Tuesday, December 31, 2013

Sayang Korang!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari terakhir kita di tahun 2013 ni....esok masuk tahun yang baru lagi....semoga azam yang baru kita tanam untuk tahun 2014 akan terlaksana, in sha Allah.....walaupun sebenarnya tahun lalu punya azam ada yang belum tercapai huhu 

Cehh bunyi ayat cam serius gilak.....sebenarnya aku nak buat entri khas untuk korang-korang yang senantiasa berkunjung dan tak henti2 membebel di blog picisan ni....





Sangat-sangat sayang korang....Tak jemu-jemu berkunjung ke blog ni dan membebel seadanya...hehe
Tak lupa juga mereka yang menjadi silent reader ada ke? , terima kasih juga walaupun anda diam seribu bahasa...gitu, kunjungan korang sangat2 dihargai....dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan blogger sekalian....love you all dah macam ucapan menang anugerah pulak hehe

Dan tanpa membuang masa lagi, mari aku perkenalkan secara ringkas mereka yang sangat rela hati membebel dan memeriahkan blog ini :D



Cik Puan OKje kita yang sentiasa awet muda ini, sangat peramah dan semua pun ok je bagi dia...Dan aku paling suka tengo dia dan anak2nya, cute2 jak semua... :D




Seorang suri rumah sepenuh masa tinggal di kepulauan Fiji bersama suami dan dua orang cahaya mata. Sangat suka berkebun dan memasak. Aku memang tabik dengan Puan Ummu kita ni sebab serba serbi pandai terutama hal2 di dapur. 



3. Atiey

Seorang blogger sabahan, menetap di Lahad Datu. Punya seorang anak lelaki, si Pa'e aka tumpis hehe. Sangat rajin ber BW, kan Atiey.... :p



4. Anum

Anum si peramah sangat suka melancong dan menggemari aktiviti lasak. Masih belajar rasanya dan pastinya sangat rajin berblogwalking....




Seorang blogger dari Kedah.....ada 3 orang anak dan keja kat gomen katanya....berkongsi cerita tentang anak-anaknya, lebih kurang cam aku le tu.... :D



6. Mama JJ

Empunya blog ni sorang yang sangat happy go lucky, sangat tidak boring baca ceritanya. Asal dari Kelantan, pernah tinggal kat Sabah katanya, sekarang menetap bersama suami di Berlin, Germany dengan seorang anak pompuan yang sangat cute....Sekarang blognya agak sunyi sebab Puannya balik ke kampung....hope dorang bergembira di sana bersama family tercinta gitu...



7. Fiza

Ibu kepada 3 orang anak....dua lelaki sorang pompuan...sama cam aku jugak. Dah ikut perkembangan blognya sejak si Qhalif dilahirkan hinggalah dah laju berlari cam sekarang ni kan noks......bilalah kita ada rezeki nak berjumpa ni..huhu




Pemilik blog ni menjadi idola aku dalam mendidik anak-anak tentang ilmu dunia dan akhirat. Kak Zakie namanya. Mempunyai 3 orang anak perempuan, siang bekerja di office seperti biasa, malam mengajar mengaji. Jika ada rezeki, teringin nak jumpa dengan orangnya. :D 




Pemilik blog yang juga mempunyai 3 orang anak yang comel. Suka melancong bersama keluarga......semalam dah jadi retis, sebab muka keluar paper.....hahaha
Nanti aku nak minta otograp dari dia....
Semoga perancangan dia bulan jun tahun depan ni akan berjalan dengan lancar...hehe



10. Cik Nor

Pemilik blog ni sangat peramah dan sangat rajin berkunjung ke blog kawan2 yang lain. Walaupun tak sempat menulis komen, pasti Cik Nor kita ni meninggalkan jejaknya diruangan chatbox kita. 



Jangan segan dan silu, jenguk2lah ke blog dorang. Sama2 kita meriahkan dunia blogger. Akhir kata untuk entri terakhir tahun 2013 ni, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014, semoga segala yang kita azamkan akan tercapai dan semoga tahun baru ini lebih bermakna untuk kita daripada tahun2 yang sebelumnya.... :D



Monday, December 30, 2013

i Love JOHNSON'S Baby

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!




