Thursday, November 28, 2013

Extra Budget untuk Parking!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari tu dah pernah cite tentang caj parking tempat aku keja ni dah dinaikkan dari RM2 ke RM7 sehari....gilak ko, mahal bebeno.....

Nasib baik dorang ada tawarkan season park dengan bayaran RM84.00 sebulan so ambik yang ni lah daripada aku membayar hari-hari RM7.00, sebulan dekat RM150.00 dah.
Semua pun dah naik harga......nak mengeluh pun takde gunanya, redha je lah nak oiiiii.....


Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday # 40

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!




Rindunya suasana kampungku (^______^)




Note : Tahniah buat Farah bubblynotes atas kelahiran cahaya matanya yang pertama!

Tuesday, November 26, 2013

Makan durian di Jalan Alor

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Selamat pagi.......masih lagi cerita JJCM di KL ye.
Hotel yang aku dan kawan2 stay sabtu tu di area Jalan Alor so kawasan ni lah yang aku lalu. Sangat-sangat sempit dan ramainya manusia.
Menjelang petang gerai-gerai makanan dah buka tapi aku tengok kereta masih lalu lalang lagi kat jalan ni. Memang tak kena tutup ye tempat ni untuk kenderaan bila gerai semua tu dibuka......rasanya sangat tak selesa tengok bila nampak orang ramai makan di tepi2 jalan raya dan kereta lalu lalang meninggalkan asap dan habuk....huhu


Jalan Alor petang dan di malam hari


Sempat temankan kawan aku yang sorang ni makan durian. Tengah pregnen 5 bulan, mengidam nak makan durian, layankan je lah :D

Monday, November 25, 2013

JJCM Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

3 hari sunyi blog ni sebab puannya sedang bercuti-cutian. Bukannya cuti apa pun, jumaat lalu company tempat aku keja ni buat Annual Dinner kat KL. Flight dan hotel free so pegi je lah...hehe

Dinner jumaat malam tu, sepatutnya sabtu tu boleh balik ke KK dah, tapi kawan-kawan sekerja ajak extend semalam sebab katanya nak JJCM dan bershopping dulu. Tapi extend, company tak tanggung lah, sendirian berhad. 

Aktiviti di KL adalah jalan-jalan cuci mata, shopping shopping dan shopping, makan makan dan makan lagi....:p


Shopping shopping dan shopping lagi sampai ternipis poket...hehe Masa pegi KL beg nipis ja, tetiba menjadi gemuk masa balik KK pulak :D


JJCM sampai sakit pinggang.....hehe



Hari ni aku cuti sebab masih mamai sebab balik KK semalam ambik flight malam. Memang dah awal2 apply cuti sebab nak rehat sehari katanya. Kaki dah lenguh sebab banyak berjalan. Nanti aku cite pasal annual dinner tu :D




Note : Kiranya nak juga jumpa kawan2 blogger yang duduk kat KL tu tapi masa tak mengizinkan...huhu

Thursday, November 21, 2013

Todak vs Bahtera

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!










Note ; Jawab pertanyaan OKje semalam, kat Sabah hampir kesemuanya panggil "Bapa" tu bapa......:D

Extra Note ; hari ni takde idea lah pulak. So tatap je lah foto2 kat atas tu. Entri semalam kata hubby sangat-sangat berkesan, dia touching tau. Even kakak aku pun nanges bila baca entri tu...huhu. :-( Entri tu lahir dari pengalaman aku sendiri dan masa taip entri tu laju jak tangan, tak sampai 5 minit dah siap. Ikhlas dari anak untuk bapanya. Sangat sangat sayang my Bapa. :D

Wednesday, November 20, 2013

Yang ke-58 tahun

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Masuk darjah satu
Aku ingat lagi bapa ikatkan rambut ala ala pony tail tapi tegak ke atas seperti pendekar samurai jepun....
Bapa orang yang sangat gembira bila melihat aku naik pentas mengambil hadiah kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Nampak wajah keriangan bapa di hujung dewan.

Sekolah menengah
Sudah lewat petang, aku masih di perhentian bas menunggu bas untuk balik ke rumah selepas habis aktiviti di sekolah. Nampak dari jauh bapa mengayuh basikal tuanya. Baru balik kerja. Bapa melihat aku di bus stop lantas menyuruh aku membonceng basikalnya balik ke rumah.
Kasihan aku melihat bapa bersusah payah mengayuh basikal semasa kami melalui kawasan yang agak berbukit....
Terima keputusan SPM, aku tunjukkan slip, bapa sangat-sangat gembira. Dia terus mengambil slip itu dan pergi ke tempat kerjanya dan tunjukkan kepada rakan-rakannya. 
Bukan bapa hendak menunjuk-nunjuk, bukan... aku tahu, sebab bapa bukan bersikap sedemikian. Bapa cuma gembira, teramat gembira kerana aku mendapat pangkat 1 dan dia tidak tahu bagaimana hendak meluahkannya.....

