Monday, September 30, 2013

Bila bersiap hendak keluar

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Terlihat kartun ni yang di sharekan di facebook ni, seakan-akan betul kan...hehe

Kesian tengo isteri dia, sang suami bersiap sakan nak keluar, yang si isteri 'berhempas pulas' siapkan anak2 dorang dulu.


Pastu dengan selamba suami tegur isteri dia napa belum bersiap lagi.....apakah?????

Pengajaran, suami isteri kenalah bantu membantu
baru lah harmoni rumah tangga, kan......;D




Blink Blink daripada Habib Jewel

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Hari yang lepas dah menang, pastu dah dapat surat penebusan hadiah, sabtu hari tu dah pergi ke Habib Jewel untuk menebus hadiah iaitu sebentuk loket emas bernilai RM1,300.
Blink blink you all....hehe syukur alhamdulillah, rezeki anak-anak.








Ni kononnya sesi bergambar dengan pihak Habib Jewel. Mulanya segan nak bergambar tapi pihak Habib Jewel nak simpan dalam majalah aktiviti dorang katanya....so terpaksalah bergaya sikit sambil dukung Damia yang akan jadi macam lipas kudung kalau dilepaskan kat kedai tu...hehe



Baca entri yang sebelum ini 

Sunday, September 29, 2013

Total Pageview

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Salam hujung minggu......macam mana hujung minggu korang ? mesti best kan sebab dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga tercinta cam skema pulak ayat aku ni

Mengupdate blog semalam, ternampak total pageview dah mencecah ke 100,000. Yaihhh ! dah seratus ribu kali rupanya blog ni di view kan. Walaupun blogger yang lain dah berjuta view tapi aku tetap hepi. Tapi kan aku tak dapatlah pula print screen kan total pageview yang ke 100,000 kali tu, tapi aku dapat yang ni



Cantik no dia kan.......100,123
Lebih semangat nak berblog lepas ni...hehe ;p



Perasan kan kaler untuk background post dah berubah lagi......bukan apa, sebab nak matching kan dengan gambar kami sefamily yang kat atas tu.....rasanya pink tak berapa nak sesuai so pilih kaler coklat lembut gitu.....ok le kan, kira matching jugalah.

Dan saiz petak untuk post dan widget segala aku kecilkan, juga sebab nak match kan saiz picture kat atas tu. Nampak lebih tersusun dan seimbang. Tapi kan saiz gambar yang aku publish akan menjadi kecil so kalau nak lihat gambar tu dengan lebih besar dan jelas, klik je kat gambar tu ye.

Harapnya perubahan kecil kat blog ni tidak menjejaskan kunjungan rakan-rakan blog yang lain.....


Happy Blogging !

Saturday, September 28, 2013

1st Outing Mr.Hubby

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Salam sabtu semua.......korang buat apa sekarang ni, mesti ada yang bersiap-siap nak keluar membawa keluarga berjalan-jalan, maklumlah gaji dah masyuuk kan. hehe

Aku memang nak keluar dengan family hari ni, memang nak ber jjcm tapi sebab utama adalah sebab nak servis cik alputih tu.....appoinment dah buat hari ni. Nasib baik Nissan buka perkhidmatan service pada hari sabtu dan ahad, tak payahlah sibuk2 nak ambil cuti kan....

Hari ni aku cite sikit pasal hubby aku ni. Semua memang dah tahu dia minat giler dengan fotografi kan. Banyak gambar-gambarnya aku dah publish kat blog ni.
Selalu dia ambik gambar sorang2 je atau semasa kami keluar berjalan-jalan. Belum pernah dia keluar dengan rakan-rakan fotografinya bersama2 snap gambar. Bukannya Hubby tak mahu tapi masa amat terhad. Hubby cuma berkomunikasi dengan dorang melalui laman Facebook.

So hari ni dalam sejarahnya Hubby berkesempatan berjumpa dengan rakan2 fotografinya yang sebelum ni hanya dikenali melalui Facebook. Awal pagi hubby dah keluar berjumpa dengan rakan-rakannya, sebab nak capture gambar di awal pagi. Moment di awal pagi sewaktu matahari baru terbit sangat menarik kata Hubby.



Antara rakan-rakan fotografi Hubby. Baru dapat bersua muka yang sebelum ini hanya bercerita tentang minat yang sama dalam laman facebook.




Antara hasil yang sempat di snap oleh Hubby tadi pagi


Dan satu lagi...



Note : Bestnya kalau boleh jumpa rakan-rakan blog pula.....:D
Extra Note : Sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas......


Friday, September 27, 2013

Jangan !

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !



Sama-sama muhasabah diri di hari Jumaat. Kita tidak berhak mengadili sesiapa pun.


Sumber : Facebook

Aneka Petua

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Petua-petua yang aku nak kongsi actually dapat dari message whatapps seorang kawan. Tak tahu keberkesanannya, tapi kalau tak cuba kita tak tahu kan.....

  1. Mengurangkan masalah semut, simpan kulit timun kat laluan semut tu ataupun kat sarang dia....semut katanya tak suka dengan timun.
  2. Untuk mendapatkan ais yang bersih dan tulen, gunakan air yang telah dididihkan untuk membuat ais.
  3. Untuk menjadikan cermin lebih berkilat, gunakan minuman sprite. Yang ni aku nak cuba, berkesan ke tidak
  4. Untuk menanggalkan chewing gum yang terlekat kat pakaian, simpan pakaian dalam freezer dalam sejam, lepas tu ianya akan tertanggal.
  5. Untuk memutihkan pakaian yang berwarna putih, rendam dalam air panas yang disimpan beberapa hirisan lemon selama 10 minit gitu.
  6. Untuk mengilatkan rambut, ambil satu sudu cuka dan lumurkan di rambut kemudian basuh sehingga bersih.
  7. Untuk mengelakkan keluar air mata semasa memotong bawang, makan chewing gum......menarik ni hehehe
  8. Untuk cepatkan proses merebus kentang, kupas kulit kentang dari satu arah sahaja......aku suka hati je kupas kentang, cam skema pulak nak kupas cantik2...hehe
  9. Untuk menghalau tikus, taburkan sedikit lada hitam dilaluan tikus. Tikus katanya tak suka lada hitam.
  10. Untuk menghilangkan dakwat daripada pakaian, bubuh ubat gigi kat dakwat tu dan biarkan ianya kering sepenuhnya. Pastu boleh basuh seperti biasa.
Selamat mencuba !!



