Biarkan Anak Bergerak

Assalamualaikum

Salam jumaat semua.
Hari ni aku duduk rumah je sebab ambik sehari cuti tahunan....nak rehat katanya.
Tengahari sikit ada urusan kat luar, tunggu big boss balik dari mengajar.
Sekarang tengah golek2 dengan Damia kat ruang tamu sambil layan channel kartun sebab Shumi dan Shamzi sekolah kan....:D

Nak kongsi sedikit apa yang aku baca. Sharing is caring kan...

Pergerakan Fizikal dapat Menggalakkan Perkembangan Otak Kanak-Kanak

Kanak-kanak sangat aktif dan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Biarkan anak anda bermain dan bergerak bebas untuk menggalakan perkembangan otak mereka. 
Terlalu banyak duduk dan diam kurang membantu perkembangan kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana ianya mengganggu perkembangan otak secara semulajadi. 
Berilah masa kepada anak untuk bermain di atas lantai, bergolek, beraksi dan merangkak

Kalau tengok sekarang kan, kanak-kanak zaman moden dah kurang bergerak berbanding dulu. Dahulu kanak-kanak sangat banyak aktiviti di luar, bermain dengan kawan-kawan, memanjat pokok, berkejar-kejaran, mandi sungai......memang sangat banyak pergerakan.
Tapi kalau kita lihat sekarang, kanak-kanak masing2 dengan gadgetnya....duduk diam kat kerusi sambil tunduk menghadap benda tu. Yang bergerak hanya jari telunjuk jak pun. emmmmm

Sama-sama pantau perkembangan anak-anak kita......:D


Sumber : Buku Rahsia Minda Hebat






16 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Betul tu. Ipad memang aku sorok skang ni. Kekadang saja tak charge.

    ReplyDelete
  2. salam jumaat kak mia...
    tu lah..kanak2 skrang dah kurang bergerak...asyik duduk depan komputer jak..bermain depn komputer...kalau dullu2 balik jak dri skolah terus bermain di luar...berlari-lari..

    ReplyDelete
  3. betul sgt2 tu mia. mmg kena banyak bergerak anak2 kita ni. bila diorg banyak bergerak, otak diorg semakin ligat. anak2 saya kalau leka dgn hp, mmg tunggu time je la saya meletop. kdg saja sorok

    ReplyDelete
  4. salam jumaat..ank2 skrg terlalu leka dgn gajet,risau lak..

    ReplyDelete
  5. bagus perkongsian nie mia..
    kalu aku biarkan jer dorang main katbawah..kalau bapaknya asyik nak dokong jer..baby pun naik rimas jugak kan..hehe

    ReplyDelete
  6. Setujulah Mia kakak dgn N3 ini.
    Zaman kakak kecik dulu lagilah. Kami tak kira lelaki perempuan sama aje. Tak ada pengkhususan itu mainan budak lelaki atau perempuan. Kalau lelaki main lastik, kami pun main, kami masak-masak yg lelaki pun ikut sama... tapi kami sihat tak mudah kena demam...

    ReplyDelete
  7. setuju bebenor...

    skng ni, mmg limit sungguh penggunaan hp pada anak2... suka lagi depa main dgn toys supaya develop minda mereka...

    ReplyDelete
  8. ble beli brg mainan kt die..rimas plak asyik brsepah je..heheh..tp still beli lgi kt die,,ble die memanjat sn cn,,nk marah je tp still biarkan ngk..biar die thu sakit ke x...heheh

    ReplyDelete
  9. oo...cuti kah Mia?? bestnya di rumah jak..rehat2...memang kena pantau perkembangan anak ni kan... klu si pa'e sllunya kau bagi jak dia main... pastu sdh penat, baru suruh dia susun semua toys nya...:)

    ReplyDelete
  10. Betul tu. Saya ingat lagi masa kanak-kanak. Semua benda main. Zaman sekarang anak-anak sebok dengan main game kat tangan aje.

    ReplyDelete
  11. Sekarang pun cuba parking jauh dan outdoor supaya budak berjalan sambil kena panas dan angin, sebab tak sempat nak bawa gi playground. Sama2 makbapak exercise sekali.

    ReplyDelete
  12. Betul..baru baru ni pun terpaksa sorokkan semua gadget.Rimas tgk diorg duk ngadap bende tu jer

    ReplyDelete
  13. betul tu, aktiviti pergerakan fizikal ni sangat penting, best kan kat kampugn dulu2 mmg tak disuruh pun kita gerak panjant2 pokok hehehe. Lucky la si Jelita ni mmg jenis tak duduk diam, orang yang nengok dia pun dah boleh jadi kurus.

    ReplyDelete
  14. betul.. bila mereka buat aktiviti, mereka sebenarnya menimba pengalaman bru

    ReplyDelete
  15. mujur CN duduk kat kampung, anak memang bebas bergerak mengejar ayam! kalau si kecik terjatuh, CN biarkan dulu sebab nk bagi dia tahan lasak dan kuat, gadget digunakan masa dlm keta or masa CN tengah memasak jer untuk melekakan dia..yang lain, memang lifestyle anak kampung ! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post