Saturday, August 31, 2013

Segmen Blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Dapat undangan untuk menyertai segmen sempena Merdeka oleh si blogger ayuinsyirah
Ada masa terluang petang ni so apa salahnya kan....sokong segmen yang dianjurkan oleh blogger yang lain....



Negeri kelahiran : SABAH 


Done !

Siapa2 yang nak join segmen ni kena cepat sebab tarikh tutup jam 10 malam ni......!

Hari Merdeka, Wajah Baru....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-56 hari ni......

Merdeka !!
Merdeka !!
Merdeka !!








Ini merupakan wajah anak-anak merdeka.....
Kita tidak pasti samada mereka betul-betul memahami apa ertinya kemerdekaan yang sebenar....
Yang pasti setiap kali Hari Kebangsaan, anak-anak akan menyanyikan lagu merdeka dengan semangat sambil mengibarkan jalur gemilang kebanggaan kita...
Tugas kita sebagai orang tua memberi kefahaman kepada mereka tentang erti kemerdekaan...



Hari merdeka, wajah baru ?
Mesti dah perasan dari tadi, blog 'berbaju' baru....
Susunan dan tema masih sama, cuma ada yang di ubahsuai sedikit. Nak bertukar wajah dan penampilan katanya,  nak lihat blog lebih berwajah segar.... :P
Ada apa-apa komen tentang wajah baru ni ? ye lah mana lah tau, mungkin berserabut, warna tidak ceria atau tulisan sukar dibaca.....




Note : Nak JJCM hari ni, tapi tak tahu ke mana ?

#Foto hasil karya Tuan rumah. 



Friday, August 30, 2013

Worldsofcolours: Foto : Nissan Appreciation Program 2013



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Sesapa yang minat tengo foto-foto yang kalerful, silalah berkunjung ke blog yang satu lagi.....ada foto-foto sekitar program Nissan yang kami sekeluarga hadiri sabtu yang lepas. (^_^)







Worldsofcolours: Foto : Nissan Appreciation Program 2013: Assalamualaikum Acara : Nissan Appreciation Program Tarikh : 24 Ogos 2013 Masa : 10.00 am hingga 1.00 pm Tempat : Nissan Showroom...

31 Ogos 1957


Assalamualaikum

Sempena Hari Kemerdekaan yang akan kita sambut pada hari esok, saja aku nak kongsikan lirik lagu merdeka nyanyian allayarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu yang membuatkan semangat kita berkobar-kobar dan jiwa menjadi patriotik. Senang sahaja nyanyi lagu ni, even anak aku Shumi dan Shamzi pun hafal lagu ni.


Tanggal tiga puluh satu
bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka Merdeka
Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah....

Tanggal tiga puluh satu 
bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka....

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka
Merdeka !

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia Negara ku Merdeka.......





Note : Jangan lalai dan alpa, semoga kemerdekaan negara akan kekal selamanya.....Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-56

Thursday, August 29, 2013

Follower ke 300

Assalamualaikum

Memperkenalkan follower blog Mia - Memories of Mine yang ke 300 (baru 300 pun nak gembar gembur, orang lain dah beribu-ribu lemon followernya) ... Kesemua follower blog ini amat2 aku hargai......korang memang the bessssst !!

Ok berbalik kepada follower yang ke 300 tu, merupakan seorang blogger cikgu sekolah. Cikgu sekolah ni juga merupakan penulis cerpen dan sajak. Kalau korang singgah kat blognya, boleh nampak antara buku yang pernah ditulisnya. Gaya penulisannya pun tersusun bahasanya, bukan cam aku, sukahati jak tulis (takpalah, yang penting orang faham...hehe). So mari ramai-ramai terjah blog beliau di Follower ku yang ke 300










Header blog beliau yang bertajuk Tetamu Istimewa

Damia

Assalamualaikum

Penyakit 'No Idea' melanda lagi.......puas memerah otak dari semalam hingga masuk ke office hari ni...huhu
Jadi disebabkan nak update juga blog, korang layan sajalah gambar-gambar anak dara aku yang seorang ni....Damia bukan mesra Kamera, semua gambar pun tak tengo kamera.
Gambar yang paling last tu, sebenarnya Damia buat mimik muka babanya kalau marah kononnya. Setiap kali aku tanya, macam mana muka Baba marah Damia, mimik muka tu lah yang ditunjukkannya....hehe 


 



 










Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday # 33

Assalamualaikum

Teringat semasa kecil dahulu apabila terlihat pict ni di sharekan di Facebook. Masa mak memasak, tercium bau asap kayu api di rumah selain bau masakan mak yang enak. Semasa makan masih tercium aroma asap kayu api tu. Sangat suka menolong mak meniup api agar tidak terpadam semasa memasak. Habiss muka hitam legam terkena abu dan arang......Selain tempat memasak, dapur kayu api digunakan untuk mengeringkan kasut sekolah yang basah akibat hujan.....