Note : Mood ngantuk hari ni........zzzzzz

Thursday, September 26, 2013

Waktu sesuai minum air

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Nak kongsikan masa-masa yang paling sesuai minum air :-

  1. Minum segelas air semasa bangun pagi. Ini akan menolong mengaktifkan organ-organ dalaman kita.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan. Ini akan membantu sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik.
  3. Minum segelas air sebelum mandi. Ini akan membantu menurunkan tekanan darah kita.
  4. Minum segelas air sebelum tidur untuk mengelak serangan jantung atau strok.

Aku sebelum ni memang suka hati je bila nak minum air, maksudnya kalau dahaga barulah sibuk nak cari air. Kalau tak memang payah nak minum air.

Hubby memang selalu membebel aku kurang minum air, tu pasal bibir pun cepat kering dan tak selalu masuk tandas...huhu Kat opis aku cuba sedaya upaya cukupkan minum air sebab seharian ber air cond kan, mesti cepat sangat terhidrat....kulit cepat sangat kering.....

Kat rumah, aku memang tak pasang air cond. Hubby hari tu masa pindah rumah cakap nak pasang tapi aku tak bagi.....cukup kipas syiling je. Memang tak tahan dengan air cond. Dah le kurang minum air kan....huhu

Sama-sama lah kita amalkan tips di atas ye.... ni untuk aku juga sebenarnya, orang malas minum air...hehe

Sarapan sepanjang zaman # 2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Dulu kan masa budak2, kami adik beradik amat jarang dapat makan makanan yang mewah-mewah. Nak bungkus makanan dari restoran pun amatlah jarang, ni kan lagi duduk makan kan restoran.
Mungkin setahun sekali je dapat makan kat luar, tu pun bukan restoran cuma di warung2 kecil yang menjual sup atau mee goreng 50 sen semangkuk .....kalau nak dibandingkan dengan anak2 aku sekarang ni, seminggu 1 2 kali dapat makan kat luar. Bukan sebab uminya ni malas masak tau..huhu  sesekali kan apa salahnya...

Untung anak2 sekarang ni kan.....tak kenal rasa susah.
Tetiba pulak sayu ingat zaman budak2 dulu...sob sob sob :-(

Tapi kan walaupun tak dapat makan kat luar, makanan yang mak sediakan merupakan makanan yang kami rasa paling sedap sekali masa tu walaupun ianya amat simple. 
Dulu kan mak selalu buat jemput2 kosong untuk brekpes kami. Jemput2 ni sebenarnya tepung gandum yang di adun dengan sedikit air dan dicampur garam untuk perisanya. 
Pastu goreng je bentuk bulat2. Bentuk bujur, lonjong ke, semua pun boleh. suka hati sebab nak di ngap juga kan.
Sedap tau makan panas2 sambil minum air kopi.

Teringat lagi, dulu kalau mak goreng mesti jemput2 tu tak sempat sejuk pun, dah kami abiskan adik beradik. Siap bergaduh berebut lagi.
Walaupun ianya cuma jemput kosong tapi rasanya itu lah sarapan kami yang paling best sekali masa tu. 

Dan sarapan tu sampai sekarang aku makan dan masakkan untuk hubby dan anak2. Dan dorang memang sangat suka tau. 
Tiap kali aku goreng penuh semangkuk jemput2 tu memang konpem abis. 
Shumi dan Shamzi siap rekues lagi masakkan jemput2 ni hari-hari. :D
Jemput2 kosong berperisa sedikit garam.

Tapi sekarang aku tak makan jemput2 ni dengan air kopi.
Aku dan anak2 makan jemput2 ni cicah sos cili. Memang sedap...dan jimat....hehe

Memang layak aku gelarkan ianya sebagai sarapan sepanjang zaman.....daripada mak, pastu aku hinggalah ke anak-anak Umi ni....



Note : Tak de picture, korang memang tahu kan camna rupa jemput-jemput kosong ni kan ;p 

Wednesday, September 25, 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

BE & Tips

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !
 



Mood hepi hari ni.....BE untuk bulan september bertambah lagi. Hari tu dah dapat 2, check acc semalam, Nuffnang baik hati tambahkan 2 BE lagi....dan jumlah kesemuanya ada 7 BE yang sedang berganti-ganti menari2 di blog ni.....syukur alhamdulillah

Walaupun blog suam2 kuku je, aku kongsikan tips untuk dapatkan BE yang aku pelajari dari blogger2 yang lebih berpengalaman :-

1. Rajin update blog untuk naikkan UV dan up kan traffic.

2. Selalu log in ke Nuffnang acc.....(ni aku rasa le)

3. Update survey kat Nuffnang acc tu.

4. Buat post mengenai Nuffnang atau dalam post tu linkkan website Nuffnang. (Korang tau kan cara nak letak link tu).

5. Tip yang last ni, kiranya cam nak minta belas kasihan sedikit kat Nuffnang....rajin-rajinlah hantar 'surat cinta' kat Nuffnang. Maksudnya tu hantar ticket kat Nuffnang le. Tanya yang simple pun boleh, bila nak dapat BE ni....hehe ataupun En.Nuffnang macam mana caranya nak dapatkan BE ? . Ni blogger yang femes pun ada yang mengaku buat.....aku kiranya belajar daripada dorang le dan rasanya berkesan. Hari tu hantar satu ticket dan seminggu kemudian dapat BE pertama ;p

6. Extra tips, masing-masing ada rezekinya kan, yang penting berusaha ! chaiyo chaiyo !



Thanks Nuffnang !!