Salam isnin semua.......update laju-laju dan simple hehe sebab minggu ni masih bz nak menghabiskan keja sebelum penghujung tahun......Hari ni kiranya nak settle semua keja yang tertunggak, sebab esok aku keja setengah hari jak.....keja kat company orang putih ni, new year eve dorang bagi cuti setengah hari.....ok lah, dapat juga rehat.. :D

Oh ya....khamis ni aku dapat jemputan dari Johnson's pegi ke Focus Group Discussion dorang yang akan diadakan di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Jangan tanya dulu apa benda ni sebab aku sendiri pun belum tahu..hehe....Hari tu just pm dorang kat Facebook dan tak sangka pula terpilih sebagai seorang peserta. Aku dah confirmkan kat dorang....nanti aku share citenya ok..... :D


Note : Pelan-pelan aku lawat 'rumah' korang ye....

Saturday, December 28, 2013

Facebook Badge!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam petang sabtu semua...
Korang tengah buat apa tu soalan sangat klise huhu

Aku bukannya nak report apa aku buat hari ni...
Just nak stroy-story sikit tentang Facebook Badge aku tu..



Nampak normal jak semuanya kan tapi yang aku nak cerita tentang statusnya tu....
Ni status tahun 2008 yang lalu.....dah lama kan
Nak tukar juga status tu tapi tak ingat dah nak masuk bahagian mana di Facebook Setting tu...huhu

Kenapa boleh ter update nya status camtu?
Ni kes suami isteri dan anak tinggal berjauhan lah ni....
Tahun 2008 tu, hubby dapat offer KPLI masuk maktab perguruan....tapi hubby di tempatkan kat Maktab Perguruan Tawau, selama setahun...
Tinggal aku dan Shumi kat KK yang masa tu baru jak masuk umur 2 tahun.....
Hubby dapat balik juga tapi tak selalu sebab maktab kan ikut cuti sekolah.....
Masa ni aku mengandungkan Shamzi........dan yang sedihnya masa bersalinkan Shamzi, hubby tak dapat cuti sebab dia tengah parktikal untuk last examnya di Maktab.....huhu

Habis kat Maktab, tahun 2009 tu hubby terus dapat tawaran mengajar......tapi bukan kat KK. Hubby dapat tawaran mengajar kat Kudat.....berjauhan lagi....
Shamzi masa tu belum pun masuk setahun umurnya......aku terpaksa suruh mak jaga di kampung dan Shumi aku jaga sorang kat KK.....huhu
Setiap hujung minggu, hubby akan balik ke KK bersama2 dengan Shamzi...
Gitulah rutin kami sepanjang tahun 2009 tu...huhu

Alhamdulillah, permohonan hubby untuk pindah telah diluluskan tahun 2010 tu.....happy sangat masa tu sebab aku, hubby, Shumi dan Shamzi dapat berkumpul semula.... :D
Lebih happy lagi tahun 2011, keluarga kami bertambah dengan kelahiran satu2nya puteri aku dan hubby, Siti Damia.....







Friday, December 27, 2013

Destinasi Kundasang : Dream World Resort

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia!

Ni nak memperkenalkan lagi salah satu tempat penginapan menarik yang ada kat Kundasang.



Dream World Resort. Terletak di Jalan Mesilau, Kundasang. Lokasi senang jak nak cari kalau sesiapa pernah pegi ke Desa Cattle Farm tu. Resort ni bersebelahan saja dengan 'New Zealand Malaysia' tu.....

Dah macam duta pelancongan pulak aku ni......hehe
Maklumlah tahun depan kan Tahun Melawat Malaysia....so aku tolong promote lah tempat2 menarik kat Sabah ni......:D

Actually tak pernah stay tempat ni tapi mengikut feedback kawan2 yang pernah stay kat sini, memang ok.
Harga bilik semalam daripada RM250.00 - RM300.00
Ada sesetengah bilik yang ada jakuzi tau, sesuai untuk sesapa yang nak pergi berhoneymoon. romantik gitu ;p
View resort ni menghadap lembah Kundasang.....nampak luas pemandangan, tengok gunung ganang dan kebun sayur2an dari kejauhan.....

