Tuesday, March 11, 2014

Doa untuk MH370 # Hari ke-4

Assalamualaikum

Sudah masuk hari ke-4
Kita belum tahu apa nasib MH370
Masih tertunggu-tunggu berita dan khabar penumpang di dalamnya
Walaupun harapan semakin tipis TAPI jangan putus berdoa
Moga ada keajaiban berlaku

Tak dapat bayangkan kesedihan keluarga para crew dan penumpang MH370
Kalau aku di tempat mereka, mampukah aku bertabah seperti mereka ??
Ya Allah, Kau kuatkan semangat mereka dalam menghadapi dugaan ini, Kau permudahkan urusan mencari kapal ini....amin

Tadi semasa mendengar berita di radio, penyampai memberitahu bahawa pakar kaunseling menyatakan perkataan 'SABAR' tidak sesuai dikatakan di depan keluarga penumpang MH370 yang sedang kerisauan. Ini kerana mereka akan terus membayangkan bahawa mereka akan mendapat perkhabaran berita yang buruk yang akan menganggu emosi mereka.

Perkataan 'SABAR' pun sudah mengguris hati keluarga mereka, apatah lagi berita2 yang tidak sahih dan 'permainan' Twitter yang sangat tidak beretika. Diharap hentikanlah.

:-(



12 comments:

  1. semoga Allah mendengar segala doa dari seluruh pelusuk dunia...Kembalilah MH370

    ReplyDelete
  2. Tulah..time kritikal mcm ni pun ada yg nk amik kesempatan.
    Hilang tanpa khabar mcm ni lagi menyakitkan sebenarnya.Semoga keluarga dorg tabah dan semoga semuanya ditemui kembali.Amin

    ReplyDelete
  3. pg td dgr pasal acc fake pulak..

    aduhai org2 tak de kerja ni.

    ReplyDelete
  4. semga doa kita semua dimakbulkan oleh NYA, dan dipermudahkan segala urusa pencarian pesawat MH370 dapat dikesan dengan secepatnyer Amin ya rabbalalamin

    ReplyDelete
  5. semga doa kita semua dimakbulkan oleh allah.s.wt

    ReplyDelete
  6. dalam hati kene ada iman percaya qada dan qadar

    ReplyDelete
  7. dalam hati kene ada iman percaya qada dan qadar

    ReplyDelete
  8. masih sayu rasanya hati bila fikitkan tentang MH370 ni.. :( semoga allah mempermudahkan segalanya.. singgah dan isi tabung disini juga.. jemput singgah blog saya juga ye.. newhusnayusof.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Sentiasa doakan moga MH 370 selamat..mmg sedih bah MIA..hari2 tgk berita menanti akan ada berita... sayu jak rasa...:(

    ReplyDelete
  10. Betullah Mia...apalah yg terjadi kepada mereka sebenarnyakan....
    Moga ada keajaiban yg berlaku hendaknya...
    Oh yeh.....tak sesuai guna perkataan Sabar tu...bis tu guna perkataan apa yek?

    ReplyDelete
  11. Walaupun kite xde kne mengena dgn mangsa tp tetap jugak rse sedih kan

    ReplyDelete
  12. Sedangkan kita yang tiada kaitan ne pun risau juga..apatah lagi keluarga durang kan kak mia...
    Apa-apa pun semoga mereka kembali dengan selamat lah kan...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!