Thursday, October 31, 2013

Tiru macam saya!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Sumber : Facebook/Whatapps


Kesian si suaminya, nasib tak kena sakit jantung. Sensitif benar ye isterinya.....hehe



Note : Bensi sia dingar = Benci saya dengar

Alkisah Makan Malam

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Jangan jemu dengan entri yang bertujuan untuk mengenyangkan perut dan merosakkan program diet ini. 

Kisahnya berlaku semalam, jam 3.00 petang masih berada di opis, sambil mengetuk2 papan kekunci komputer, fikiran dah melayang-layang. Apa yang aku nak masak untuk makan malam nanti, nak masak lauk apa? sayur apa? nak makan nasi goreng je kah? atau nak goreng mee?

Tetiba terasa nak makan di luar. Malas masak, aku kiranya nak telepon hubby, nak bagitahu, yang bininya ni malas masak hari ni, yang bininya ni nak belanja makan di luar.

Terus ambik hp, taip message.....taip taip taip. Berpikir sekejap terus tekan butang delete. Tak jadilah. Masaklah ja kat rumah...huhu

Jam 5.20 petang, dalam keta. Tetiba tangan dengan pantas ambik tepon, kol hubby yang sedang ambik Shumi balik sekolah, nanti tolong jenguk, Restoran Bintang Lagenda buka ke hari ni? Hubby tanya napa? aku jawab, balik rumahlah baru bincang.

Serius ni perbincangan, tunggu balik rumah. 
Aku sampai dahulu di rumah. Tak lama kemudian hubby, Shumi, Shamzi & Damia balik. Sampai ja kat muka pintu, hubby terus bagitahu, restoran tu buka......mau pegi makan sana kah?
Diam sekejap.....berpikir lagi ni. Emmmm oklah.

So dengan rasminya semalam tak masak di rumah makan kat Restoran Bintang Lagenda...hehe jangan marah dengan kisah aku yang ntah apa-apa ni...



Nasi Goreng Pataya Ayam untuk Shamzi


Kuey Teow Goreng Ayam untuk Shumi



2 budak hepi dapat makanan 


 2 set Nasi Goreng Bintang Lagenda untuk Hubby, Umi dan Damia





Note : Umur bertambah lagi hari ni.....(*___*)

Wednesday, October 30, 2013

Wordless Wednesday # 37

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Seperti yang dijanjikan, aku sharekan sekeping dua gambar reunion kita orang ahad lepas tu. Ni pun pinjam dari si Nancy.... :D


Geng 'keras' dari dulu ni. Sebelah kiri tu, Cath @ nama muslimnya Khairunisa aka Kay Masingan dan yang tengah tu dari dulu hingga sekarang sentiasa comel dan cute, Marlina @ Teng. Yang kanan tu dah sedia maklumlah kan :D



Berdiri dari kiri - Cath dan Stella.
Duduk dari kiri - Jacky, Nancy, Teng & me.......

Tuesday, October 29, 2013

HE08 Reunion 2013

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Tahun ni sekali lagi, aku dan rakan-rakan coursemate di UMS dulu buat reunion kecil-kecilan. Kecil-kecilan sebab bukan semua yang dapat datang. Ada yang dah balik ke semenanjung, ada yang keja di luar KK. 

Tahun ni hanya 6 orang sahaja yang dapat hadir. Aku, Nancy, Cath, Teng, Stella dan Jacky, rakan kami yang datang jauh dari Singapore semata-mata nak jumpa rakan-rakan wanitanya ini.....hehe cam lain pula sebut wanita.

Kami berjanji jumpa kat Promenade Cafe di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Sambil borak, kita orang nak menikmati hidangan High Tea Bufet yang sangat pemes di KK ni. Seriously if korang nak makan bufet style kat KK ni, pegi je kat Hotel Promenade. Memang sedap dan berbaloi.....