Tuesday, September 24, 2013

Jeti usang itu

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Harapnya jangan jemu melihat gambar-gambar yang di selitkan di blog ini......setiap gambar ada ceritanya










Note : Karya hubby  

Beranak dalam kubur

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Korang ada tengo cite semalam ke di Astro Prima 105 jam 10.00 malam. Telefilem arahan Michael Ang, dilakonkan oleh si anak dara Rohana Jalil, Khilafairy dan Dira Abu Zahar...
Baca tajuk cite tu memang seram kan tapi hantu tak banyak muncul dalam cite ni.
Kisah cite ni tentang seorang perempuan yang sarat mengandung si Diba yang hidup bahagia dengan suaminya (pelakon lelaki tu tak kenal le).
Kebahagian mereka terganggu apabila si Diba terkena santau. Dan yang lebih mengejutkan santau tu semua adalah angkara kakak kandung si Diba, Salmah lakonan Dira Abu Zahar.

Salmah cemburu dengan Diba sebab berkahwin dengan lelaki yang sebenarnya telah lama menaruh hati tetapi lelaki tu berkahwin pulak dengan adiknya...
Sampailah satu insiden tu dimana Salmah menolak Diba sehingga Diba terhantuk kepalanya di dinding dan pengsan. Salmah ingatkan Diba dah mati dan meminta pertolongan seorang lelaki di kampung tu kuburkan mayat Diba.

Bab ni yang sedih sebab Diba cuma pengsan dan dia tersedar setelah dia dikuburkan hidup2 oleh kakaknya. Dan masa tu jugalah sakit nak bersalin dan melahirkan anak.........cerita selepas tu semua pun boleh jangka kan....
Diba meninggal dengan anaknya dalam kubur tu dan muncul sebagai pontianak. Tapi scene yang melibatkan hantu tu sekejap je, lelaki yang membantu Salmah buat keja jahat tu telah membongkar rahsia Salmah.
Salmah telah di tangkap dan Diba telah selamat dikubur bersama anaknya....


Note : Disebabkan seorang lelaki, hubungan adik beradik boleh musnah sekelip mata kan..... 

Monday, September 23, 2013

Petua Wajah Berseri


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !




Ni share dari Facebook. Sama-samalah kita amalkan ye. :D




Note : Boleh minta petua cara nak hilangkan parut jerawat dengan cepat, kalau boleh yang tak melibatkan bahan-bahan kimia (alat kosmetik semua tu le). Petua tradisional gitu. Bukan apa, hari tu ada kawan jual satu produk ni katanya nak bagi kulit wajah halus gitu. Aku memula tak nak beli sebab kulit muka aku kan sensitif, tapi kawan tu cam beria benar promotekan produk tu kat aku, so cuba sajalah. Dia kata dia pun kulit sensitif juga....aku tengo kulit muka dia memang halus mulus gitu, jadi beli sajalah pek percubaan.
Seminggu try produk ni ok, nampak perubahan tetapi dua minggu kemudian tetiba kena serang jerawat yang teruk....huhu
Pastu tetiba ada berita mengatakan produk ni ada bahan terlarang, racun lah tu dan kementerian kesihatan dah tarik balik semua kelulusannya. Aku call kawan tu, katanya produk tu kena sabotaj sebab tengah hot masa tu kan....tapi aku stop terus guna, takut jugalah kan.
Pasni kena lebih berhati2. Kalau aku sebut nama produk tu mesti semua tahu tapi tak payahlah kan. Nanti aku pulak yang dituduh sabotaj produk dorang.
Sekarang aku guna produk yang biasa2 je, dan alhamdulillah hasilnya berkesan. Jerawat semua dah kering tapi tu lah ada parut2 hitam. Camna nak hilangkan parut tu ye ? Kulit muka aku memang kategori cerah, jadi parut2 tu memang jelas sangat....takkan nak tempek foundation banyak2 pulak...huhu 

Saya budak baru belajar

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !





Note : Selamat hari isnin.....selamat bekerja.....dan selamat bersekolah untuk adik2......(^__^)
Say no no no to Monday Bluessss

Sunday, September 22, 2013

Line si 'orang kuning' & BE September

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Selamat pagi di hari ahad.....amacam hujung minggu korang ? aku stay di rumah je dengan anak-anak. Babanya ada kelas ganti semalam so layan tv je lah di rumah. 
Ada juga layan blog sekejap tapi paham-paham je lah line si 'orang kuning' sejak akhir-akhir ni amat tidak memuaskan hati. Lambat betul bah.....nak taip entry pun terus takda mood.....idea mencurah-curah tapi line cam kura-kura apa ke halnya...huhu (sian kura-kura juga yang disalahkan

Ada juga terpikir nak tukar ke streamyx line instead of broadband tapi masalahnya kat apartment kitaorang tinggal ni takda line telekom....ko percaya ke tidak.....heran kan...
So semua pun guna handphone kat sini.....takda telepon rumah....boleh gitu
Aku takda pulak tanya kat management tu boleh ke pasang streamyx tu semua, malas nak berurusan.
So teruskan sajalah guna broadband si 'orang kuning' ni. 
Nak tukar syarikat telekomunikasi (ambik ko komunikasi hehe) malas pula nak survey2....
So kesimpulan sebab tak tukar line adalah malas.......so redha je lah kalau line lambat cam siput b*** (sian selalu kura-kura yang kena, tukar binatang lain le kan)

Ok lupakan pasal si 'orang kuning' tu. Memandangkan hari ni tetiba line ok sikit, so update lah sedikit pasal BE. Thanks Nuffnang sebab bagi 2 BE lagi untuk bulan September ni...



