Monday, March 31, 2014

1 Jam Tak Cukup

Assalamualaikum

Salam isnin korang.
Rata-rata semua dah balik kerja kan setelah seminggu anak-anak bercuti sekolah.
Ibu bapa pun tumpang sekaki bercuti, yalah nak gembirakan anak-anak sambil2 tu gembirakan diri sendiri apa salahnya kan :D

Aku pun sama, setelah 4 hari bercuti, hari ni kembali bekerja. Sunyi blog aku 2 hari kan. (^_~)
2 hari di kampung dan satu malam 2 hari stay kat salah satu resort di luar Kota Kinabalu ni. Nak puaskan hati anak-anak kan. Walaupun jadual padat untuk 4 hari dan memang terasa penatnya, tapi berbaloi bila melihat senyum gembira anak-anak.

Ok tu cerita pasal cuti sekolah.
Yang ni cerita tentang shopping. Aku sebenarnya bukanlah seorang kaki shopping.
Aku beli bila ada keperluan. Cam baju, kasut atau beg tangan tu semua, aku tengok keadaan. Selagi boleh dipakai, selagi tu aku tak akan beli yang baru. Aku jenis yang shopping sekali setahun. hehe

Tapi kan bila aku dah mula menyopping, memang sehari pun tak cukup.
Bukan sebab banyak sangat barang yang hendak dibeli tetapi proses pemilihan barang tu, kalau aku
1 jam pun memang tak cukup . Sebab tu kalau aku menyopping, aku tak berapa nak ajak hubby dan anak2. Aku suka pergi sorang2 sebab tak tertekan semasa proses pemilihan, ada orang yang tak sabar2 menunggu di luar kedai...huhu

Aku kalau nak beli barang contohnya sandal ke, kena tengok harganya, lepas tu kena tengok designnya, belek2 sekeliling sandal tu. Ok ke tak, tahan lama ke tak. Kaler cantik ke tak, matching ke dengan semua baju yang aku pakai. Selesa ke tak. Harga berbaloi ke tak dengan kualiti. Ada saiz ke tak. Cari beberapa sandal buat perbandingan untuk puaskan hati. Belek-belek lagi sandal tu.............Hubby aku dah bagi signal suruh cepat. Dah aku kata, 1 jam pun tak cukup nak belek2 sandal tu.

Hari tu kan dapat voucher free dari Zalora so semalam mulalah pencarian apa benda yang nak dibeli.
Aku ambik keputusan nak beli hand bag. Sebab kalau beli baju atau sandal online ni, agak berisiko seikit. Yalah takut saiz tak ngam pulak. Aku pula jenis yang malas nak tukar2 saiz segala, leceh. So tak nak ambik risiko, beli barang yang tak payah naik saiz2.

Belek-belek hand bag dari jam 3.00 petang. Semua yang berkenan masuk ke dalam wishlist.
Ambik masa nak pilih mana satu. Sekali confirm order jam 9.30 malam. Kan aku dah kata....hehe






16 comments:

  1. Hahaha.. kalo dah nama nya hawa ni, bab shopping mmg lama..bg Zara pon, mmg xcukup sejam tuu.. =D

    ReplyDelete
  2. Hihi... sebab org perempuan kan cerewwt bab memilih tak macam org lelaki Mia. Lagi satu kita suka tukar-tukar brand, tak macam mereka dah biasa brand itu baik dia akan beli brand yg sama..

    ReplyDelete
  3. Pernah sekali beli skirt kat zalora ..pastu smp skrg serik nak shopping kat situ :p

    ReplyDelete
  4. oi... shopping online pun kemain lama... ape kes ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. same here... lebih suka shoping sorg2 dr ada askar yg berkawad luar kedai he3

    ReplyDelete
  6. Sama lah. Aku suka sorang2 klo shopping sbb lama klo memilih barang. Voucher zalora pon amik masa berhari2 nak memilih barang...haha...

    ReplyDelete
  7. betul sangat2 ! CN biasanya had kan masa 2 jam untuk shoping kalau bawak anak sebab perangai si kecik tu, tak sabor kalau lama2, 2 jam tu kira ngam2 la ngn kesabaran dia..hehehe

    ReplyDelete
  8. Betul..kalo shopping kene sorg2...baru feel..
    .hahahahha

    ReplyDelete
  9. sama la memang tak cukup sejam tu, senbab kita nak ambil kira setiap sudut supaya pembelian itu berbaloi2.

    ReplyDelete
  10. mak ai, lama nyer buat pilihan… teliti betul Mia ni…
    berbeza sgt dgn saya ni… kalau dah berkenan, terus masuk dalam basket dan check out… Jarang nak tilik satu2… huhuhu

    ReplyDelete
  11. Hehe...namanya pun pompuan.....sama jer pe'elnya....Memang Mia kalau ada org yg tunggu, mmg tak best betul kita nak memilihkan...

    ReplyDelete
  12. Beli online tak pe...take ur time..wat whishlist pjg...

    ReplyDelete
  13. hahahaha...org pompuan mmmg macam tu...nk pilih baju pun berjam2....elok klu g ngan geng2 shopping gak...baru bess...tpi klu online je...keras la duduk kt kerusi tu... :)

    ReplyDelete
  14. wohoooo....cik pon shooping setahun sekali.lebih suka dahulukan barang2 keperluan...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!