain pegi lunch agaknya....setengah jam berlalu, masi customer yang sama berurusan masa mula2 aku sampai tu.....abisslah kalau sorang customer berurusan lebih 20 minit, konpem lambatlah aku masuk opis.....
Tunggu punya tunggu punya tunggu....lamanya....aku dah macam cacing kepanasan dah sebab jam dah dekat 1.30, jam tangan dah berapa puluh kali aku tengo, tu belum jeling jam dinding kat bank tu...

Dekat jam 1.15, pekerja lelaki kat kaunter tu bertukar dengan seorang pekerja pompuan....masi sorang lagi ?? terbaekkk bank ni, buka SATU KAUNTER untuk pelbagai urusan....ramainya orang tengah menunggu masa tu, bayangkan seorang ambil masa 20 ke 30 minit berurusan...lama gilak ko menunggu...
Aku jeling jam dah 1.30.....tepon supervisor kat opis, cakap masuk lewat sedikit...
Dari 1.30 membawa ke jam 2.00 ptg...belum lagi sampai giliran aku....muka aku dah otomatik berubah, dari sorang yang ceria masuk bank tadi, terus masam mencuka.....

Dekat jam 2.15 baru nombor aku dipanggil.....aku dah berat nak senyum terus cakap kat pompuan tu, buka akaun...isi borang segala, dia terus enter2 kat dalam sistem....10 minit gitu, pompuan tu cakap, Data kamu suda ada dalam sistem kami, pernah berurusan dengan bank **** kah ? Memang ada sebab loan keta di sini, aku jawab balik. Alaaaa, napa nda kasitau tadi, kalau rekod suda ada dalam sistem, ko kena buka akaun secara manual di kaunter no 5, selamba jak pompuan tu cakap, begitu lama gilak aku tunggu......
Masa tu rasa2 macam gunung berapi nak meletup saja tapi aku masih dapat tahan sabar.....manalah kita tahu prosedur dorang, patutnya dia kena tanya awal2 tadi, pernah berurusan kah pernah buat loan kah apa kah.
Aku malas dah nak tanya lebih2, just ambil borang segala yang patut pegi kaunter no 5.....nasib baik kaunter tu takda orang, 10 minit gitu dapat no pin dan kad bank....

Bayangkan dari jam 12.30 pegi ke bank ni pasal nak buka akaun saja, jam 2.30 petang baru siap urusan...dah sejam lebih aku lewat masuk opis...lebih 2 jam aku dah kena ambil half day lah pulak.....
Dan satu lagi yang aku amat geram sampai sekarang, dahlah lama menunggu, masa siap urusan tu, pekerja pompuan tu minta maaf sebab kelambatannya, itu aku boleh terima tapi lepas dia cakap minta maaf tu...dia membebel lagi, maaflah cik Salmiah, bukannya kami sengaja lambat, bukan ko seorang jak yang menunggu, ramai lagi yang tunggu, ko nampak juga aku keja sini, bukannya goyang2 kaki.....bla bla bla.....
Aku tak tunggu dia abiss cakap, sebab tak pasal2 nanti tertampar pulak mukanya....aku tak komplen apa pun pasal service dia, tapi muka masam tu adalah, sapa yang tak panas camtu punya service...
Aku pun keja menghadap customer juga, pernah kena tengking, kena marah, tapi terpaksa senyum juga sebab dah memang ko pilih keja camtu.....dia baru menghadap muka customer yang marah dah membebel cam orang meroyan....gerammmnya aku....Nasib baiklah aku sabarrrrrrr....


Note : Legaaaa...dapat lepaskan geram kat sini

Wednesday, July 3, 2013

Drama Ramadhan yang hilang

Assalamualaikum

Ada tengo drama ni semalam ke? aku sebenarnya bukan ikut sangat drama2 melayu ni tapi kalau drama-drama masa bulan puasa atau hari raya mesti follow. Sebab ceritanya mesti kita buat sakit hati, sedih yang melampau sehingga menitiskan air mata, geram dan lepas tu gembira.....standardlah kan mesti happy ending. Kadang2 drama yang ditayangkan masa puasa ni membuatkan kita insaf....cerita kan berat penuh pengajaran...

Drama Ramadhan yang hilang semalam baru masuk episod yang ke 3. Episod permulaan aku tak sempat tengo, tapi aku paham juga isi ceritanya...cerita budak kaya yang baik si Zafirah dengan budak miskin si Delisa yang baru kematian ibunya....semalam sangat sedih tengo dia sorang2 berbuka puasa sambil terkenangnya ibunya.....memang sedih sangat masa tu, yang spoilnya hubby ikut tengolah plak...bukan apa, selalu mana dia layan drama melayu...dahlah sikit2 tanya, apa jadi lepas ni, siapa itu, siapa ini, macam akulah pula tulis skrip drama ni. Hilang mood aku nak beremosi....huhu

Masa si Delisa menangis kat kubur ibunya, aku dah mula menangis tapi aku tahan sebab malu kalau hubby nampak, macam2 cara aku buat agar air mata tak jatuh, nak tarik ingus pun takut hubby dengar, so masa iklan aku terus masuk bilik sekejap, pura-pura susun pakaian, padahal tarik ingus lap air mata. Pastu sambung lagi tengo....hehe

  Kesimpulannya, kalau tengo drama camni jangan bawa hubby tengo sama... :p

Tuesday, July 2, 2013

Maaf, saya sibuk ..

Assalamualaikum

Maaf sangat sibuk hari ni....
Sibuk dengan keja, sibuk dengan masalah, sibuk dengan keluarga....buat-buat sibuk....hehe


Note : sibuk2 pun, blog tetap update.....(^_^)


Sumber : Facebook

Monday, July 1, 2013

Hepi Birthday - Shamzi !

Assalamualaikum

Semalam 30 June 2013, genap usia anak aku yang kedua, Shamzi Dzukifly yang ke-5 tahun.....Selamat hari jadi Shamzi, semoga menjadi anak yang soleh dan berguna.....amin

Sambutan harijadi ringkas jak, buat kat kampung sebab mak long Shamzi yang beria-ia sangat buat majlis ni.....terima kasih lah bebanyak untuk kakak aku seorang tu....kami sampai di kampung dia dah siap masak.....masak yang simple2 jak tapi sedap......


 

Kek Shamzi last minit tempah....Kek Blueberry Fresh Cream....walaupun rupanya tak berapa menarik tapi rasanya dia memang terbaeekkk.....sedap...murah lagi tu, sekilo RM40 ringgit jak....kalau beli kat kedai bakery biasa, setengah kilo dorang dah caj dekat RM50...rasa biasa saja pun...


Antara hidangan simple hari tu, nasi beriani, kari ayam dan sayur campur....hubby makan sampai tak tengo orang...sedap katanya...hehe




Note : belum sempat belikan hadiah untuk Shamzi....minggu lalu agak sibuk sedikit...tengah pikir apa nak belikan untuk dia ni....(^_^)