Olay JAS bundle dan Ford MCA Launch (Sept).......so kalau ternampak iklan cam di atas ni, janganlah malu, janganlah segan....klik je kalau nak tahu isi didalamnya...hehe ;p




Friday, September 20, 2013

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Ingat lagi ke hari tu post tentang Menang Peraduan dumex Dugro Raya ,
Surat penebusan hadiah dah sampai semalam. Ingatkan tak ada sebab, pihak Dumex kata nak hantar minggu pertama September...tunggu lah konon tapi tak juga sampai. Dan akhirnya semalam surat dah selamat sampai ke tangan....hepi tau sebab first time dapat hadiah yang best jugalah.....kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari (^_^) 


Thursday, September 19, 2013

Mengidam

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Baru-baru ni opis mate aku yang preggy 1 bulan lebih tu, asyik cakap nak makan nasi lemak jak....so kami dengan simplenya cakap kat dia, pegi jak beli nasi lemak kat restoran tu, hari-hari pun ada jual..
Setakat nasi lemak, hampir semua tempat pun ada jual, mudah jak nak carikan untuk pompuan preggy yang mengidam ni.
Tapi kan opis mate aku ni tak mo nasi lemak yang jual2 kat restoran atau gerai2 tu, anak yang dikandungnya tu ada test yang tinggi, tinggi melangit ko, di awan biru....
Dia nak makan nasi lemak Pak Naseer rupanya, alahh nasi lemak yang jual kat kapal Air Asia tu, yang nasi dia sikit jak, ayam seketul, sambal secuit tapi mahal giler....huhu
Kesian pula tengo opis mate aku ni, katanya dah terbayang2 dan tercium2 bau nasi lemak Pak Naseer tu. Dah suruh dia cari ada outlet ke apa yang jual nasi lemak ni tapi sayangnya menu tu khas untuk Air Asia flight je...melelehlah air liur anak dia nanti kempunan tak dapat makan nasi lemak tu...
Ya lah takkan lah pulak nak suruh dia, book tiket semata-mata nak beli nasi lemak Pak Naseer kan.
Sian para ibu-ibu yang mengidam tapi tak kesampaian nak makan ni kan....

Aku ?? dah 4 kali preggy (4 kali ???? yee, 3 jak yang berjaya, yang satu lagi gugur masa kandungan masuk sebulan lebih) memang konpem ada pengalaman mengidam ni. Tapi taklah pulak mengidam benda yang pelik-pelik atau yang tinggi melangit cam opis mate aku tu.

1st pregnen, Shumi. Mengidam nak minum jus markisa yang dalam kotak tu tapi tahun 2006 tu amatlah payah nak cari minuman buah ni, kat kedai pun takde jual. Hubby punyalah bersusah payah tanya dengan kengkawan mana nak dapatkan buah ni. Akhirnya berjaya juga dapatkan 3 biji buah markisa, minta kat orang kampung. Walaupun sebenarnya aku teringin nak minum jus yang dalam kotak tu, tapi mengenangkan usaha hubby aku tu, makan jugalah buah markisa yang separuh masak tu.
Sebulan sebelum due bersalin Shumi, teringin sangat nak makan jagung rebus yang jual kat Pantai Tanjung Aru. Ni kali konpem dapat makan sebab semua gerai kat sana ada jual jagung rebus. So dengan perut yang boyot, pegilah ke Tanjung Aru bersama hubby sambil terbayangkan jagung rebus yang masih panas........TAPI kan sesampai di sana, semua gerai tak jual jagung rebus seperti kebiasaannya....macam tak logik langsung. huhu, tanya tuan gerai, hari tu stok jagung langsung takda, semua pun kehabisan....arggghhhh cam nak jerit saja kat situ. Hubby suruh beli jagung yang dalam gelas tu. Aku memang takmo sebab memang kepingin sangat nak makan jagung rebus masa tu. Takpa aku pikir positif, esok boleh datang balik sebab gerai kat Tanjung Aru ni buka hari2. Esok mesti stok dah sampai...sempat lagi ni makan jagung rebus sebab due bersalin bulan depan.
TAPI kan.....ada tapi lagi.....malamnya dah pecah air ketuban, dan esoknya dah selamat bersalin walaupun ada sebulan lagi due. Shumi tak sabar keluar tengo dunia.....alamatnya memang kempunan nak makan jagung rebus...

2nd pegnen, Shamzi. Time pegnen si Shamzi, aku tak banyak pulak nak teringin makan itu ini. Mungkin masa ni aku sangat2 berdikari sebab hubby tak tinggal sama2 dengan aku sepanjang aku mengandungkan Shamzi. Hubby dapat offer KPLI waktu ni dan terpaksa berkursus selama setahun di Maktab Tawau. Selera makan mungkin berkurangan disebabkan kerinduan melampau kat hubby...ahaks ;p
Yang aku ingat ada juga teringin nak makan bubur ubi manis masakan mak tapi keinginan tu tak lah sekuat macam Shumi hari tu. Keinginan yang membuak2 kata orang...hehe
Memang rasanya masa pegnen Shamzi, mengidam2 ni memang takda. Asyik termenung jak sorang2 kat bilik. Shumi sajalah peneman masa tu tapi bila dah dekat2 due tu, mak bawa balik Shumi kat kampung sebab takut aku tak terurus dia kalau terbersalin. Tinggallah aku sorang2 di KK tunggu nak bersalin...huhu masa bersalin pun aku sorang2 tau. Hubby langsung tak boleh balik KK masa tu sebab sedang dalam latihan amali. Nasib baik adik ipar tolong hantar pegi hospital. Tengo betapa berdikarinya aku masa pregnen Shamzi. dan alhamdulillah masa pegnen Shamzi, aku memang tak banyak menghadapi masalah atau sakit. Nak keluarkan Shamzi pun sekejap saja sakitnya. Sampaikan ibu2 mengandung yang sebilik dengan aku di hospital pun heran, masuk labor room tak sampai sejam, keluar-keluar dah bawa baby...hehe