Diterima masuk ke Universiti
Aku tunjukkan bapa surat tawaran masuk ke UMS. Bapa tersenyum bangga tetapi disebalik senyumannya, aku tahu dia sedang memikirkan bagaimana perbelanjaan ku di sana, bagaimana mahu membayar yuran?
Aku terus berkata, kita tolak saja tawaran tu, tak apa kata aku, aku boleh mencari kerja lagipun aku sudah mendapat sijil STPM.
Bapa marah, sangat marah.......jangan fikir pasal duit, kau belajar saja, pandai-pandailah aku cari duit tu...

Sehinggalah sekarang.....aku sudah bekerja, sudah berkahwin, sudah ada 3 anak., bapa masih begitu., masih mengambil berat tentang anak-anaknya. 
Hampir setiap minggu, bapa pasti menelepon aku, tanya khabar aku, tanya khabar anak-anak aku.
Sudah 58 tahun umur bapa. Tapi dia masih seperti dahulu. Seorang bapa yang sangat bertanggungjawab, penyayang, sabar, sangat mengambil berat tentang anak-anaknya. 
Tak terbalas rasanya aku dengan segala apa yang telah bapa korbankan untuk anak-anaknya.





Selamat Menyambut hari lahir yang ke-58 bapa. Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang sempurna, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu....amin




Tuesday, November 19, 2013

Kosong...Kosong...

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Akhirnya pendapatan cehh pendapatan konon le, pendapatan pasif ni yang dikumpul selama setahun telah selamat dicashoutkan semalam......so tunggu sebulan lah ceknya nak datang ye.

Dulu macam tak percaya bolah dapat duit dari berblog ni tapi bila sendiri dah tengok hasilnya, rasa macam best saja.....rasa macam seronok jak..hehe



Dah jadi kosong kosong kosong semuanya B-)


Tapi kan, Nuffnang ni sekadar sampingan jak..lainlah kalau ko nak jadikan ianya sebagai pendapatan utama. Kenalah usaha dengan lebih keras lagi kan.
Bagi aku berblog sebab aku memang suka menulis, kongsi-kongsi cerita dan dapat kenal dengan ramai rakan walaupun tak pernah bersua muka.
Sangat-sangat best tau.... :D

Ok lah....nak sambung keja yang berlambak. Minggu ni aku agak ke bz an sedikit. Sorry kalau tak tersinggah 'rumah' korang yek.....nanti pelan-pelan aku datang B-)


Monday, November 18, 2013

Majlis Anugerah & Khatam Al-Quran, Tadika Intensif Cahayaku dan SAR Annur

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari tu dah attend majlis penyampaian hadiah kat sekolah Shumi. Sabtu yang lalu pula pegi ke Majlis Anugerah & Khatam Al-Quran tadika tempat Shamzi belajar dan Shumi bersekolah agama. 

Bukan main bersemangat lagi Shamzi dan Shumi pagi-pagi tu sebab dorang nak buat persembahan kan. Dah hari-hari berlatih Ya Hanana, mestilah semangat berkobar-kobar.
Sesampai jak kat sana, Shumi dan Shamzi terus ke belakang pentas bersiap2 dan kami pegi mencari tempat duduk. Kami sampai lewat so tempat duduk banyak yang dah dipenuhi oleh ibu bapa. Nasib baik dapat tempat duduk yang agak strategik kedudukannya. 

Dengan sabar terus menunggu persembahan dorang Shumi dan Shamzi. 
Shumi dan rakan-rakan sekelasnya membuat persembahan nasyid dalam bahasa Inggeris, tajuk aku agak jak, You bring the light....lebih kuranglah sebab ayat ni disebut berulang kali. 


Persembahan Shumi. Nampak kecik jak Shumi yang berbaju melayu purple tu kan, lebih-lebih lagi berdiri di sebelah budak perempuan yang berbadan comel tu. hehe


Kemudian giliran Shamzi dan rakan-rakan kelasnya pula membuat persembahan. Dorang membuat persembahan nyanyian sambil melakonkan watak2 yang ada dalam lagu tu. Lagu Tanya sama pokok dan dari ulat jadi kepompong aku tak tahu apa tajuk dia, tapi memang semua tahu kan aku bubuh lirik lagu tu...hehe



Shamzi memegang watak ulat. hehe Semua penonton terhibur bila melihat 'ulat' tu bergerak-gerak cam di atas tu. 


Habis jak semua persembahan tu semua, acara penyampaian hadiah pun dimulakan. Aku sebenarnya tak tahu keputusan peperiksaan Shamzi tapi hari tu cikgu tadika Shamzi pesan banyak kali, jangan lupa datang sebab Shamzi akan naik pentas terima hadiah. 
So tunggu jak lah nama Shamzi dipanggil........dan tak sangka pula aku, Shamzi dapat tempat pertama dalam kelasnya. Alhamdulillah, tahniah Shamzi!


Semoga Shamzi terus kekalkan prestasi!