Lebih kurang 2 jam kami di situ, bercerita perkembangan masing2. Buat apa sekarang, anak dah berapa? bila nak tamatkan zaman bujang? Cath dan Jacky actually belum lagi menamatkan zaman bujang masing2. Agak rushing juga kami sebenarnya tapi tu lah, masing2 punya masa yang terhad untuk berjumpa dan berborak. Walaupun sekejap je pertemuan kami tapi amat bermakna sebab rasanya setahun sekali baru dapat berjumpa.

Aku takde pulak ambik banyak gambar reunion kami kali ni, sebab kawan aku yang sorang ni si Nancy yang jadi Photographer secara tidak rasmi so tunggu gambar daripada dia sajalah. Nanti aku kongsikan kat sini ye.....tu pun kalau rupa aku comel ketika makan...hehe  ;p

Aku, macam biasa, gambar makanan wajib ambik.....wajib kongsikan kat sini. Oh ya, High Tea Bufet kat Hotel Promenade ni harga dia RM65 nett seorang. Budak umur 6 tahun ke bawah FOC. Ada potongan harga jika jadi member kat hotel ni.
Nampak cam mahal kan, tapi sebenarnya memang harga standard kat hotel camni. Tapi harga dia memang berbaloi dengan semua makanan yang dihidangkan. 




Bahagian ni memang wajib aku terjah......semua kek dia memang terbaikkkk


Dan bawah ni antara makanan yang sempat aku ngappp hari tu.....








Note : HE08 tu sebenarnya kod program kami semasa belajar di UMS dulu.

Monday, October 28, 2013

Sehari di Sabah Cheshire Home

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari sabtu tu kita orang satu opis pegi ke Rumah Kebajikan Sabah Cheshire Home. Ni sempena Regional Day company tempat aku bekerja ni. Regional Day maksudnya hari sukarelawan iaitu pegi ke pusat atau rumah2 kebajikan, melawat dan bantu apa yang patut.

So jam 9.00 pagi tu berkumpul untuk breakfast dulu, kemudian dalam jam 10.00 gerak ke Rumah Kebajikan Sabah Cheshire Home.



Rumah kebajikan ni menempatkan golongan OKU yang tidak berkemampuan. Ada yang memang cacat sejak dilahirkan dan ada yang dahulunya normal tetapi cacat selepas ditimpa kemalangan.


Antara rakan sekerja aku.



Antara penghuni rumah kebajikan ni. Golongan OKU dengan pelbagai jenis kecacatan seperti Cerebral Palsy, Learning Disability, buta, Down Syndrome, Physical Disability dan Autism.


Di sana kita orang adakan acara permainan yang simple dengan penghuni2 rumah kebajikan, mengecat dinding dan juga makan tengahari bersama-sama. 

Aku sempat juga bercerita dengan dua orang penghuni rumah kebajikan ni. Kedua-dua mereka dahulunya normal tetapi akibat daripada kemalangan, mereka telah hilang upaya untuk berjalan.

Seorang pakcik ni merupakan seorang pekerja teknikal kapal terbang. Beliau terjatuh dari tempat yang tinggi semasa sedang membaiki enjin kapal terbang. 10 bulan beliau koma dan apabila sedar dia dah lumpuh separuh badan. 

Seorang lagi baru berumur 22 tahun. Dia baru sahaja menghuni rumah kebajikan ni tahun lalu. Bercerita tentang pengalamannya, dia terbabit dengan kemalangan semasa sedang berbasikal di kawasan kampungnya.
Dia sedar2 sudah terbaring di tepi jalan dan merasa separuh badannya sangat sakit. Katanya kejadian berlaku pada malam hari dan orang ramai hanya menjumpainya pada jam 6.30 keesokkan paginya.
Hampir 4 bulan juga dia di hospital dan doktor sahkan dia lumpuh akibat tulang belakangnya patah. Dia bersyukur sebab dapat hidup lagi dan sangat menyesalinya perbuatannya yang lalu.
Katanya dulu dia seorang budak yang suka berpeleseran, bercampur dengan budak-budak nakal. Katanya ini mungkin balasan Tuhan kepadanya.
Dia sempat lagi berpesan supaya aku didik anak2 dengan betul, jangan jadi sepertinya. 