Baby girl, Damia. Masa pregnenkan Damia, takda pulak mengidam-idam makan ni. Tapi time ni apa saja makanan di depan mata sure aku mesti ngap sampai abiss. Aku sangatlah kuat makan masa ni. Semua makanan terasa sedap terutamanya mee goreng dan benda yang manis2. Nasib baik berat aku tak naik mendadak, tapi kan timbul masalah lain pulak. Aku kena GDM aka Gestational Diabetes Melitus, ambik ko, bahasa perubatan....hehe aku kena kencing manis semasa mengandung, padan muka aku kan, gelojoh sangat.
Dan rawatannya adalah diet. Kalau tak mo kena cucuk insulin, terpaksa kawal makanan semasa preggy tu. Punyalah seksa ko mengawal makanan masa  pregnen sebab semua benda pun nampak sedap dan menyelerakan. Tapi demi kesihatan baby, terpaksa ikut sajalah...huhu
Alhamdulillah, masa bersalin semuanya ok sahaja dan baby sihat. Tapi sehari sebelum bersalin Damia kan, aku melahap makanan cam tak makan setahun...hehe, pagi makan nasi campurlah, Mcd lah...malamnya makan Pizza, pastu sebelum tidur sempat lagi melantak durian.....sekali subuhnya air ketuban pecah dan jam 7.00 pagi, Damia pun lahir ke dunia....(^_^)


Panjang pulak cite aku pagi-pagi ni....korang janganlah pula menguap2 bila baca post ni ye.....;p


Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday # 36

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !



Sumber : Facebook




Note : ni share dari Facebook untuk nasihat diri sendiri dan bersama.
Typing error - Kuburukan actually keburukan ;p

Tuesday, September 17, 2013

Akhirnya tumbang jua

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !








Note : 3 hari cuti stay kat rumah jak, demam....huhu
Sian kat anak-anak tak dapat nak berjalan-jalan ke mana- mana cuti tu. Duduk kat rumah je lah kami sekeluarga, baba layan Shumi main bola kat PS2. Shamzi lebih suka bermain dengan Damia. Uminya layan movie kat Astro.
Nak berblog pun internet tak mengizinkan, slow sangat, lebih slow dari kura-kura. Hari ni aku pelan2 lawat blog korang ye... (^_^) 

Friday, September 13, 2013

Teguh berdiri


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !






Note : Hari ni tak berapa sihat, demam, kepala berdenyut2, tekak sakit......mungkin kalau tak tahan duduk di opis hari ni, terpaksa ambil EL.  :-(

Thursday, September 12, 2013

Jeruk Betik

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Sabtu yang lalu tekak tetiba nak makan jeruk betik.........punyalah lama tak makan jeruk ni, eh eh eh apasal pulak ngidam makan jeruk betik ;p
jeng jeng jeng.....................................
apakah ??
aku ke yang teringin makan atau anak ????
hehehe
Memang anak pun yang ngidam........anak tekak ;p

Aku teringin nak makan jak, sebab lama dah tak makan jeruk ni. Bukannya pasal si Damia nak dapat adik lagi...
Ni jeruk feveret aku masa zaman sekolah rendah dulu.
Aku ingat lagi kat belakang sekolah kami tu ada seorang makcik yang jual jeruk ni. Jeruk ni best sangat, sedap, rangup, perisa dia semua seimbang, masam, manis, pedas..........terbayang jeruk tu sekarang ni, cam nak meleleh pulak air liur...
Lepas sekolah mesti singgah rumah makcik tu, dekat jak sebelah pagar sekolah jak pun. Harga jeruk sebungkus masa tu 10 sen jak. Murah kan, banyak lagi tu isinya.
Duit 10 sen masa tu khas untuk beli jeruk tu saja, sebab hari2 bapa bagi belanja pegi sekolah 30 sen.
Punyalah lahap makan jeruk betik tu, sampai air jeruk pun habis di hirup...hehe sedaplah katakan.

Sabtu tu memang aku ada beli jeruk betik tu, seringgit harganya pastu bungkusan pun kecik jak....
Rasa dia ok ok jak, tak sesedap jeruk betik makcik sekolah rendah tu...
Kat mana agaknya makcik tu sekarang ni ye.....



Image : Ni bukan jeruk yang aku beli sabtu tu, pinjam gambar dari en.Google

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday # 35

Assalamualaikum

Pagi yang basah di Kota Kinabalu ni. So kita ber WW lah macam biasa ye..(^_^)











Best kan bila kita bangun dari tidur, buka tingkap dan melihat pemandangan macam ni.....terasa nikmat sangat.......sangat bersyukur dengan ciptaanNya

Tuesday, September 10, 2013

Biar anak makan sendiri ?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Yang mempunyai anak-anak sekitar 1-5 tahun mesti mengalami pengalaman yang sama. Kata orang biar anak-anak kecil ini makan sendiri, walaupun ada ibu bapa yang lebih suka menyuapkan anak mereka. Lebih cepat dan makanan pun tak bersepah. Semuanya selamat masuk si mulut anak. Ibu bapa pun gembira jak sebab perut anak kenyang dan tak payah nak kemaskan apa-apa sebab makanan tak bersepah. kan kan kan.... ;p

Tapi itu kalau anak-anak yang mempunyai selera makan yang kuat, kalau anak-anak yang takda selera makan dan mempunyai sifat berdikari yang amat tinggi cam anak aku tu si Damia. Payahnya nak suapkan dia. Siap berguling2 lagi kat atas lantai untuk tunjukkan gaya protes nak makan sendiri. Last-last terpaksa juga Uminya ni mengalah. Damia memang happy gilerlah bila bagi dia mangkuk makanan tu tapi abis makan Uminya ni yang tensen bersihkan semua makanan yang bersepah tu. Apa boleh buat kan, redha jaklah, yang penting dia makan....  



