Wednesday, February 5, 2014

Wordless Wednesday # 44


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Apa yang ada di sekeliling rumah di kampung ?

Buah Sukun....seperti yang aku gambarkan dalam post semalam...memang semua pun tahu, salah satu makanan peberet orang kampung. Goreng pun sedap bah!
Ada 4 batang pokok di belakang rumah kami. Setiap kali berbuah, memang tak akan lepas peluang masak sukun goreng, selebihnya pulak mak akan jual buahnya dengan mereka yang buka gerai kuih muih. 



Anak2 pokok buah delima. Kata mak dia nak jual kat tamu hari minggu.




Antara pokok bunga mak. Pokok bunga kertas. Ada banyak lagi bunga yang mak tanam tapi malas pulak nak ambik gambar. Tak tahan kena gigit nyamuk. Maklumlah rumah dekat dengan hutan kecik, haruslah jadi habitat nyamuk.



Ni pulak tak tahu pokok apa. Rupa bentuk cam pokok pandan tapi besarlah pulak. Tetiba jak aku nampak tumbuh tepi rumah. huhu



Macam bukan WW lah pulak, tak sengaja terbanyak ayat dalam post ni...hehe




18 comments:

  1. Banyak pokok delima tu... sejuk tangan mak

    ReplyDelete
  2. Wah macam-macam ada. Pokok manggis ada tak akak?

    ReplyDelete
  3. bestnye kalau dpt makan sukun goreng ni. org kampung sebenarnya kaya tau….mcm2 hasil dorg dpt. rajin mak mia

    ReplyDelete
  4. Bak sebijik buah sukun tu noks ☺☺

    ReplyDelete
  5. suami saya suker le klu dapat bekebun. semua benda dia nak tanam. bestnyer ada tanah luas cenggini ek

    ReplyDelete
  6. da lame xmkn sukun..tuh buat goreng sedap tuhh

    ReplyDelete
  7. kan betulll...Sukun... hehe
    banyak juga Mak Mia tanam pokok2 kan? sejuk jak mata memandang:)

    ReplyDelete
  8. Saya suka sukun walaupun ada orang kata silap makan perut akan berangin....

    ReplyDelete
  9. anduiii....mcm di kampung cik juga bah ne...ada buah sukun...sedap nya tu goreng dgn tepung..

    ReplyDelete
  10. Bestnyer ada pokok delima..cn suka buah dia..leka bila mkn ;)

    ReplyDelete
  11. lama dah tak makan sukun Mia...sedapnya kalau yg dah masak tu yek, goreng mcm goreng pisang cicah ngan sampal Pergh!

    ReplyDelete
  12. buat cucur suku garing-garing sedap!!..

    ReplyDelete
  13. sukun tu potong nipis2 digoreng mmg sedap, takpun buat kerepek.. heaven tu !

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!