Bapa

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Bapa seorang pesara kerajaan.
Baru jak pencen tahun lalu di usia 58 tahun.
Seingat aku bapa suda bekerja sejak mak melahirkan kakakku, anak yang pertama.
Mengikut kata mak, dalam ramai2 yang memohon jawatan itu, bukan jawatan besar, hanya sebagai pembantu am rendah di jabatan kerajaan....bapa berjaya mendapat pekerjaan itu.
Menyebabkan timbul rasa iri hati di kalangan rakan-rakan bapa pada waktu itu. Manusia, memang tak akan lari dari sifat hasad dengki.
Tak sedar masa berlalu begitu pantas, sudah 36 tahun bapa berkerja.




Sekarang bapa berehat di rumah sahaja.
Tapi bapa bukan orang yang hanya duduk diam. Ada sahaja kerja yang hendak dibuatnya.
Katanya kalau dia hanya duduk diam di rumah, badannya akan sakit2 sebab tidak bergerak.
Halaman rumah kami sentiasa rapi, rumput semua di potong menggunakan mesin rumput. Daun2 kering yang gugur disapu dan dikumpul lalu dibakar. 
Aku suka sangat mencium daun2 kering dibakar, bagiku itu adalah haruman kampung yang selalu aku rindui.
Kadang2 bapa akan memungut kelapa tua yang berjatuhan di sekitar rumah kami. Kelapa2 ini akan dikumpulkan, dibelah lalu dikeringkan isinya. Isi2 yang kering ini nanti boleh dijual kepada pemborong kelapa. Ada juga duit poket kata bapa sementara menunggu duit pencennya. 

Aku kagum dengan bapa. Walau susah mana sekalipun, dia tidak pernah mengeluh. Walau penat mana sekalipun, dia tidak pernah mengadu.......




Nota : Gambar diambil secara spontan oleh hubby. 



15 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Besar laman rumah, dan bapa mia rajin orangnya

    ReplyDelete
  2. cantik nyer gambarni.. suka akak.. mengambarkan cerita yang ditulis..
    nampak kekuatan dia nampak semangat dia...

    ReplyDelete
  3. Rajin nya bapa Mia... mmg beliau2 kita ni ndak kan senang duduk.. sebab biasa sdh kerja kan?..
    rindu plak dgn arwah bapa ku bila baca N3 Mia ni..:(

    ReplyDelete
  4. Kakak ni kalau baca tentang ibu-bapa mesti rasa terharu walau bukannya cerita sedih. Tak tahulah kenapa Mia.

    Moga bapa Mia terus diberi kesihatan yg terbaik. Rajin tak boleh dikikis Mia.

    ReplyDelete
  5. My dad nak pencen bulan 5 nanti...tgh plan la tu nak buat apa...x reti duk rumah relax2 katanya...

    ReplyDelete
  6. parents dah berumur ni memang tak duduk diam.mesti ada je keje nak buat..bile banyak buat kerja baru badan lebih sihat keluar peluh..itulah seorang bapa,sentiasa kuat untuk anak² :)

    ReplyDelete
  7. Teringat kisah bapa saya. Walaupun sudah tiada namum kenangannya tidak pernah hilang.

    ReplyDelete
  8. Tanpa ayah yang gagah dan ibu yang lemah lembut tak lahirlah kita di dunia ini. Tiba2 teringat ibu dan ayah yg dah lama pergi....

    ReplyDelete
  9. wahhh...kak mia...cik tak boleh bace mcm ne..sedih oooo...terus ingat bapa cik kat kampung... :'( :'( :'(

    ReplyDelete
  10. teringat ayah kat kg..suasana kampung yg mendamaikan..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, bapa masih sihat… moga terus diberikan kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete
  12. Begitulah orang tua kita mia..mmg tak boleh duduk diam pun dah bersara..mesti ade saja yg hendak dikerjakan mereka..semoga bapa mia dikurniakan kesihatan yang baik ..inshaallah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post