Bercerita dengan dorang membuatkan aku betul-betul bersyukur dengan hidup sekarang. Rasa sedih dan sebak juga melihat keadaan mereka. Ada juga yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh keluarga mereka. Kita hanya mampu bersimpati dan membantu apa yang patut.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.




*Sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan bolehlah hubungi Persatuan Rumah Amal Sabah di talian 088 438202 atau email ke schkk@tm.net.my

Friday, October 25, 2013

Doa Keselamatan

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Minggu ni pelbagai berita buruk yang kita dengar dan membimbangkan kita.

Kejadian remaja perempuan mati dibunuh dan disumbat dalam beg pakaian, pegawai bank wanita yang dibunuh dalam kes rompakan kelmarin dan kejadian amuk seorang lelaki yang menyebabkan 2 maut dan dua parah semalam.

Perasaaan bercampur baur bila mendengar berita sebegitu....sedih, simpati, marah dengan pelakunya, takut dan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kita.

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ni sentiasa berhati-hati dan waspada serta berdoa kepadaNya agar dijauhkan dari segala kejahatan dan bala bencana.

~Al-Fatihah dan Takziah untuk keluarga mangsa~



Image : From Google


Amin.................




Thursday, October 24, 2013

Keropok Lekor

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Suka makan keropok lekor kan??? tipu kalau tak suka. Sedap ni makan di waktu petang, cicah dengan sos, minum teh o panas sambil dengar Adila di radio klasik nasional......bestnyyaaaa

Tapi kan jarang dapat makan keropok lekor yang sedap kat KK ni......memang banyak jual tapi belum jumpa yang betul2 menepati citarasa tekak ku ini.

Selalu beli mesti rasa tepung lebih banyak dari isi ikan tu....huhu

Hinggalah hari isnin lepas balik keja tu, hubby tanya ada nampak benda dalam esbok tu. Aku belum check lagi esbok, terus tanya, benda apa?
Keropok lekor dari Terengganu. Kawan Hubby yang berasal dari Terengganu, bawa banyak keropok lekor dari kampungnya tu. 

Hubby ada di beri sebungkus tapi hubby beli lagi 2 bungkus dari kawannya tu. Kata kawannya lekor ni memang sedap.
So trylah goreng sebatang......actually aku tak pernah pun potong dan goreng sendiri keropok lekor ni.....so suka hati je potong cam potong sosej tu...hehe

Sekali goreng dan rasa.......memang puas hati! sedap, rangup dan lembut. Rasa ikan dia memang jelas napa tiba2 aku rasa cam cakap dalam iklan pula
Betul memang sedap. Puas hati dapat makan. krup krap krup krap, tak sedar habis semangkuk dan tak sedar aku dah goreng lima batang keropok lekor malam tu.......;p
Dasar laki bini yang gondo ot


Keropok Lekor yang belum digoreng


Sedapppp!





Note : Gondo ot ertinya kuat makan 

Wednesday, October 23, 2013

2nd Birthday Siti Damia

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Ni kiranya Wordless Wednesday ye. Selamat menyambut hari lahir yang ke-2 tahun untuk satu-satunya puteri Umi, Siti Damia si hitam manis. Dah besar anak Umi ni. Tak sedar masa berlalu, rasanya  macam baru semalam Umi lahirkan Damia.



Damia rasanya lebih kurang umur dalam 4-5 bulan gitu. Rambut masih style cacak2, belum panjang lagi.



Damia umur lingkungan 8-9 bulan. Rambut dah panjang sikit dan jatuh ke bawah


Dan



 

Siti Damia sekarang ni......dah boleh drive keta....hehehe



Selamat Hari Lahir sayang Umi.....semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup...........amin

Tuesday, October 22, 2013

Nak daki Gunung Kinabalu?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Sumber : Koleksi Hubby


Kurang sebulan lagi anak-anak dah mula bercuti panjang. Korang sefamili dah rancang nak cuti pegi mana-mana ke? nak melancong, nak balik kampung, melancong ke obersi atau cuti-cuti Malaysia?