Shumi pula cuma mendapat tempat ke-4 dalam kelas di sekolah agama. Dapat hadiah saguhati juga, tetapi dia sedih sikit hari tu. Dah bagitahu dia, tak berjaya kali ni, tahun depan kena usaha lebih lagi. Gagal sekali tak bererti gagal untuk selama-lamanya. :D


Tahniah untuk Shumi juga!


Aku tertunggu-tunggu juga bila pula persembahan qasidah Ya Hanana dorang Shumi dan Shamzi ni...... Rupa-rupanya Ya Hanana tu untuk persembahan penutup, dinyanyikan beramai-ramai oleh semua pelajar.
Tapi kan, semasa persembahan ni, aku kat luar dewan bersama Damia. Damia dah mula buat perangai, bosan dia duduk lama dalam dewan tu. Takde rezeki aku tengok Shumi dan Shamzi ber Ya Hanana. huhu




Note : Aku sebenarnya nak upload video ulat persembahan Shamzi tu tapi tak boleh pulak. asyik error jak...huhu korang bayangkan jaklah ulat comel sedang bergerak-gerak ye....hehehe






Sunday, November 17, 2013

Nuffnang...nak cash out ke ???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Tak pernah lagi sebenarnya cash out hasil dari Nuffnang ni. Almaklumlah blogger seumpama melukut di tepian gantang ni manalah nak dapat pendapatan bertingkat-tingkat cam blogger yang lain tu.

So hasil yang dikumpul selama setahun ni blog dah berusia 6 tahun tapi aktif setahun yang lalu rasanya nak juga merasa duit dari hasil iklan yang menempek kat blog picisan ni.

Jumlah taklah banyak, cukuplah sekadar nak angkat sebijik kerusi Gintell tu hahaha angan-angan mat jenin lagik, korang percayalah tu konon
Tak banyak tapi cukup untuk stay semalam di Kinabalu Pine Resort, Kundasang tu. hehe
Sikit pun rezeki namanya kan, alhamdulillah.

Tapi kan kalau korang sudi nak bantu aku capai angan-angan mat jenin tu, sudi-sudikanlah ye.


Tinggal yang ni je, iklan yang lain dah selamat dicreditkan. :D

Saturday, November 16, 2013

Cuti sekolah bermula

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari ni anak-anak dah mula bercuti malahan ada yang 3 hari lepas dah mula bercuti. Shumi dan Shamzi pun mula bercuti hari ni. 

Dah ada rancangan cuti-cuti sekolah ni? aku pun sedang berpikir nak buat apa cuti sekolah ni. Maklumlah masa terhad kan, yang cuti anak-anak aku dan hubby jak, aku masih berkerja macam biasa. 
Lagipun Shumi dan Shamzi tak cuti sepenuhnya sebab dorang masih ada kelas mengaji setiap pagi isnin hingga jumaat. 

Ada juga survey-survey tempat untuk bercuti tapi yang dekat-dekat jak. Tempat feveret yang dekat tu haruslah Kundasang (tak pernah jemu pegi tempat ni setiap tahun hehe). Best menghirup udara segar dan sejuk di pergunungan ni konon2 obersilah

Kalau jumpa tempat yang best tu, nanti aku sharekan ye.... :D



eeeeehhhhh...gambar yang sama dengan post semalam.....bukan apa, saja jak nak beritahu, ni sebenarnya bukan lukisan tetapi gambar pemandangan yang betul yang telah disnap menggunakan Nikon D7000 oleh hubby di Jambatan Gayang, Tuaran tetapi telah ditouch up kan sedikit menggunakan Lightroom dan Adobe Photoshop :D


Friday, November 15, 2013

Yang terbaik?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Yang terbaik antara yang terbaik??
Apabila pelajar dapat hadiah kerana mendapat keputusan cemerlang, mesti dorang gembira kan....
Apabila pekerja dapat naik pangkat disebabkan prestasi kerjanya yang sentiasa meningkat, sapa yang tak happy.....

Apa yang aku membebel ni sebenarnya? 
Sesiapa pun yang dapat penghargaan daripada segala penat lelah dan usahanya selama ini, memanglah gembira dan sangat terharu......gila ko tak happy....
Lebih-lebih lagi penghargaan itu datang tanpa disangka-sangka, ko tak pernah pun impikannya selama ini. 

Tapi kan besarnya penghargaan yang ko terima, seumpama sekali gandanya besarnya tanggungjawab ko selepas ini. Boleh ke nak galasnya selepas ini???
Dan apa penerimaan dan pandangan orang di sekeliling terhadap penghargaan yang diterima. 
Kenapa dorang tak dapat penghargaan itu??
Adakah dorang akan pandang atau layan ko seperti sebelum ini??

Ok ke bila anda dipilih yang terbaik di antara yang terbaik????