Emmm...biarpun hidup serba kekurangan semasa kecil dahulu, tapi cukup bahagia dan gembira dengan apa yang ada.





Sumber : Facebook





Note : Semoga anak-anak ku tidak lupa diri dengan kesenangan yang mereka kecapi sekarang ini. 

Tuesday, August 27, 2013

Groupon : Cafe Oriental

Assalamualaikum

Masih cerita hujung minggu yang lepas. Aku sefamily pegi lunch lah kononnya di Cafe Oriental, Sabah Oriental Hotel. Kita orang datang jak dan makan sebab ada kawan yang baik hati belanja makan guna Groupon Voucher tu....terima kasih lah bebanyak yang kawanku yang sudi membelanja tu, semoga rezeki ko bertambah2 ye.
Kiranya aku dah book sabtu tu tapi takut tak sempat pegi sebab kitaorang pegi Nissan program tu kan. Lagipun kat majlis Nissan tu ada makan2 so mesti dah kenyang. So kami tunda ke hari ahad.


Antara menu utama hari tu, Lamb Chop dan Yin Yang Chicken (macam nasi ayam jak, tapi ayam dia sedap, manis2 madu dan rangup). Ada salad dan sup untuk pembuka selera, banana with fresh cream dan buah2an segar untuk pencuci mulut. Semua sekali kos makan untuk 4 orang dalam RM 240.00 ..... erkkk mahalnya walaupun dah di Groupon kan.... 



Shumi dan Shamzi sebelum makan.  



Kamera dan Baba tak boleh dipisahkan....huhu 



 Shumi posing lagi sebelum makan....



Damia dan buah cerinya.....bukannya dia makan pun, cuma dia tertarik dengan kaler ceri tu, merah menyala.




Ok dah abiss cerita hujung minggu...................................................TaTa ! 

Monday, August 26, 2013

Nissan Appreciation Program

Assalamualaikum

Sabtu yang lepas, kami sekeluarga dapat jemputan dari pihak Nissan untuk menghadiri Nissan Appreciation Program iaitu majlis untuk menghargai para pelanggannya.....acara mula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Nissan Showroom, Tan Chong, Jalan Inanam, Kota Kinabalu. Ada games, ada sedikit ceramah tentang kereta, ada tayangan movie untuk anak-anak, lucky draw dan acara wajib iaitu makan-makan...hehe


Sekitar majlis hari tu...




Games yang diadakan pada hari tu, Limbo rocks dan Hit & Runs...dalam gambar tu salah satu peserta yang paling sporting, biarpun 2 3 kali dia terjatuh masa games Limbo rocks tu....selain games untuk orang dewasa, ada pertandingan mencipta binatang daripada plastesin (betul ke aku eja ni, cam lain jak). Shumi ada ikut serta dan hasilnya sangat kalerful binatang2 dia...hehe. Menang saguhati jak, hadiah cekelat. Shamzi masa ni tak berapa sihat, sakit perut so dia tonton movie jak lah.  



Damia masa ni yang paling aktif. Terkejar2 Uminya tau......dan banyak2 benda yang ada kat situ, belon deco ni juga yang jadi pilihannya. Berabis ni dia mo cabut belon deco tu.





Ok tu jak TaTa.....sebelum terlupa, Selamat Menyambut Hari Wanita Kebangsaan yang diadakan semalam. Respect Wanita !!!

Friday, August 23, 2013

Worldsofcolours & BE

Assalamualaikum

Salam Jumaat...Nak update lagi pasal BE (jangan muak ye dengan cerita BE, saja ja nak kongsi happy).....Bulan Ogos dapat lagi 2 BE yang baru, iklan Sanofi Lactacyd dan yang terbaru, semalam jak baru menyinggah iklan Escape Teaser....hepi tau, sebab Nuffnang tak putus2 bagi iklan....Ada 3 bulan lagi nak cash out kan, kiranya cukuplah untuk shopping mega sales bulan 12 ni kan....hehe









WORLDSOFCOLOURS.......Blog aku yang kedua ni sikit lagi nak merajuk dengan aku sebab lama tak terupdate.....hari ni baru sempat upload beberapa gambar baru....sudi-sudikanlah berkunjung yek...