Nak buat aktiviti santai dengan keluarga atau pun lasak seperti mendaki gunung?
Tetiba cerita pasal gunung ni bukannya apa, semalam di opis berborak dengan seorang agent insurans ni yang anaknya dan kazen2nya dari KL nak mendaki Gunung Kinabalu cuti sekolah nanti.

Tanyalah berapa harga kalau nak daki Gunung Kinabalu sekarang ni......dia bagi tengok pakej untuk seorang, makkk aiiihhhh mahalnya nak daki gunung sekarang ni.
Seorang lebih kurang RM500++. Pakej termasuk tempat penginapan, makan, pengangkutan, yuran masuk, guide, permit mendaki dan sijil mendaki. 

Memang jauh beza dengan masa aku dulu. Aku berjaya cehh berjaya daki Gunung Kinabalu tahun 2000 yang lalu. Masa tu sorang cuma bayar RM90 lebih untuk tempoh pendakian 2 hari 1 malam. Perkhidmatan lebih kurang cam pakej tadi. Jauh bezanya kan.
Tapi nak apa yang diherankan, sekarang ni semuanya dah mahal. Kos semua dah semakin meningkat.

So sapa2 yang teringin atau merancang nak daki Gunung Kinabalu cepat-cepatlah bertindak sekarang. Nak book pun kena awal, paling lambat pun, 2 bulan sebelum tarikh pendakian. Google je pakej daki Gunung Kinabalu, memang banyak pilihan. :D



Note : Pengalaman yang paling best bila berada di puncak Gunung Kinabalu.....sayup je tengok semua yang berada di bawah. Perasaan pun bercampur baur, gembira, bangga, ngeri dan kagum dengan ciptaanNya.........Sekarang ni setiap kali terpandang puncak Gunung Kinabalu tu dari kejauhan, tak sangka dulu pernah jejakkan kaki di situ.........(^_^)


Monday, October 21, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Pasar Malam punya cerita

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam isnin semua.......no more monday bluesss ye, tak baik. hehe

Hujung minggu stay di rumah je. Rehat2 katanya, minggu lepas dah balik kampung kan so minggu ni lepak dekat rumah je.

Petang semalam tu keluar sekejap, plan nak beli barang dapur sikit dan isikan minyak keta untuk seminggu aku jenis malas nak singgah stesen minyak selalu.
Lepas settle semua, Hubby ajak singgah di pasar malam sekejap. Katanya nak beli kuih dan pisang goreng.

Sampai kat pasar malam, terus ke gerai kuih dan belilah apa yang diinginkan. Tapi kan aku paling tak suka pegi pasar malam. Selalu kata nak beli itu je lah, tapi sampai sini, kaki dan mula melangkah sendiri meninjau2 gerai yang lain....huhu

Dan terbelilah makanan-makanan yang bukan ada dalam senarai awal. Dari pisang goreng, beli mee goreng, beli ayam goreng, beli ayam penyet dan terbeli seekor ikan keli goreng yang  'comel' je saiz dia....:p



Ayam penyet ni memang sedap tapi tak abiss makan. Simpan dalam esbok boleh makan hari ni...hehe sayang membazirr....



Suasana pasar malam. Ni je lah yang sempat aku snap.




Ikan Keli goreng yang saiz extra SS. Punyalah kecik, harga RM3.00 seekor. Nasib baik sedap.



Ok lah tu je ceritanya. Sambung keja. TaTa!

Sunday, October 20, 2013

Nostalgia Aiskrim

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!




Masih ingat aiskrim dalam gambar tu. Sangat popular zaman budak2 tahun 80-an dan 90-an. Ni kira makanan wajib beli aku masa kat sekolah rendah. Bapa setiap hari akan bagi 30 sen untuk belanja sekolah dan aku memang khaskan 10 sen untuk beli aiskrim batang yang pelbagai perisa tu.... 