Gambar takda kaitan pun dengan bebelan di atas......saja je selitkan karya si hubby...hehe



Note : Sorry entri edisi ntah apa-apa kali ni....kalau ada yang tak paham luahan di atas, buat2 paham je lah ye...B-)

Note Tambahan : Aku belum naik pangkat ye kalau ada yang nak bertanya...hehe

Thursday, November 14, 2013

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang # 2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Seperti yang dijanjikan, aku kongsikan beberapa gambar sekitar majlis anugerah pelajar cemerlang sekolah Shumi. 

Majlis sepatutnya bermula jam 7.00 pagi tetapi lewat sejam disebabkan menunggu ketibaan tetamu jemputan.....dah jadi perkara biasa seperti majlis2 seumpamanya, jarang yang mengikut masa yang telah ditetapkan

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada mereka-mereka yang berkenaan, kemudian persembahan daripada murid-murid. Dan seterusnya majlis penyampaian sijil dan trofi kepada murid-murid yang cemerlang.




Sebelum acara penyampaian hadiah dimulakan, slide show khas dipersembahkan untuk tontonan para jemputan. Ini merupakan paparan gambar murid-murid cemerlang bersama ibu bapanya termasuk aku, hubby dan Shumi sambil diiringi lagu Sudirman, Ayah dan Ibu. Rasa sebak juga bila mendengar lagu tu sambil melihat paparan gambar tu semua. 






Tahniah Shumi! semoga anak Umi terus kekalkan prestasi. Jangan cepat berpuas hati dengan kejayaan yang baru dikecapi, masih terlalu jauh perjalanan mu. Ini baru permulaan untuk meningkatkan usaha agar terus kekal berjaya. Semoga anak Umi akan terus berjaya dunia dan akhirat......amin.






Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday # 39

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Dah namanya WW kan.....tak payah aku cite panjang2, layan je gambar anak dara aku ni bila dah bebas lepas dari dukungan Uminya semasa di restoran Pizza Hut. Dah macam lipas kudung pula aku tengok lari tak tentu arah....huhu sabar jak lah


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari ni tak kerja, ambik emergency leave. Bukanlah kecemasan sangat tetapi nak menghadiri hari penting Shumi hari ni. 

Baru dapat surat jemputan daripada cikgu Shumi kelmarin untuk menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sekolahnya.

Shumi tersenarai sebagai salah seorang penerima hadiah cemerlang di kelasnya. Alhamdulillah, tahniah anak Umi!

Semalam hubby temankan Shumi raptai untuk majlis tu. Terpaksalah Shumi off sekolah agama selama 2 hari sebab kelmarin raptai dan hari ni majlis sebenar. 
OKlah nanti aku kongsikan gambar sekitar majlis anugerah tu ye....yang ni gambar Shumi semasa raptai kelmarin :D






Tuesday, November 12, 2013

Bantulah Syria!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Bergenang air mata tengok siri Majalah 3 semalam. Sangat sayu dan sedih melihat keadaan anak-anak kecil di bumi bergolak Syria. 
Terasa sangat beruntung anak-anak kita di sini berbanding anak-anak saudara kita yang berada di Syria.

Aku sebenarnya tak tengok keseluruhan rencana tu, hanya tengok sebahagiaan sebab rasanya tak sanggup melihat anak-anak kecil menangis kesakitan, ibu dan bapa yang meratap kematian anaknya.....nahuzubillah.......astaghfirullahalazim
Sangat-sangat menyayat hati.

Rasa runtun jiwa melihat ibu mengenakan lampin anaknya dilapisi plastik yang diikat dengan tali sahaja........sangat sangat sangat sedih sekali.

Kita di sini hanya mampu berdoa untuk kembalikan keamanan Negara Syria.
Dan bantu apa yang kita termampu untuk ringankan beban mereka. 





Kepada mereka yang ingin menderma, boleh salurkan terus ke Tabung Kemanusiaan Syria Media Berhad, Akaun Maybank 5642-7651-1200
atau boleh menghantar cek di atas nama Tabung Kemanusiaan Syria Media Berhad ke alamat di bawah :-

Group Corporate Communications Department,
Media Prima Berhad,
Level 1, Anjung Riong,
Balai Berita, 31 Jalan Riong,
59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Jom Gintell!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!




Hero 'besar' dan 2 hero cilikku sedang melegakan badan selepas penat bermain. Siap bersusun lagi tu dari babanya, Shumi dan Shamzi.... sila abaikan yang hujung sekali tu, tidak ada kaitan...hehe

Budak dua orang tu nak juga merasa badan di gentel2 siap minta sorang seringgit dari Uminya ni...huhu. Kerusi bergerak tapi badan kecik je, bukannya terasa apa pun.....apa boleh buat, layankan sajalah pe'el dorang.

Sebenarnya aku yang nak bergintell tapi baba dan anak-anak yang cop tempat dulu.....Layan kan je lah...:P




Note : Bestnya kalau ada kerusi urut ni kat rumah kan......tunggulah duit Nuffnang aku beribu-ribu lemon, nanti ku 'sambar' satu bijik B-) angan-angan mat jenin

Monday, November 11, 2013

Perkataan harianku!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Bahasa Jiwa Bangsa.....gitu B-) tetiba hehe

Salam isnin semua!
Hari ni saja jak kononnya nak kenalkan beberapa perkataan yang selalu kami gunakan dalam perbualan harian kami di Sabah. 