Damia lebih suka makan sila kat lantai daripada atas meja....samalah kami sekeluarga, makan memang bersila kat atas lantai. Lebih selesa dan suda terbiasa dari kecil lagi. Rasanya meja makan digunakan khas untuk hari2 tertentu sahaja....;p 

Monday, September 9, 2013

Kilat Memancar, Guruh Berdentum

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Tajuk gempak tak ingat....hehe
Bukan apa , lately anak-anak aku si Shumi dan Shamzi mempunyai sifat ingin tahu yang kuat tentang kejadian alam semulajadi kita.

Baba Baba, pelangi tu asal dari mana.....macam mana boleh jadi kilat, puting beliung macam mana pula kejadiannya ??
Ambik ko nak jawab soalan bertubi-tubi dari dorang Shumi dan Shamzi. Memang kita akan jawab semua tu ciptaan ALLAH swt kan, sebab memang wajib bagi jawapan tu. Tapi soalan tu berbentuk ilmiah, takkan itu yang dijawab dalam periksa pulak kan....;p
Memandangkan aku kurang berbakat sikit dalam bab-bab menerangkan tentang semua tu (tu pasal tak layak jadi cikgu...huhu), tugas menerangkan semua tu aku serahkan kepada mereka yang lebih berkelayakan, tak lain tak bukan Babanya.....cikgu sekolah lah katakan....aku kiranya bantu sikit-sikit jak....betulkan ayat Baba misalnya, takut terlampau saintifik....

Hubby pun mulalah memerah otak, cara terangkan yang paling sesuai dan mudah difahami oleh Shumi dan Shamzi. 
Kalau terangkan gunakan gambar-gambar tu semua mesti kurang sikit realnya.....last-last, kan sekarang ni zaman teknologi....gunakanlah kemudahan yang ada. On lap top, klik google, taip Youtube.....jangan nak Youtube lagu dan video klip sahaja, banyak lagi benda yang berfaedah boleh kita perolehi daripada Youtube ni. 
So searchlah kejadian kilat, kejadian puting beliung, pelangi tu semua. Selain daripada video klip, ada juga yang telah uploadkan eksperimen kejadian tu semua, contohnya kejadian puting beliung tu......

Tercongoklah Shumi dan Shamzi depan lappy menonton dengan penuh minat dan ingin tahu. Kata orang kemudahan dan teknologi yang ada sekarang ni kalau di gunakan dengan betul akan mendatangkan faedah.....kalau disalah gunakan maka buruklah hasilnya.
Hubby pun tak lah penat nak memerah otak mencari idea untuk terangkan dorang Shumi dan Shami tentang benda tu semua..... :D









Laman Youtube yang di tonton berjuta2 pengguna di seluruh dunia. Sesiapa pun bebas memuat turun dan melayari laman ini. Termasuklah anak-anak kita. Kadang kala kalau berjalan di luar, ada juga aku ternampak anak2 dalam lingkungan umur sekolah rendah sedang asyik menonton video klip di laman Youtube menggunakan tab atau ipad.
Dari pengamatan aku, anak itu sendiri yang menaip dan memilih video mana yang dorang hendak tonton tanpa pengawasan ibu bapanya. Bukan aku hendak menyibuk ke apa, tapi bagi aku, anak seumur itu tidak patut dibiarkan membuka laman ini atau mana2 laman sosial lain tanpa pengawasan ibu bapanya. Lebih-lebih lagi pada umur ini anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Jika buruk yang ditonton maka buruklah hasilnya dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu orang kata, pendidikan bermula dari rumah. Anak ibarat kain putih yang bersih, ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam mencorak masa depan anaknya. Tak gitu ??



Happy Working !!

Note : Berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak ku. :D






Saturday, September 7, 2013

Merdeka ?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Dah sabtu rupanya, tak sedar masa berlalu begitu pantas. Dah abis minggu pertama kita di bulan September kan.
Baru minggu lalu kita menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-56. Tetapi adakah kita telah betul-betul merdeka ??
Soalan yang serius ni ;p

Bukannya apa, sebenarnya ni tentang anak-anak kita yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 3 hari bermula selasa ni.
Dorang belum merdeka dari exam ni.

Anak-anak korang macam mana ? sedang tekun mengulang kaji pelajaran di rumah ke sekarang ni ?? Anak aku ?? sedang asyik menonton kartun, hujung minggu jak benarkan dorang menonton semua rancangan kartun tu. Isnin hingga Jumaat NO CARTOON ! macam mana ? garangkan uminya ni...hehe Sebenarnya ni Babanya yang bagi jadual. Maklumlah tugasnya sebagai cikgu sekolah yang garang terbawa-bawa ke rumah. Kena ada jadual dan disiplin masa katanya. Kalau aku, memang kesian bila anak-anak minta izin nak tengo kartun sekejap semasa hari persekolahan....cair terus bila dorang rayu aku dengan mata yang bersinar-sinar. 

Berbalik tentang anak-anak yang akan hadapi UPSR isnin ni, walaupun periksa dah abis, belum bermakna suda merdeka ye......masih jauh perjalanan yang kena ditempuhi. Tugas kita sebagai ibu bapa adalah mendidik dan membimbing anak untuk terus maju dan berjaya di masa hadapan nanti. :D








Model : Salah seorang murid Tahun 6 di sekolah tempat Hubby mengajar




Note : Anak aku ada 5 tahun lagi nak duduki UPSR. Belum cukup umur katanya. Tak tahu masa dia nanti masih ada ke exam ni lagi......