 Sangat sedap bila makan aiskrim ni terutamanya dalam cuaca panas atau selepas penat bermain. Bestnya bila ingat kenangan tu. Rasa nak putar balik je semua tu :D 

 Sekarang aku masih dapat rasa keenakkan aiskrim tu. Mak rajin buat. So anaknya ni mengambil kesempatan tapau balik ke KK. Sedap, rasanya masih seperti zaman budak2 dulu. 

Aku memang boleh buat tapi tak boleh lawan hasil air tangan mak.... :-) 
Pelbagai perisa, ada kacang merah, oren dan mangga.....rajin mak aku buat dan rajin anak-anaknya makan...

Friday, October 18, 2013

Minggu Exam!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Semua tajuk post bertemakan 'minggu' hehe, sila abaikan je lah

Minggu ni dan minggu depan, anak-anak aku si Shumi dan Shamzi nak exam. Harapnya dorang dapat jawab semua soalan dengan betul. Dorang ada ujian hafazan dan bacaan Al-Quran juga untuk sekolah agama, semoga mereka dapat membaca dengan lancar.

Untuk anak-anak yang hendak menduduki peperiksaan, ada doa yang ingin dikongsikan



Sumber : Image from Google


Thursday, October 17, 2013

Minggu Makan Coklat!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Minggu ni makan coklat je lah......banyak dapat coklat dari rakan-rakan yang pegi Labuan hari sabtu lepas.

Actually, opis tempat aku keja ada family day untuk staff dan agent cawangan KK. Tapi aku tak dapat join sebab nak raya haji kan. Tambah-tambah lagi anak-anak takde orang nak jaga sebab stay satu malam di Labuan tu kan.
So tak dapat pegi, bukan rezeki kali ni nak ke Labuan. huhu

Tapi kan balik opis je hari ni, dapat banyak coklat. Besar2 lagi tu. Isnin lepas pun dapat coklat dari satu agent ni....belum abis makan, masih banyak baki dalam esbok.

Anak-anak aku confirm seronoklah tengo coklat bertimbun dalam esbok.....termasuklah hubby aku tu, seorang penggemar coklat tegar uuppsss bocor rahsia hehe


Makan Malam Semalam!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari ni dah mula balik keja selepas 3 hari bercuti. Hari ni keja dan esok, lepas tu dah hujung minggu, cuti lagi kan.....hehe

Semalam lepas ambik Shumi dari sekolah, hubby tanya masak ke nanti balik rumah? Aku memang jawab cam biasa je, masak, kan dah itu kewajiban seorang isteri dan Umi....cehh budget isteri mithali punya jawapan gitu :p

Tetiba hubby tanya, restoran Bintang Lagenda buka, kita singgah makan di sana.
Restoran ni selalu tutup sebab uruskan katering je, kami suka makan kat sana, makanan dia boleh tahan sedapnya....

Bak peribahasa, orang mengantuk disorongkan bantal, aku mengikut je.
Hubby belanja makan. Tak payah masak malam ni...yeahhh! hehe

Sampai sana terus order dan terhidanglah menu di bawah ni...;p



Kuew Teow Goreng Ayam untuk Shumi dan Shamzi...dorang yang nak makan. Sepinggan bahagi dua sebab kuantitinya agak banyak.



Nasi Goreng Kampung extra pedass untuk Hubby....nak keluar air mata Hubby masa makan....huhu



Ikan Masak Asam Pedas, memang extra pedas punya untuk aku dan Damia. Tapi Damia tak makan ni lah, dia lebih suka makan nasi putih yang dicampur dengan kuah sup. Kalau makan kat Sabah ni, setiap menu akan dihidangkan dengan kuah sup sekali.



Licinnnnn.......Harga tiap menu RM6.00, caption dalam gambar tu aku tak boleh hilangkan tanda $ tu. Kalau betul $6, mau dekat RM13 sepinggan....hehe
Hubby bayar dalam RM19.00 untuk harga makanan di atas plus dengan air teh o panas kurang manis segelas untuk aku. Hubby dan anak-anak lebih suka minum air suam daripada minuman manis semua tu. Harga berpatutan untuk hidangan makanan yang sedap!