  • Sia - saya
  • Tebengkalan - tercekik makanan, guna perkataan ni untuk mereka yang gelojoh makan..hehe
  • Saaaaaaaaaaaaaaaaana - tunjuk tempat yang sangat jauh
  • Mengkali - barangkali
  • bilang - kata, bukan yang kira-kira tu
  • Menotos - berabis-abisan
  • Gundah / lincahan - Gaya tidur yang tak tentu2 tu, sekejap sana, sekejap sini, orang semenanjung sebut apa benda tu?
  • Gostan - Undur
  • Limpas - Lintas
  • Godo'ot / tabarus - kuat makan
  • Gimbaran - Saka
  • Sungkai - iftar / buka puasa
  • Lindangan / peceran - parit kecil untuk alirkan air sisa dari dapur di rumah (selalunya terdapat di kampung2)
  • Sikui - buah tembikai
  • Campulut - buah cempedak
  • Sikul - Sekolah
  • Sikut - menggalas, contoh galas beg sekolah so kalau sini cakap, sikut beg sikul

Ok, banyak lagi sebenarnya perkataan, kalau ikutkan 7 hari 7 malam pun tak abis......nanti kalau ada kesempatan aku senaraikan lagi ye...hehe



Note : perkataan-perkataan ni berasal daripada pelbagai bahasa suku kaum yang ada di Sabah ni, ada juga bahasa pasar di Sabah so kiranya dah jadi rojak tetapi hampir semua di sini menggunakannya dalam perbualan harian mereka :D

Extra Note : Perkataan-perkataan yang dikongsikan di atas, tidak sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan / kajian bagi mereka yang ingin memahami bahasa suku kaum di Sabah. Sila rujuk kepada mereka yang lebih bertauliah. Terima kasih! 

Sunday, November 10, 2013

Sunset di Sutera Harbour

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salah satu tempat yang diminati orang ramai di Kota Kinabalu ini untuk menikmati pemandangan matahari terbenam selain dari Pantai Tanjung Aru, adalah di Sutera Harbour Resort. 

Kawasan ni sebenarnya terletak di hujung resort ini, dan menjadi tumpuan para jurugambar dan juga orang ramai yang ingin merakam saat matahari terbenam yang mempesonakan.





So, yang merancang ke Kota Kinabalu tu, catitkan tempat ini dalam nota perjalanan anda! :D

Saturday, November 9, 2013

Pesta Jagung di Kota Marudu

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam sabtu semua. 
Hari ni berlangsung Pesta Jagung di daerah kampung halaman ku, Kota Marudu.
Actually pesta ni di adakan pada setiap tahun dan wajib ada dalam kalendar pelancongan Negeri Sabah.

Pesta Jagung kali ni berlangsung selama 2 hari iaitu hari ni 09 Nov 2013 dan esok hari. Tapi sayangnya aku tak berkesempatan nak balik ke kampung hari ni disebabkan ada hal-hal yang tak dapat dielakkan...huhu

Pesta ni seperti perayaan yang biasa, ada pameran, jualan produk dari penduduk tempatan tetapi yang membuatkan ianya istimewa ialah Jagung.
Kota Marudu memang terkenal dengan pengeluaran jagungnya...tetapi bukan jagung manis seperti yang terdapat di Tanjung Aru.......jagung pulut atau jagung kampung kita orang cakap kat Kota Marudu.
Jagung ni lebih padat isinya, butir2 jagungnya lebih berisi daripada jagung manis. Kalau makan setongkol orang Sabah bilang, puas hati bah! kenyang.....

Jagung jenis ni, sedap bila dibakar atau direbus. Walaupun butir jagungnya lebih keras sedikit daripada jagung manis tetapi aku rasa ianya lebih enak.
Ianya juga amat sesuai dibuat kuih terutamanya kuih pais jagung..........my feveret! sedap sangat.

Kalau berkesempatan berkunjung ke Sabah nanti, jangan lupa berkunjung ke Kota Marudu dan rasa Jagung bakarnya yang sedap itu. Tak jauh, cuma 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. 



