Friday, January 24, 2014

Minggu yang sejuk

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Rasanya dah seminggu hujan turun dan cuaca mendung di Kota Kinabalu. Subuh membawa tengahari, hujan. Petang pulak cuaca mendung jak, berawan dan berangin. Petang hujan turun kembali.
Walaupun hujannya tidak lebat tetapi keadaan persekitaran oleh hujan yang berpanjangan tu menyebabkan suhu jatuh mendadak. dah macam laporan cuaca pulak aku
Udara lembab dan sejuk. Sejuk daripada kebiasaannya.

Subuh amatlah sejuk. Sangat terasa malas untuk bangun pagi. Anak2 pun liat untuk bangun. Minggu ni hampir setiap hari hantar anak2 ke sekolah dalam keadaan hujan renyai. Siang sejuk, apatah lagi di malam hari...tidur, selimut berlapis2. Kipas semua tutup, tak seperti selalu mesti on sepanjang malam dengan kelajuan yang maksimum.
Jemuran seminggu ni memang lambat nak kering, kalau kering pun sebab aku halakan kipas kat jemuran. Kering lembab, sejuk jak semua baju bajan tu. 


Sumber : AccuWeather.com

Ni suhu di Kota Kinabalu semalam. Memang hujan dan sangat sejuk. Rasanya dah macam duduk kat Kundasang jak. Cuma bezanya pemandangan kat Kundasang bergunung ganang, kat KK ni tanah mendatar dan laut jak....Tempat lain pun sama juga kan...dengar berita semalam, kat Kelantan ada tempat yang bukan tanah tinggi suhunya jatuh sehingga 17'c. 

Macam malas jak nak keja hari ni kan.....bestnya kalau dapat membuta lagi kat rumah...hehe



Note : Jangan terganggu dengan entri yang banyak menggunakan perkataan 'sejuk'. Tu nak bagi penekanan cerita dan tajuk post...hehehe

17 comments:

  1. sini kota marudu pun sejuk mia. terpaksa mandi campur air panas. kalo ndak, mcm mo keras dlm bilikmandi

    ReplyDelete
  2. kalo time ni pegi kundasang mesti best giler kan..

    ReplyDelete
  3. sekarang ni dah mula musim cuaca sejuk kan??? adoilahh tu yang rasa macam nak tarik selimut jer tu...

    ReplyDelete
  4. salam mia,.sori lambat dtg..mengah2 tak nyempat..hehe
    bestnyer kalo suhu sejuk..kami kat sini teramatlah panas siang malam..kipas 24jam...hmmm kalo minum teh pun makinlah berpeluh2...hehhe

    ReplyDelete
  5. Pagi tadi berita di radio IKIM kata suhu di pantai timur mencecah 19 degree dan tercatat paling sejuk sepanjang 60 tahun. Dikatakan juga tetiba di Indon dah ada salji. Katanya sebab ada sedikit perubahan gerakan bumi Mia.

    Kalau ikut gerak hati kakak tanda-tanda hari Kiamat. Allah juga yg maha tahu.

    ReplyDelete
  6. kak mia...cik baru baca keratan akhbar tadi...memang sejuk suhu di malaysia skrang ne..tadi pon cik masak terpaksa guna stoking..

    ReplyDelete
  7. kat tempat akak baru2 ni 19 c..sama macam di cameron,
    selimut 2 lapis pun nda rasa apa2 :)

    ReplyDelete
  8. aduhhh..mmg sejuk bah Mia.. smpai mo mandi pun malas...hehe...
    kmi di opis ni lagi lah bertambah sejuk..sbb aircond ndak pernah mati 24jam...huhu

    ReplyDelete
  9. syukur alhamdulillah..hujan panas ribut petir salji, itu semua dgn kuasa dan izin Allah SWT :)

    ReplyDelete
  10. mmg sejuk sekarang ni..dengan tiupan angin yg kuat..salji je tak turun2 hehe..

    ReplyDelete
  11. salam..

    minggu ni memang minggu yang sejuk giler kan..mau pgang air pun nda mau pasal telampau sejuk..apalagi mandi..hehe..

    ReplyDelete
  12. Memang sejuk. Komi sampai tak nak mandi sbb tak tahan sejuk.

    ReplyDelete
  13. sama jua kami di brunei. sajukkkkk psl hujan

    ReplyDelete
  14. memang betul, seminggu ni memang cuaca sejuk, even dekat kl yang selalu panas berdenting ni pun boleh sedingin salju pulak :)

    ReplyDelete
  15. Ada juga baca paper online pasal cuaca sejuk di Pantai Timur....
    Jaga diri jer... suhu melampau sejuk ni mudah kena sakit... especially budak2...

    ReplyDelete
  16. Mia kena standby baju sejuk gayanya tu manalah tahu tetiba turun salji pulak! Hehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!