Aku tau cuti sekolah dah nak abis tapi cuti tahun depan kat ada, so set awal2, tanda dalam kalendar percutian tu dan yang paling penting jangan lupa isi tabung cuti masing2....nak bercuti mesti ada ongkosnya kan....hehe

Nak lihat lebih banyak foto resort ni, silalah ke Worldsofcolours

TaTa!

Thursday, December 26, 2013

Sakit Penat

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari ni keja balik.....
Tak boleh gatal nak sambung cuti sebab kawan2 yang merayakan krismas menyambung cuti dorang lagi. Aku raya tu dah berabis cuti so sekarang kira macam berganti lah kan.... (^_^)

Semalam aku manfaatkan cuti dengan rehat jak. Kami tak pegi ke mana2 cuma ke bandar kejap nak menyelesaikan segala liabiliti bulanan.
Aku pulak lepas abis sakit pompuan bulanan ni, sakit pinggang jak.....sakit sangat sampai tak tertahan minta urut dengan hubby dan tolong tampalkan koyok kat belakang.
Damia siap simpati lagi.......cian umi, cakit cini sambil tunjuk2 belakangnya.

Aku suspek sakit belakang ni mungkin akibat keja aku kat opis tu, dari pagi membawa ke petang asyik duduk menghadap pc jak.
Balik keja, korang paham lah apa yang dibuat, mengurus rumah, anak2 dan hubby. Cuci pakaian, masak, lipat baju (ni pun kadang2 tak sempat, dah jadi gunung kinabalu dah dalam bakul tu)........
Kalau tak mungkin faktor usia.......huhu dah masuk 30-an ni tenaga tak sama dengan masa 20-an dulu kan....

kalau dapat pegi spa minta urut2 badan ni kan best.....tapi tak tahu bilalah ada masa....




Share from Facebook

Note : yang ni aku jumpa kat FB.....boleh juga diamalkan. Kadang2 terpikir juga, orang dulu2 sampai 10 11 anak, tabik spring kat dorang dapat jaga anak yang ramai gitu sambil mengurus rumah tangga :D

Wednesday, December 25, 2013

Worldsofcolours: Foto di hujung tahun

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Awal pagi dah update blog....
Konon rajin di hari cuti ni. Kiranya nak keluar berjalan tapi rancangan terpaksa ditunda tengahari sikit sebab ada orang datang nak baiki sinki dapur yang tersumbat.
Bukan sinki kami yang tersumbat tapi sinki orang atas. Kat tingkat satu, kan kami duduk ground floor.

Paham2 jak lah suda namanya duduk apartment, yang duduk paling bawah memang akan kena tempias bila orang atas ada masalah...huhu
Dorang nak korek benda2 menyumbatkan sinki tu melalui saluran yang ada kat atas dapur rumah kami tu. Harapnya cepat2lah dorang buat semua keja tu, kalau lambat alamatnya memang tak keluarlah kami hari ni...huhu

Lupakan sebentar pasal sinki tersumbat tu, semalam si Daddyziyyad ada bertanyakan tentang blog atau instagram hubby.......katanya nak tengok foto-foto gitu.
Hubby aku tu bukan minat insta-insta atau blog ni. Dia minat baca blog tapi nak berblog dia tak berapa nak ada bakat menulis katanya....
Selalunya foto-foto yang hubby snap, dia akan kongsikan di laman facebooknya. Tapi sebenarnya aku ada juga buatkan satu blog khas untuk foto-foto si hubby. 
So sudi-sudilah berkunjung ke Worldsofcolours ye....:D


Untuk foto terbaru boleh klik link di bawah ni

Worldsofcolours: Foto di hujung tahun



Ok, happy holiday !