Sumber : www.sabahtourism.com

Sumber : resepmasakansederhana.wordpress



Note : Kebanyakkan penduduk di Kota Marudu menanam jagung di kawasan kebun di rumah mereka, termasuklah mak aku. Tak sabar aku nak tunggu hasil tuaian jagung di kampung. :D

Friday, November 8, 2013

Kembang Setaman

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Semalam on the way balik keja, drive keta dengan perlahan sekali sebab jammed dan hujan lebat sambil mendengar ruangan Adila di Radio Klasik Nasional. Terdengarlah satu coretan kenangan tentang dia dengan ruangan Kembang Setaman dalam majalah URTV tu.
Aku tersenyum2 dengar cerita pendengar tu sebab aku pun ada jugalah cite tentang ruangan kembang setaman ni...hehe

Tapi sebelum aku nak cite, aku nak jawab dulu pertanyaan Daddy Ziyyad tu, dah berapa tahun dah aku tak masuk wayang? Last sekali masuk wayang tahun 2006, sebelum bersalinkan anak aku yang pertama tu si Shumi....so tahun ni dah masuk 8 tahun aku tak jejakkan kaki kat dalam panggung wayang...sekian terima kasih...B-)

Ok berbalik kepada Kembang Setaman tu tadi, Sapa-sapa yang bersekolah rendah tahun 80-an dan bersekolah menengah tahun 90-an mesti tahu ruangan ni yang banyak terdapat di majalah-majalah terutamanya majalah hiburan.

Tak tahu apa itu ruangan kembang setaman, alah ruangan dimana ada gambar2 ukuran passport, rupa cam skema gitu, ada nama dan alamat surat menyurat. Lepas tu korang boleh pilihlah mana yang berkenan dan utus surat salam perkenalan....ceewaaah.....
Kan dulu-dulu manalah ada tepon, sms2, whatapps jauh sekali.....

Aku pun kiranya nak jugalah try-try utus surat nak berkenalan. Darah muda remajalah katakan.... Aku tak ingat mana aku dapat alamat sorg mamat ni, alamat kat UK, bukan Ulu Kukut ok, United Kingdom., mamat ni study kat sana.  Hehe....jauh surat aku nak terbang ni. Saja je, tengok dia balas ke tak...;p

Masa tu aku kat sekolah menengah rendah lagi. Dapat alamat tu tak ingat di mana dah, tapi gambar mamat tu tak ada pulak. Tapi konpiden mesti golongon ada rupa ni tengok dari nama dia je.....

Aku pun dengan beraninya menulis surat dan selitkan sekali gambar aku yang aku rasa paling kiut masa tu...wakakaka! malunya aku nak cerita
Sangat ingat gambar yang aku kirimkan, aku berbaju kurung merah jambu... terasa paling ayulah konon
Tak ingat berapa ringgit aku letak setem sebab nak hantar jauh kan. 
Lepas tu aku pun bersabarlah konon tunggu balasan surat dari mamat tu. 

Dan tak sampai sebulan, aku dapat balasan surat daripada mamat tu. Belum buka sampul pun aku tahu dari dia sebab setem UK....
Berdebar2 ni buka surat, buka pelan-pelan sampul tu, nampak ada sekeping gambar terselit. Ok, debak debuk jantung......hehe pelan-pelan tarik gambar tu dan tengok!
Gambar sorang mamat tengah duduk di atas batu, background belakang dia memang tertera papan tanda tempat dia study kat UK (bukti tak menipulah tu konon)
Tapi kan bukan test aku le.........buruk perangai kan, cam lah lawa sangat ada test2

Kecewa ni konon, tak seperti yang digambarkan, terus aku tak balas surat mamat tu......dia pun mungkin pahamlah agaknya kalau suratnya tak dibalas.....;p

Aku masih ingat nama mamat tu, tapi tak mo lah tulis kat sini, silap haribulan dia dah jadi blogger. Terbaca kan kisah ni, abislah aku.....hahaha






Note : Napa aku tak balas surat mamat tu, sebab masa tu aku nak kenal orang yang kulit cerah tapi yang tu kulitnya agak tak berapa nak cerah..........dan akibat tak suka, sekarang ni aku dah pun kahwin dengan lelaki kulit tak cerah juga dan dah ada 3 orang anak......;p




Thursday, November 7, 2013

Movie : ATM

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Tak pernah aku post ala ala review filem. Sebab aku jarang tengo wayang bukan jarang lagi tapi tak pernah dah tengok wayang selepas beranak pinak ni
Selalu tengo movie pun di Astro atau beli CD nya.

Aku nak share satu movie dari Thailand ni, ATM nama movie tu. Bertemakan romantik komedi. Tengok movie ni mesti tersenyum sorang2 terus feeling zaman muda remaja sedang bercintan cintun gitu......hehehe



Mengisahkan Jib, pegawai wanita yang bekerja di sebuah bank bernama JNBC. Peraturan syarikat staffnya tidak boleh menjalin hubungan percintaan. Tapi secara sembunyi2 Jib bercinta dengan pekerja bawahannya yang bernama Suer. Kisah lucu percintaan mereka bermula bila Jib diarahkan menyelesaikan masalah sebuah mesin ATM bank mereka yang telah rosak di sebuah daerah. Mesin tu telah mengeluarkan duit berganda setiap kali orang ramai membuat transaksi pengeluaran. Jib dan Suer saling cabar mencabar untuk menyelesaikan masalah itu. Banyak kisah lucu yang pastinya membuat anda tertawa. 