Ok tu ja..... TaTa !

Thursday, August 22, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com

Assalamualaikum

Tetiba nak join segmen bulan ni.....segmen dianjurkan oleh si blogger femes kita mialiana ... Cara nak join senang sahaja, ikut jak cara2 di bawah ni


Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...




Nahas Bas Jatuh Gaung di Genting Highland

Assalamualaikum

Semestinya satu Malaysia dikejutkan dengan berita nahas kemalangan jalan raya semalam, dikatakan paling terburuk setakat kerana mengorbankan seramai 37 nyawa sekaligus.....
Nahas membabitkan bas yang terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di jalan Genting Highland semalam....rasanya semua pun dah baca dan dengar berita ni kan...
Aku tahu mengenai nahas ni semalam melalui berita Tv3.....

Sangat sedih dan ngeri dengan kejadian kemalangan sebegini kan.....semoga keluarga mangsa yang terlibat tabah dan kuat menghadapinya.....
Dan kepada 16 orang terselamat semoga mereka cepat sembuh dan pulih daripada trauma kejadian ni.

Untuk berita selanjutnya boleh baca di Utusan Malaysia


Sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, August 21, 2013

Keywords pelik lagi

Assalamualaikum

Boring di tengahari check keywords Nuffnang lagi......Ternampaklah lagi keywords kat bawah tu.....hehe
Sapalah Zack yang dimaksudkan tu sampai nak sangat tahu mee apa yang dia suka makan. Drama aku untuk mu, emmm jarang tengo drama kan, tak tahu drama yang mana satu... Zack tu hero dia ke ?
Tapi kan, setahu aku, tak pernah pulak ada post aku berkenaan dengan si Zack ni ataupun drama aku untuk mu....pasal mee mungkin adalah.....huhu



Wordless Wednesday # 32


Assalamualaikum



Kenangan semasa belajar di UMS dahulu.....pokok2 tu semua masa aku belajar baru jak kena tanam, sekarang dah besar semuanya....








Sawah padi yang selalu dilintasi dalam perjalanan balik ke Kota Marudu.....teringat semasa kecil2 dahulu, suka duduk kat pondok di tengah2 sawah tu sambil tengo burung-burung yang berterbangan di sawah padi. Nyaman dan tenang.......Pondok tu kalau kat Sabah kami sebut Sulap..

Tuesday, August 20, 2013

Napa si kecil menangis ?

Assalamualaikum

Kenapa si kecil menangis ???

Mak2, Umi2 dan Mummy2 sekalian memang tahu kan (^_^)


Sumber : Facebook



Shumi anak sulung aku tu tak banyak perangai masa kecil2 dulu, nangis pun sebab standard jak, nak susu, tak selesa sebab lapar, perut kembung......senang jak nak urus dia. Anak aku yang kedua tu si Shamzi.......punyalah kuat nangisss masa dia baby2 dulu. Asal buka mata jak nangis, sikit2 nangis, dah check semua ok juga. Sampai dah macam Ahmad Albab cite P Ramlee tu aku tengok, kena kenan nangis. Berubat kat doktor, doktor cakap takde apa2. So ikut cakap mak berubat cara kampung, ambik ko di renjis2 dengan air penawar. huhu
Masuk umur setahun lebih, Shamzi dah kurang sikit nangisnya tapi tetap cengeng sampailah sekarang ni.

Sampailah anak aku yang ketiga ni, si Damia. Baby girl mungkin peelnya lain sikit. Dia tak kuat nangis cam abangnya si Shamzi tu tapi sekali menangis, macam nak pecah gegendang telinga aku dengar jeritannya. Siap buat aksi guling2 di lantai lagi. Selalu kalau Damia buat aksi camtu aku biarkan saja sebab konpem lepas 10 minit gitu dia akan berdiri dan peluk aku....hehe


Emmmmm rindunya aku masa dorang baby2 dulu (^___^)

Jangan pakai Bra...

Assalamualaikum

Tajuk post cam lain betul tapi sebenarnya nak kongsikan maklumat yang aku dapat daripada Facebook rakan. Jangan pakai Bra lebih daripada 12 jam.......kerana ianya dikatakan boleh meningkatkan risiko diserang kanser payudara.



Sumber : Facebook

Orang kata mengelak lebih baik daripada mengubat kan....aku memang dah ikut cara kat atas sejak belajar dulu, tak selesa tidur dengan bra ni hehe. (^_^) 

Monday, August 19, 2013

Cuti sekolah dah abisss...