Tuesday, December 24, 2013

Cuti lagi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Nak update blog juga hari ni walaupun takda idea.
Sebab hari ni aku setengah hari jak keja, company suruh balik awal rehat2 kat rumah...hehe
Hari ni juga adalah hari gaji sebab esok public holiday, bank tutup, takda orang keja masukkan duit. :p
Boleh lah aku menipiskan poket hari ni tapi bukan nak bershopping, nak membayar hutang piutang setiap bulan.......wahhhhh

Jalan raya adalah lengang hari ni......
So sapa-sapa yang ingin ke bandar pagi2 ni di alu-alukan.
Esok cuti belum rancang nak pegi mana....
Kalau tetiba rajin tu, memang korang akan tahu nanti sebab harus di post kan dalam blog :p

Semalam ada yang bertanyakan tentang gambar lobster dalam entri aku tentang steamboat tu.
Bukan aku yang makan, mahal yang amat sangat.
Tak tertelan rasanya nak makan benda camtu walaupun sedap.
pernah makan dulu tu pun sebab orang belanja

Ada juga kawan bertanya tentang gambar2 yang aku post dalam blog ni.
Gambar tu semua hasil karya hubby.
snap guna Kamera Nikon D7000 dan di touch up sedikit menggunakan perisian Light Room dan Photoshop.
Gambar yang paling hubby suka snap pemandangan dan moment

Ok. sekian laporan dari orang KK...hehe



Monday, December 23, 2013

Steamboat di Restoran Kg Nelayan

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia!

Hari sabtu tekak aku tetiba nak terasa nak makan yang bersup, tak berminyak, makanan boleh rendam2 kat dalam air gitu....hehe jawabnya nak makan steamboatlah tu. So aku pun mencarilah mana-mana restoran yang menghidangkan steamboat. Kat KK ni memang kurang sikit restoran steamboat halal, yang banyak pun kat restoran non halal. huhu

Aku sebelum dah beberapa kali makan steamboat kat Restoran Kampung Nelayan di Taman Tun Fuad, Bukit Padang tu. Tapi kononnya nak mencari tempat yang baru......cari punya cari akhirnya destinasi kami tetap menuju ke restoran yang sama.

Restoran ni memang terkenal dan selalunya dikunjungi oleh para pelancong tempatan dan luar negeri. Harganya memang agak mahal sedikit sebab demand yang tinggi kan. Kalau nak makan steamboat kat sini boleh pilih yang bufet atau pun set. Kalau nak makan bufet, harga dewasa RM 35.00++ dan kanak2 dicaj separuh. Yang set pun seorang dewasa dicaj RM25.00++
Selain steamboat, restoran ni juga menghidangkan makanan laut yang segar. 


Hari tu makan, kami pilih steamboat yang set. Makan untuk 2 orang dewasa dorang hidangkan set makanan untuk steamboat sepinggan besar cam gambar di atas tu. Banyak tau isi dia, ada ayam, isi ikan, udang, ketam, sotong, bebola ikan, kek ikan dan sayur-sayuran. Di samping tu ada mee kuning, bihun dan telur. Sup kami pilih sup ayam sebab anak2 nak makan juga kan....kami cuba tambah nasi putih saja malam tu untuk dimakan bersama steamboat. Alhamdulillah memang berbaloi dan kenyang.
  


Yang uniknya restoran ni, semasa para pengunjung menikmati hidangan, dorang akan mempersembahkan tarian daripada pelbagai etnik yang ada di Sabah ni. Malam tu siap ada persembahan orang sembur2 api lagi. Damia lah yang paling seronok malam tu. Tak sedar nasi habis, matanya asyik tertumpu kat pentas saja. Sangat good girl si Damia malam tu. Shumi dan Shamzi pun seronok, siap bawa makan hari-hari kat situ. Amboi....manalah nak mampu makan hari2 kat situ nak oooii...