Wednesday, October 16, 2013

Cerita Raya Haji!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Ada yang dah start keja balik selepas bercuti raya haji semalam kan?
Memang ada yang masih cuti disesetengah negeri sebab raya haji cuti 2 hari kat tempat dorang.

Aku?? memang masih cuti tapi potong Annual Leave lah. Sebenarnya tak rancang nak ambik cuti hari ni tapi nursery tempat Damia tu tutup 2 hari, raya haji dan hari ni.
So takda pilihan kena cuti jugalah jaga Damia.
Nasib baik aku ada baki cuti lagi...huhu

Raya Haji korang camna?
Aku balik kampung isnin tu sebab nak sambut raya kat sana sama-sama dengan keluarga.
Mesti korang heran kan, napa tiap raya balik kampung aku, tak balik kampung hubby.......
emmm aku susah nak bagi jawapan. Memang aku dan Hubby suka balik Kota Marudu, kampung aku agaknya...:p

Balik kampung sehari semalam jak. Hari selasa, semalamlah tu, lepas makan-makan dan ziarah nenek, kami terus balik ke KK. 
Agak kelam kabut sikit tapi apa boleh buatkan, Shumi sekolah hari ni cam biasa so terpaksalah. 

Aku dan Hubby walaupun cuti, kitaorang tak bagi Shumi ponteng kalau bukan hal-hal yang penting dan terpaksa, takut terbiasa pulak. 
Tau lah kan, budak-budak, kalau kita dah ajar buat sesuatu benda tu, nanti dia akan pandai minta balik.
Dan bila kita cakap tak boleh, tentu dia akan soal balik kat kita, napa hari tu boleh ponteng, napa hari ni tak boleh????? kan payah ko nak menjawabnya huhu

Pagi raya, sempatlah juga kitaorang masak nasi beriani, kari ayam, ayam goreng, nasi impit dan kuah pecal (yang ni segera je) untuk santapan raya. Picture tak sempat snap sebab dah tak ingat diri semasa makan hehehe

Tukang masak semestinya mak dan kakak aku tu. Aku cuma tolong goreng ayam ala ala kentaki gitu kononlah..
Walaupun makanan simple2 jak tapi puas hati sebab dapat makan beramai-ramai dengan keluarga. Itu yang semestinya kan.... :D


Ok lah tu je cerita satu hari di hari raya aku.......selamat bercuti untuk yang masih bercuti dan happy working untuk yang sedang bekerja!

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!




Tak kira korang kat mana sekarang, di kampung ke, kat rumah ke atau di mana-mana, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dari Mia sekeluarga......

Sunday, October 13, 2013

Projek Mural Sekolah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Selamat hari minggu semua!

Hari ni baru dapat jenguk blog. 
Semalam agak ke bz an sedikit sebab nak jaga 3 beradik tu...hehe
Hubby ke sekolah pagi dan tengahari baru balik sebab ada kerja nak dibuat di sekolah.

Dia nak siapkan lukisan mural di dinding sekolah tempat dia mengajar tu.
Projek ni nak kena siapkan dalam minggu depan kata hubby. itu yang terpaksa juga ke sekolah walaupun hari sabtu.

Kata hubby, last minute baru dia dapat tugasan ni. Dah tu terpaksa nak siapkan cepat pula.
Arahan orang atasan katanya. Walaupun agak tergesa-gesa, terpaksa jugalah terima. Dah namanya kerja kan. 




Lukisan mural yang hubby lukis kat dinding sekolahnya.
Kata hubby, kejanya cuma melukis semua gambar pemandangan tu dan rakan-rakannya yang lain tolong warnakan.
in sha Allah dalam minggu depan siaplah projek mural tu.

Nasib baik hubby cepat abiskan semua lukisan tu semua, sebab sebelah petangnya hujan dah turun.
Tengo je lah awan hitam dan bekas air di halaman sekolah tu.
Seminggu ni KK dan kawasan sekitarnya memang hujan sahaja.
Dengar berita sebab tempias taufan yang melanda negara China baru-baru ni.