Friday, September 6, 2013

Sarapan sepanjang zaman # 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Nak share kan antara brekpes feveret aku masa budak2 dulu hinggalah sekarang ni... sebab tu aku bubuh tajuk sarapan sepanjang zaman

Kalau yang duduk kat kampung masa budak2 dulu mesti tahu makanan ni...
Jeng jeng jeng......sapa yang tak kenal dengan ubi kayu rebus kan. Makan pula dengan kelapa parut ataupun ikan masin.....perggghh meleleh air liur bila terbayang2 kan.

Dulu masa zaman budak, kat sekeliling rumah kami tu, mak banyak tanam pokok ubi kayu ni. Masa tu kena rajin bercucuk tanam sebab bapa bukanlah seorang yang bergaji besar, cukup-cukup makan jak untuk kami sekeluarga. Jadi kalau ada tanaman sendiri, jimatlah sikit tak payah beli di pasar kan.

Aku dan adik beradik yang lain paling suka bila mak buat sarapan ubi rebus tiap pagi. Memang best makan ubi kayu rebus ni panas2, nak2 lagi dengan ikan masin dan kelapa parut. Selalu orang akan potong2 bujur gitu jak ubi
kayu ni dan terus makan bila dah masak. Tapi mak tak buat camtu. Ubi kayu yang direbus dan masak, mak akan lenyek2kan dicampur dengan gula dan kelapa parut sekali. Di tabur dengan garam sedikit.

Sedap makan camni, walaupun terpaksa guna sudu sebab dah dilenyekkan. Tambah2 lagi makan sambil minum kopi.....kopi?? yalah dulu zaman budak aku mana lah mampu nak beli susu ataupun milo. So minuman brekpes kami hari2 adalah kopi panas. 
Kami adik beradik namakan resepi ni ubi getuk .....
Getuk tu maknanya ketuk lah, sebab mak akan ketuk ubi tu sampai penyek guna kayu bujur. Dahulu mana ada alat untuk lenyek-lenyekkan ubi tu kan.

Kami adik beradik pula kalau boleh nak request mak masakkan ubi getuk tu hari2. Tapi manalah mak layan kan. Sesekali kena tukar selera juga....hehe

Sekarang ni susah sikit nak dapatkan ubi kayu ni. Kalau mak tanam pun, tak banyak yang menjadi. Agaknya tanah sekarang tak subur seperti zaman dulu2.
Kalau beli di pasar pula, jarang nampak ubi kayu dijual, kalau adapun mesti ubinya kurus jak, tak macam dulu, gebus-gebus belaka.
Sekali sekala, mak akan masak bila kami balik ke kampung. Terubat juga rindu nak makan ubi kayu getuk ni, sarapan sepanjang zaman aku. :p





Note : sengaja tak nak letak gambar ubi kayu, korang bayangkan saja sepinggan ubi kayu rebus yang masih panas, di tabur dengan kelapa parut, tepi pinggan tu pulak ada sepotong ikan masin goreng.......amacam dapat bayangkan.....hehe




Thursday, September 5, 2013

Naik 5 Ringgit !!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Jangan terkejut dengan tajuk di atas......tapi kalau sesiapa yang opisnya sama tempat dengan aku, boleh tensen sebenarnya......
Harga minyak naik 20 sen, aku tak berapa tersentap sebab siapalah kita kan nak kawal2 harga minyak tu semua. Paling abis pun budget minyak keta aku sebulan naik dalam RM50.00 gitu.
Sebelum ni budget minyak dalam RM160.00 sebulan so naik ke RM 200.00 gitu.
Aku kira masih mampu........redha saja lah.....

TAPI !!!! semalam pihak pengurusan kawasan kat opis aku ni dah edarkan memo, bayaran parking akan berubah. Kalau sebelum ni, sehari aku cuma bayar RM2.00 jak, tetapi bermula 1 Oktober ni, setiap 3 jam yang pertama dorang akan caj RM 2.00 dan seringgit setiap sejam yang berikutnya....Yang kami ni kerja opis hour kan, sah2 memang sehari. Sehari pula dorang kenakan bayaran RM 7.00 !!
Tak ke tensen tu......daripada RM 2.00 ke RM 7.00.....kalau sebelum ni budget untuk parking aku sebulan cuma RM 40.00. Tapi selepas kenaikan tu, budget untuk parking sahaja untuk sebulan bertambah ke RM 140.00 !!!!!
Naik berkali-kali ganda tu.......

Satu opis bising semalam pasal kenaikan caj parking tu.....nak buat keja pun dah takda mood, kalau naik 1 atau 2 ringgit tu rasanya kami boleh terima tapi ni naik lima ringgit !! cekik darah ke apa pihak pengurusan tu.

Terus kononnya nak cari jalan penyelesaian......tak mo drive ke tempat keja tapi masalahnya hubby punya tempat keja nun menuju utara, aku punya tempat keja menuju selatan. Tak sama jalan katanya....huhu
Aku bagitahu kat hubby cadangan tu, hubby cakap boleh juga tapi kesian kat anak2 sebab kena bangun terlalu awal dari kebiasaannya....hmmmmmm
Nampaknya kena pikir lagi cara lain. Nak mengeluh dan marah-marah pasal parking tu takda gunanya kan.

Harap-harap pemilik atau penyewa kat tempat ni ambil tindakan dengan membuat permohonan untuk turunkan caj parking tu.


Ok lah nak sambung keja walaupun tak berapa nak ada moodnya. 
Oh ya hari ni last raya, 29 syawal.... Selamat Hari Raya !!