Nak tahu ceritanya lagi, cari jak DVDnya atau google jak :p Rasanya kalau nak menghilangkan boring seketika bolehlah tonton cerita ni. :D




Note : Movie ni kiranya ok juga sebab tak ada unsur2 yang tak sepatutnya macam filem barat tu. sikit2 nak cupp cupp. Babak nak meninggal pun sempat lagi nak cupp cupp huhu

Wednesday, November 6, 2013

Wordless Wednesday # 38

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari tanpa berkata-kata katanya so nikmatilah pemandangan ini B-)



Shumi vs Shamzi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Disiarkan khas dari Kota Kinabalu, perlawanan bola di antara Shumi menentang Shamzi (tak tahu apa nama game yang dorang main ni, yang aku tahu sapa yang banyak gol, dia yang menang)



Perlawanan sedang diadakan sambil di perhatikan oleh pengadil comel di tengah-tengahnya



Actually perlawanan agak sengit, pusingan pertama Shumi 7 dan Shamzi 6, tetapi pusingan kedua Shamzi telah dikalahkan oleh Shumi 4-8.




Dan akibatnya...............ada budak yang tak dapat menerima kekalahan. 
Semestinya budak cengeng ni. Kalah mesti nangis. Baba dah pujuk, walaupun kalah, tapi Shamzi kalah bermaruah sebab dah tentang habis-habisan.
Hubby cakap macam tu, manalah Shamzi makan pujuk, tambah kuat tangisannya.....last2 Uminya ni jugalah pujuk............Shamzi lepas ni kita makan aiskrim? secara automatiknya tangisan berhenti...hehe





Note : Sorry gambar tak berapa clear sebab budak2 sangat aktif bergerak kan.

Monday, November 4, 2013

Jangan lupa beli jika ke Tanjung Aru

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Jika berkunjung ke Kota Kinabalu, salah satu tempat wajib pegi ialah di Pantai Tanjung Aru. Ianya terletak tidak jauh dari bandaraya KK, cuma mengambil lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki kereta. 

Pantai Tanjung Aru ni selalunya akan dipenuhi pengunjung terutamanya di hujung minggu atau di hari cuti. Ada yang berkelah, bermandi manda, lepak dengan kawan2 sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat indah.

Kat sini juga ada food stall yang pelbagai. Menyediakan pelbagai menu untuk pilihan pelanggan. Tapi gerai ni buka petang hingga di malam hari je. Tak buka siang, mungkin adalah sesetengah gerai tapi rata2 buka malam sebab feel dia lain kalau di malam hari. Lebih meriah katanya.

Kalau datang kat sini juga tak sah kalau tak singgah ke gerai2 kudapan.....wajib beli jika ke Pantai Tanjung Aru



Kacang rebus.....tak sedar habis meratah ni sambil gosip-gosip di tepi pantai dengan rakan taulan



Jagung manis rebus. Memang wajib beli, gigit jagung yang di sapu dengan marjerin dan ditabur garam sedikit ketika masih panas-panas terasa nikmatnya. Tapi kan harga dia dah mahal sekarang ni.....semua barang naik harga, jagung rebus pun naik harga juga katanya.
Dulu beli, 5 ringgit dapat 6-5 tongkol jagung, semalam aku beli 5 ringgit dapat 4 tongkol je. Cukuplah seorang setongkol, Damia share dengan aku je...bukannya dia dapat habis makan semua pun.



Jeruk dan buah-buahan. sila abaikan belakang orang tu ye, dia nak juga inteprem semasa aku snap gambar tu...hehe
Aku suka beli nenas dia, manis, bila di tambah cili dan kicap.....fuhhhhh meleleh air liur aku. Jambu merah dia pun aku wajib beli sebab besar2 dan rangup. Harga dia macam dahulu juga tapi tak tahulah kuantitinya telah dikurangkan. 




Note : Salam Maal Hijrah untuk semua! :D

Ulu Kukut

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Tetiba nak cite satu tempat ni....
Tempat ni laluan wajib bagi mereka yang hendak ke Kota Marudu, Kudat atau Daerah Pitas...
ULU KUKUT...........................ceh macam saspen jak bunyi 

Ulu Kukut ni actually jalan berbukit bukau, sempadan Daerah Kota Belud dan Kota Marudu. Ianya merupakan salah satu kawasan hutan simpan Sabah dan di sesetengah tempatnya tak ada orang yang tinggal. Maknanya kalau kita lalu je tempat ni, kiri dan kanan hanya pokok2 besar je yang kelihatan.