Yang ni feveret pengunjunglah. Aku pun nak juga makan ni tapi kalau ada sesiapa yang sudi belanja....hehe Nak beli sendiri macam tak tertelan rasanya. Mahal bebenor. Seekor mungkin harga dah mencecah ratusan ringgit. huhu 

Friday, December 20, 2013

Rumah Usang, Atap Nipah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Ntah kenapa tiba-tiba teringatkan semasa zaman budak-budak dahulu. Rumah kami cukup sekadar dapat berteduh dari panas dan hujan. Tapi hujan pun belum tentu lagi dapat elak sebab akan bocor juga jika ianya terlalu lebat. Atap nipah tak mampu menahan air hujan yang mencurah.

Rumah kami, beratap dan berdinding nipah, berlantaikan buluh, bertiangkan kayu belian tetapi yang tidak diraut dengan rapi seperti sekarang. Bapa yang membinanya sendiri, dari pacak tiang hinggalah berdiri sebuah rumah kampung cukup untuk kami sekeluarga. Ada sebuah dapur untuk mak memasak menggunakan kayu api, ada sebuah ruang tamu tanpa ada hiasan tetapi cukup untuk kami adik beradik berehat dan ada sebuah bilik tidur untuk kami sekeluarga. Tiap malam mak akan pasang sebuah kelambu besar dan kami semua akan tidur di dalamnya. Aku, kakak dan adik memang sangat teruja bila berada di dalam kelambu yang kami anggap sebagai sebuah khemah tempat kami bermain.

Bilik mandi tidak wujud masa tu sebab belum ada bekalan air paip. Kami sekeluarga akan mandi dan mencuci kain di sungai. Untuk masak mak akan ambil air perigi yang waktu itu airnya sangat jernih dan bersih. Hendak melepas hajat, jawabnya terpaksa pegi ke hutan kecil di belakang rumah kami. Korek lubang dan timbus. (^_^)

Biar rumah kami serba kekurangan tetapi ianya amat selesa sekali. Rindunya aku dengan rumah usang beratap nipah itu.........


 

Rumah usang atap nipah.....tetapi yang ini dah dimodenkan.


Wednesday, December 18, 2013

Minum Petang bersama Damia!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Nak minum petang bersama Damia? silalah :p








Dulu memula aku terpikir, tentu Damia akan lebih terikut perangai abang-abangnya sebab dia sorang jak pompuan kan. Mesti cara pergaulannya, cara permainannya akan dipengaruhi oleh abang-abangnya.

Tapi jangkaan aku meleset, Damia tetap dengan sifat gegirlnya. hehe ok lah juga kan. Tak lah dia lasak macam abang-abangnya tu. Memang ada sedikit perangai juga yang dia tiru daripada abang-abangnya.....lompat melompat di atas kusyen tu jadi perkara biasa. Sampai terbuka spring2 kat dalam kusyen tu dorang kerjakan. Duduk pun rasa tak selesa sebab ada yang mencucuk2 bontot  ish ish ish.

Jika membeli barang permainan, Damia tetap akan tunjuk teddy bear, atau alat2 memasak tak pun set minum petang cam di atas tu. Beria-ia dia tuangkan minuman dalam cawan kononnya nak bagi Uminya minum. hehe Tak da kawan sejantina kan so Umi nya lah jadi peneman minum petang setiap hari......(^___^)



Note : teringat zaman budak. Dulu mana pernah ada set mainan camtu. Kalau nak main masak2 atau minum, guna tempurung kelapa dan ranting2 kayu......:D


Tuesday, December 17, 2013

Sepetang di Sipitang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Actually ni perjalanan yang tak dirancang orang bilang......pagi sabtu tu sedang santai2 di rumah tetiba hubby bawa jalan-jalan ke Sipitang. Aku memula tu memang terkejut dengan cadangan hubby tu sebab Sipitang bukannya dekat tetapi ambik masa lebih kurang 2 jam lebih untuk ke sana. 

Tetapi memandangkan hubby dah beria2 mengajak dan katanya aku duduk diam2 jak hayati pemandangan sepanjang perjalanan, dia yang memandu.....aku ikutkan jak lah rancangan hubby tu hehe..