Wednesday, September 4, 2013

Segmen : My Best Entry Bubblynotes.Com

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !






Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

Wordless Wednesday # 34

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Model cilik ku !!


Damia



Shamzi



Shumi
 
 
 
Selamat bekerja di hari rabu !!

Tuesday, September 3, 2013

Program Affiliate

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Korang semua memang dah tahu kan apa itu program Affiliates. Rata-rata semua blogger pun mengikuti program ni, untuk menambahkan pendapatan katanya...

Walaupun agak susah untuk mendapatkan jualan daripada link yang korang pamerkan tu sebab terpaksa bersaing dengan bloggers2 di luar sana, tak da salahnya kan, tempek jak link dan banner tu di blog anda. Mana tahulah kan, kalau rezeki dan kena caranya boleh masyuukk juga tu. 

Blog ni ada juga mendaftar dalam program Affiliates ni. Antaranya:-















Pendaftaran untuk program affiliates ni semuanya adalah percuma. Jika ada jualan yang masuk melalui link anda, pihak penjual akan membayar komisyen seperti yang telah ditetapkan. 

Rasanya baru 2 bulan blog ni mengikuti program affiliate ni, jadi belum ada pulangan lagi. Kena sabar saja sebab ada beratus2 affiliate di luar sana. Kata orang rezeki tak ke mana kan. Tapi dah ramai refer melalui link di blog ni cuma belum ada yang berminat untuk membeli rasanya. 

Amacam korang terasa nak join program affiliate ni ? mudah sahaja, klik jak link yang ada di atas tu dan daftar......:D

Re Post : Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Tahun lalu aku baru aktif berblog semula dan mula rajin publishkan post2. Tapi masa tu belum aktif berblogwalking lagi so maknanya belum ramai yang berkunjung ke blog ni (jadi post tu kira macam SS lah aka syok sendiri, sendiri tulis, sendiri baca :p)

Antara post yang dipublishkan tu, aku re-postkan balik ye..........jadi takda lah aku syok sendiri membacanya (lagipun sekarang dah konpiden sedikit sebab ada yang membacanya....hehe (*_*) )

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum.....

Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada....

Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi dan berkesan...Si Nora ni dapat balasan akibat kekejamannya ngan anak2 yatim tu dalam Takbir Suci 2...dia terminum cuka getah sebab gelojoh makan biskut sampai muntah darah tapi nda pulak meninggal sebab dalam telefilem Takbir Suci 3 dia masi ada......insaf sekejap dalam Takbir Suci 3 tapi kembali 'mengganas' sampai terpijak paku karat....dalam sakit2 kena paku karat tu dia mimpi buruk dan insaf kembali....pastu ada setan lagi ni menghasut...last2 dia cuba mo bakar rumah dengan anak2 yatim tu masa malam raya.....tapi dia pulak yang terbakar dan innalillah.....

Hari ahad tu Astro Prima ada tayangkan Takbir Suci 2 jam 9 malam....saya apalagi tengo sampai abis sambil di temani oleh anak saya yang sulung tu si Shumi....anak saya seorg ni kalau bab2 tengo drama ke filem ke beremosi sikit...kalau gembira dia tersenyum2 seorang, kalau sedih mesti ada air mata terkumpul di matanya...masa dia tengo telefilem ni macam kucing hilang anak saja...tidak tentu duduk...apalagi kalau masa si Nora sedang bantai budak2 tu....gelisah semacam saja si Shumi...sampailah masa si Nora terminum cuka getah tu, tiba2 si Shumi tanya...Umi bukan dia mati terbakar kah tu.......ooo rupa2nya si Shumi pun hafal cerita ni....bayangkan umur dia baru 4 5 tahun masa tengo drama ni...sampai sekarang dia masih ingat......betul2 berkesan sungguh telefilem ni......


Original post boleh baca di sini

Monday, September 2, 2013

Menang Peraduan Dumex Dugro Habib Raya 2013

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Berita yang membuatkan aku tersenyum lebar sekejap......hehe Tak sangka terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk Peraduan Dumex Dugro Habib Raya 2013. Yeahhhh ! syukur alhamdulillah, tak pernah menang hadiah yang aku kira besar dalam peraduan yang aku join....tapi dah rezeki kan.




Ni lah peraduan yang aku ikut tu. Mudah sahaja nak join contest ni, cuma sms dan menang ! semakin banyak anda hantar sms semakin besar peluang memenangi peraduan ni. Hari tu aku sempat hantar 2 penyertaan sahaja sebab tak berharap pun untuk menang. Bayangkan hanya 280 pemenang sahaja yang dicari daripada seluruh penyertaan di Malaysia. 

Tapi dah memang orang kata, rezeki tak kemana. Dan pada 15hb Ogos tu, aku dapat panggilan dari pihak Dumex menyatakan aku terpilih sebagai seorang pemenang dan bakal menerima hadiah sebuah loket emas 916 yang bernilai RM 1,300.00 ! Hadiah tajaan daripada syarikat barang kemas yang terkenal iaitu Habib Jewel. 

Tetapi masih ada syarat lagi untuk dapatkan loket emas tu, kena hantar resit sebagai bukti pembelian susu Dugro 900 gm sebelum 29 Ogos. Tak menjadi masalah bagi aku sebab Damia minum jenama susu ni. Resit dah dihantar dan pihak Dumex telah mengesahkannya. Surat penebusan hadiah akan dihantar pada minggu pertama bulan september ni.

Nasib baik ada cawangan Habib Jewel di Kota Kinabalu ni kalau tak terpaksa kirim salam jak lah hadiah tu.....hehe :p Hadiah kena collect sendiri, kalau nak collect di KL, tak pulang modal katanya huhu



Terima Kasih Dugro !!