Disebabkan muka buminya yang berbukit bukau dan dikatakan ada pergerakkan mata air kat bawahnya, jalan raya kat sini tak berapa elok. Memang dah banyak kali dibaik pulihkan tetapi hanya mampu bertahan sementara, lepas tu memang akan rosak kembali. Hari tu aku balik kampung, jalannya dah ok, lancar je. Harap2 ianya bertahan lama. 
Dan sesiapa yang mengikuti berita politik, kawasan ni wajib jadi bahan politik untuk parti2 yang bertanding....tapi aku tak mo lah cerita pasal politik di sini. its not me, ok.... :D

Kawasan Ulu Kukut ni, jika lalu di siang hari macam jalan2 biasa je. Tak ada yang ganjil pun. Tapi suasananya lain jika anda lalu di malam hari..........ceh semakin saspen ni

Banyak versi yang aku dengar mengenai jalan Ulu Kukut ni di malam hari. Kawasan hutan yang tidak berpenghuni kan, so sedia maklumlah tempatnya agak keras sedikit. Keras sebab banyak batu di sekelilingnya.....hehehe :p

Orang selalu cite, mereka pernah kena ganggu lah, pernah ternampak lembaga di tepi jalanlah dan pelbagai versi lagi. Dan aku, macam korang selagi tak terkena, selagi tu tak percaya. Yalah kan mungkin ada yang buat-buat cerita.

Tapi serius memang dah terkena bila lalu kat kawasan ni. Terkena 2 kali. Aku dan ceritakan di post yang terdahulu. Mungkin ada yang pernah baca kan. 
Yang pertama, 'Puan Ponti' ikut balik ke rumah semasa dalam perjalanan balik ke kampung. Tu pun nasib baik, bukan aku yang nampak, adik2 aku yang nampak dia melayang ke atas sebaik je sampai depan rumah. ish ish ish
Yang kedua pula, gatal balik ke kampung di malam hari......dan diganggu lagi. Lalu je kat jalan Ulu Kukut tu dengar orang menangis. Tangisan sayup je tapi suaranya macam dekat jak dengan keta.....huhu

Itu gangguan daripada makhluk yang tak kita nampak.......Kat Ulu Kukut ni juga orang kata bahaya lalu di malam hari terutamanya selepas jam 12 tengah malam.
Orang kata ada orang yang tidak berhati perut merompak mereka yang lalu di kawasan ni. Mereka dengan tiba2 akan berhenti secara mengejut di depan keta kita dan paksa kita membuka pintu keta dan merompak.
Ni semua seperti apa yang diceritakan oleh mereka yang sudah terkena.

Dan sekarang ni aku pun takut dah balik kampung di malam hari. Gangguan dari makhluk halus mungkin boleh kita hindari dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran tapi gangguan dari manusia belum pasti kita dapat elakkan..........

Sumber gambar : www.sabah.gov.my





Note : Semua yang aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan. Ianya tidak boleh/tidak sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan untuk mereka yang mencari maklumat mengenai kawasan Ulu Kukut ini... 






Sunday, November 3, 2013

Hari Reka Cipta!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam hari Ahad korang semua! mesti sekarang sedang bersantai-santai dengan family tercinta kan. Ada yang cuti panjang 4 hari, yalah ambil cuti esok sebab lusanya cuti Awal Muharram. cam aku le tu hehe

Hari ni nak share antara gambar-gambar yang diambil oleh Hubby semasa Hari Reka Cipta di sekolahnya







Hari Reka Cipta aka Eureka Day! ni diadakan sempena Minggu Keusahawanan di Sekolah Hubby. Nak memupuk semangat usahawan kat diri murid-murid katanya. Hubby sebagai penyelaras pertandingan dan seperti biasa bertugas sebagai jurufoto kat sana. 

Saturday, November 2, 2013

Susu Kacang Soya!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Selamat berhujung minggu semua! Sebenarnya nak cite kan satu kisah ni. Taklah menarik sangat tapi terasa nak kongsi di sini juga.....

Kisahnya hari tu, lepas balik sekolah, aku mesti periksa beg anak-anak aku si Shumi dan Shamzi. Mesti nak kena periksa sebab dorang suka simpan makanan dalam beg kalau tak habis makan. Kadang2 jumpa karipap sebiji, mee goreng yang di makan separuh.....memang dah ingatkan dorang tapi paham-paham je lah budak-budak kadang2 tak ingat semua tu....Uminya ni juga yang tukang periksa beg. 

So tiba giliran beg Shumi. Cek2 terjumpa sekotak susu kacang soya. Heran juga sebab Shumi memang tak minum jenis minuman camni. Tanya dia dari mana dia dapat. Shumi bagitahu kawannya ada buat majlis hari jadi di kelas, so dorang dapat seorang sekotak. 

Aku tahu Shumi memang tak minum kacang soya ni, Aku baru je nak buka mulut tanya Shumi, Shumi dah cakap, Umi, kacang soya tu bagi dengan Shamzi, dia suka minum tu susu kacang soya. 
A'a yalah baru teringat, Shamzi suka juga minum ni. Ingat juga Shumi kat adiknya, padahal dalam sehari tak sah dorang bergaduh bergusti menangis 2 3 kali.
Rasa tersentuh pula aku dengan si Shumi........

Hari-hari bergaduh pun Shumi tetap ingat adiknya juga......betul kata pepatah kan air dicincang, takkan putus



2 orang budak yang kejanya hari-hari main gaduh main gaduh main gaduh dan seterusnyalah.....