Yang belum tahu Sipitang tu lokasinya di mana, jauhnya lebih kurang 2 jam lebih perjalanan dari Kota Kinabalu. Melintasi daerah-daerah kecil seperti Putatan-Kinarut-Papar-Bongawan-Kimanis-Membakut-Beaufort dan akhirnya Sipitang. sila rujuk peta Sabah untuk mengetahui kedudukan tempat-tempat tersebut...(^_^)

Apa yang menarik di Sipitang??? setiap tempat kat Sabah ni memang ada keistimewaannya. Kat Sipitang, ianya terkenal dengan satenya. Memang sedap, lebih-lebih lagi bila dapat makan bersama keluarga sambil melihat keindahan laut di Esplanade Sipitang. 

Selain sate, kawasan Sipitang juga terkenal dengan durian kampungnya. Sempat juga kami singgah kat gerai buah-buahan di tepi jalan untuk membeli dan merasa durian kampungnya. Walaupun isinya kecik2 comel tetapi rasanya memang terbaeekkkk.....manis dan sedap!



Memang banyak gerai-gerai sate kat Esplanade Sipitang ni, tinggal nak pilih mana satu untuk dicuba. Sebenarnya kata orang sini, gerai sate yang paling pemes dan sedap hujung sana tu, tapi hari tu gerai dorang dah penuh so pilih je lah gerai yang lain untuk makan sate.



Shumi sedang setia menunggu mee gorengnya. Shamzi kat sebelah tu dari start duduk sampai saat gambar ni disnap asyyiikkkk menyanyi jak kejanya. Aku ada juga tegur suruh duduk2 diam takut menganggu orang kat sebelah. Tak mo juga dia. Last2 layan kan je lah. Tu tengah buka mulut tu sedang menyanyi lagu Negara ku......ish ish ish




Sate ayam dan daging. Rasanya ok jugalah. Harga 60 sen secucuk. Ni sate kat gerai yang kami makan tu. Tapi sebelum balik ke KK kami sempat juga menapau sate dari gerai pemes yang kat hujung tu. Dan rasanya memang terbaekkk !!



Aku makan sate dengan nasi ayam penyet ni. Tapi rasanya emmmmm bolehlah. Tak sehebat nasi ayam penyet yang selalu kami makan di KK.



Shumi sedang menggigit sate......abaikan gambar Shamzi yang bergegar tu, tak reti duduk diam budak sorang ni...huhu



Yang ni Queen of the sate.....tak sangka budak kecik ni kuat makan sate. Siap cicah dengan sambal kacangnya lagi. Tu tangan terlentik tu tanda sedang menikmati keenakkan sate. 


Kami bergerak dari Sipitang lebih kurang jam 6 lebih. Tak stay sebab tujuan ke sana cuma hendak merasa sate dan duriannya. Sampai kat rumah lebih kurang jam 9.00 malam. Sebenarnya boleh sampai awal dalam jam 8 tapi kami ada singgah membeli buah-buahan dan keadaan hujan lebat yang menghadkan perjalanan balik kami. Tapi, walaupun jarak masa kami hanya sepetang di Sipitang, ianya merupakan perjalanan yang menggembirakan lebih2 lagi disamping keluarga yang tercinta........gitu :D

Monday, December 16, 2013

SPA Ikan di Tagal, Sungai Moroli, Ranau

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari tu ke Kundasang kami sempat juga pegi ke SPA Ikan di Tagal, Sungai Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. Salah satu tempat tumpuan pelancong jika ke berkunjung ke Kundasang dan Ranau.

Lokasinya cuma bersebelahan dengan Ladang Sabah Tea di Ranau tu. Harga tiket masuk pulak, dewasa RM 10.00, kanak2 6 tahun ke atas RM 5.00, dan jika membawa kamera masuk pulak dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00. Makanan ikan juga boleh dibeli dikaunter. RM 2.00 untuk 3 bungkus. 

Tagal bermaksud dimana kawasan sungai tersebut dipelihara dari segi kebersihan, hidupan airnya dan manakala aktiviti memancing, menjala atau menangkap ikan di kawasan tersebut adalah dilarang sama sekali. Sebab tu lah ikannya banyak, jinak dan 'sihat2' semuanya.