Note : Lusa dah nak Raya Haji......balik kampung ke? hati-hati dalam perjalanan....semoga selamat sampai ke destinasi ye :D

Friday, October 11, 2013

Uli tepung guna kaki??

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Nak kongsikan berita yang agak menjijikkan dan memualkan. 




Sangat kotor kan? Peniaga-peniaga makanan janganlah tak ambil kisah tentang penyediaan makanan di premis mereka. Pantau pekerja-pekerja buat kerja. Tak berkat tau rezeki yang kita dapat dengan menjual makanan sebegitu kepada orang lain.



Ok TaTa & Salam Jumaat!

Note : Minggu depan nak Raya Haji dah! :D

Thursday, October 10, 2013

Ampap Ikan Sabah Style!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Kan aku memang suka post n3 pasal makan-makan ni. Ni lauk untuk makan malam semalam. Walaupun sampai lewat di rumah disebabkan kejammedan yang melanda (tak tahu pasal apa tetiba jammed sangat) tetap gigih siapkan makan malam untuk anak-anak dan hubby!



Before and after!



Siap! hidangan makan malam yang simple. Hubby siap ratah ikan lagi...hehe


Resepi Ampap ikan boleh lihat di sini

Wednesday, October 9, 2013

Adik mau kasang?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Alkisahnya ada 3 orang nenek baru balik dari shopping mall.
Mereka pun tahan 1 teksi dan semua duduk di seat belakang.


10 minit kemudian kedengaran bunyi plastik di belakang. 10 minit pastu nenek tu tanya taxi driver,

Nenek : adik oo adik, ko mo makan kasang kah?

Taxi Driver : Buli bah, makcik....sambil hulur tapak tangan dia ke arah nenek tadi. Dia pun melihat tapak tangan dia penuh dengan mixed nuts lalu memasukkan ke dalam mulut.

Taxi Driver : oiiii....sadap kasang ko ni makcik. Fresshhh lagi, tiada garam.

10 minit kemudian, nenek tu bertanya lagi...
Nenek : adik.....ko mo kasang lagi?
Taxi Driver : Buli bah makcik. Sambil hulur tangan, lepas tu masukkan ke dalam mulut dan kunyah.
Taxi Driver : Makcik, kamu tia makan kasang kah??

Nenek pun jawab...

Nenek : Kau taulah bah kami ni adik. Sudah tua, gigi pun tiada lagi. Kami suka isap dia punya cokolat saja.......!



Sekadar hiburan semata-mata. Tiada berkaitan dengan sapa-sapa pun.
Pengajaran, sila berhati-hati bila menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenali :p


Sumber Lawak : Facebook/Whatapps

Sarapan Sepanjang Zaman # 3

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Sebelum nak mulakan post ni, korang mesti tanya kan apasal blog ni sikit2 cite pasal sarapan kan?

Aku memang suka cite pasal makanan.....hehe
Dah abis aku cite pasal sarapan, nanti aku cite tentang makan tengahari, makan malam dan supper sekali....;p

Bukan apa sebenarnya, aku banyak nak kongsi kenangan zaman budak2 dulu. Lagipun blog ni wujud sebab nak kongsikan kenangan suka duka aku.
Tengok blog title pun dah tahu kan...:D

Ok berbalik kepada cite sarapan tadi. Sarapan yang merupakan kuih ni aku suka sangat makan cicah dengan air kopi.
Ni lah satu-satunya sarapan yang kami mampu beli masa budak2 dahulu. Harga sebiji 20 sen, so kalau seringgit dapatlah 5 biji. Kadang2 beli sebiji dapat extra lagi 2 biji sebabnya beli dengan mak saudara...hehe

Kuih donut sebenarnya.......tapi kami panggil kuih ni kuih gelang.
Donut tu kira yang nama moden, sebab dah dipelbagaikan rasanya...

Kuih gelang yang kami beli dengan makcik, memang besar saiz dia, di lumur dengan gula kasar.
Tapi kami tak suka yang ada gula, kami suka yang kosong sebab nak cicah dengan air kopi kan....

