Monday, February 10, 2014

Blogging dan Fotografi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Aku memang suka menulis.
Dulu ada hati juga nak menulis cerpen atau novel.
Pernah taip cerpen, adalah lebih kurang dalam 10 muka surat tapi ntah tetiba terbantut gitu sahaja.
Sebabnya idea nak taip tu datang sekali sekala plus mungkin memang takda bakat menulis. Bila idea dengan banyaknya muncul di kepala, boleh taip sehingga satu atau dua muka surat dalam masa lebih kurang 20 minit tapi apabila idea sangat-sangat kekeringan, nak taip sebaris ayat pun susah. Asyik taip delete, taip delete, taip delete, last2 closed terus.
Macam mana lah agaknya, mereka yang tulis novel yang tebal2 tu. Berapa lama masa yang dorang ambik untuk siapkan satu buku novel tu yek?

Tapi minat menulis tu tetap diteruskan.
Berjinak2 dalam dunia blog kononnya. Mula berblog tahun 2007 tapi masa tu belum berapa nak serius lagi. Target blog pun belum luas lagi, cuma di kalangan kawan2 rapat jak. Bahasa yang digunakan adalah bahasa rojak di Sabah. Sebab cerita dengan kawan2 jak kan. hehe
Masa tu belum tahu apa itu follower, blogwalking, Segmen, Giveaway, Nuffnang.......
Kiranya macam blog SS lah..hehe

Dalam blog aku tulis macam2. Tapi lebih kepada personal, tentang anak-anak aku, kampung, bapa, mak, JJCM dan macam-macam lagi lah.
Dalam erti kata lain, ni bukan blog informasi atau hiburan atau blog tips.
Tapi kadang-kadang ada jugalah aku berkongsi resepi walaupun aku bukan seorang tukang masak yang hebat.
Dan yang paling baru, aku suka kongsikan gambar-gambar yang diambil oleh en.Hubby. Dia sangat minat dalam bidang fotografi. Banyak gambar2 yang telah dia ambil dan kongsikan dalam laman Facebooknya. Gambarnya selalu mendapat komen positif daripada rakan-rakan fotografinya. Jadi rasanya tak salah aku kongsikan dalam blog aku pulak kan.

Hubby suka gambar yang ada cerita. Lebih kepada gambar pemandangan, Human Interest, landskap dan juga candid picture.
Aku pula selalu mendapat idea daripada gambar-gambar yang hubby ambil. Dan rasa sangat terharu bila kadang2 cerita dan gambar yang aku postkan mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan blogger yang lain. Terima kasih untuk semua yang tidak jemu berkunjung ke blog ini....(^______^)

Banyak gambar-gambar hubby yang telah aku kongsikan dalam blog ini.
Selebihnya boleh lah berkunjung ke Worldsofcolours.

Thanks again and TaTa!



Note : Baca entri baru di Tips Mengambil Gambar




19 comments:

  1. same as my husband... dia pon suka amik gmbr... kalau nmpk gambar cantik kat blog sy, tu hasil tgn dia dgn camera dia la 2 he3...

    sy pon berblog ttg isu keliling jer...

    ReplyDelete
  2. happy blogging dan teruskan berblogging secara sihat Mia... *_^

    ReplyDelete
  3. Happy blogging, nanti nak singgah tengok gambar..

    ReplyDelete
  4. hebatlah mia..sama jugak mcm sue, blog suka suki je. bnyk cerita ttg anak2 dan keluarga..kdg2 je bercerita ttg bisnes..

    ReplyDelete
  5. pernah bercita2 nak jadi novelist jgk masa remaja dulu..pasal selalu baca novel. sekarang sedar tak ada bakat.

    ReplyDelete
  6. Kakak dulu masa belajar memang menulis bukan saja cerpen tapi juga sajak dan article bertujuan nak duit kocek. Hantar kat publisher. Tapi bila dah ada anak pelan-pelan terus berhenti.

    ReplyDelete
  7. sama lah kita Mia.. pernah berangan2 mo jadi penulis lagi...hehe..sbb minat sastera & BM.. tapi tu lah kejap idea ada, kejap blurr.. last2 terbiar... hehe..skrg ni plak suka lah aku dpt menulis di blog...suka2 tapi boleh lah...hehe

    ReplyDelete
  8. dengan gambar kita dapat bercerita lebih dah dapat idea dari gambar tu..Happy blogging :)

    ReplyDelete
  9. Happy blogging..kau tulis apa saja secara santai,kompom SB suka baca..

    ReplyDelete
  10. woooowwwwww....tu blog huby kak mia ek...
    cik suka tingu gambar2 2 semua..

    ReplyDelete
  11. say suka saya suka....tq for sharing that blog!

    ReplyDelete
  12. cik nor dlu mcm kak mia gak..just suka2 jer ber'blogging tapi skarang alhamdulillah dah seius skit..:)

    ReplyDelete
  13. Macam blog saya, tajuknya pun Macam Macam Ada...so mmg macam rojak isinya...hahahaha..Dan saya pun suka fotografi, cuma 2- 3bulan ni busy sangat tak boleh nak keluar menembak gambar sangat...so stok gambar2 utk blog saya pun, tergendala..gunalah gambar henfon dulu

    ReplyDelete
  14. happy blogging mia....sekarang dah jadi blogger tegar...

    ReplyDelete
  15. kenapa tak teruskan menulis lagi tabal bah. kann I pun selalu wonder berapa lama la dornag tu menulis novel semua, I nak tulis satu karangan yang senonoh pun tak tertluis hehehe. U and hubby both got talent ok.

    ReplyDelete
  16. sama lah kita ni..rojak jak blog tu..tp ndak kisah lah bah kan..yg penting happy2 share ^_^

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!