Assalamualaikum

Selamat hari Isnin.....cuti2 dah abiss. Nasib baik anak2 aku tadi pagi tak liat bangun nak pegi sekolah sebab dari kemarin aku dah ingatkan dorang, hari ni mula sekolah dah. Tak mo malas2.

Sabtu dan ahad tu, aku tak pegi mana2 sebab tak berapa sihat cuma hantar mak balik ke kampung selepas 3 hari dia stay kat rumah aku di KK ni. Mata sebelah kanan bengkak, tak tahu kenapa. huhu 
Lepas balik hantar mak di kampung, terus balik ke KK sebab banyak keja kat rumah belum settle.



Damia santai di hujung minggu




Awan semasa perjalanan balik ke Kota Marudu





Note : On the way balik ke KK dari KM, ternampak kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motorsikal. Ada dua orang yang terbaring di atas jalan raya yang sudah pun di tutup dengan plastik hitam polis tu. Ngeri rasanya tengo kejadian tu, sebab pertama kali aku ternampak kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa sampai terbawa2 ke mimpi.

Friday, August 16, 2013

Post Rojak...

Assalamualaikum

Post rojak bukannya nak cerita tentang rojak makanan tu...tapi cerita bercampur gaul, semua pun ada...hehe


Ni gambar raya pertama tu, snap sebelum kitaorang melawat rumah nenek. Baju biru tu kakak aku, anak yang sulung, satu2nya kakak aku..hehe
Yang tengah2 tu mak aku yek...dah macam 3 beradik pulak kami....adik aku yang nurse tu, takda masa ni sebab melawat keluarga mentuanya, adik lelaki aku dan pompuan tu sedang melantak di dapur agaknya....hehe
Budak dua orang yang macam pengapit tu, tak payah nak kenalkan, anak2 aku yang lasak.
Apasal aku nampak gemuk dalam gambar, padahal aku yang paling slim di rumah tu....huhu sila muntah




Ni aktiviti dorang Shumi, Shamzi dan dua orang kazennya tadi pagi.....
berabis ni berenang kuak lentang segala.....Ni swimming pool kat apartment yang kita orang tinggal. Sebenarnya jarang guna kemudahan di kediaman kami tu so masa cuti ni lah ambik kesempatan.....





Check blogspot hari ni, rupa-rupanya dah 500 kali aku membebel kat blog ni yek...harap jangan jemu dengan bebelan aku ;p...


Ok tu jak TaTa !

Kata-Kata Jumaat

Assalamualaikum

Perkongsian di pagi Jumaat.......
















Sumber : Facebook

Thursday, August 15, 2013

BE dan UV

Assalamualaikum

Nak update sedikit BE dan Unique Visit aku sepanjang bercuti-cutian raya.....Walaupun blog dalam seminggu ni jarang dibuka, nasib baik en.Nuffnang masih bermurah hati tempekkan BE kat blog ni.....alhamdulillah.... semakin tak sabar aku nak cash outkan semua hasil BE tu...hehe

  





Dan Unique Visit aku pulak......dah blog tak berupdate seminggu ni, peratusan pengunjung pun jatuh mendadak......huhu
Bila update semalam jak carta dah naik balik....adat berblog kan....hehe
Lepas ni akan merajinkan diri kembali mempublish post, so korang semua rajin-rajinkanlah dan sudi-sudikanlah datang ke blog ni yek...






Ok tu jak TaTa !

Wednesday, August 14, 2013

Wordless Wednesday # 31

Assalamualaikum



Tema Purple tahun ni !

(^____^)

7 Syawal

Assalamualaikum

Lamanya bercuti-cutian......nak bersawang sudah blog ni sebab puannya sibuk beraya...ingatkan masa cuti nak juga update sedikit tapi mood beraya amatlah lebih daripada publish post....almaklumlah setahun sekali.... :p

Belum ada apa2 idea nak tulis hari ni sebab kepala dah serabut tengo kertas2 kat atas meja.....banyaknya keja.......padan muka aku sapa suruh cuti lama2 kan huhu

Layankan sajalah gambar di bawah ni yek sementara aku ni pikir mana nak mula settlekan keja aku yang melambak tu.....


Aktiviti wajib di malam raya.........isi ketupat sambil tengo tv...hehe




Aksi 3 beradik berpurple di pagi raya....penat aku suruh dorang duduk diam2, tak juga....




Ni duit pertama Damia dapat di pagi raya......dah 'terbelah' dua olehnya....huhu





Oklah tu jak.......sambung keja TaTa !!

Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri !

