Saturday, January 25, 2014

Bila jadi bapa-bapa nanti

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Setiap hari aku memang akan bagi Shumi duit saku ke sekolah sebanyak 3 ringgit. Dia tak bawa bekal makanan dari rumah sebab selepas sekolah agama pada waktu pagi tu, dia akan makan tengahari di sekolah agama sebelum pegi ke sekolah rendah petangnya tu. 

Rutin harian Shumi, pagi aku hantar ke sekolah agama, lepas tu pihak sekolah agama akan menyediakan makan tengahari untuk mereka yang membayar yuran makanan. Lebih kurang jam 11 lebih, Shumi akan dihantar ke sekolah rendah menggunakan van pihak sekolah agama. Petang baba yang akan ambik dari sekolah.
Seharian Shumi di sekolah, bimbang kalau bekalkan makanan, takut basi pulak. 

Yang aku nak cite sebenarnya, wang saku si Shumi. Tiap kali bagi kat dia, mesti aku akan pesan. Duit yang tak abis guna, simpan dalam tabung. Selalunya Shumi hanya angguk kepala jak tanda paham tapi hari tu dia bagitahu yang dia simpan duit seringgit setiap hari dari duit bekalnya dalam beg lusuh babanya. Beg lusuh tu sebenarnya dah rosak tapi Shumi nak simpan katanya. Rupanya dia nak guna untuk simpan baki duit sakunya tu.


Duit yang Shumi simpan dalam beg lusuh babanya....seringgit setiap hari, jumlahnya dah 36 ringgit. Duit 50 dua keping tu pulak, bantuan persekolahan sebanyak seratus. Rasanya semua murid sekolah kerajaan dapat bantuan ni. 
Shumi bagitahu aku, Umi, saya simpan duit saya banyak-banyak. Jadi bila saya jadi bapa-bapa nanti, duit saya sudah cukup untuk beli rumah dan kereta...emmm jauh betul pemikiranmu nak.....



13 comments:

  1. wah bagus pikiran syumi ni..kedepan.. ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga tercapai hasrat dan cita2...

    so sweet...sayang Shumi.. : )

    ReplyDelete
  3. Ohoho.... kalau penuh duit beg itu memang banyaklah Shumi. Mama/papa pun boleh buat pinjaman dari Shumi tau:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah bermakna Shumi ada pemikiran ke hadapan... dan dia jenis yang memikirkan masa depan ni mia...dan tak silap2 hemat bagus dalam buat planning hidup ni...

    ReplyDelete
  5. bagusnya, dah tau tanggungjawab sejak kecik lagi :)

    ReplyDelete
  6. Bagusnya sudah ada visi untuk 20 - 30 thn akan datang

    ReplyDelete
  7. Salam, pandainya dia, dah bervisi dan bertanggungjawab, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. hehehe..berfikiran jauh o si shumi..keep it up boy!

    ReplyDelete
  9. pandai nya si shumi ni... kecil2 tau sdh simpan duit... syukur lah kan Mia.. mo ajar c pae juga menabung...:)

    ReplyDelete
  10. bestnya anak mu ni.. kecik2 suda pandai menyimpan duit.. Alhamdulillah.. fikir suda masa hadapan..terharu eh baca post mu ni...

    ReplyDelete
  11. haha...dah berangan nak jadi bapa yeh Shumi...tapi baguslah dia Mia...jimat pandai simpan duit!

    ReplyDelete
  12. kalau kumpul start skrang..nda mustahil dapat beli kereta sama rumah..tapi skrang anak2 belum brapa tahu apa guna nya duit kan kak mia..nanti dah besar..dah pandai mebeli-beli..nah pandai sudah korek tabung...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!