Thursday, January 23, 2014

Info mengenai makanan segera

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Sedikit info mengenai makanan dan minuman segera yang aku nak kongsikan hari ni tetiba rajin baca buku semalam

Tahukah anda ?? ada yang tahu, ada yang tak tahu :p


  1. Milk Shake - ada 5oz susu di dalam 10oz shake. Proses menghasilkan shake paling banyak menggunakan bahan kimia seperti bahan pemekat, penstabil, pengemulsi, perisa dan pewarna. Segelas milk shake mengandungi 8 sudu teh gula.
  2. Cola - amat kaya dengan gula. Segelas besar minuman cola mengandungi 14 sudu teh gula.
  3. Daging untuk burger - daging cincang untuk sebiji burger mengandungi 50% hingga serendah 25%  daging sebenar, yang selebihnya adalah ramuan bukan daging seperti biskut, tepung kacang soya dan serbuk bawang yang disebatikan dengan pengemulsi/pemekat makanan serta diperisakan dengan gula, pewarna kimia, MSG, garam dan tartrazine.
  4. Pai Epal - yang saiz kecik tu mengandungi 3 sudu gula.
  5. Kentang Goreng - ubi kentang sebenarnya membekalkan protein dan vitamin C. Yang menyebabkan ianya tidak sihat apabila kentang digoreng menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Selalu kalau kita makan kat fast food restaurant mesti nampak menu dorang yang menyatakan kandungan zat disetiap makanan yang dorang hidangkan kan......betul ke makanan segera tu mengandungi zat dan vitamin ??


Makan 4 biji burger seberat suku paun setiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi.

Makan 15 peket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C.

Minum 10 gelas milk shake untuk mendapatkan kalsium secukupnya.


kesimpulannya, pandai2lah korang simpulkan...hehe mampu ke korang nak makan dan minum begitu banyak semata2 untuk mendapatkan zat dan vitamin dari restoran makanan segera.... Zat vitamin ntah kemana, penyakit lain pulak yang timbul...

Sama-samalah kita kurangkan pengambilan makanan dan minuman segera tu semua ye..Aku dan family jarang juga ke restoran fast food ni....nak kata stop terus dari memakannya...lagi baik sebenarnya....emmmm tapi aku ??? nda mampu bah aku.....hehe nafsu makan sukar dikawal. Benda sedap kan...teringat double cheese burger, ayam goreng kepsi :P




Sumber : Buku Rahsia Minda Hebat




13 comments:

  1. Kalau kat sini, lagi la byk terdedah dgn fast food… murah pulak tu.. dua ketul ayam+kentang baru satu pound…. Bila tak rajin nak masak tu, mmg fast food la penyelesaian… huhuhu, not good not good :(

    ReplyDelete
  2. Jarang juga makan fast food. Air coke tu org kata klo buat cuci tandas memang bersih ☺

    ReplyDelete
  3. yg tak elok tu la yang sedap kan.... hehehehe

    ReplyDelete
  4. makanan skg pucuk pangkal mmg byk yg xberkhasiat nye tp tuh la..yg xberkhasiat tuh la org crk nk mkn..sbb sedap

    ReplyDelete
  5. Masa makan bukan ingat itu semua Mia. Yg difikir sedap di tekak aje. Sebab itu risiko macam-macam penyakit sekarang mudah aje singgah..

    ReplyDelete
  6. fries tu boleh makan tapi goreng guna magic cookware (pemanggang ajaib tu), so kurang dah kadar kolesterol sbb x guna minyak. skang sue masak apapun guna pemanggang ajaib tu. mmg best sgt, masak tanpa guna setitik minyak pun. segala minyak/lemak tepu dalam ayam, daging, dll tu semua keluar sendiri. pas keluar minyak2 tu, buangkan segera minyak yg keluar dari makanan tu. bagus utk kesihatan dalaman kita

    ReplyDelete
  7. aduii... takut plak bila baca ni Mia... Pae tu suka sgt mkan daging burger tu.. klu mcm COLA tu jarang sdh minum... sbb tau kandungan gula nya tinggi

    ReplyDelete
  8. KL ke Seremban ke...fast food tumbuh bagai cendawan.....tp SA xde la makan or bawk dania pi fast food selalu...sekali sekala boleh la..

    ReplyDelete
  9. aduii...baru jak pagi tadi cik bantai makan brger...

    ReplyDelete
  10. fast food memang mudah didapati dan mudah disediakan...

    tapi penyakit pun mudah dan fast datang...

    ReplyDelete
  11. Memang makanan fastfood nie not healthy kan mia..tapi sbb manusia nie nak sedang..& rasa sedap fsfood tuh, maka belasahjerlah tanpa mengira yg dibelakang hari...

    ReplyDelete
  12. hehe part milk shake tu risau dsikit dengar../

    ReplyDelete
  13. Samalah dgn okje mia....awak tak pelah muda lagi.....nafsu maaa....hehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!