Friday, January 3, 2014

Focus Group Discussion by i love JOHNSON's baby!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari tu ada bagitahu terpilih sebagai salah satu peserta untuk Focus Group Discussion by i love JOHNSON's baby kan......

So semalam pegi lah ke Le Meridien Hotel tempat di mana discussion tu diadakan. Sesampai di sana, pihak Johnson's menyambut dengan mesra dan semasa menunggu yang lain datang, kami dihidangkan dengan makanan dan juga minuman. Aku tak makan, setakat minum jus jak, segan lah tak kenal orang2nya...hehe



Discussion bertempat di Meeting Suites. Tempat yang agak mewah sedikit. Sebenarnya banyak juga makanan, segan tapi sebenarnya mahu hehe. Dan setelah beberapa kali dijemput oleh orang2 Johnson's tu akhirnya aku hanya mengambil jus mangga jak. :p



Seramai 6 orang yang terpilih untuk Focus Group Discussion ini. Ianya seakan-akan acara hari bertemu pelanggan tetapi yang ini agak private sedikit dimana pihak Johnson's akan memilih beberapa orang untuk diminta pandangan mereka. Perbincangan secara santai ni lebih kepada kehidupan seorang ibu, anak2 dan juga aktiviti keluarga. Pada masa yang sama mereka bertanyakan pandangan kami tentang produk Johnson's ni. Aku sebenarnya memang pengguna barangan Johnson's sejak dulu lagi. Anak2 aku semuanya menggunakan produk ni. Discussion ni dalam bahasa Inggeris so terpaksalah aku speaking London malam tu...hehe Perbincangan tamat lebih kurang jam 8.00 malam. Kira ok lah juga, dapat juga berkongsi2 pengalaman.



Tamat discussion, kami diberikan seorang satu beg Johnson's dimana di dalamnya ada beberapa produk Johnson's baby. Di samping tu dapat juga Giant shopping voucher bernilai RM150.00 , alhamdulillah, lepaslah juga belanja dapur untuk seminggu dua ni. hehe



Thanks to i love JOHNSON's baby ! nanti bolehlah jemput aku lagi :D


11 comments:

  1. salam kenal juga, wahh bertuah berpeluang mcm ni yer...

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi pergi group discussion tu kan...?

    ReplyDelete
  3. Alaaa..bestnya yg last tuh ..dptlah bershopping gitu..rm150 lg tuh..untung mia terpilih tuk projek cenggini kan...:)

    ReplyDelete
  4. Sangat berbaloi..dapat makan free..dapat barangan johnson baby,dapat baucer lagi..hahhhhhhh...berbaloi-baloi...
    Salam kenal jugak kak mia :)

    ReplyDelete
  5. salam kunjung balas and salam kenal juga :)
    tahniah mia..wah boleh shopping sakan dengan baucer tu..siap dapat free barangan johnson baby lagi best :)

    ReplyDelete
  6. Rugi tak mkn2 ni kak..hehe..apapun thniah dpt voucher tu..bleh membeli blah ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Wow...ala ala duta la ni yeh Mia...untung weyh dapat voucher...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!