Nak dapatkan kuih gelang yang belum lumur dengan gula tu, mesti kena beli awal pagi, subuh lagi makcik dah start buat kuih sebab nak berniaga di pasar. So dalam jam 6 pagi dah tercongok depan pintu rumah makcik. Kuih gelang makcik memang sedap, lembut dan gebusss......

Ingat lagi satu hari tu, musim banjir, air memang naik paras paha. Tetiba kami teringin sangat nak makan kuih gelang makcik. Apalagi aku dan adik redah banjir pegi ke rumah makcik. Rumah makcik dekat sahaja sebenarnya selang dalam 3 buah rumah gitu. 
Bukan main aku dan adik meredah air banjir tu, dalam hati memang seronok sebab dapat main air...hehe
Dan sebelum sampai rumah makcik, ada satu kawasan tanah berlekuk yang nak kena lintas, kalau banjir memang tempat tu agak dalam. Aku dan adik redah je walaupun air kat kawasan tu dalamnya hingga paras dada.
Ni semua gara-gara kuih gelang makcik..

Tapi tu semua dah lama berlalu. Kuih gelang tu hanya tinggal kenangan. Makcik dah meninggal dunia tahun 2011 lalu disebabkan penyakit yang telah lama dihidapinya. Komplikasi kencing manis dan asthma. Al-Fatihah untuk arwah Makcik.

Sumber : Google
Lebih kurang bentuk kuih gelang tu yang aku suka makan tu
 



Sumber : Google
Yang ni kuih gelang zaman moden, nama pun dah class, donut! very the colourful lagi.....:D


Tuesday, October 8, 2013

Semua pun dah blocked!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Semalam sampai je kat opis, on pc dan buka blogspot......seperti kebiasaannya. Aku selalu sampai jam 8.00 pagi kat tempat keja, so ada setengah jam untuk update n3 dan BW mana yang sempat sebelum waktu bekerja jam 8.30 pagi.

Tunggu website running sambil ngunyah biskut sayur Munchys. 
Apasal lambat sangat nak buka blogspot ni.....?
Tunggu lagi sambil teguk milo panas...
Tetiba keluar ayat Access Denied....bla bla bla bla
Hati debar2....kena blocked ke website ni?
Tak puas hati.....taip lagi blogspot dan enter!
Benda yang sama keluar...

Arrggghhh!!!! confirm, blogspot dah kena blocked....
Company dah blocked segala website yang berkaitan dengan Social Networking....
Nyampahnyaaa..
Nasib kita serupa Fiza..huhu

Terpaksa update segala benda guna blogger application kat android tu. Boleh tu boleh tapi nak edit segala banyak yang tak boleh kalau guna apps ni. 
So terima je lah post yang tidak kemas dan kadang kala ejaan tak tentu arah.

Ok TaTa!

Monday, October 7, 2013

Ikan Masam Manis ala Umi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Selamat hari isnin semua. Pagi ni nak kongsi resepilah kononnya. Simple je sebenarnya. Ikan Masam Manis ala Umi....:p

Bahan-Bahan:-
Sepotong ikan putih (2-3 hidangan)
2 ulas Bawang Putih di ketuk
Bawang Merah di hiris
Halia di hiris
Lada Hijau di hiris
Sos Cili
Sos Tiram
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Air Asam Jawa
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara Masak:-
Perapkan dahulu ikan tadi dengan garam, serbuk perisa dan air asam jawa. Biarkan dalam setengah jam gitu. Kemudian goreng ikan hingga masak tapi jangan terlalu kering. 
Untuk kuahnya, tumiskan bawang putih, bawang merah, lada hijau dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit gula. Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah menjadi pekat. Tuangkan ke atas ikan tadi dan hidangkan.
Simple tapi sedap kata hubby! :D






Note : Blogspot rasanya company dah blocked. Try masuk website asyik denied saja. huhu Ni pun update guna hp so agak tidak kemas sedikit. Nampaknya perlahanlah aktiviti post dan bw kali ni sebab semua terpaksa buat kat rumah sahaja.....:-(