Assalamualaikum

















Kepada rakan-rakan alam maya, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.......Mohon maaf dipinta andai ada tersalah tulis dan terbaca.....
Kepada mereka yang balik kampung tu, semoga selamat sampai ke destinasi.....Hati-hati di jalan raya....


Note : Pinjam kad raya hubby....hehe in sha Allah akan cuba BW bila ada kesempatan di hari raya nanti (^___^)

Tuesday, August 6, 2013

Lengang

Assalamualaikum

Dah masuk 28 Ramadhan. Kebanyakkan penduduk terutamanya di bandar-bandar dah beransur-ansur pulang ke kampung halaman masing-masing. Tak kira kampung jauh ke dekat.

Tapi ada juga segelintir yang masih berada di sini, di bandar..lebih kurang cam aku lah tu konon... mungkin belum mula bercuti dan ada juga yang masih belum siap membeli membelah keperluan raya. Aku pun masih juga di KK ni, bukannya belum bercuti atau belum abiss shopping, tapi nak menunggu rabu ni.....disebabkan tahun ni agak kurreeeng rajin membuat kuih raya, selalunya nak dekat2 raya, kuih raya yang jenis tunjuk2 tu ada potongan harga sampai 70% gitu. Tak tahu aku tergolong dalam pengguna bijak ke apa ? hehe


Kan lengang.....kalau masa2 gini, keta semua gerak cam siput.....



Malas buat kuih raya tahun ni......yang dapat cuma kuih makmur aman sentosa ni sahaja......hehehe










Monday, August 5, 2013

3 hari lagi.....

Assalamualaikum


Tinggal 3 hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dan in sha Allah, khamis ni kita akan menyambut hari raya aidilfitri....
Sekejap ja masa berlalu, rasanya baru semalam kita menanti kedatangan Ramadhan :-(



Ok tak mo rasa sedih, macam mana persiapan raya. Semua dah ok kan. Walaubagaimana kita sibuk membuat persiapan, jangan kita lupa kepada golongan yang tidak berkemampuan. 
Persiapan biarlah bersederhana kata orang. Tak mo berlebih-lebihan.


Mungkin ada yang sudah pun balik ke kampung halaman masing-masing. Aku ? in sha Allah rabu ni, kampung dekat jak. 
:-). Sabtu lalu pun aku sempat juga tidur semalam di kampung. Hantar mesin basuh baru kat kampung, mesin basuh yang lama dah rosak akibat banjir kilat dua bulan yang lalu. 



Petangnya tu aku satu family buka puasa beramai-ramai. Yang aku paling suka, setiap kali berkesempatan buka puasa di kg, kakakku yang satu2nya itu sangat rajin memasak. kami hanya beli bahan mentah, dia yang akan sibuk di dapur...hehe tengolah gambar makanan semua tu, dia yang masak, adik2nya tukang ngap saja...:p
Alhamdulillah.....kenyang









note : tak sabar tengo pengumuman hari raya di tv tu...hehe

Friday, August 2, 2013

Balik kampung o ooo Balik kampung

Assalamualaikum

Nampak tajuk entri pun dah tahu......mood balik kampung dah mari. Hari ni last keja sebelum cuti panjang sempena hari raya minggu depan ni. 
Yang dah berumah tangga tu pastinya dah bincang awal-awal suami isteri, tahun ni nak balik kampung siapa.? Nak balik kampung si suami ke atau si isteri.....? terpulanglah nak balik kampung yang mana pun, jangan pulak sebab berebut nak balik kampung sendiri, suami isteri bergaduh bermasam muka kan....

Aku ? mungkin agak bertuah sikit sebab kampung aku dan hubby hanya bersebelahan sahaja, aku Kota Marudu, hubby Kota Belud. Sejam perjalanan sahaja kalau nak ke kampung hubby dan begitulah sebaliknya. Dan mak bapa hubby aku walaupun berasal dari Kota Belud tapi mereka dah lama menetap di Kota Kinabalu. Jadi tiap malam raya, kami pasti balik Kota Marudu dahulu dan pagi rayanya balik beraya di kampung hubby, Kota Belud. Dah 8 tahun buat cam gini.....hehe

Yang nak balik kampung esok pagi, sila berhati-hati di jalan raya yek. Biar lambat asalkan selamat. Kalau nak memandu jauh tu, cukupkan rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan. 



Sumber : Image from Google




Note : Puan punya blog akan bercuti hingga 13 Ogos ni. Jadi blog mungkin jarang dijenguk, tapi kalau ada kesempatan, akan di update juga. Kepada kengkawan, mungkin raya ni aku BW kat 'rumah' korang, sediakan kuih raya banyak2 yek....hehe