Antara gambar-gambar yang sempat disnap hari tu


Nampak ikan2 tu semua sedang mengerumuni kaki hubby. Yang besar ni tak menggigit, setakat menggesel2 jak kat kaki cam kucing tu. Tapi yang kecik2 tu suka sangat gigit kaki. Kata pekerja kat Tagal ni, ikan tu sedang makan kulit2 mati. 


Para pengunjung yang sedang memberi ikan makan. Aku bagi makan main tabur2 jak kat dalam air. Tak mo aku buat camtu, gelik rasanya mulut ikan gerak2 kat tapak tangan


Budak 2 orang ni tengok ikan dari tepi sungai jak. Tak berani dorang turun air. Budak bandar, tak pernah ke sungai dan nampak ikan besar2 secara semulajadi camtu. Tu yang dorang rasa gerun sikit.


Aku sedang bagi ikan makan sambil diperhatikan si Damia yang teruja tengok ikan tu semua.


Ni bukan kes membuli anak ye....Damia yang sebenarnya eksaited nak turun ke sungai tapi bila aku turunkan kakinya, takut pulak nak naik balik.


Last-last Damia buat gaya camtu tanda dah tak sanggup diperlakukan sebegitu....hihihi 





Sunday, December 15, 2013

Can't Sleep!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Shared from Facebook


Dah ramai yang sharedkan di FB.....Tugas ibu sepanjang hayat, setiap detik akan teringat dan terpikirkan keadaan anak-anak. T___T

Friday, December 13, 2013

Sayap Ayam Madu di Kundasang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Salam Jumaat semua!
Kalau pegi ke Pekan Kundasang, tak sah kalau tak menikmati sayap ayam madu dan buntut ayam panggang yang enak itu....
Sebenarnya kat Sabah hampir semua tempat pun ada menjual sayap ayam madu ni dan rasanya hampir sama. TAPI yang membezakan suasana meratah sayap ayam madu panggang panas-panas di pergunungan dengan udara yang sejuk.........nyamaaaaan


Yang ada hangus2 dan hitam sedikit yang mantap....hehe 


Bukti betapa enaknya menikmati sayap ayam madu daripada model tak berbayar ini :P 

Thursday, December 12, 2013

Kinabalu Pine Resort Dec 2013

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hampir setiap tahun mesti berkunjung ke Kundasang. Dan hampir setiap kali datang ke Kundasang ni kami akan menginap di Kinabalu Pine Resort.

Bukan takde tempat lain kat Kundasang ni, banyak lagi resort yang cantik sebenarnya...Kinabalu Heritage & SPA Resort, DreamWorld Resort, Celyn Resort, Mesilau Nature Resort dan banyaklah lagilah resort dan homestay yang boleh anda pilih untuk tinggal jika berkunjung kat Kundasang ni.

Tapi tempat feveret aku haruslah Kinabalu Pine Resort.....lokasinya strategik....berdepan dengan Puncak Gunung Kinabalu, dekat dengan Pekan Kundasang, biliknya selesa dan bersih.

Bawah ni gambar2 yang sempat disnap hari tu......


Tiga beradik yang nakal...hehe 



Hero-hero kecikku 



Puncak Gunung Kinabalu di waktu pagi....buka jak pintu bilik kami memang nilah pemandangan yang akan kami lihat...cantik kan



 
Pandangan sisi Puncak Gunung Kinabalu




Kalau rasanya nak stay kat sini, kena booking awal2 sebab tempat ni selalu penuh terutamanya musim cuti sekolah atau cuti umum....Harga semalam bermula dari RM230.00 hingga RM300.00. Kalau yang keja gomen tu ada extra discount. :D
No Tel Kinabalu Pine Resort : 088 889 488

Wednesday, December 11, 2013

Wordless Wednesday # 41

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia











Lokasi : Sekitar kawasan Mesilau Nature Resort, Kundasang
Model : Shumi & Shamzi
Tarikh : 8 Dec 2013
Masa : 3.30 petang
Mood : Ceria kanak-kanak ribena! :P